Lawatan Mantan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia, YB Tan Sri Muhyidin Yassin (Kini YAB Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran Malaysia) ke Kota Belud (Gambar) beberapa tahun yang lalu adalah antara langkah lanjutan/susulan dari persetujuan kerajaan Persekutuan mengisytiharkan satu kawasan di Kota Belud sebagai Jelapang Padi. Samada di panggil Mini Jelapang Padi tetap juga ianya jelapang padi. Pada lawatan tersebut dikatakan bahawa pengujudan Jelapang Padi Kota Belud akan memakan perbelanjaan lebih kurang RM200 Juta memandangkan ianya akan meliputi pemodenan sistem pengairan, jalan ladang dan peniktarafan infrastruktur. Perancangan tersebut kononnya sebagai menjadikan perusahaan menanam padi "Secara Komersil", dan bukan sekadar "melonjakkan" jumlah pengeluaran padi dan beras dalam negeri. "Bagaimana agak rupabentuk "komersil" yang dimaksudkan sedangkan keluaran masih terlalu kurang dan tidak mencukupi?
.
(Gambar: Bagunan Pusat memperoses Benih Padi di Timbang Manggaris Kota Belud yang menelan Belanja sebanyak lebih RM 21 juta ini kini telahpun di Siapkan)
Sehingga ke hari ini pemasyuran/Pengistyiharan Jelapang Padi secara sah dan resmi sebagai "Jelapang Padi Kota Belud oleh Kerajaan Persekutuan" masih lagi menjadi tanda tanya. Kedudukan perkara ini perlu diterangkan kepada umum, sekurang-kurangnya sebagai penyuntik semangat dan memeberi harapan untuk mereka terus berbudi kepada tanah sawah dan bendang dan menjadikan padi sebagai aktiviti pertanian yang mendapat dokongan kerajaan.
.
(Gambar: Dari kiri - Pengarah Pertanian Negeri, Encik Ismail Salam; Mantan Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani dan ADUN Usukan, Datuk Japlin Akim; Mantan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Rahim Ismail; dan YAB Ketua Menteri Sabah, Datuk Musa Haji Aman memeriksa Benih Padi hasil keluaran Bangunan Pusat Pengeluaran Benih Padi sempena perasmian Bangunan tersebut pada 8 Januari 2008
.
Harus diingat bahawa Dasar Pertanian Negara II mensasarkan untuk "mentain" 65% Tahap Saradiri (SSL-Self Sifficiency Level) pengeluaran beras dalam Negara dan mengimport sebanyak 35% menjelang tahun 2101 (kurang setahun dari sekarang). Pada keadaan sebenar, Malaysia mengeluarkan lebih dari peratus sasaran itu, yakni sehingga mencecah lebih 75%. Dasar Pertanian Negeri Sabah III pula mensasarkan 60% SSL menjelang tahun 2010. Malangnya Sabah hanya mengeluarkan purata kurang dari 35% setahun dan jumlahnya BERSIFAT menurun sejak 1985 sehinggalah ke hari ini. Maka satu keajaiban (miracle) akan berlaku jika sasaran 60% SSL itu tercapai dalam jangkawaktu kurang 7 bulan dari sekarang.
.
Selaras dengan 'impian" merelisasikan Jelapang padi di Sabah yang pertama di Kota Belud, satu pusat Pemperosesan Benih Padi telah dibina atas biaya Kerajaan Negeri di Timbang Manggaris, Kota Belud. Kos Pembinaan pusat ini lebih kurang RM21 Juta. Jelasnya kerajaan Negeri lebih serius dalam mejayakan impian itu.

Bagi merealisasikan "impian" itu, perlantikan "Juru Perunding" telahpun dibuat bagi tujuan, antaranya, mengemukakan cadangan professional dan terperinci mengenai reka bentuk dan pembenaan sistem pengairan dan infrasruktur yang berkaitan. Kontrak bagi khidmat juruperunding ini juga menelan perbelanjaan jutaan Ringgit sekiranya perancangan asal diambil kira.
.
