Gambar: Digari tangan menanggug malu, digari leher menanggung hidup.
Cuepacs mendedahkan kira-kira 100,000 kakitangan awam hidup dalam ketakutan selepas diburu kumpulan along kerana gagal melunaskan pinjaman mereka. Setiausaha Agungnya, Ahmad Shah Mohd Zin, berkata jumlah itu (kira-kira 10 peratus daripada keseluruhan kakitangan awam) amat membimbangkan kerana ia boleh menjejaskan produktiviti dan perkhidmatan. Katanya, hasil kajian pihaknya mendapati kakitangan awam terbabit mula mendapatkan pinjaman along sejak tiga tahun lalu dan sehingga kini majoriti daripada mereka masih tidak mampu melunaskan pinjaman terbabit.
.
"Akibatnya pekerja terbabit diganggu along hampir setiap hari termasuk ada yang menunggu di pintu masuk pejabat. "Ada pekerja yang ponteng dan sanggup dikenakan tindakan disiplin semata-mata hendak mengelak diganggu along di tempat kerja," katanya dihubungi, semalam. Ahmad Shah berkata, kebanyakan kakitangan awam meminjam wang daripada along adalah pekerja kumpulan profesional dan ke bawah.

SELANJUTNYA...........
.
AH LONG DAN MASALAH ASAS EKONOMI.
Kemahuan kita tidak terbatas dalam masa yang sama, keupayaan kita terhad. Kenyataan ini memang menjadi masalah utama ekonomi sejak manusia mengenai subjek ekonomi itu. Kewujudan istilah "scarcity" telah lama dalam pengetahuan manusia. Manakala pengangguran dan inflasi menjadi "the twin evil of economics". Bagaimanapun, manusia yang bijaksana mampu mengatasi masalah keterhadan keupayaan itu dengan menggunakan "kuasa minda". Jawabnya mudah yakni kita kena membuat pilihan dengan pendekatan kos melepas. Tun Mahathir kata jika kita tidak mampu, termasuk tidak mampu membayar hutang, maka kita jamgan beli. Kita boleh membuat pilihan. Manakala "twin evil" ini sering mengancam kita supaya melakukan kesilapan.
Harus diingat kebanyakan kita boleh dengan mudah mendapat hutang. Ada yang mendapatnya dengan meminjam daripada kawan-kawan rapat atas dasar simpati kepada kawan. Kadang-kadang, kita berkecil hati bila sahabat itu tidak memberi hutang kepada kita. Tetapi bila sampai waktu membayar atau melunasi hutang kita mungkir janji kepada kawan malah membohongi sahabat yang dahulunya tempat kita merayu simpati. Kawan akhirnya menjadi lawan atau sekurang-kurangnya menjadi renggang kerana hutang dan mungkir janji. Kita menjadi manusia yang berpura-pura kepada diri kita sendiri. Apa bezanya dengan Hipokrit?. Tapi Ah Long tidak peduli bohong atu tipu. Mereka ada cara untuk mendapatkan bayaran "by hook or by crook". falsafah mereka ialah "you can run but you cannot hide", tak dapat hari ini-esuk, tak esuk- lusa tak lusa-lusa ulat dan seterusnya.
Semua tahu lojiknya. "kalau kita tidak mampu membayar kenapa kita harus berhutang?". Berhutang dalan kontek seperti ini menghampiri "tabiat menipu kawan dan diri sendiri". Di sinilah ukuran dilihat samada kita adalah manusia bijaksana yang memiliki minda kelas pertama atau kelas bawah dan "putar alam"- (bahasa tempatan)
Kelemahan mengurus keupayaan kita ini menjadi perhatian penting kepada Ah Long. Ah Long lebih merasa beruntung jika peminjam melengah-lengahkan bayaran hutangnya kerana semakin lama hutang ditangguhkan, semakin tinggi riba yang bakal mereka dapat. Namun semakin lama semakin berat masalah tanggungan kewangan yang dipikul oleh peminjam kepada Ah Long. Ah Long pula semakin gembira dan akan menjadikan si pemiutang sebagai hamba atau individu yang tunduk kepada kemahuan Ah Long. Ah Long mempunyai "pihak perlindungan" yang cukup, sedangkan si pemiutang terus bermasalah dan terdedah kepada bahaya.
Berhutang dengan kawan mungkin kita akan hanya kehilangan kawan. tetapi berhutang dengan Ah Long kita terdedah dengan kemungkinan kehilangan ahli keluarga, kehormatan mereka terancam malah nyawa mereka juga terancam akibat perbuatan dan kelemahan kita sendiri.
Jangan berbelanja di luar keupayaan kita kerana ia akan mengheret kita ke lembah yang hina. Jangan percaya kepada falsafah bahawa "sebelum merasai bankrupcy kita tidak akan menemui kekayaan". Ini falsafah bohong dan menyalahi hukum yang di perturunkan oleh Allah SWT kerana asasnya kita dilahirkan dengan rezki dan bahagian kita di dunia. Tinggal lagi kita kena berusaha untuk mendapatnya.
Sesungguhnya "spekulasi" itu tidak dihina tetapi menolak konsekuensi spekulasi itu "bad". Risiko itu wujud, tetapi kita tidak bijaksana kiranya kita selalu terlalu cenderung untuk mengambilnya apabila keadaannya adalah "calculated risk" dengan bermegah atas dasar berani. Kecuali kita "genuinely", dalam masa yang sama "berani buat berani tanggung" sehingga kita sanggup dirantai leher dan didera.
Asasnya, ukur baju di badan sendiri kerana dalam kehidupan, kita sering berhadapan dengan kos melepas (oppurtunity cost). Kuasa minda dan kebijaksanaanlah yang menentukan apa sebenarnya pilihan kita. Tidak semua kehendak kita kita dapat. Kita tidak mampu menipu diri kita sendiri kendatipun kita mampu membohongi pihak lain.

No comments:
Post a Comment