Thursday, July 30, 2009

Jelapang Padi. "Sepuluh Jong Masuk, Anjing Tetap Bercawat Ekor".

"Mr. Cool, Tan Sri, sudah lima purnama berlalu, TS ucapkan janji, kami tetapi menunggu dengan sabar jong-jong itu terdampar di bumi bertuah ini dengan "cool". Tan Sri, apakah tanah ini tidak sesuai dengan pertanian yang lebih menguntungkan?


”Idea sebelum ini ialah pembangunan industri akan membawa kepada kemajuan negara. Kalau nasibnya baik, kemajuan itu akan trickle down (meleleh) ke kawasan luar bandar dan desa. Tetapi masalahnya ialah orang lain dapat sungai, orang Melayu secara sebaliknya dapat titis-titisnya saja.”- Professor DiRaja Ungku Aziz

Kepada saya, simbol daripada idea itu sebahagiannya boleh kita lihat pada Putrajaya yang ada bangunan yang cantik-cantik dan sebagainya. Tetapi kalau kita bandingkan dengan keadaan di desa, di Kedah dan Kelantan misalnya, kata orang, sepuluh jong masuk, anjing tetap bercawat ekor.” - Professor DiRaja Ungku Aziz

”Ya, kita gantikan padi itu dengan sayur-sayuran. Kenapa petani kita tidak menanam sayur-sayuran dengan meluas? Kenapa kita hadkan penanaman sayur-sayuran di Cameron Highlands? Kenapa tidak ada kebun sayur yang besar di tempat lain? Kita boleh tanam untuk kegunaan tempatan dan selepas itu boleh dieksport. Jangan kita bermula dengan berfikir untuk eksport saja. Itu kepada saya, mengarut. Apa-apa hal, perut orang kita harus diisikan dahulu” -. Professor DiRaja Ungku Aziz


Saban hari saya terbaca dalam media elektronik mengenai rayuan, rungutan, balunan dan kritikan terhadap kerajaan yang gagal merealisasikan ”janji” Jelapang Padi Kota Belud. Bila ianya terlalu berulang-ulang, tanpa berselang seli, ianya kelihatan seolah-olah pihak berwajib, yakni kerajaan melalui Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, itu tuli, tidak perihatin, dan gagal. Kelihatannya memang gagal ”menepati janji dan menunaikannya”. Tetapi janji itu tidak membuat sangka kala ditiupkan.

Antara menagih janji, barangkali juga ketagih menuntut janji, dengan isu kegiatan menanam padi; persoalan, adakah jelapang padi dapat mengangkat martabat ekonomi petani?

Kiranya pemimpin Kota Belud seperti Datuk Seri Salleh Tun Said Keruak, Tan Seri Pandikar Amin, Datuk Haji Musbah dan Datuk Albert Lagadan dan lain-lain bercakap isu mengenai Jelapang Padi, ”orang bijak pintar politik” kawasan itu akan berkata (menunding jari) bahawa ”Salleh, Pandikar, Musbah dan Albert hanya mahukan rakyat terus bertanam padi dan terus miskin bergelumang lumpur dan lintah!,. sebab itu mereka mahu kamu terus bertanam padi”. Setuju?.

Maknanya, mereka juga mengiakan bahawa menanam padi itu tidak mampu mengangkat mertabat warga penanam padi pada tahap yang tinggi. Pun begitu, ramai anak-anak tani, penternak dan nelayan telah berjaya menjejaki menara gading kerana usaha mulia ini dan bantuan biasiswa Kerajaan. Soalnya pula ialah apakah ”taraf ekonomi” para petani ini telah berubah sejak dari zaman "beras Malinja" hingga ke zaman "beras basmiti" kini? Siapa yang kaya raya dari hasil titik peluh petani dan usaha tulang empat kerat dari susuk tubuh petani yang legam dimamah matahari?

