Wednesday, October 28, 2009

Dr Jeffrey letak jawatan Naib Presiden PKR. Christina Liew Letak Jawatan Ahli Majlis Tertinggi PKR.


Selepas meletakkan semua jawatan dalam PKR kerana krisis kepimpinan dalaman PKR  dan gagal menggantikan Azmin Ali; dan Ahmad Thamrin Haji Zaini dilantik Pngerusi Perhubungan PKR Sabah, apakah Jeffrey akan "cuti-cuti politik" lagi sebelum meninggalkan PKR sepenuhnya? Apakah Jeffrey akan memecahkan tembelang DSAI di Sabah sebentar lagi?


Datuk Dr Jeffrey Kitingan telah meletak jawatan sebagai Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan anggota majlis tertinggi dan biro politik, yang memberi satu tamparan hebat kepada usaha PKR untuk mengukuhkan kedudukannya di Sabah.

Dr Jeffrey, yang dijangka menghantar surat peletakan jawatan kepada ibu pejabat parti hari ini, akan kekal sebagai anggota biasa parti itu, menurut bekas pembantunya Kanul Gindol. Adalah dipercayai majoriti ketua-ketua bahagian termasuk Dr Jeffrey sendiri, kecewa dengan keputusan Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim melantik Ahmad Thamrin Jaini sebagai ketua parti yang baru di Sabah.

Ahmad Thamrin dinamakan sebagai pengerusi PKR negeri minggu lepas selepas sekumpulan ketua-ketua bahagian melahirkan rasa tidak percaya terhadap Naib Presiden PKR Azmin Ali menerajui PKR negeri.  -BERNAMA
Dr. Jeffrey Kitingan dan  Christina Liew: Berikutan dengan keputusan Datuk Dr. Jeffrey Kitingan meletakkan jawatan sebagai Naib Presiden PKR Kebangsaan dan semua jawatan dalam PKR, Christina Liew, Ketua Wanita PKR Sabah telah di gantikan dengan Kong Hong Ming Sebagai Timbalan Pengerusi PKR Negeri, meletakkan  jawatannya sebagai Ahli Majlis Tertinggi PKR, namun mengekalkan jawatannya Ketua Cabang PKR Kota Kinabalu. Mereka bagaimanapun masih mngekalkan keahlian dalam PKR. (Ikuti link berikut:-)
http://ajinbgagah.blogspot.com/2009/10/ketua-wanita-pkr-sabah-christina-liew.html

Beberapa minggu yang lepas, Dr. Jeffrey pernah menyatakan bahawa Meaningless to return to BN: Jeffrey setelah spekulasi dibuat bahawa Jeffrey akan kembali ke pangkuan PBS. DS Pairin Kitingan, Presiden PBS yang juga abang kandung Jeffrey menyatakan bahawa jeffrey , jika berhasrat menyertai semula PBS, hendaklah bermula sebagai ahli biasa. Kenyataan melalui akhbar tempatan yang telah dipetik, dapat diikuti melalui link berikut:-  http://kudaberhias.blogspot.com/2009/10/meaningless-to-return-to-bn-jeffrey.html

Monday, October 26, 2009

KRISIS KEPIMPINAN PKR SABAH SELESAI?

Ahmad Thamrin Haji Zaini, Ketua Perhubungan PKR Sabah yang baru.

YB. Azmin Ali, MP Gombak, yang mengepalai PKR Sabah sudahpun mengosongkan Kerusi No.1 PKR Sabah. Tempatnya diganti oleh Ahmad Thamrin Haji Zaini seorang veteran politik sejak zaman USNO lagi.

Dari sudut perebutan kerusi no.1 itu, nampaknya jelas bahawa krisis kepimpinan dalam PKR selesai. Setidak-tidaknya perebutan mengisi kerusi No. 1 PKR Sabah itu sudah pasti reda. Ahmad Thamrin dilihat sebagai orang yang loyal kepada pucuk pimpinan PKR dan merupakan satu-satunya yang menjadi perhubungan yang konsistant dan rapat dengan pucuk pimpinan PKR pusat sejak PRU12 berakhir.

