Saturday, July 7, 2012

TRIO DAN ENAM JAHANAM.

Mereka bukan trio dan bukan juga enam jahanam.

Kenapa ada istilah pemimpin Trio di kota Belud?. Kota Belud terdiri dari tiga kawasan DUN dan satu MP. Ini bermakna hanya empat kawasan yang menjadi rebutan bagi mereka yang mempunyai aspirasi untuk bergelar Yang Berhormat. Apakah kerana ada kecenderungan atau angan-angan untuk merebut tiga kawasan ADUN atau keinginan untuk merebut peluang mengisi DUN Usukan, DUN Tempasuk dan MP Kota Belud?

Di sebelah Barisan Nasional, enam pemimpin seperti gambar di atas pasti akan disebut-sebut bila saja menjelang pilihanraya. Datuk Seri Salleh Tun Said, Tan Sri Pandikar Amin Haji Mulia, Datuk Abdul Rahman Haji Dahlan, Datuk Haji Musbah Haji Jamli, Datuk Japlin Hakim dan Datuk Helbert Timbun Ladagan.

Sukar dinafikan bahawa jika ada mana-mana pihak yang "kepingin" untuk bertanding di atas tiket BN, mereka berenam ini mudah dilepasi dengan hanya menjelir lidah. Tanda aras kepimpinan mereka atau mereka secara peribadi perlu diyakinkan bahawa anda lebih baik dari mereka di mata rakyat Kota Belud. Jika mereka tidak memberi laluan yang ikhlas, anda terpaksalah memilih untuk bercalon sebagai pembangkang dan berhadapan mereka dalam memenangi hati dan degupan jantung rakyat Kota Belud.

Mereka bukan trio dan mereka bukan juga enam jahanam!. Mereka telah banyak membuat "political invesment" di Kota Belud dan tidak semudah itu mereka membiarkan orang lain memetik buahnya. Cuma sebagai manusia biasa, banyak kehendak dan kemahuan tidak dapat dipenuhi kerana adanya "scarcity" atau ketidak cukupan sumber. Bahasa biasa digunakan "tidak cukup peruntukan". hakikatnya, peruntukan yang dikatakan cukup sebenarnya tidak pernah cukup.

Di sebelah pembangkang, laluan untuk dicalonkan juga tidak mudah. Kata saudara saya dan sahabat akrab saya, Musli Haji Oli, ada "Little Napoleon". Masih ada yang sering menyergah dan menghambat perjalanan mendapatkan laluan mencabar pemimpin kerajaan. Pilihan yang terbuka ialah menjadi calon BEBAS. Pintu peluang menjadi YB sentiasa terbuka bagi mereka ingin menguji kekuatan atau ingin membuktikan bahawa pengaruh dan sokongan "boleh" walaupun sebagai calon bebas.

Pemimpin pembangkang yang berkualiti kepimpinan juga ramai di Kota Belud. Masih ramai lagi yang berdiam diri dan tidak mahu ribut-ribut. Ini menunjukkan bahawa  Kota Belud masih menyimpan "deposit leaders" yang ramai dan berkualiti. Tidak hairanlah jika Kota Belud menjadi contender kepada jawatan-jawatan utama dalam pucuk pimpinan negeri. Kota Belud pernah memegang rekod jawatan besar sebagai Tuan Yang Terutama Yang di Pertuan Negeri Sabah, Ketua Menteri (dua kali), Menteri Pertanian dan Perikanan (dua kali), Menteri Kewangan, Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan, Menteri Kerja Raya dan Komunikasi.

Rekod Kota Belud masih unggul sehingga kini. Dua Jawatan Speaker, Dewan Undangan Negeri dan Dewan Rakyat dan tiga jawatan Pembantu Menteri Negeri dipegang oleh pemimpin dari Kota Belud. Samada kita sebagai rakyat Kota Belud turut berbangga dengan pencapaian ini atau tidak, hakikatnya mereka sedang memegang jawatan-jawatan tersebut.

Adakah di antara kita yang mampu mejahanam enamkan dan menumbangkan mereka berenam ini seterusnya mampu memecahkan rekod mereka? (Ada yanga menjawab, boleh bah kalau dikasi peluang). Soalnya adakah yang sudah mampu menggapai peluang itu dengan merintis jalan sendiri tanpa dokongan dan dorongan dari enam sekawan ini? Kita tidak boleh alpa. Dalam politik, aktiviti cantas mencantas adalah sebahagian dari budaya?

Sebenarnya pemimpin berenam ini telah merintis jalan mereka. Untuk menyaingi mereka, anda hendaklah merintis jalan seperti yang mereka berenam ini telah lakukan. Tidak ada jalan pendik dan sengkat ke arah menggantikan mana-mana mereka berenam ini. Jika adapun, mereka sudah pasti lebih awal menuju ke distinasi yang hendak dicapai. Mereka juga ada kemahuan dan dari di situ ada jalan. BUKAN di mana ada jalan di situ ada kemahuan.

Memperkecil mereka seperti Dato' Trio, yang menayangkan video XXX yang "menyerupai seorang pemimpin utama pembangkang" hanya akan memberikan pantulan (backfire) kepada keperibadian kita.  Terkadang kita pula dicop sebagai "menelan air liur kawat".