Petikan UCAPAN Y.A.B. KETUA MENTERI SABAH, DATUK MUSA HAJI AMAN SEMPENA SAMBUTAN PENUTUPAN TAHUN BERAS ANTARABANGSA 2004 PERINGKAT NEGERI SABAH, DI DEWAN TERBUKA DATUK HAJI MUSBAH TAUN GUSI KOTA BELUD, PADA 9 APRIL, 2005

".......Walaupun agak sukar tetapi saya berpendapat adalah tidak mustahil untuk mencapai tahap 60 peratus sara diri menjelang tahun 2010. Purata penghasilan padi sawah telah menunjukkan peningkatan sejak tahun 2002. Pengeluaran beras negeri telah meningkat daripada 86,324 tan metrik dalam tahun 2002 kepada 91,975 tan metrik dalam tahun 2003. Saya juga dimaklumkan bahawa anggaran pengeluaran beras bagi tahun 2004 juga telah menunjukkan peningkatan iaitu sebanyak 101,984 tan metrik .........
.
Pada persidangan Dewan Undangan Negeri Mei 2008 lepas, Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman mengumumkan peruntukan sebanyak RM90 juta untuk pembinaan jelapang padi negeri Sabah di Kota Belud yang melibatkan tanah seluas 10,000 hektar. Teakhir kita terbaca peruntukkan sebanyak RM40 juta untuk memajukan "Jelapang Padi Kota Belud" dalam rancangan Pembangunan Koridor Sabah (SDC). Semakin berkurangan dan berkurangan.
PERSOALAN.
PERSOALAN.
.
Ke mana terpadamnya butiran peruntukan untuk pembangunan Jelapang Padi Kota Belud. Dari anggaran RM200 Juta ke RM 90 juta dan terakhir RM40 juta (RM20 Juta mengukut laporan Utusan Malaysia (17 Ogos 2008)?. Apakah jumlah yang terakhir di bawah SDC ini akan terpadam juga atu di tolak bahagi lagi? Apa yang telah terjadi dengan perlantikan Juru Perunding? Apakah kerajaan akan meneruskan scheme susidi membayar kos meradu (di Sabah sahaja), subsidi baja dan subsidi harga padi yang jumlah keseluruhannyanya jauh lebih tinggi dari nilai hasil keluaran beras yang keluarkan di negeri Sabah ini?. Kenapa jumlah subsidi ini terlalu tinggi jumlahnya? Aatu para penanam padi digalak beralih tanaman yang lebih menguntungkan?
.
Apakah "Jelapang Padi Kota Belud telah diistyiharkan secara resmi oleh Kerajaan Malaysia atau sekadar menjadikan ia sebagai KONSEP "kawasan hijau"?. Perkara ini perlu kerana tanpa pengistyiharan resmi, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani atau kerajaan Pusat belum "obligated" per se untuk menganugerahkan peruntukan pembangunnya mengikut "peraturan buku".
.
NOTA
1. Masih banyak persoalan yang perlu dikupas dalam ruang yang sempit ini. (Baca pandangan rengkas Professor DiRaja Ungku Aziz mengenai tanaman padi secra comparative advantage, lebih baik mengimpot beras-sedikit dalam Konspirasi Politik Melayu oleh Saudara Musli Oli.
.
2. Semoga ada kesempatan lain dan ruang untuk membicaranya.
,
3. Saya teringat titisan air mata Saudara Ahmad Sah Haji Jeragan yang teruja dengan pengumuman Kerajaan mengenai Jelapang Padi Kota Belud yang ingin direlisasikan suatu waktu dulu. Ahmad Sah adalah penerima Anugerah Petani Terbaik (Penanam Padi) yang menghasikan lebih 11 MT padi sehektar di Kota Belud pada tahun 2005.