Apakah keputusan PKR pusat ini akan mengundang krisis baru yang lain? Terlalu awal untuk diramal. Hanya mereka yang merasa diketepikan dari menjawat jawatan tinggi dalam PKR Sabah yang lebih faham.

Jika perlantikan Ahmad Thamrin ini akan mengundang krisis yang baru dalam PKR Sabah, maka benarlah bahawa perjuangan mereka yang selama ini "berjuang dalam PKR menegakkan prinsip dan ideologi politik" hanyalah omong kosong. Maka tidak keterlaluan dikatakan jika sebenarnya lah mereka berjuang "kerana kedudukan". Jika mereka mencetuskan krisis, seketika itu akan diikuti lagi dengan aksi membenamkan idelogi yang suatu mereka dulu laung-laungkan, apakah mereka mampu beraksi dan memperdagangkan ideologi sekali lagi kepada rakyat? Kita tunggu dan lihat.

BACA JUGA....
http://senjaliza.blogspot.com/2009/10/jeffrey-mission-impposible-ended.html

Monday, October 12, 2009

KRISIS KEPIMPINAN PKR SABAH: DILEMA DAN NATIJAH



Berbanding Azmin Ali, Dr. Jeffrey lebih berpengalaman dan berkemampuan “maneuver” politik Sabah.

Krisis Parti Keadilan Rakyat (Sabah) tidak lagi dapat disembunyikan. PKR yang telalu lantang mengkritik pemimpin Sabah dan Barisan Nasional di Sabah sudah terhantuk dan terngadah. Mereka perlu merenung ke dalam diri mereka dan sudah tidak “melayakkan” diri dan parti mereka untuk menyusun atur tindak-tanduk parti lain khasnya Barisan Nasional. Kata pepatah “cermin diri” dahulu.

Beberapa bulan yang lalu, DSAI datang ke Sabah dan “menegaskan” (perkataan favorite DSAI) bahawa PKR Sabah tidak menghadapi sebarang krisis termasuk krisis kepimpinan. Semua tahu dan dunia tahu bahawa “tiada siapa yang cuba membuka pekung di dada”. DSAI, seperti biasa, cuba menyembunyikan kepincangan parti pimpinannya itu.

Kekalahan teruk Pembangkang di Bagan Pinang sudah cukup untuk memadamkan keinginan Pembangkang, khasnya DSAI sendiri yang mengepalai Pakatan Rakyat. Keyakinan rakyat kepada BN mula dipancarkan di Bagan Pinang.

Dr Jeffrey, sebagai veteran politician, tentunya sudah dapat meramal bahawa PKR kini berada di ambang krisis. Krisis-krisis dalaman Pakatan Rakyat terutama antara DAP dan PAS yang sering tercetus kerana perbedaan ideologi lebih menjadi perhatian Pakatan Rakyat dari PKR Sabah. Berdasarkan keadaan ini, adalah lebih wajar krisis sebenar PKR Sabah tidak lagi disembunyikan di bawah permaidani atau Lebih baik ditangani secara terbuka dan “gantleman” oleh pemimpin PKR Sabah.

Ramai pemerhati politik melihat bahawa inilah masanya Jeffrey menghadapi kenyataan samada PKR benar-benar memerlukan kepimpinannya atau dia akan menyahut dan menerima jemputan YB. Albert Timbun Lagadan, Naib Presiden PBS untuk Jeffrey kembali ke pangkuan Parti Besatu Sabah-PBS.

Bila 16 Bahagian PKR bermesyuarat tidak resmi dan hanya dipengerusikan oleh Ketua Bahagian PKR Kota Belud, Jalumin Boyogoh Samin. Manakala PKR Bahagian Tuaran, Kalabakan, Semporna, Ranau, Tawau, Lahad Datu dan Libaran tidak hadir. PKR Bahagian Sepanggar dan Sandakan pula digantung. Ini memang krisis besar PKR Sabah yang sudah lama ‘overdue”. Ramai yang melihat bahawa Dr Jeffrey pasti berada di sebalik tabir tindakan itu. Malah tidak keterlaluan dikatakan bahawa krisis kepimpinan sebegini memang “trademark” Jeffrey bila ketokohannya didesak dan dipersoal.