Barangkali PPSMI telah melemahkan penguasaan Mathematic sebilangan kita hingga tidak boleh mengira pulangan net bertanam padi. Kiralah 1 hektar dapat 6-8 Mt Tan di Sabah di mana rata-rata petani mengusaha kurang dari 3 hektar kawasan padi. Campurlah dengan RM100.00 X 5 ekar (maximum 5 ekar sebagai subsidi meradu. Di Semenanjung tidak dibayar subsidi meradu). Kemudian campurlah dengan subsidi harga padi RM284.10 per MT. Lembaban sejumah hamprr 15% biasanya tidak diketepikan bagi menghitung subsidi harga padi tetapi diketepikan oleh pengilang apabila membeli padi dari petani.

Tolaklah semua itu dengan kos Meradu (lebih tinggi dari subsidi), Kos Jentuai, man hours/gaji, racun rumput dan racun serangga, baja tambahan, peralatan, bayaran tambah pump air dan lain-lain. Berapa pulangan net? Adakah pulangan net ini mampu mengangkat mertabat ekonomi petani? Apakah petani ini mampu berdikari tanpa susidi baja, meradu dan subsidi harga padi? Apakah orang lain dapat sungai, para petani sebaliknya dapat titis-titisnya saja ?. Jelapang padi yang di janjikan RM1 billion, Agropolitan dan Gagasan Sabah Development Corridor; jangan pula nanti "sepuluh jong masuk, anjing tetap bercawat ekor".

Petikan ungkapan Professor DiRaja Ungku Azizi sebagai pejuang dan pemikir isu kemiskinan wajar dijadikan contoh dan tauladan, kalau bukan andaian, untuk kita merenung lebih jauh dari ”menuntut janji”. Jangan nanti janji yang dituntut dan bila ditunaikan ”titis-titis ” yang kita dapat!

Lihatlah BERNAS setelah diswastakan berkurun lamanya, kini dimiliki sebilangan besar sahamnya oleh syarikat dari Hong Kong. Sejauh mana nanti nasib penanam padi dapat dibela BERNAS? Atau para petani ini sesungguhnya lebih mendambakan pengorbanan sektor awam dan ’tuan-tuan” supaya turun ke padang ”membimbing dan menggenggam tangan” mereka supaya melabur dalam sektor pertanian yang lebih menguntungkan lebih membina martabat ekonomi. Atau mereka akan terus dipuja-puja demi mencapai tahap 65-70% tahap kecukupan hasil beras negeri (SSL) biarpun mereka terus berpanas setelah sudah tiada pilihan lagi.
.
Related:.....
No Seedlings to cultivate land..

3 comments:

Roger said...

My memory of Sabah is climbing Mt Kinabalu. Sabah has great natural attractions.

Senjaliza said...

Salam Sabahkita.
Sebenarnya usaha penanaman padi sudah menjadi tradisi yang membawa/"carries cultural significant" kepada rakyat Sabah. Demam kalau tak tanam padi. Usaha-usa positif perlu dilakukan bagi menjadikan tanaman ini becorak komersil dan menjadikan kawasan kecil dicantumkan menjadi kawasan besar dan tersusun. Denag yg demikian akan menjadikan ianya satu aktiviti yang memberi pulangan yang baik. Tahap kini memang menyedihkan.

Ajin b. Gagah said...

Sir,
Actually what you had written here is quite a serius business, Not only for those folks you mentioned in KB but also to the people of Sabah or even Malaysia as well.

The government , admitted that that Malaysia are shortages of rice. I mean rice that are produced locally.

However, I wonder why, this fenomena was no longer mentioned nor prioritize as a national's requirement.

Does it mean that we are ok as far as rice is concerned? or may I add that the people of Malaysia had turned to other mean for their daily staple food?

Assuming, my last hypothetical statement is true, then no wonder why they quit from promoting padi plantation?

Having mentioned that, then there is no point of crying over spill milk; I guess.

You touch a crucial point of attitude, ya? meaning the kids are rather working on a blue collar sector rather than soiling them with the dirt, the mud.

If that is the case, then somebody needs to explore this case. May be Professor DiRaja Ungku Aziz could lend us a hand on this subject matter.

Otherwise, tomorrow will be another day and business runs like usual in Kota Belud.

