Tuesday, February 17, 2009

BUKIT SELAMBAU: MATLAMAT DAN CARA


Keputusan PRU 12-Bukit Selambau

ARUMUGAM A/L VENGATARAKOO

KEPUTUSAN PRU 12-2008
KRISHNAN A/L SUBRAMANIAM (BN) 10,863
ARUMUGAM A/L VENGATARAKOO (PKR) 13,225
JUMLAH PEMILIH : 34,977
KERTAS UNDI DITOLAK : 1,694
KERTAS UNDI DIKELUARKAN : 25,798
KERTAS UNDI TIDAK DIKEMBALIKAN : 16
PERATUSAN PENGUNDIAN : 73.76%
MAJORITI : 2,362
Calon yang menang: ARUMUGAM A/L VENGATARAKOO (PKR)

Niccolò di Bernardo dei Machiavelli

Niccolò di Bernardo dei Machiavelli (3 May 1469 – 21 June 1527) adalah Italian diplomat, political philosopher, musician, poet, dan playwright . Beliau amat terkenal dengan istilah "Matlamat Menghalalkan Cara". Machiavelli masyur dengan karyanya, The Prince, yang dianggap sebagai karya seorang penulis teori politik yang realist. Dalam sejarahnya, dia amat meminati penulisan philospohy sehingga hasil dialognya dibukukan dalam The Art of War.
.
Mereka yang gemar menggunakan istillah "matlamat menghalalkan cara" sering merujuk istilah itu sebagai "Machiavellian". Seolah-olah kerana bermatlamat untuk menjadi kaya raya maka mencuri, merasuah, menindas, menipu, membohong, merampas hak orang lain, tebal muka menyalahgunakan wang rakyat, menjual dadah, melacur dan sebagainya adalah cara yang dihalalkan seperti kehendak "Machiavellian". Andainya Niccolo di Bernado Del Marchiavelli masih hidup tentu sekali dia akan menentang konsep dan penggunaan istilah sedemikian.
.
Hatta, sesiapa yang dilebel sebagai "Marchiavillian" yang selaras dengan kaedah dan pendekatan itu maka terlalu buruklah dan busuklah mereka dan tidak langsung dapat diterima oleh manusia yang waras, rasional dan realist.
.
Dalam keadaan politik Negeri Perak yang kusut, ARUMUGAM A/L VENGATARAKOO, bekas ADUN Bukit Selambau telah membuat keputusan meletakkan jawatan sebagai ADUN. Beliau sendiri mengesahkan peletakkan jawatannya. Angin bertiup kencang mengatakan bahawa perletakkan jawatannya ada kaitannya dengan soal "moraliti" kerana beliau dikatakan telah melanggar beberapa norma yang berkaitan dengan kepercayaan agama dan ideologi yang dianutinya. Beliau juga dikatakan melanggar norma pentadbiran dan politik Kerajaan Negeri Kedah berkait dengan soal and urusan Istana Kedah. Keputusannya perlu dihormati, pendiriannya perlu dilihat bahawa beliau berpegang kepada prinsipnya. Oleh kerana sesuatu kesilapan yang telah dilakukannya maka dia sebagai individu yang mempunyai prinsip perlu bertanggungjawab.
.
Agak sukar diterima akal yang waras dan rasional apabila dikatakan bahawa Arumugam meletakkan jawatannya kerana dia diburu oleh orang-orang upahan atau "headhunters" Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dengan bayaran RM5,000,000 dan ganjaran pangkat untuk masuk BN.
.
Umum mengetahui bahawa Selepas Mac, Najib akan menjadi Perdana Menteri Malaysia atas restu Datuk Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi. Penyokong Pakatan Rakyat sudah tentu tidak menyukainya kerana yang akan menjadi Perdana Menteri ialah Najib dan BUKANNYA Anwar. lalu digembar gemburlah bahawa Pak Lah tidak akan turun, Pak Lah diminta terus memimpin Negara demi kestabilan, Pak Lah diminta itu dan ini. Walhal dalam masa Pak Lah berusaha mempertahankan kedudukannya sebagai PM, mereka ini melebel Pak Lah sebagai lembik, Kaki ZZZzzz, tak sharp, tahi naik harga minyak, hanya PM menantu, Kaki Melancong, Beli Jet Peribadi, Beli Istana di Australia, Imam Hadari dan bermacam lagi.
.
Apakah orang-orang seperti ini yang lebih tepat di gelar "Marchiavellian" semata-mata kerana mereka bermatlamatkan untuk mengkucar-kacirkan kerajaan yang terbentuk dari hasil piliharaya ke 12-2008 supaya mudah tumbangkan? Apakah yang lebih buruk dari "matlamat menghalalkan nawaitu"? Andainyai mereka ini benar-benar jijik kepada pegangan Marchavillian "tepuklah dada tanya selera". Kitalah yang harus mendidik masyarakat kita supaya menegakkan kebenaran. Kita tidak perlu berbohong kerana semata-mata kita bermatlamat untuk menerajui politik dan kepimpinan negara. Rakyat Malaysia sudah mencapai kematangan. Keputusan mereka mesti dihormati dengan cara terhormat BUKAN dengan demonstrasi.
.
Pilihanraya Kecil DUN Bukit Selambau adalah ujian getir bagi Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan. Kejatuhan kerajaan Negeri Pakatan Rakyat di Perak merupakan salah satu peristiwa yang menjadi faktor ujian yang menentukan samada kepimpinan Najib bakal berhadapan dengan situasi yang semakin panas atau bakal meredakan kebangkitan Pakatan Rakyat.
.
Kita telah menyaksikan bahawa Permatang Pauh di bawah Negeri "hometown" Perdana Menteri, Pak Lah; Kuala Terengganu adalah Negeri DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agung, Manakala Bukit Selambau berada di dalan Negeri Bekas Perdana Menteri Tun Mahathir. Apakah Bukit Selambau akan bakal menjadi milik PR sekali lagi?