8 comments:
itulah masalah dengan UMNO. mereka paling berkuasa sebelum dan setelah mereka menjadi menteri. semasa menteri mereka tidak ada kuasa langsung. hari ini seya ke pejabat Tan Sri Muhyiddin. saya diberitahu bahawa TPM hanya berkuasa meluluskan projek dibawah 100k. seratus ribu bukan seratus juta. kalau taraf timbalan perdana menteri hanya boleh luluskan projek 100k. bagaimana dengan menteri2 biasa?
mencari alasan itu juga satu ilmu politik yang perlu diajar di sekolah-sekolah.
tkasih kerana rujuk buku KONSPIRASI POLITIK MELAYU
“ Kota Belud bukan main-main….kita mahu bagi tahu Kuala Lumpur jangan main-main dengan Kota Belud, bukan kecil Kota Belud ini, jika pesawah padi beralih kepada tanaman lain sedikit sebanyak ianya boleh menjejaskan industri ini.”
“ Inilah masanya kerajaan persekutuan memberikan bantuan, inilah masanya kita maklumkan kepada pihak kerajaan agar jangan lagi berlengah, jangan lagi buat alasan, sudah tiba masanya jelapang padi di Kota Belud dimajukan sebagai antara pusat pengeluaran terbesar di negara ini.” - Datuk Abdul Rahman Dahlan MP Kota Belud
MANA SUDAH konsep "Ministry Of Agriculture Incorporated" atau "MOA Inc." yang disebutkan oleh YB Menteri Pertanian dan Industri Makanan dulu , Rahim Ismail. Dia bawa pegi LKIM Kee.
Saya rasa kalaupun Mansuh Kementerian Pertanian Sabah, Keadaan Padi di Sabah ini tetap sama. Oleh itu keberadaan kementerian ini macam tidak significat pada industri Padi. Gaji mahal-mahal, kesan tak ada!!! Cukuplah Persatuan Peladang.
Petikan dari artikal "Industri Padi Dan Beras Negara Perlu Anjakan Dan Lonjakan" yang ditulis pada Monday, 19 May 2008:....
"Kalau dalam tahun 1966 projek saliran Muda di Kedah dan Perlis menelan belanja RM238 juta, cuba kita bayangkan berapakah kosnya sekarang? Saya bersetuju jika kerajaan ingin membangunkan jelapang baru di Sabah dan Sarawak tetapi pendekatan pengeluaran seharusnya berciri komersil," jelas Dr Amin Mahir yang juga pensyarah, Jabatan Perniagaantani dan Sistem Maklumat, Fakulti Pertanian UPM
Ini Lapuran "Bernama" tahun lalu pada 19 Sep. 2008. Ada sudahkah Jelapang Padi itu? Barangkali ini kes "bibir manis" mula cakap saja semut sudak berkerumun. Baca sajalah:-
Projek Jelapang Padi Kota Belud Mula November Ini, Kata Musbah
KOTA BELUD, 19 Sept (2008) (Bernama) -- Projek jelapang padi Kota Belud yang bakal melonjakkan daerah itu sebagai pengeluar beras terbesar di Sabah akan dimulakan November ini.Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Negeri Datuk Musbah Jamli berkata pelbagai bantuan akan disalurkan kepada petani bagi memastikan projek itu berjalan lancar.
Projek itu merupakan peluang terbaik bagi mendorong dan memastikan golongan petani mengusahakan tanah terbiar dan kementerian akan membantu petani dalam semua aspek termasuk membekalkan jentera pembajak dan menyediakan sistem pengairan yang sistematik dan kemudahan pemasaran, katanya Bernama di sini hari ini.
Pada persidangan Dewan Undangan Negeri Mei lepas, Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman mengumumkan peruntukan sebanyak RM90 juta untuk pembinaan jelapang padi negeri Sabah di Kota Belud yang melibatkan tanah seluas 10,000 hektar...............
Saudara Sabah Kita,
First and foremost sabelum saya memberi komen dalam blog yang serba serbi indah ini, izinkan saya untuk memberi salam mesra terlebih dehulu. Apa lagi bilamana mengingatkan bahawa sudah lama saya tidak mengomen di sini.
Topik yang saudara ‘highlighted’ kan ini walau pun pada hakikat nya berkisar di Kota Belud, namun isu sabenar nya melibatkan hal ehwal nusantara saperti ASEAN dan Negara-Negara yang ada hubungan dengan pengeluaran Beras. Saperti Cina , Jepun, Korean dan lain-lain lagi.
