Friday, May 29, 2009

AGROPOLITAN

Hari ini Bayau terbaca di blog saudara Seliu-liu, sdr. Azrone. Bagus blognya-http://seliu-liu.blogspot.com/. Tidak salahlah dia mendapat Anugerah Kewartawan Shell terbaik.

Bayau terbaca tentang Projek Agropolitan di Kota Belud yang dicadang di Padang Ragut Gunasama di Pintasan Kota Belud dan Rosob-Surun, berdekatan dengan Kg. Bangkahak dan Kem Tentera di Sorob.

Kita dimaklumkan mengenai yang "tersurat" iatu kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM370 Juta bagi membangunkan kedua-dua kawasan itu untuk tanaman getah dan penternakan lembu tenusu. Samada projek itu intercropping Getah dengan ternakan lembu tenusu masih belum dapat disahkan kerana ini masih dalam peringkat perancangan awal pada hakikat yang sebenarnya.

Bayau masih ingat, berhampiran kawasan Padang Ragut Rosob -Surun itu pernah dicadangkan untuk dijadikan "Skim Getah Kota Belud" kelolaan Lembaga Tabung Getah masa itu dengan aggaran keperluan perbelajaan atau kos sebanyak RM40 juta. Setahu Bayau Tapak Semaian Getahpun telah dibuat tapi barangkali sudah gagal walaupun ratusan ringgit telah dibelanjakan. Itupun berikutan dengan komen Jabatan Pertanian bahawa kawasan itu mereka sahkan tidak sesuai dengan tanaman getah. Persoalan yang bayau masih kurang jelas ialah samada projek argopolitan di Rosob-Surun ini menyamai konsep Skim Getah Kota Belud atau ada tambahan intercropping dengan projek lembu tenusu. Jadi barangkali "stand" Jabatan Pertanian kali ini pusing 360 darjah kerana Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Asas tani Datuk Haji Musbah sendiri jadi tukang "push" program itu.

Bayau puji penduduk di sana sebab mereka gembira bila ada program pembangunan sebab kata mereka, sekiranya tidak dibangunakan oleh kerajaan, tanah itu akan dipohon oleh orang perseorangan dan tidak ada limpahan ekonomi kepada rakyat setempat. Individu itu pun kelak akan membiarkan tanah itu terbiar atau kemungkinan akan dijual kepada orang kaya. Cuma kerisauan mereka menjadi gelisah kiranya tanah itu akan diberi milik kepada syarikat, lebih-lebih lagi syarikat dari luar Sabah. Kata mereka "jangan macam Sahabat nanti putih mata anak generasi kita" merujuk kepada Rancangan Felda Sahabat di Lahad Datu.

Di Tanah Simpan Padang Ragut Gunasama di Kg Pintasan pula Pembantu Menteri ini terpaksa meniupkan pelbagai jenis mentera berbisa. Bayau pernah dengar Sabahkita beberapa tahun dulu ada juga mencadangkan kawasan yang sama untuk diutilise untuk ternakan Lembu Pedaging kerana negeri Sabah mengimpot lebih kurang 75% keperluan daging dalam Negeri. Sedangkan keperluan susu lembu hampir mencapai tahap penuh saradiri. Barangkali Bayau rasa dengan lembu tenusu lebih untung, itu biarlah dianalisa pihak yang pakar. Dulu bila dicadangkan untuk lembu pedaging, Ketua Kampung Wakaplah orang yang tidak setuju kerana katanya itu hak rakyat. Biarlah rakyat yang buat ternakan sendiri dan kerajaan mesti bantu.

Bagi Bayau, sekiranya cadangan Projek Agropolitan itu benar-benar serius ada juga positifnya untuk perangsang pertumbuhan Kota Belud dan pertambahan limpahan ekonomi kepada rakyat setempat. Cuma status padang ragut masih "in question" samada akan kekal atau digazet semula sebagai kawasan komersil atau CL. Tapi positifnya haruslah dikekalkan dan tidak dibenar untuk diberi milik atau dicagar kerana ini adalah hak generasi kita akan datang. Risau akan menjadi seperti Felda Sahabat di Lahad Datu.

Bagi Bayau, soalnya ialah apakah getah dan lembu mampu mengenal padang ragut maka lembu enggan membesar dan getah enggan tumbuh. Oleh itu mesti juga ditukar statusnya ke CL barulah getah tumbuh subur dan sapi mengeluar susu yang banyak? Barangkali getah dan lembu itupun sudah pandai politik?

Bayau kadang terpaksa garu bulu. Dulu Jelapang Padi Kota Belud dikatakan RM200 juta. Sudah bertahun lamanya sampai "baino" Mardi dengan Persatuan Peladang juga yang terkial-kial membantu pesawah. Irrigation yang itu, itu juga. Jelapang Padi tak juga sampai-sampai. Sekarang sudah Mei 2009. Bayau kesian petani. Sekarang ini panas makin terik. Sekarang pula Agropolitan. Canggih nama itu. Orang kampung tentu tak faham.

Kadang-kadang Bayau risau juga fasal Bayau ini sekali kena tiga kali ingat.

1 comment:

Ajin b. Gagah said...

Salam Sabah Kita dan Penulis artikel si Bayau,
Walau pun sudah agak lama saya tidak mengomen di blog saudara, namun kali ini tiba-tiba teringin pula untuk kongsi pandangan di laman blog saudara yang changgih ini.

Now, selaku seorang yang serba sedikit mengetahui kedudukan dan situasi ‘area’ yang di maksudkan, saya mesti bersetuju dengan kerisauan sahabat saya si Bayau ini.