Bahagian PKR yang 16 itu majoritinya sudah pasti di kalangan penyokong Jeffrey dari KDM secara majoriti. Pengaruh Jeffrey di kalangan KDM memang sukar dinafikan. Relevantnya Jeffrey kepada KDM sama seperti relevanya DSAI kepada PKR. Tetapi bila Jeffrey tercabar dengan tindakan Azmin Ali yang menamakan Tuan Haji Hamzah Amir sebagai bakal penggantinya bagi jawatan Pengerusi Perhubungan PKR Sabah, Jeffrey tidak lagi mampu bertahan atau berupaya menyembunyikan kehendaknya. Sebagai Naib Presiden PKR yang sudah menunjukkan komitment yang besar begitu lama, baginya dan penyokongnya dia lebih layak menduduki kerusi nombor 1 PKR Sabah itu.

Namun Azmin mungkin mempunyai perhitungan yang berlainan. Baginya, musuh yang perlu ditawan di Sabah ialah UMNO manakala pihak lain dianggap sudah dipertanggungjawabkan kepada DAP, PAS atau SAPP. Kerana itu dia memilih Haji Hamzah Amir. Perkiraan Azmin ini dilihat sebagai prelude kepada PRU13 di mana Jeffrey BUKANlah seorang yang mudah menuruti kehendak pemimpin Pakatan Rakyat di peringkat kebangsaan. Jeffrey adalah “pemegang paten” Borneonisasi dan point 20. Terbukti apabila dia menidakkan dan menafikan camputangan Teresa Kok (DAP) semasa pemilihan calon dalam PRU12 yang lalu.

Komitment dan kepimpinan Haji Hamzah Amir pula belum terbukti. Gerakan ahli-ahli PKR Kalabakan dan Balung yang cuba menyingkir Haji Hamzah berpendapat, suatu waktu dulu bahawa, bahawa Haji Hamzah terlalu mudah disingkirkan dari memimpin kawasan itu. Inikan pula menjadi pemimpin PKR seluruh Sabah. Apapun. kualiti kepimpinan Haji Hamzah sebagai mantan penjawat awam yang berpengalaman belum teruji. Adalah tidak adil memberikan “grade” terlalu awal mangenai kemampuannya mempimpin sesebuah organisasi siasah.

Bagi kemp Jeffrey, mereka melihat Haji Hamzah dari sudut yang lain. Haji Hamzah adalah ipar Datuk Shafie Haji Afdal, Naib Presiden UMNO, Ketua Bahagian UMNO Semporna, Menteri Penbangunan Luar Bandar Malaysia dan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Kedah. Shafie sudah pasti akan membayangi kepimpinan Haji Hamzah dalam hampir semua sudut. Atas dasar ini, bagi mereka, sudah tentu Haji Hamzah tidak akan mampu mengguggat kedudukan UMNO di Sabah dan dalam masa yang sama, PKR akan kehilangan pengaruh di kalangan KDM apabila Jefrey diketepikan.

Kem Haji Hamzah juga mempunyai alasan kukuh. Mereka melihat kewibawaan Jeffrey dibayangi oleh pengaruh DSP Joseph Pairin Kitingan, Presiden PBS, Timbalan Ketua Menteri Sabah dan Menteri Pembangunan Luarbandar Sabah, dan abang kandung Jefrey sendiri. Sebagai Huguan Siou, sudah pasti pengaruh Pairin dalam KDM mengatasi pengaruh Jeffrey. Alasan ini benar kerana hanya sekali sahaja Jeffrey menang dalam pilihanraya yakni di bawah tiket PBS dengan sokongan Pairin iaitu semasa Jeffrey bertanding di DUN Bingkor tahun 1994. Manakala pada PRU12, Jeffrey bertanding atas tiket PKR menentang PBS, Jeffrey kalah di DUN Bingkor kepada Gustin Gunka dari PBS, nama yang tidak berapa popuilar dalam arena politik Sabah.