So, keseriusan isu ini tidak boleh di pandang remeh. Sabenarnya masaalah akibat kegagalan menjayakan program ‘Jelapang Padi’ di Kota Belud ini akan menimbulkan ‘Chain Reaction’ kepada Malaysia dan Negara-Negara yang saya tekan kan tadi.
Kalau tidak silap, pada suatu ketika Malaysia heboh membicarakan kekurangan beras yang teramat sangat di merata-rata tempat, termasuk negeri Sabah ini.
Kerajaan telah mengarah para-para pakar untuk mencari resolution bagai mana cara untuk menangani fenomena ini.
Sehingga ada yang mencadangkan agar tanah-tanah kosong termasuk ‘ Road Reserve’ di gunakan untuk menanam padi di Sabah.. Dahysat ..
Now, usaha ini macam dah sepi. Seakan-akan masalah kekurangan beras ini telah dapat diselesaikan. Wal hal harga beras di pasaran maseh tinggi.
Kalau kita kaji program induk Sabah Development Corridor (SDC), tidak ada pun menyentuhkan fasal penanaman padi secara besar-besaran.
Jadi, tidak heran lah kalau program Jelapang Padi di Kota Belud atau di kawasan-kawasan yang lain di daerah ini di ketepikan.
Dari sini kita boleh buat rumusan bahawa prioriti penanaman padi ada lah rendah kalau di bandingkan dengan pembangunan bandar-bandar (Kota Kinabalu), penanaman getah ( di pendalaman), kelapa sawit (Lahad Datu), pelancongan di Pulau Mabul dan lain-lain lagi yang tiada hubungan nya dengan pengeluaran beras.
So, dengan rasa yang sedih saya syorkan agar saudara melupakan sahaja cerita fasal ‘ Jelapang Padi’ di Kota Belud .. Bayangkan bahawa pengeluaran Beras Negara lebih dari mencukupi…
Thanks..
Y.Bhg. Datuk Setiausaha Tetap,
Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani, Sabah
KOTA KINABALU
MAKLUMBALAS PENGGUNA MELALUI MEDIA ADALAH DITERIMA SEBAGAI ADUAN PENGGUNA MENGENAI ISU SISTEM PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN KERAJAAN KEPADA RAKYAT
Dengan hormatnya, saya merujuk perkara di atas.
2. Dimajukan aduan pengguna mengenai perkara seperti yang tersebut di atas iaitu seperti dalam maklumat dalam http://sabahkita-ii.blogspot.com/2009/05/di-mana-terpadamnya-butiran-peruntukkan.html yang dirujuk seperti MAKLUMAT 1 seperti dibawah.
3. Sehubungan dengan isu yang dibangkitkan, untuk makluman Y.Bhg. Datuk perkara ini adalah antara isu yang hangat dibincangan dalam satu seminar yang telah dianjurkan oleh ISIS dengan kerjasama pihak Kerajaan Negeri Sabah iaitu Kementerian Pembangunan Masyarakat & Hal Ehwal Pengguna di Sabah dimana wakil-wakil NGO dari Sabah khususnya wakil USBO mengambil perhatian yang agah serius mengenai trend dan isu yang berkaitan dengan industri padi.
