Datuk Abdul Rahman Dahlan-DARD. |
Barangkali sebahagian kita masih ingat kata-kata pemimpin BN Sabah seketika dulu selepas PRU12 yang dianggap memberi peringatan kepada pucuk pimpinan Negara khasnya BN. Datuk Seri Anifah Aman, Kini Menteri Luar dan Datuk Ghapur Haji Salleh, MP Kalaban, Tawau.
“...sudahpun kita dianak tirikan, dihina pula. Jadi kalau sudah dianak titikan, dihina pula, nak ke mana kita. Rumah terespun rumah tereslah YB. Apa guna bunglo kalau sekumpulan saja yang merasai nikmat. Kita mau, biar teres sama-sama kita kongsi. Kalau bunglo sama-sama kita menikmatinya. Jangan separuh banglo separuh teres. Kita dalam bunglopun tidur di tepi tandas apa gunanya”.
Yang Berhormat Datuk Seri Anifah Haji Aman,
MP Kimanis, Sabah
“..semua tahu , dunia tahu. Kalau bukan Sabah dan Sarawak, 54 kerusi, maka kerajaan BN sudah tidak ada..... Negeri Sabah, Datuk Speaker, Negeri Sarawak yang menyelamatkan BN. Negeri Sabah 3 kerusi menteri. Ini memalukan rakyat Sabah. Ini memalukan. Ini harus diperbaiki. Kita tidak boleh biarkan begitu saja... Sudahlah kita ini ketinggalan, kemudian kita dianaktirikan....Mungkin itu dianggap oleh pucuk pimpinan Negera enteng, Sabah can be taken for granted..!. Kalau tidak diperbaiki keadaan ini, pilihanraya akan datang bukan saja BN kalah, sayapun termasuk ikut kalah juga”
Yang Berhormat Datuk Ghapur Haji Salleh,
MP Kalabakan, Sabah.
Kata-kata pemimpin ini menggambarkan kepada kita bahawa pemimpin BN Sabah bukanlah pengampu atau "angkat kaki" kepada pucuk pimpinan Kuala Lumpur walaupun mereka adalah pemimpin kerajaan dan UMNO, Barisan Nasional. Mereka juga tidak perlu mengampu untuk diberikan kedudukan. Ternyata DS Anifah Aman diberikan kepercayaan dan dilantik Menteri Luar Malaysia. Datuk Ghapur pula masih sebagai pemimpin yang disegani, bukan sahaja oleh pihak kerajaan tetapi juga oleh pemimpin Pembangkang.
Apakah yang mendorong DARD, MP Kota Belud, untuk membelakangkan kenyataan sejarah dengan mengatakan bahawa Sabah adalah satu dari 13 buah negeri dalam Malaysia?
Jumlah Jalur dalam Balur Gemilang sebanyak 13 jalur bukanlah jaminan kesahihan kenyataan dan catatan Sejarah sebenar. Ianya adalah lambang kemegahan Negara. Lambang kemegahan bukanlah catatan sejarah dan tempat disandarkan kebenaran kepada satu catatan kebenaran dan sejarah.
Rasanya amat jelas kepada rakyat Sabah dan Sarawak dan seperti kata-kata Datuk Ghapur “..semua tahu , dunia tahu. Kalau bukan Sabah dan Sarawak, 54 kerusi, maka kerajaan BN sudah tidak ada..... Negeri Sabah, Datuk Speaker, Negeri Sarawak yang menyelamatkan BN. Lebih jelas lagi Sabah dan Sarawak telah menyelamatkan Kerajaan Persekutuan Malaysia di bawah BN. Oleh itu Sabah "deserve" untuk diletakkan ke status penyelamat Kerajaan Persekutuan dan mestilah diberikan keutamaan dan penghormatan dalam banyak segi.
Kenyataan bahawa Sabah, Sarawak, Singapura dan Semenanjung Malaysia (Malaya) bergabung dan membentuk sebuah Negara Malaysia yang merdeka adalah kenyataan sejarah yang terukir sehingga kini yang tidak boleh disangkal.
Isu “...sudahpun kita dianak tirikan, dihina pula. Jadi kalau sudah dianak titikan, dihina pula, nak ke mana kita. Rumah terespun rumah tereslah YB.." bukalah isu yang remeh. Ianya menjadi isu pokok perjuangan Parti Parti pembangkang di Sabah, STAR, pakatan Rakyat dan SAPP. Malah ianya dijadikan isu pokok dan umpan utama Buku Jingga Pakatan Rakyat untuk memukat dan memikat sokongan rakyat Sabah.
Apakah juga DARD cuba memukat dan memikat sokongan agar terus diberi peluang bertanding di MP Kota Belud, kawasan yang disandangnya dari pucuk pimpinan Kuala lumpur? Memukat dan memikat siapa? Apakah 1 di antara 13 satu umpan untuk memukat dan memikat yang digemari Kuala Lumpur?
Pembangkang, dalam mengecam kenyataan DARD, mereka sekaligus gembira kerana mendapat isu besar untuk memukat dan memikat kepercayaan pengundi, rakyat Sabah. Mereka mendapat "mentera pemikat dan pemukat berbisa" mengatakan bahawa DARD, sebagai Setiausaha Barisan Nasional Sabah, sudah mengiktiraf bahawa "Sabah hanyalah salah 1 negeri dari 13 buah Negeri dalam Malaysia. Sikap demikian pula digambarkan pembangkang sebagai sikap semua pemimpin BN Sabah dan tipikal pemimpin BN Sabah walaupun pada hakikatnya masih dapat dipersoal.