Saya melihat, langkah Jeffrey bersembunyi di belakang tabir 16 bahagian PKR yang bermesyuarat secara tidak resmi ini adalah perjuadian terakhir baginya dalam PKR. Dia akan “gamble” menghadapi badai politik Sabah jika dia diberi peranan sebagai Ketua Perhubungan PKR Sabah. Jika tidak, perjuangannya dalam PKR mungkin akan berakhir di situ. Dia barangkali akan merehatkan diri dalam politik seperti yang selalu dilakukannya pada masa lampau. Dalam masa rehat, dia pasti merencana sesuatu demi masa depan perjuangannya, demi mengekalkan nama keluarga “Kitingan” dalam senario politik Sabah dan pengikutnya dari kalangan KDM.

Jika Jefrey diketepikan PKR, mungkin dalam masa terdekat dia tidak menerima pelawaan PBS. Baginya selagi YAB Musa Haji Aman (MA) menakhodai kapal Barisan Nasional Sabah, selagi itu dia merasakan bahawa MA adalah seteru atau musuh politiknya. Walaupun “politic is the game of possible” tetapi pertentangan politik antara Jeffrey dengan MA sudah terlalu jauh. Dalil 80+ dan beberapa kes rasuah yang diketengahkan Jeffry terhadap MA sudah tentu sukar bagi MA menerima dan memaafkan Jeffrey.

Jika Jeffrey disingkir dan berehat setahun dua, dia pasti akan kembali aktif menjelang PRU13. Hubungan rapatnya denga Datuk Yong Teck Lee, Presiden SAPP dan Tan Sri Chong Kah Kiat, Mantan Presiden LDP sudah pasti mampu disuburkan Jeffrey. Mereka bertiga adalah ‘common political enemy” MA walaupun mereka lebih friendly kepada pemimpin BN yang lain. Seandainya pergolakan politik tanahair terus berlaku, tidak mustahil keadaan akan mendesak perubahan politik di Sabah. Jika MA membuat keputusan untuk tidak lagi mahu memimpin BN Sabah seperti tindakan Tun Pak Lah memberi laluan kepada DS Mohd. Najib Tun Razak, tidak mustahil Jeffrey akan bergegas menaiki perahu PBS atau bergabung dengan YTL dan CKK bagi melayari konsep 1Malaysia.

Persoalan yang masih terpampang di hadapan kita ialah, apakah Jeffrey hanya sekadar mencari alasan untuk meninggalkan PKR secara terhormat yang sudah lama melihatnya terlalu kerdil untuk berada di pentas politik tanahair? Masa akan menentukannya...'walahuwallam-by ALHSA


Wednesday, September 30, 2009

Mengintai dan Menjejaki Kepimpinan Rumpun Bangsa Yang Besar Di Sabah- Bahagian II

Datuk Salleh (Kanan) dan Tan Sri Pandikar (tengah) yang digugurkan dalam PRU 12. Hanya Datuk Shafie (kiri) tidak mampu diketepikan pada masa itu.

Bagi mereka yang mempunyai agenda politik peribadi, Shafie Haji Afdal, Salleh Tun Said dan Pandikar Amin Haji Mulia hanyalah dianggap sebagai “pemimpin kuda tua” atau "roti yang sudah luput tarikh" yang telah gagal membangunkan kawasan yang diwakili masing-masing. Kendatipun, bertapa besar sumbangan pemimpin-pemimpin ini kepada masyarakat Sabah umumnya dan kawasan mereka khususnya, bagi mereka yang bersifat ingin "melapis" dan tidak sabar lagi melangkah dalam arena dan kancah politik, semua itu langsung mereka tidak nampak atau nilai apatah lagi menghargainya.

Pandikar, menyambut kedatangan Musa ke Hari Raya Terbuka Pandikar. Kenapa ada pihak sentiasa peka dan cenderung melihat ruang kesumat dari persaudaran dan keakraban mereka ini?.