4. Selain daripada isu yang berkaitan industri padi, pihak pengusaha dalam industri berasaskan sektor pertanian dan perikanan akan berhadapan dengan "isu kualiti dan keselamatan produk makanan" yang berasaskan piawaian standard yang telah ditetapkan oleh pihak Kerajaan Malaysia. Sehubungan, menjelang tahun 2010 beberapa prosedur yang telah dibangunankan sebagai instrument untuk menguatkuasa dan melaksanakan akta tertentu akan dikuatkuaskan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia bagi menjaga kepentingan dan keselamatan pengguna di Malaysia dan dalam senario ini, pengguna di Sabah adalah tidak terkecuali dan mesti juga dilindungi oleh pihak Kerajaan Persekutuan khasnya dan Negeri Sabah amnya. Untuk makluman Y.Bhg. Datuk, perkara ini telah dijelaskan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia dan pihak Kementerian Pembangunan Masyarakat Dan Hal Ehwal Pengguna, Sabah kepada pihak Jabatan Haiwan Dan Perusahan Ternak, pihak GLC Negeri Sabah yang terlibat dalam industri makanan khususnya yang berasakan produk tenusu, pihak penternak dalam satu mesyuarat yang dipengerusikan oleh Pengarah Haiwan Dan Perusahan Ternak, Sabah. Untuk makluman Y.Bhg. Datuk, harapan pihak Kementerian Pembangunan Masyarakat & Hal Ehwal Pengguna, Sabah kepada pihak jabatan-jabatan dan agensi-agensi dibawah kementerian Y.Bhg. Datuk ialah didoakan supaya pihak jabatan-jabatan dan agensi-agensi berkenaan lebih perihatin dan responsif kepada isu-isu kepenggunaan khususnya yang berkaitan dengan isu-isu kualiti dan kuanti bekalan dan harga komoditi-komoditi tertentu di mana Sabah mempunyai advantages perbandingan yang sepatutnya senario seperti ini akan lebih memakmorkan kehidupan pengguna Sabah jika dapat diurus dengan cekap dan berkesan seleras dengan konsep 1Malaysia, Rakyat atau Pengguna Didahulukan dan Prestasi Diutamakan.
Salam hormat dan terima kasih
MSG
Layari : http://msgsabah.blogspot.com/ ; http://msg1borneo.blogspot.com/ ; http://msgpengguna.blogspot.com/ ; http://msg1pendidikan.blogspot.com/ ; http://msg1keluarga.blogspot.com/
Salinan Kepada:
1. SUT, KPM&HEP
2. Pengarah Kesihatan Negeri, Sabah
(u,p. Puan Norlida Hj. Darus )
3. Pengarah, KPDNHEP, Cawangan Sabah
4. Setiausaha Perhubungan Kepada YB. Dato, Menteri PM&HEP
5. Dato' Setiausaha Eksekutif Persatuan Pengguna Islam Malaysia
6. Biro Penerangan USBO
7. Biro Aduan Awam, CASH
--------------------------------------------------------------------------------
MAKLUMAT 1
Thursday, May 14, 2009
DI MANA TERPADAMNYA BUTIRAN PERUNTUKKAN JELAPANG PADI KOTA BELUD?
Lawatan Mantan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia, YB Tan Sri Muhyidin Yassin (Kini YAB Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran Malaysia) ke Kota Belud (Gambar) beberapa tahun yang lalu adalah antara langkah lanjutan/susulan dari persetujuan kerajaan Persekutuan mengisytiharkan satu kawasan di Kota Belud sebagai Jelapang Padi. Samada di panggil Mini Jelapang Padi tetap juga ianya jelapang padi. Pada lawatan tersebut dikatakan bahawa pengujudan Jelapang Padi Kota Belud akan memakan perbelanjaan lebih kurang RM200 Juta memandangkan ianya akan meliputi pemodenan sistem pengairan, jalan ladang dan peniktarafan infrastruktur. Perancangan tersebut kononnya sebagai menjadikan perusahaan menanam padi "Secara Komersil", dan bukan sekadar "melonjakkan" jumlah pengeluaran padi dan beras dalam negeri. "Bagaimana agak rupabentuk "komersil" yang dimaksudkan sedangkan keluaran masih terlalu kurang dan tidak mencukupi?
.
(Gambar: Bagunan Pusat memperoses Benih Padi di Timbang Manggaris Kota Belud yang menelan Belanja sebanyak lebih RM 21 juta ini kini telahpun di Siapkan)
.