DARD tidak boleh bersikap "in denial" lalu membiarkan dirinya memalit lumpur kepada semua pemimpin BN Sabah. Dia perlu muncul untuk menyatakan "pendiriannya". Mengakui kesilapan itu adalah sikap "manusia yang besar".
Memang DARD boleh memilih seperti ideologi Pauline Hanson, seorang politikus Australia. Tetapi dia akan hanya popular di kalangan dan lingkungannya, BUKAN di kalangan majoriti Rakyat Sabah.
Mungkinkah sikap dan cara berpendirian seperti ini menjadikan Rahman Dahlan sebagai wakil 7 Perhimpunan UMNO akan datang dari UMNO Bahagian Tuaran dan BUKAN dari kawasan MP Kota Belud yang di wakilinya?. Apakah ini cara memukat dan memikat yang tebaik bagi kerjaya politiknya? Kita perlu mendengar penjelasannya. Penjelasan seperi idelogi Pauline Hanson atau sebaliknya, sama-samalah kita tunggu strategi memukat dan memikat ini. Teringat saya Datuk Haji Yahya Lampung yang menjadi ahli UMNO bahagian Kota Belud dan bertanding jawatan Ketua UMNO Bahagian Kota Belud dulu menentang Datuk Haji Musbah Haji Jamli.....
6 comments:
I like every words mentioned by you, my friend.
Kalau orang Melayu mungkin mudah lupa (Dr Mahathir), tetapi orang kita, 'will always remember the crucial historical event pertaining to the written agreement between Malaya, Singapore, Sabah and Sarawak on how Malaysia should be formed...So to speak.'
Having mentioned that, 'Ini Kali Lah.'
Kalau buta hati,cuma sendiri yang tahu dan rasa.Kalau buta sejarah,jadilah macam MP Kota Belud ini.Kau ini DARD baru lahir bah,kami lagi lahir sebelum Sabah mardeka dan menubuhkan Malaysia pada 16 Sept 1963.
Janganlah jadi pengkhianat kepada Sabah,sampai keterunan kaupun akan disebut orang.
Zalis Maznee
Kg Taun Gusi Kota Belud
[14 Jun 1954]
Saya betul betul rasa terhina oleh Datuk Abd Rahman Dahlan ini.Sabah bukan salah satu dalam 13 negeri kecil (Malaya) yang menyertai Malaysia tapi SATU dari pada TIGA pihak yang masih ada (selepas Brunai dan Singapura menarik diri dari Malaysia FEDERATION).
Sabah tanah air ku.....mardeka sepanjang masa.
Bacalah Perjanjian Malaysia di Jabatan Arkib,nanti akan lebih faham.
INI KALI LAH,nia semimon jamo Sama tu palui.Ingot kam,ruunpan PANDAI MOSO.
Jainal
Tempasuk
Terima kasih komen saudara Solymone, Sdr Zalis, dan Sdr Jainal. Semamangnya Sabah ini satu Negara semasa menyertai Malaysia.
Sejarah ini pelu diketahui umum BUKAN dirosakkan untuk political mileage...
Apa dan mana bukti Sabah sebuah Negara?
Itu MP Kota Belud minta semua orang yang berminat untuk meberikan bukti kes sebagai dokumen sokongan. Dia mengajak semua untuk menafikan hujanya. INI KALI LAH.
http://unesdoc.unesco.org/images/0006/000696/069619eb.pdf
Laporan kepunyaan Bangsa-Bangsa Bersatu bertarikh 1 November 1948 - Judul: The Colony of North Borneo, UNESCO POST-WAR EDUCATION SURVEY
Terjemahan bebas...
Pendahuluan - Seksyen 2 - Sehinggalah ke abad yang ke-16 NEGARA itu iaitu kini Borneo Utara....
Pada tahun 1881 satu piagam diberi oleh Queen Victoria kepada Syarikat Borneo Utara yang baru dibentuk dan pada tahun 1888 Kerajaan British membuat satu perjanjian negeri naungan dengan seluruh NEGARA itu yang sekarang terdiri daripada tanah besar Borneo Utara. Sejak dari tarikh itu Syarikat Borneo Utara berhak untuk memberikan pentadbiran dalaman kepada NEGARA itu...
Jelas Borneo Utara pada masa itu sememangpun diiktiraf oleh Bangsa-Bangsa Bersatu sebagai sebuah negara yang diurus tadbir oleh British United Kingdom. Iaitu sebuah negara yang belum merdeka.
http://www.unescap.org/EDC/English/AnnualReports/1947(1and2).pdf
- ECONOMIC COMMISSION FOR ASIA AD THE FAR EAST ANNUAL REPORT TO THE SIXTH SESSION OF THE ECONOMIC AND SOCIAL COUNCIL, 1947
http://unyearbook.un.org/1960YUN/1960_P1_SEC3_CH4.pdf
-INFORMATION ON NON-SELF-GOVERNING TERRITORIES TRANSMITTED UNDER ARTICLE 73e OF UNITED NATIONS CHARTER - 1960
Kedua-dua laporan Bangsa-Bangsa Bersatu di atas juga membayangkan bahawa Borneo Utara (North Borneo) sebagai sebuah negara belum merdeka (Non-Self Government territory). Laporan ini jelas menyebut Borneo Utara dalam kumpulan Non-Self Government territories dan dalam kumpulan negara seperti Malayan Union, Sarawak, Singapura, Burma, Kenya, Nigeria dan negara-negara lain yang belum merdeka pada masa itu.
Maksudnya 1 of 4 semasa menandatangani agreement ia itu Sarawak, Sabah, Semenanjung Malaysia dan Singapura. Not 1 of 13..
Post a Comment