Bagi mereka "beragenda" ini, "SSK, TSP dan SA tidak boleh, mereka baru boleh". Sayangnya mereka pula hanya berkeinginan untuk mengganti kedudukan pemimpin-pemimpin ini terlebih dahulu baru "boleh". Jika mereka diminta untuk merintis jalan terlebih dahulu seperti yang pernah dirintis pemimpin-pemimpin bertiga ini sehingga sampai ketahap di mana mereka kini, mereka yang beragenda ini enggan atau mungkin akan tersesat di pertengahan jalan atau mungkin putus asa sebelum menjejaki jalan-jalan yang pernah SA, SSK dan TSP jejaki.

Apabila Salleh Tun Said (SSK), Pandikar Amin Haji Mulia (TSP) dan Amir Kahar Tun Mustapha (AKTM) digugurkan dari dicalonkan dalam PRU 12, ramai yang telah meramalkan bahawa politik Sabah akan berkecamuk. Namun ramalan itu meleset apabila pemimpin-pemimpin itu menunjukkan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada Barisan Nasional semasa piliharaya umum itu berjalan.

Ramai yang menyedari bahawa mereka yang digugurkan ini adalah pemimpin rumpun bangsa yang besar iaitu USBO yang menjadi tulang belakang kekuatan UMNO di Sabah. Perhimpunan besar USBO yang pertama dianjurkan di Lahad Datu Sabah berjaya menghimpunkan puluhan ribu masyarakat rumpun USBO dalam jangkamasa singkat.

Sambutan masyarakat Lahad Datu yang berbaris berpusu-pusu dan berbaris memenuhi sepanjang jalanraya dari lapangan terbang Lahad Datu ke bangunan Dewan Masyarakat Lahad Datu memperlihatkan keadaan bagai "USNO yang bangkit dalam wadah USBO". Pendapat umum mula mewar-warkan bahawa USBO mampu menggantikan tempat USNO di Sabah dan mampu menggugat UMNO. “....Kita kena terima hakikat, ahli USBO begitu penting kepada UMNO umpama USIA dengan USNO dahulu...,”- Haji Jabar Khan Nafi, seorang vateren politik dan bekas tahanan ISA yang masih mempertahankan bahawa penahanannya yang berlanjutan telah menzaliminya dan tidak adil baginya dan keluarganya.

Ternyata pemimpin-pemimpin tersebut adalah jenis "indespensilbe" yang sukar dinafikan pengaruh mereka samada di peringkat Bahagian, Negeri dan Peringkat Nasional. Mereka BUKAN pemimpin cyber yang "lempar batu sembunyi tangan" atau dipelihara melalui gerakan di sebalik tabir cyber. Mereka bertiga menonjol sehingga kini. Apa yang lebih jelas, mereka ini adalah "halangan besar kepada mereka yang tidak sabar ingin melapis dab beragenda". Maka itu mereka saban hari di balun, diperkecil, dianggap tidak relevent dan diberi gelaran "expired" dalam dunia cyber. terutama oleh mereka yang bersembunyi di sebalik "blog kilat yang tiada identiti". Harapan mereka hanya satu yakni mendapat laluan pintas tanpa perlu "merintis" dan melakukan khidmat yang memenatkan.

Selepas PRU 12 dan Persidangan Agung UMNO, Pandikar dilantik Speaker Dewan Rakyat. Datuk Shafie pula dilantik Menteri Pembangunan Luarbandar setelah memenagi kerusi Naib Presiden UMNO dan Ketua Perhubungan UMNO Kedah. Salleh pula selepas memenangi semula jawatan Ketua UMNO Bahagian Kota Belud telah di"hand pick" oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Naib Tun Razak sebagai Timbalan Perdana Menteri menjadi Timbalan Ketua Perhubungan UMNO Sabah bagi membantu Pengerusi Perhubungan UMNO, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman memperkukuhkan lagi UMNO Sabah dan Barisan Nasional Sabah amnya.