Dt Salleh pernah menegaskan bahawa "penceburan diri dalam politik sepatutnya tidak dengan hanya sebelah kaki". Sekaligus menyatakan kalau menyokong pembangkang, tidak perlulah bemuka-muka menyokong kerajaan. Jika dalam pembangkang, percaturan politik memerlukan kerapian, dayatahan dan pendirian yang teguh, saya fikir dalam arena politik kerajaan, yang berpendirian teguh, berpendirian dan berdaya tahan pun bisa rebah atau tersisih. Apa lagi jika berdiri sebelah kaki, tiada pendirian dan mengadu domba.

Kata pepatah orang putih, "politic is a game of possible". Therefore, its NOT mere a game nor possibility. Politik itu satu percaturan kemungkinan. Bukan hanya sekadar percaturan dan bukan juga satu kemungkinan semata-mata. Politik mendambakan  pengorbanan. Kejayaan tidak akan datang bergolek atau melayang dik mentera atau kata-kata pujangga. Apa lagi jika dengan kata-kata itu nista.

No comments:

About This Blog


Dan adapun orang-orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari keinginan hawa nafsunya. Maka sesungguhnya syurgalah tempat tinggalnya. (al-Naziat ayat 40-41)

"Of all the enemies to public liberty war is, perhaps, the most to be dreaded because it comprises and develops the germ of every other. War is the parent of armies; from these proceed debts and taxes...known instruments for bringing the many under the domination of the few. . . No nation could preserve its freedom in the midst of continual warfare."
- James Madison, Political Observations, 1795

santapan rohani ii

Al-hadith :ثلاثةٌ قد حَرّمَ اللهُ - تَبَارَكَ وَتَعَالَى - عليهم الجنةَ : مُدْمِنُ الخمر ، والعاقّ ، والدّيّوثُ الذييُقِرُّ في أَهْلِهِ الخُبْثَ . رواه أحمد والنسائيErtinya : "Tiga yang telah Allah haramkan baginya Syurga : orang yang ketagih arak, si penderhaka kepada ibu bapa dan Si Dayus yang membiarkan maksiat dilakukan oleh ahli keluarganya" ( Riwayat Ahmad )

PEGANGAN

Ingatlah firman Allah Taala:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا بِطَانَةً مِنْ دُونِكُمْ لَا يَأْلُونَكُمْ خَبَالًا وَدُّوا مَا عَنِتُّمْ قَدْ بَدَتِ الْبَغْضَاءُ مِنْ أَفْوَاهِهِمْ وَمَا تُخْفِي صُدُورُهُمْ أَكْبَرُ قَدْ بَيَّنَّا لَكُمُ الْآيَاتِ إِنْ كُنْتُمْ تَعْقِلُونَ (118) هَا أَنْتُمْ أُولَاءِ تُحِبُّونَهُمْ وَلَا يُحِبُّونَكُمْ وَتُؤْمِنُونَ بِالْكِتَابِ كُلِّهِ وَإِذَا لَقُوكُمْ قَالُوا آمَنَّا وَإِذَا خَلَوْا عَضُّوا عَلَيْكُمُ الْأَنَامِلَ مِنَ الْغَيْظِ قُلْ مُوتُوا بِغَيْظِكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ بِذَاتِ الصُّدُورِ (119)

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi “orang dalam” (yang dipercayai). mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah Kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya. Awaslah! kamu ini adalah orang-orang (yang melanggar larangan), kamu sahajalah yang suka (dan percayakan mereka, sedang mereka tidak suka kepada kamu. kamu juga beriman kepada Segala Kitab Allah (sedang mereka tidak beriman kepada Al-Quran). dan apabila mereka bertemu dengan kamu mereka berkata: “Kami beriman”, tetapi apabila mereka berkumpul sesama sendiri, mereka menggigit hujung jari kerana geram marah (kepada kamu), Katakanlah (Wahai Muhammad): “Matilah kamu Dengan kemarahan kamu itu”. Sesungguhnya Allah sentiasa mengetahui akan Segala (isi hati) yang ada di dalam dada.” [Ali Imran: 118 & 119]
..............................................
تُولِجُ اللَّيْلَ فِي النَّهَارِ وَتُولِجُ النَّهَارَ فِي اللَّيْلِ وَتُخْرِجُ الْحَيَّ مِنَ الْمَيِّتِ وَتُخْرِجُ الْمَيِّتَ مِنَ الْحَيِّ وَتَرْزُقُ مَنْ تَشَاءُ بِغَيْرِ حِسَابٍآل عمران : 27

"Engkaulah (Wahai Tuhan) yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang, dan Engkaulah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Engkaulah juga yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati, dan Engkaulah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup. Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya".

bermubahalah

“Siapa yang membantahmu tentang kisah Isa-Setelah engkau beroleh pengetahuan yang meyakinkan tentang hal itu, maka katakanlah kepada mereka : Marilah kita panggil (kumpulan) anak-anak kami dan anak-anak kalian, isteri-isteri kami, dan isteri-isteri kalian, diri-diri kami dan diri-diri kalian, kemudian kita bermubahalah kepada Allah, mohon agar Allah menjatuhkan laknat-Nya kepada pihak yang berdusta.” (Ali Imran : 61)