About This Blog


Dan adapun orang-orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari keinginan hawa nafsunya. Maka sesungguhnya syurgalah tempat tinggalnya. (al-Naziat ayat 40-41)

"Of all the enemies to public liberty war is, perhaps, the most to be dreaded because it comprises and develops the germ of every other. War is the parent of armies; from these proceed debts and taxes...known instruments for bringing the many under the domination of the few. . . No nation could preserve its freedom in the midst of continual warfare."
- James Madison, Political Observations, 1795

santapan rohani ii

Al-hadith :ثلاثةٌ قد حَرّمَ اللهُ - تَبَارَكَ وَتَعَالَى - عليهم الجنةَ : مُدْمِنُ الخمر ، والعاقّ ، والدّيّوثُ الذييُقِرُّ في أَهْلِهِ الخُبْثَ . رواه أحمد والنسائيErtinya : "Tiga yang telah Allah haramkan baginya Syurga : orang yang ketagih arak, si penderhaka kepada ibu bapa dan Si Dayus yang membiarkan maksiat dilakukan oleh ahli keluarganya" ( Riwayat Ahmad )

PEGANGAN

Ingatlah firman Allah Taala:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا بِطَانَةً مِنْ دُونِكُمْ لَا يَأْلُونَكُمْ خَبَالًا وَدُّوا مَا عَنِتُّمْ قَدْ بَدَتِ الْبَغْضَاءُ مِنْ أَفْوَاهِهِمْ وَمَا تُخْفِي صُدُورُهُمْ أَكْبَرُ قَدْ بَيَّنَّا لَكُمُ الْآيَاتِ إِنْ كُنْتُمْ تَعْقِلُونَ (118) هَا أَنْتُمْ أُولَاءِ تُحِبُّونَهُمْ وَلَا يُحِبُّونَكُمْ وَتُؤْمِنُونَ بِالْكِتَابِ كُلِّهِ وَإِذَا لَقُوكُمْ قَالُوا آمَنَّا وَإِذَا خَلَوْا عَضُّوا عَلَيْكُمُ الْأَنَامِلَ مِنَ الْغَيْظِ قُلْ مُوتُوا بِغَيْظِكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ بِذَاتِ الصُّدُورِ (119)

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi “orang dalam” (yang dipercayai). mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah Kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya. Awaslah! kamu ini adalah orang-orang (yang melanggar larangan), kamu sahajalah yang suka (dan percayakan mereka, sedang mereka tidak suka kepada kamu. kamu juga beriman kepada Segala Kitab Allah (sedang mereka tidak beriman kepada Al-Quran). dan apabila mereka bertemu dengan kamu mereka berkata: “Kami beriman”, tetapi apabila mereka berkumpul sesama sendiri, mereka menggigit hujung jari kerana geram marah (kepada kamu), Katakanlah (Wahai Muhammad): “Matilah kamu Dengan kemarahan kamu itu”. Sesungguhnya Allah sentiasa mengetahui akan Segala (isi hati) yang ada di dalam dada.” [Ali Imran: 118 & 119]
..............................................
تُولِجُ اللَّيْلَ فِي النَّهَارِ وَتُولِجُ النَّهَارَ فِي اللَّيْلِ وَتُخْرِجُ الْحَيَّ مِنَ الْمَيِّتِ وَتُخْرِجُ الْمَيِّتَ مِنَ الْحَيِّ وَتَرْزُقُ مَنْ تَشَاءُ بِغَيْرِ حِسَابٍآل عمران : 27

"Engkaulah (Wahai Tuhan) yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang, dan Engkaulah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Engkaulah juga yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati, dan Engkaulah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup. Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya".

bermubahalah

“Siapa yang membantahmu tentang kisah Isa-Setelah engkau beroleh pengetahuan yang meyakinkan tentang hal itu, maka katakanlah kepada mereka : Marilah kita panggil (kumpulan) anak-anak kami dan anak-anak kalian, isteri-isteri kami, dan isteri-isteri kalian, diri-diri kami dan diri-diri kalian, kemudian kita bermubahalah kepada Allah, mohon agar Allah menjatuhkan laknat-Nya kepada pihak yang berdusta.” (Ali Imran : 61)