Sehingga ke hari ini pemasyuran/Pengistyiharan Jelapang Padi secara sah dan resmi sebagai "Jelapang Padi Kota Belud oleh Kerajaan Persekutuan" masih lagi menjadi tanda tanya. Kedudukan perkara ini perlu diterangkan kepada umum, sekurang-kurangnya sebagai penyuntik semangat dan memeberi harapan untuk mereka terus berbudi kepada tanah sawah dan bendang dan menjadikan padi sebagai aktiviti pertanian yang mendapat dokongan kerajaan.
.
(Gambar: Dari kiri - Pengarah Pertanian Negeri, Encik Ismail Salam; Mantan Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani dan ADUN Usukan, Datuk Japlin Akim; Mantan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Rahim Ismail; dan YAB Ketua Menteri Sabah, Datuk Musa Haji Aman memeriksa Benih Padi hasil keluaran Bangunan Pusat Pengeluaran Benih Padi sempena perasmian Bangunan tersebut pada 8 Januari 2008
.
Harus diingat bahawa Dasar Pertanian Negara II mensasarkan untuk "mentain" 65% Tahap Saradiri (SSL-Self Sifficiency Level) pengeluaran beras dalam Negara dan mengimport sebanyak 35% menjelang tahun 2101 (kurang setahun dari sekarang). Pada keadaan sebenar, Malaysia mengeluarkan lebih dari peratus sasaran itu, yakni sehingga mencecah lebih 75%. Dasar Pertanian Negeri Sabah III pula mensasarkan 60% SSL menjelang tahun 2010. Malangnya Sabah hanya mengeluarkan purata kurang dari 35% setahun dan jumlahnya BERSIFAT menurun sejak 1985 sehinggalah ke hari ini. Maka satu keajaiban (miracle) akan berlaku jika sasaran 60% SSL itu tercapai dalam jangkawaktu kurang 7 bulan dari sekarang.
.
Selaras dengan 'impian" merelisasikan Jelapang padi di Sabah yang pertama di Kota Belud, satu pusat Pemperosesan Benih Padi telah dibina atas biaya Kerajaan Negeri di Timbang Manggaris, Kota Belud. Kos Pembinaan pusat ini lebih kurang RM21 Juta. Jelasnya kerajaan Negeri lebih serius dalam mejayakan impian itu.
.
Bagi merealisasikan "impian" itu, perlantikan "Juru Perunding" telahpun dibuat bagi tujuan, antaranya, mengemukakan cadangan professional dan terperinci mengenai reka bentuk dan pembenaan sistem pengairan dan infrasruktur yang berkaitan. Kontrak bagi khidmat juruperunding ini juga menelan perbelanjaan jutaan Ringgit sekiranya perancangan asal diambil kira.
.
Petikan UCAPAN Y.A.B. KETUA MENTERI SABAH, DATUK MUSA HAJI AMAN SEMPENA SAMBUTAN PENUTUPAN TAHUN BERAS ANTARABANGSA 2004 PERINGKAT NEGERI SABAH, DI DEWAN TERBUKA DATUK HAJI MUSBAH TAUN GUSI KOTA BELUD, PADA 9 APRIL, 2005
.
".......Walaupun agak sukar tetapi saya berpendapat adalah tidak mustahil untuk mencapai tahap 60 peratus sara diri menjelang tahun 2010. Purata penghasilan padi sawah telah menunjukkan peningkatan sejak tahun 2002. Pengeluaran beras negeri telah meningkat daripada 86,324 tan metrik dalam tahun 2002 kepada 91,975 tan metrik dalam tahun 2003. Saya juga dimaklumkan bahawa anggaran pengeluaran beras bagi tahun 2004 juga telah menunjukkan peningkatan iaitu sebanyak 101,984 tan metrik .........
.
Pada persidangan Dewan Undangan Negeri Mei 2008 lepas, Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman mengumumkan peruntukan sebanyak RM90 juta untuk pembinaan jelapang padi negeri Sabah di Kota Belud yang melibatkan tanah seluas 10,000 hektar. Teakhir kita terbaca peruntukkan sebanyak RM40 juta untuk memajukan "Jelapang Padi Kota Belud" dalam rancangan Pembangunan Koridor Sabah (SDC). Semakin berkurangan dan berkurangan.
PERSOALAN.
.