Ikrar Salleh untuk menguatkan dan mengekalkan Sabah sebagai "Fix Deposit" atau tunggak kekuatan BN Malaysia sudah cukup memperlihatkan bahawa pengaruh politiknya di peringkat Negeri mula dikembangkan semula. USBO pimpinanya pula mula menerima pengiktirafan Ketua Menteri Sabah, pemimpim-pemimpin Sabah dan Perdana Menteri serta pemimpin-pemimpin Nasional samada pihak kerajaan ataupun pihak pembangkang. Hanya mereka yang mempunyai agenda peribadi yang menolak kenyataan ini.

Dalam politik, carik carik bulu ayam lama-lama bercantum juga, biduk lalu kiambang bertaut. Dalam keadaan ini SSK, TSP dan SA masih tetap utuh dan kukuh. Masa inilah hubungan mereka dengan kepimpinan Negeri dan Negara menjadi lebih kukuh. Masa ini juga, Ketua Menteri Sabah, Datuk Musa Haji Aman mula menilai semula keperluan kepimpinan pemimpin bertiga ini untuk lebih akrab demi sebuah kekuatan baru yang lebih matang dan mampu mendepani cabaran. Masa inilah kita perlu menilai antara aset dan liabiliti.

Sesungguhnya PRU12, banyak memberi pengajaran politik.

(Bersambung dalam Bahagian III)

Monday, September 28, 2009

Mengintai dan Menjejaki Kepimpinan Rumpun Bangsa Yang Besar Di Sabah- Bahagian I

Shafie Afdal, Salleh Tun Said dan Pandikar Amin Haji Mulia. Masing-masing Penasihat USBO, Presiden USBO dan Timbalan Presiden USBO.

Kota Belud adalah bumi kelahiran UMNO yang pertama di Sabah apabila Tun Mustapha bertanding di atas kerusi BN-UMNO di DUN Usukan buat pertama kalinya dan menang pada 11Mei 1991. Selaras dengan kemenangan itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia yang bertanggungjawab membawa UMNO ke Sabah telah diisytiharkan sebagai penerima anugerah gelaran “WIRA NUSARAYA” daripada masyarakat Sabah pada 12 September, 1991 di Usukan, Kota Belud, Sabah. Tun Mustapha adalah “anak sulung UMNO” di Sabah.

Mercu Tanda Kelahiran Anak Sulung UMNO di Usukan, Kota Belud, Sabah pada 11 Mei 1991 dan gelaran “WIRA NUSARAYA” oleh masyarakat Sabah Kepada Tun Mahathir Mohamad pada 12 September, 1991. Mercu tanda ini masih terpahat di Bangunan USIA Kota Belud yang menempatkan Pejabat UMNO yang Pertama di Usukan, Kota Belud.

Bagaimanapun, dalam PRU12, anak Kepada “Anak Sulung UMNO Sabah”, Datu Amir Kahar dan Pemimpin pertubuhan rumpun bangsa yang besar yakni USBO dan anak jati Kota Belud, “bumi kelahiran UMNO", Salleh Tun Said dan Pandikar Amin Haji Mulia telah digugurkan dari mempertahankan kerusi masing-masing. Sebelum digugurkan sebagai calon, Salleh adalah Ahli Parliment Kota Belud, Pandikar adalah ADUN Tempasuk dan Amir Kahar Tun Mustapha adalah ADUN Banggi.

Amir Kahar, juga adalah anak kepada “Bapa Kemerdekaan Sabah” yang telah mengorbankan partinya, USNO, demi UMNO, Pandikar Amin juga telah mengorbankan partinya AKAR demi UMNO, Pernah menjadi ADUN USNO dan dianggap "singa USNO", pernah menjadi Menteri belia dan Sukan, Menteri Perhubungan dan Kerjaraya dan Menteri Pertanian dan Perikanan. Manakala Salleh adalah mantan Ketua Menteri Sabah, Mantan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan dan anak kepada Bekas Ketua Menteri Sabah dan Tuan Yang Terutama serta pejuang USNO yang telah banyak berjasa kepada Negeri Sabah dan Kota Belud sendiri khasnya.