Bukan bertujuan untuk mengampuh beliau, tetapi kerana beberapa ‘element’ berikut;

i) Area tersebut di label kan sebagai kawasan sensitif lagi bersejarah. Pernah suatu ketika peperangan hampir-hampir tercetus di kalangan penduduk di sekitar kerana masing-masing menuntut hak. Hingga kini, hal ini maseh belum selesai.
ii) Logistik yang berkaitan dengan status tanah saperti kedudukan ‘ Birds Sanctuary ‘ dan rejab ‘ Padang Ragut’ harus di selesaikan berlandaskan adat, perundangan dan impak alam sekitar.
iii) Kajian terperinci kesesuaian dan keselarasan tanah memenuhi kehendak projek.
iv) Memenuhi syarat 'Infrastructural and Land Use code of ethic’. Maksud nya, kajian details dari segi aplikasi teknikal.
Saperti kekuatan tanah, saluran perparitan, pembentungan dan jalan yang berkualiti serta lain-lain hal yang sehaluan dengan konsep ‘ environmental friendly’.
KALAU TIDAK, PENCEMARAN TANPA BATAS DAN BANJIR BESAR, AKIBAT NYA.
v) Perancangan dan perlaksanaan di uruskan secara professional dan berperi kemanusian bukan semata-mata untuk tujuan kepentingan politik atau ada niat di sebalik batu.

Itu sahaja lah saudara Sabah Kita, harap tidak menganggu.

About This Blog


Dan adapun orang-orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari keinginan hawa nafsunya. Maka sesungguhnya syurgalah tempat tinggalnya. (al-Naziat ayat 40-41)

"Of all the enemies to public liberty war is, perhaps, the most to be dreaded because it comprises and develops the germ of every other. War is the parent of armies; from these proceed debts and taxes...known instruments for bringing the many under the domination of the few. . . No nation could preserve its freedom in the midst of continual warfare."
- James Madison, Political Observations, 1795

santapan rohani ii

Al-hadith :ثلاثةٌ قد حَرّمَ اللهُ - تَبَارَكَ وَتَعَالَى - عليهم الجنةَ : مُدْمِنُ الخمر ، والعاقّ ، والدّيّوثُ الذييُقِرُّ في أَهْلِهِ الخُبْثَ . رواه أحمد والنسائيErtinya : "Tiga yang telah Allah haramkan baginya Syurga : orang yang ketagih arak, si penderhaka kepada ibu bapa dan Si Dayus yang membiarkan maksiat dilakukan oleh ahli keluarganya" ( Riwayat Ahmad )

PEGANGAN

Ingatlah firman Allah Taala:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا بِطَانَةً مِنْ دُونِكُمْ لَا يَأْلُونَكُمْ خَبَالًا وَدُّوا مَا عَنِتُّمْ قَدْ بَدَتِ الْبَغْضَاءُ مِنْ أَفْوَاهِهِمْ وَمَا تُخْفِي صُدُورُهُمْ أَكْبَرُ قَدْ بَيَّنَّا لَكُمُ الْآيَاتِ إِنْ كُنْتُمْ تَعْقِلُونَ (118) هَا أَنْتُمْ أُولَاءِ تُحِبُّونَهُمْ وَلَا يُحِبُّونَكُمْ وَتُؤْمِنُونَ بِالْكِتَابِ كُلِّهِ وَإِذَا لَقُوكُمْ قَالُوا آمَنَّا وَإِذَا خَلَوْا عَضُّوا عَلَيْكُمُ الْأَنَامِلَ مِنَ الْغَيْظِ قُلْ مُوتُوا بِغَيْظِكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ بِذَاتِ الصُّدُورِ (119)

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi “orang dalam” (yang dipercayai). mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah Kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya. Awaslah! kamu ini adalah orang-orang (yang melanggar larangan), kamu sahajalah yang suka (dan percayakan mereka, sedang mereka tidak suka kepada kamu. kamu juga beriman kepada Segala Kitab Allah (sedang mereka tidak beriman kepada Al-Quran). dan apabila mereka bertemu dengan kamu mereka berkata: “Kami beriman”, tetapi apabila mereka berkumpul sesama sendiri, mereka menggigit hujung jari kerana geram marah (kepada kamu), Katakanlah (Wahai Muhammad): “Matilah kamu Dengan kemarahan kamu itu”. Sesungguhnya Allah sentiasa mengetahui akan Segala (isi hati) yang ada di dalam dada.” [Ali Imran: 118 & 119]
..............................................
تُولِجُ اللَّيْلَ فِي النَّهَارِ وَتُولِجُ النَّهَارَ فِي اللَّيْلِ وَتُخْرِجُ الْحَيَّ مِنَ الْمَيِّتِ وَتُخْرِجُ الْمَيِّتَ مِنَ الْحَيِّ وَتَرْزُقُ مَنْ تَشَاءُ بِغَيْرِ حِسَابٍآل عمران : 27

"Engkaulah (Wahai Tuhan) yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang, dan Engkaulah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Engkaulah juga yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati, dan Engkaulah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup. Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya".

bermubahalah

“Siapa yang membantahmu tentang kisah Isa-Setelah engkau beroleh pengetahuan yang meyakinkan tentang hal itu, maka katakanlah kepada mereka : Marilah kita panggil (kumpulan) anak-anak kami dan anak-anak kalian, isteri-isteri kami, dan isteri-isteri kalian, diri-diri kami dan diri-diri kalian, kemudian kita bermubahalah kepada Allah, mohon agar Allah menjatuhkan laknat-Nya kepada pihak yang berdusta.” (Ali Imran : 61)