Ke mana terpadamnya butiran peruntukan untuk pembangunan Jelapang Padi Kota Belud. Dari anggaran RM200 Juta ke RM 90 juta dan terakhir RM40 juta (RM20 Juta mengukut laporan Utusan Malaysia (17 Ogos 2008)?. Apakah jumlah yang terakhir di bawah SDC ini akan terpadam juga atu di tolak bahagi lagi? Apa yang telah terjadi dengan perlantikan Juru Perunding? Apakah kerajaan akan meneruskan scheme susidi membayar kos meradu (di Sabah sahaja), subsidi baja dan subsidi harga padi yang jumlah keseluruhannyanya jauh lebih tinggi dari nilai hasil keluaran beras yang keluarkan di negeri Sabah ini?. Kenapa jumlah subsidi ini terlalu tinggi jumlahnya? Aatu para penanam padi digalak beralih tanaman yang lebih menguntungkan?
.
Apakah "Jelapang Padi Kota Belud telah diistyiharkan secara resmi oleh Kerajaan Malaysia atau sekadar menjadikan ia sebagai KONSEP "kawasan hijau"?. Perkara ini perlu kerana tanpa pengistyiharan resmi, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani atau kerajaan Pusat belum "obligated" per se untuk menganugerahkan peruntukan pembangunnya mengikut "peraturan buku".
.
NOTA
1. Masih banyak persoalan yang perlu dikupas dalam ruang yang sempit ini. (Baca pandangan rengkas Professor DiRaja Ungku Aziz mengenai tanaman padi secra comparative advantage, lebih baik mengimpot beras-sedikit dalam Konspirasi Politik Melayu oleh Saudara Musli Oli.
.
2. Semoga ada kesempatan lain dan ruang untuk membicaranya.
,
3. Saya teringat titisan air mata Saudara Ahmad Sah Haji Jeragan yang teruja dengan pengumuman Kerajaan mengenai Jelapang Padi Kota Belud yang ingin direlisasikan suatu waktu dulu. Ahmad Sah adalah penerima Anugerah Petani Terbaik (Penanam Padi) yang menghasikan lebih 11 MT padi sehektar di Kota Belud pada tahun 2005.
--------------------------------------------------------------------------------
----- Original Message -----
From: MSG
To:
Cc: Mohd. Salim B. Gabot
Sent: Thursday, May 07, 2009 8:06 AM
Subject: Fw: MAKLUMBALAS PENGGUNA MELALUI MEDIA ADALAH DITERIMA SEBAGAI ADUAN PENGGUNA MENGENAI ISU SISTEM PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN KERAJAAN KEPADA RAKYAT
Saudara kita ini kena banyak membaca supaya dapat menyerap maklumat/fakta seperti yang mungkin dipaparkan oleh pihak SabahKini ref: http://www.sabahkini.net/v1/index.php?option=com_content&view=section&layout=blog&id=34&Itemid=74
2. Pada saya, dua isu utama adalah antara perkara yang menghantui dan menghambat erti dan nilai kemerdekaan yang menyelurusi rumpun peribumi Sabah adalah isu pendidikan dan ekonomi. Sebaik sahaja saya diminta untuk menjadi Urus Setia bagi fungsi "HEP" (Hal Ehwal Pengguna) then saya hampir setiap masa berfikir tentang bagaimana saya boleh memenefaatkan fungsi HEP untuk dijadikan platform bagi membantu mencari jalan ke arah penyelesaian pelbagai "isu penggguna" (isu rakyat) yang dihadapi khususnya oleh rumpun peribumi ini. Tahun 2008 semasa saya ke semporna untuk rancang tengoh "LEPA-LEPA", saya turun dari rumah dengan "anak kemenakan yg lebih tuah dari saya" terus melawat "skim pekebun kecil kalumpang B atau sipit magai" dan membatalkan hasrat untuk tengoh perayaan lepa-lepa (bagi saya pada masa itu rega lepa-lepa bukan pilihan utama bagi saya). Hari berikutnya, saya ajak anak buah saya untuk turut sama ke KK untuk berjumpa peguam dan berbincang ( dua kali anak buah saya arahkan datang ke kk untuk menyusul perbincangan dengan peguam). Kami, peguam, saya dan anak-anak buah