Dr Jeffrey letak jawatan Naib Presiden PKR. Christina Liew Letak Jawatan Ahli Majlis Tertinggi PKR.
Selepas meletakkan semua jawatan dalam PKR kerana krisis kepimpinan dalaman PKR dan gagal menggantikan Azmin Ali; dan Ahmad Thamrin Haji Zaini dilantik Pngerusi Perhubungan PKR Sabah, apakah Jeffrey akan "cuti-cuti politik" lagi sebelum meninggalkan PKR sepenuhnya? Apakah Jeffrey akan memecahkan tembelang DSAI di Sabah sebentar lagi?
Datuk Dr Jeffrey Kitingan telah meletak jawatan sebagai Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan anggota majlis tertinggi dan biro politik, yang memberi satu tamparan hebat kepada usaha PKR untuk mengukuhkan kedudukannya di Sabah.
Dr Jeffrey, yang dijangka menghantar surat peletakan jawatan kepada ibu pejabat parti hari ini, akan kekal sebagai anggota biasa parti itu, menurut bekas pembantunya Kanul Gindol. Adalah dipercayai majoriti ketua-ketua bahagian termasuk Dr Jeffrey sendiri, kecewa dengan keputusan Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim melantik Ahmad Thamrin Jaini sebagai ketua parti yang baru di Sabah.
Ahmad Thamrin dinamakan sebagai pengerusi PKR negeri minggu lepas selepas sekumpulan ketua-ketua bahagian melahirkan rasa tidak percaya terhadap Naib Presiden PKR Azmin Ali menerajui PKR negeri.
-BERNAMA
Dr. Jeffrey Kitingan dan Christina Liew: Berikutan dengan keputusan Datuk Dr. Jeffrey Kitingan meletakkan jawatan sebagai Naib Presiden PKR Kebangsaan dan semua jawatan dalam PKR, Christina Liew, Ketua Wanita PKR Sabah telah di gantikan dengan Kong Hong Ming Sebagai Timbalan Pengerusi PKR Negeri, meletakkan jawatannya sebagai Ahli Majlis Tertinggi PKR, namun mengekalkan jawatannya Ketua Cabang PKR Kota Kinabalu. Mereka bagaimanapun masih mngekalkan keahlian dalam PKR. (Ikuti link berikut:-)
About This Blog
Dan adapun orang-orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari keinginan hawa nafsunya. Maka sesungguhnya syurgalah tempat tinggalnya. (al-Naziat ayat 40-41)
"Of all the enemies to public liberty war is, perhaps, the most to be dreaded because it comprises and develops the germ of every other. War is the parent of armies; from these proceed debts and taxes...known instruments for bringing the many under the domination of the few. . . No nation could preserve its freedom in the midst of continual warfare."
- James Madison, Political Observations, 1795
santapan rohani ii
Al-hadith :ثلاثةٌ قد حَرّمَ اللهُ - تَبَارَكَ وَتَعَالَى - عليهم الجنةَ : مُدْمِنُ الخمر ، والعاقّ ، والدّيّوثُ الذييُقِرُّ في أَهْلِهِ الخُبْثَ . رواه أحمد والنسائيErtinya : "Tiga yang telah Allah haramkan baginya Syurga : orang yang ketagih arak, si penderhaka kepada ibu bapa dan Si Dayus yang membiarkan maksiat dilakukan oleh ahli keluarganya" ( Riwayat Ahmad )
PEGANGAN
Ingatlah firman Allah Taala:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا بِطَانَةً مِنْ دُونِكُمْ لَا يَأْلُونَكُمْ خَبَالًا وَدُّوا مَا عَنِتُّمْ قَدْ بَدَتِ الْبَغْضَاءُ مِنْ أَفْوَاهِهِمْ وَمَا تُخْفِي صُدُورُهُمْ أَكْبَرُ قَدْ بَيَّنَّا لَكُمُ الْآيَاتِ إِنْ كُنْتُمْ تَعْقِلُونَ (118) هَا أَنْتُمْ أُولَاءِ تُحِبُّونَهُمْ وَلَا يُحِبُّونَكُمْ وَتُؤْمِنُونَ بِالْكِتَابِ كُلِّهِ وَإِذَا لَقُوكُمْ قَالُوا آمَنَّا وَإِذَا خَلَوْا عَضُّوا عَلَيْكُمُ الْأَنَامِلَ مِنَ الْغَيْظِ قُلْ مُوتُوا بِغَيْظِكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ بِذَاتِ الصُّدُورِ (119)
Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi “orang dalam” (yang dipercayai). mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah Kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya. Awaslah! kamu ini adalah orang-orang (yang melanggar larangan), kamu sahajalah yang suka (dan percayakan mereka, sedang mereka tidak suka kepada kamu. kamu juga beriman kepada Segala Kitab Allah (sedang mereka tidak beriman kepada Al-Quran). dan apabila mereka bertemu dengan kamu mereka berkata: “Kami beriman”, tetapi apabila mereka berkumpul sesama sendiri, mereka menggigit hujung jari kerana geram marah (kepada kamu), Katakanlah (Wahai Muhammad): “Matilah kamu Dengan kemarahan kamu itu”. Sesungguhnya Allah sentiasa mengetahui akan Segala (isi hati) yang ada di dalam dada.” [Ali Imran: 118 & 119]
..............................................
تُولِجُ اللَّيْلَ فِي النَّهَارِ وَتُولِجُ النَّهَارَ فِي اللَّيْلِ وَتُخْرِجُ الْحَيَّ مِنَ الْمَيِّتِ وَتُخْرِجُ الْمَيِّتَ مِنَ الْحَيِّ وَتَرْزُقُ مَنْ تَشَاءُ بِغَيْرِ حِسَابٍآل عمران : 27
"Engkaulah (Wahai Tuhan) yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang, dan Engkaulah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Engkaulah juga yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati, dan Engkaulah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup. Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya".
bermubahalah
“Siapa yang membantahmu tentang kisah Isa-Setelah engkau beroleh pengetahuan yang meyakinkan tentang hal itu, maka katakanlah kepada mereka : Marilah kita panggil (kumpulan) anak-anak kami dan anak-anak kalian, isteri-isteri kami, dan isteri-isteri kalian, diri-diri kami dan diri-diri kalian, kemudian kita bermubahalah kepada Allah, mohon agar Allah menjatuhkan laknat-Nya kepada pihak yang berdusta.” (Ali Imran : 61)
8 comments:
Salam ziarah
Terlalu banyak karenah la DJ ni... Di mana2 saja beliau masuk, pasti karau dibuatnya :P
Jeffrey leaves PR together with Christina Liew?
Why am I not surprise... hehehehe
I knew this day would come.
Tidak hairanlah ba kalau Jeffrey ni keluar dari PKR... Malah tidak mustahil juga beliau akan masuk ke part-parti lain dan kemudiannya keluar semula... hehehhee
Jeffrey ba tu... Sama abang kandung sendiri pun nda ngam... Ni kan pula dgn orang lain...
Bikin hairan betul dia ni :P
Jadi kenapa la ba kalau dorang letak jawatan... Terus berehat dari arena politik pun OK ba... heheee
Semua pun bergantung pada diri kita mana satu yang baik dan tidak baik....
isu keluar parti ni bukan isu baru, diharap mereka telah mengambil tindakan yang betul.
Post a Comment