Thursday, July 23, 2009

Menjelang Bulan Kemerdekaan. Masihkah anda ingat wanita ini?

Masih anda ingat wanita ini? Di sebalik senyumannya tersimpan sejuta noda.

Apakah perasaan anda bila anda sudah tidak ada daya upaya untuk menangkis sebarang serangan walaupun dari seorang wanita muda kerana kaki dan tangan anda digari. Mata anda ditutupi kain hitam dan anda dalam keadaan lemah kerana tidak diberi makan dan minum selama beberapa hari. Setelah itu leher anda diikat dengan tali dan anda diheret seperti anjing kurap. Bila anda melawan, anda diseksa dengan seksaan dan azab yang tidak berperikemanusiaan. Anda pula diletakkan dihujung senjata canggih sambil ditelanjangkan di atas timbunan rakan-rakan anda yang diperlakukan sama seperi anda, diperlaku lebih dasyat dari melayan haiwan. Malah sebilangan haiwan tidak melayan haiwan lain sedasyat anda dilayan.

Hampir lima tahu yang lalu, wanita ini pernah menggegarkan warta dunia mengenai kezaliman yang menyayat hati terhadap tahanan di Penjara Abu Gharib, Iraq. Dialah Lynndie England, wanita yang mencabuli hak dan kemanusiaan rakyat Iraq dalam tahanan pada tahun 2004 dengan rakus dan keji. Rakyat Iraq yang tidak berdaya di penjara di Abu Gharib, dianiaya bersama-sama rakannya yang berhari syaitan sepertinya. Lynndie England inilah yang telah melakukan kekejaman sedemikian terhadap saudara-saudara kita di Penjara Abu Gharib di Iraq tanpa rasa bersalah. Negara Iraq dimusnahkan, pemimpinnya dibunuh ditali gantung dan rakyatnya, kanak-kanak dan wanita dibunuh, dirogol dan dicabuli haknya.

Sehingga kini wanita ini tidak pernah mengaku bersalah terhadap perlakuan zalimnya. Katanya, "They think that I was like this evil torturer. ... I wasn't,… . "People don't realize I was just in a photo for a split second in time.". Kini dia hanya mengaku telah melakukan tindakan hasil dari keputusan yang tidak baik dan memohon maaf berulangkali. Baginya melakukan kezalima dengan rakus itu bagaikan satu lelucon. Anda tentu tahu apakah permohonan maaf manusia yang berhati syaitan!.

Lihatlah kekejaman Lynndie England yang lampau.

Bayangkan ia berlaku ke atas rakyat kita di Negara kita! Masih kah anda tidak menghargai kemerekaan negara kita Malaysia?.

No comments:

About This Blog


Dan adapun orang-orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari keinginan hawa nafsunya. Maka sesungguhnya syurgalah tempat tinggalnya. (al-Naziat ayat 40-41)

"Of all the enemies to public liberty war is, perhaps, the most to be dreaded because it comprises and develops the germ of every other. War is the parent of armies; from these proceed debts and taxes...known instruments for bringing the many under the domination of the few. . . No nation could preserve its freedom in the midst of continual warfare."
- James Madison, Political Observations, 1795

santapan rohani ii

Al-hadith :ثلاثةٌ قد حَرّمَ اللهُ - تَبَارَكَ وَتَعَالَى - عليهم الجنةَ : مُدْمِنُ الخمر ، والعاقّ ، والدّيّوثُ الذييُقِرُّ في أَهْلِهِ الخُبْثَ . رواه أحمد والنسائيErtinya : "Tiga yang telah Allah haramkan baginya Syurga : orang yang ketagih arak, si penderhaka kepada ibu bapa dan Si Dayus yang membiarkan maksiat dilakukan oleh ahli keluarganya" ( Riwayat Ahmad )

PEGANGAN

Ingatlah firman Allah Taala:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا بِطَانَةً مِنْ دُونِكُمْ لَا يَأْلُونَكُمْ خَبَالًا وَدُّوا مَا عَنِتُّمْ قَدْ بَدَتِ الْبَغْضَاءُ مِنْ أَفْوَاهِهِمْ وَمَا تُخْفِي صُدُورُهُمْ أَكْبَرُ قَدْ بَيَّنَّا لَكُمُ الْآيَاتِ إِنْ كُنْتُمْ تَعْقِلُونَ (118) هَا أَنْتُمْ أُولَاءِ تُحِبُّونَهُمْ وَلَا يُحِبُّونَكُمْ وَتُؤْمِنُونَ بِالْكِتَابِ كُلِّهِ وَإِذَا لَقُوكُمْ قَالُوا آمَنَّا وَإِذَا خَلَوْا عَضُّوا عَلَيْكُمُ الْأَنَامِلَ مِنَ الْغَيْظِ قُلْ مُوتُوا بِغَيْظِكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ بِذَاتِ الصُّدُورِ (119)

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi “orang dalam” (yang dipercayai). mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah Kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya. Awaslah! kamu ini adalah orang-orang (yang melanggar larangan), kamu sahajalah yang suka (dan percayakan mereka, sedang mereka tidak suka kepada kamu. kamu juga beriman kepada Segala Kitab Allah (sedang mereka tidak beriman kepada Al-Quran). dan apabila mereka bertemu dengan kamu mereka berkata: “Kami beriman”, tetapi apabila mereka berkumpul sesama sendiri, mereka menggigit hujung jari kerana geram marah (kepada kamu), Katakanlah (Wahai Muhammad): “Matilah kamu Dengan kemarahan kamu itu”. Sesungguhnya Allah sentiasa mengetahui akan Segala (isi hati) yang ada di dalam dada.” [Ali Imran: 118 & 119]
..............................................
تُولِجُ اللَّيْلَ فِي النَّهَارِ وَتُولِجُ النَّهَارَ فِي اللَّيْلِ وَتُخْرِجُ الْحَيَّ مِنَ الْمَيِّتِ وَتُخْرِجُ الْمَيِّتَ مِنَ الْحَيِّ وَتَرْزُقُ مَنْ تَشَاءُ بِغَيْرِ حِسَابٍآل عمران : 27

"Engkaulah (Wahai Tuhan) yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang, dan Engkaulah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Engkaulah juga yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati, dan Engkaulah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup. Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya".

bermubahalah

“Siapa yang membantahmu tentang kisah Isa-Setelah engkau beroleh pengetahuan yang meyakinkan tentang hal itu, maka katakanlah kepada mereka : Marilah kita panggil (kumpulan) anak-anak kami dan anak-anak kalian, isteri-isteri kami, dan isteri-isteri kalian, diri-diri kami dan diri-diri kalian, kemudian kita bermubahalah kepada Allah, mohon agar Allah menjatuhkan laknat-Nya kepada pihak yang berdusta.” (Ali Imran : 61)