berbincang untuk memikirkan apa "jalan yang patut diputuskan untuk dilalui". Setelah mendapat maklumat yang memberi gambaran agah detail mengenai "isu pengurusan tanah NT atau skim pekebun kecil di Sabah", saya hanya memberi komen kepada anak-anak buah saya (semuanya lebih tua dari saya dan ada diantara mereka berstatus "kaya harta") TERUSkan perjungan kamu, saya akan memerhati sebagai pacik kamu walaupun saya lebih muda dari kamu; kalau saya berstatus "jutawan" saya akan didepan kamu. then isu tanah yang saya maksudkan begitu sahaja tetapi saya masih mengikuti maklumat mengenainya. KENAPA saya mengambil perhatian kepada isu ini, pertama kerana saya ada maklumat mengenainya, kedua TANAH dari segi ekonomi adalah modal. So, modal TANAH plus modal INSAN plus affirmative action, saya penuh yakin boleh mengubah makna kemerdekaan kepada rumpun bangsa saya sendiri. Kemudian saya ditakdirkan berjumpa kembali dengan kawan-kawan awal persekolahan di sekolah menengah kebangsaan menggatal (sekarang smk bandaraya) then ceritanya makin menyebabkan saya "rasa macam mudah kembali"; dan terangsang lagi apabila berbicara mengenai isu pembangunan anak bangsa dalam foram-foram tertentu dengan rumpun USBO. Mengenai isu pengurusan pendidikan, juga saya banyak maklumat dan secara kebetulan saya terjumpa dalam mesyuarat dengan beberapa pegawai kanan dari KPM, maka saya salurkan maklumat tersebut kepada pegawai berkenaan semada melalui email atau sms. Walau bagaimanapun SEKARANG, saya bersama kawan-kawan giat menulis menggunakan helaian web blog (free of charge atau zero budget) mengenai pelbagai perkara positif demi kemaslahatan bangsa dan bukannya berpolitik, CUMA ingin melaksanakan fungsi visi disebalik justifikasi kenapa kita dicipta dan "dihantar" ke dunia ini. ITU sahaja. TAPI mohon jangan persoalankan kebenaran kerana kebenaran itu adalah sifat yang sepatutnya ada pada insan dan maha benar itu adalah sifatNya. INSAN itu adalah zatNya. INSAN yang berjalan diatas landasan benar akan dilindungi oleh Nya kerana disitu terbentuknya "ikatan keselarian" kerana sifat yang berasal dari Nya berjalan diatas "garisan yang memenuhi sifat zatNYa yang maha benar". SO, ingat konsep the law of cause of effect atau kadar dan qadar atau hukum karma. NASIHAT saya sebagai pangkat pacik mohon kaji maksud kebenaran yang anak buah maksudkan itu, banyakkan istigafar dan bertaubat kepadaNya dan memohon petunjuk yang benar dariNya. Wallahualam'...........
--------------------------------------------------------------------------------
This message has been scanned by TM anti-virus for viruses and spyware and found to be clean.
__________ NOD32 4054 (20090505) Information __________
This message was checked by NOD32 antivirus system.
http://www.eset.com
--------------------------------------------------------------------------------
No virus found in this outgoing message.
Checked by AVG - www.avg.com
Version: 8.0.238 / Virus Database: 270.12.18/2096 - Release Date: 05/04/09 17:51:00
__________ NOD32 4054 (20090505) Information __________
This message was checked by NOD32 antivirus system.
http://www.eset.com
kita kena menanam padi dengan cara lebih moden dimana penghasilan padi adalah lebih banyak dan lebih berkualiti. selain itu, pembaikan sistem saliran juga perlu dibuat. tapi saya rasa, mcmana mo tanam padi kalau teda pemuda pemudi yg sggup berpanas di bawah mentari? semua sekrg mo keja bawah air-cond. uhm??
Post a Comment