About This Blog


Dan adapun orang-orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari keinginan hawa nafsunya. Maka sesungguhnya syurgalah tempat tinggalnya. (al-Naziat ayat 40-41)

"Of all the enemies to public liberty war is, perhaps, the most to be dreaded because it comprises and develops the germ of every other. War is the parent of armies; from these proceed debts and taxes...known instruments for bringing the many under the domination of the few. . . No nation could preserve its freedom in the midst of continual warfare."
- James Madison, Political Observations, 1795

santapan rohani ii

Al-hadith :ثلاثةٌ قد حَرّمَ اللهُ - تَبَارَكَ وَتَعَالَى - عليهم الجنةَ : مُدْمِنُ الخمر ، والعاقّ ، والدّيّوثُ الذييُقِرُّ في أَهْلِهِ الخُبْثَ . رواه أحمد والنسائيErtinya : "Tiga yang telah Allah haramkan baginya Syurga : orang yang ketagih arak, si penderhaka kepada ibu bapa dan Si Dayus yang membiarkan maksiat dilakukan oleh ahli keluarganya" ( Riwayat Ahmad )

PEGANGAN

Ingatlah firman Allah Taala:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا بِطَانَةً مِنْ دُونِكُمْ لَا يَأْلُونَكُمْ خَبَالًا وَدُّوا مَا عَنِتُّمْ قَدْ بَدَتِ الْبَغْضَاءُ مِنْ أَفْوَاهِهِمْ وَمَا تُخْفِي صُدُورُهُمْ أَكْبَرُ قَدْ بَيَّنَّا لَكُمُ الْآيَاتِ إِنْ كُنْتُمْ تَعْقِلُونَ (118) هَا أَنْتُمْ أُولَاءِ تُحِبُّونَهُمْ وَلَا يُحِبُّونَكُمْ وَتُؤْمِنُونَ بِالْكِتَابِ كُلِّهِ وَإِذَا لَقُوكُمْ قَالُوا آمَنَّا وَإِذَا خَلَوْا عَضُّوا عَلَيْكُمُ الْأَنَامِلَ مِنَ الْغَيْظِ قُلْ مُوتُوا بِغَيْظِكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ بِذَاتِ الصُّدُورِ (119)

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi “orang dalam” (yang dipercayai). mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah Kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya. Awaslah! kamu ini adalah orang-orang (yang melanggar larangan), kamu sahajalah yang suka (dan percayakan mereka, sedang mereka tidak suka kepada kamu. kamu juga beriman kepada Segala Kitab Allah (sedang mereka tidak beriman kepada Al-Quran). dan apabila mereka bertemu dengan kamu mereka berkata: “Kami beriman”, tetapi apabila mereka berkumpul sesama sendiri, mereka menggigit hujung jari kerana geram marah (kepada kamu), Katakanlah (Wahai Muhammad): “Matilah kamu Dengan kemarahan kamu itu”. Sesungguhnya Allah sentiasa mengetahui akan Segala (isi hati) yang ada di dalam dada.” [Ali Imran: 118 & 119]
..............................................
تُولِجُ اللَّيْلَ فِي النَّهَارِ وَتُولِجُ النَّهَارَ فِي اللَّيْلِ وَتُخْرِجُ الْحَيَّ مِنَ الْمَيِّتِ وَتُخْرِجُ الْمَيِّتَ مِنَ الْحَيِّ وَتَرْزُقُ مَنْ تَشَاءُ بِغَيْرِ حِسَابٍآل عمران : 27

"Engkaulah (Wahai Tuhan) yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang, dan Engkaulah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Engkaulah juga yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati, dan Engkaulah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup. Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya".

bermubahalah

“Siapa yang membantahmu tentang kisah Isa-Setelah engkau beroleh pengetahuan yang meyakinkan tentang hal itu, maka katakanlah kepada mereka : Marilah kita panggil (kumpulan) anak-anak kami dan anak-anak kalian, isteri-isteri kami, dan isteri-isteri kalian, diri-diri kami dan diri-diri kalian, kemudian kita bermubahalah kepada Allah, mohon agar Allah menjatuhkan laknat-Nya kepada pihak yang berdusta.” (Ali Imran : 61)