AWAS! Mungkin pengundi DAP melintas.
Para penganalisa politik DAP sudah mengira untung rugi PRU 13. Seakan mereka terlalu gelojoh untuk mengambilalih kuasa. Lawatan Lim Kit Siang ke Sabah sendiri meniupkan politik perkauaman. Dia bagaikan sudah tidak peduli dengan soal-soal perpaduan kaum.
Maka, Wong mencadangkan agar PR menggariskan matlamat yang lebih realistik, iaitu mengekalkan undi Melayu sekurang-kurangnya pada paras 40%, di samping melonjakkan graf sokongan masyarakat bukan Melayu kepada 75%, seandainya ingin mengambil alih kuasa kerajaan persekutuan pada PRU ke-13.
DAP seakan menafikan kewujudan ahli-ahli PAS dan sebahagian ahli-ahli PKR sebagai umat Melayu dalam Pakatan Pembangkang dengan menekankan perkiraan merendah-rendahkan, memperhitung dengan merendah-rendahkan kewibawaan pengundi Melayu sebagai variable untuk membentuk kerajaan.
Apa yang PAS perlu nilai dengan hati terbuka ialah 'kematian ideologi PAS" dalam perhitungan orang-orang DAP dalam merampas kuasa dari kerajaan menjelang PRU 13 nanti.
Perhitungan kasar Wong berdasarkan 165 kerusi parlimen di Semenanjung menunjukkan, seandainya PR memperolehi 40% undi Melayu dan 75% undi bukan Melayu, maka PR akan memperolehi 103 kerusi, dan hanya memerlukan 9 kerusi daripada Sabah dan Sarawak untuk menubuhkan kerajaan persekutuan (dengan 112 daripada 222 kerusi).
Walaupun analisa ini telah dibuat beberapa bulan yang lalu dengan menggunakan unjuran lampau, namun ianya masih menggambarkan idelogi DAP yang sebenarnya yang tidak mudah DAP atau LKS sembunyikan.
Rakyat Malaysia perlu menilai realiti sebenar sebagai rakyat Malaysia. Tidak akan wujud kestabialan negara dimana masyarakat induk yang majoriti diketepikan hak mereka. begitupun, tiada rakyat Malaysia yang perlu dihalang untuk memajukan diri mereka dengan formula dan kaedah yang mengikut norma Malaysia. Kita tidak perlu mengimpot norma asing yang tidak sesuai dengan masyarakat kita. Kekayaan semata-mata dan merebut harta karun semata-mata tidak menjamin kesejahteraan keseluruhan rakyat Malaysia secara total. Kekayaan harta benda bukan ukuran kesejateraan.
Keruntuhan Pakatan Pembangkang sejak akhir-akhir ini adalah kerana sikap penyokong dan pendokong Pakatan Pembangkang yang lebih radikal perkaumannya. Ditambah pula dengan sikap angkuh pemimpinnya yang mengagung-agungkan sikap perkauman dan menuntut hak sesuatu kaum yang dijamin oleh perlembagaan diruntuhkan.
Kepada rakyat Malaysia, sedarilah bahawa negara ini adalah negara kita. Negara ini akan hanya bisa dihuru-harakan oleh kuasa asing jika kita mengharap bantuan mereka dan memberikan mereka laluan mudah di samping menganjung sanjung kelebihan mereka. Sikap ini mula wujud di kalangan mereka yang mengenepikan negara ini sebagai negara yang perlu mereka dilindungi dan mereka bela. Tetapi bagi mereka yang menaruh kepercayaan bahawa negara ini adalah negara tanah tumpah darah mereka dan hidup mati mereka dan setia mereka di sini, maka sebarang manipulasi kuasa asing harus ditentang habis-habisan.
Adakah DAP sudah benar-benar mengenepikan bahawa penyokongnya tiada dari umat Melayu? atau DAP menganggap PAS hanyalah sebagai alat kerana itulah mereka hanya dihitung sekadar dengan jari jemari dan relevansinya bersama Melayu yang lain hanya sekadar 40%?
Apakah DAP sudah mengenepikan kaum pribumi lain dalam perkiraan mereka? Atau pribumi juga dianggap DAP sebagai tidak relevent dalam perincian mereka?
Jika demikian, barangkali DAP menyimpan "pengundi rimba" untuk menjamin kemenangan mereka dalam PRU13?