No comments:

About This Blog


Dan adapun orang-orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari keinginan hawa nafsunya. Maka sesungguhnya syurgalah tempat tinggalnya. (al-Naziat ayat 40-41)

"Of all the enemies to public liberty war is, perhaps, the most to be dreaded because it comprises and develops the germ of every other. War is the parent of armies; from these proceed debts and taxes...known instruments for bringing the many under the domination of the few. . . No nation could preserve its freedom in the midst of continual warfare."
- James Madison, Political Observations, 1795

santapan rohani ii

Al-hadith :ثلاثةٌ قد حَرّمَ اللهُ - تَبَارَكَ وَتَعَالَى - عليهم الجنةَ : مُدْمِنُ الخمر ، والعاقّ ، والدّيّوثُ الذييُقِرُّ في أَهْلِهِ الخُبْثَ . رواه أحمد والنسائيErtinya : "Tiga yang telah Allah haramkan baginya Syurga : orang yang ketagih arak, si penderhaka kepada ibu bapa dan Si Dayus yang membiarkan maksiat dilakukan oleh ahli keluarganya" ( Riwayat Ahmad )

PEGANGAN

Ingatlah firman Allah Taala:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا بِطَانَةً مِنْ دُونِكُمْ لَا يَأْلُونَكُمْ خَبَالًا وَدُّوا مَا عَنِتُّمْ قَدْ بَدَتِ الْبَغْضَاءُ مِنْ أَفْوَاهِهِمْ وَمَا تُخْفِي صُدُورُهُمْ أَكْبَرُ قَدْ بَيَّنَّا لَكُمُ الْآيَاتِ إِنْ كُنْتُمْ تَعْقِلُونَ (118) هَا أَنْتُمْ أُولَاءِ تُحِبُّونَهُمْ وَلَا يُحِبُّونَكُمْ وَتُؤْمِنُونَ بِالْكِتَابِ كُلِّهِ وَإِذَا لَقُوكُمْ قَالُوا آمَنَّا وَإِذَا خَلَوْا عَضُّوا عَلَيْكُمُ الْأَنَامِلَ مِنَ الْغَيْظِ قُلْ مُوتُوا بِغَيْظِكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ بِذَاتِ الصُّدُورِ (119)

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi “orang dalam” (yang dipercayai). mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah Kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya. Awaslah! kamu ini adalah orang-orang (yang melanggar larangan), kamu sahajalah yang suka (dan percayakan mereka, sedang mereka tidak suka kepada kamu. kamu juga beriman kepada Segala Kitab Allah (sedang mereka tidak beriman kepada Al-Quran). dan apabila mereka bertemu dengan kamu mereka berkata: “Kami beriman”, tetapi apabila mereka berkumpul sesama sendiri, mereka menggigit hujung jari kerana geram marah (kepada kamu), Katakanlah (Wahai Muhammad): “Matilah kamu Dengan kemarahan kamu itu”. Sesungguhnya Allah sentiasa mengetahui akan Segala (isi hati) yang ada di dalam dada.” [Ali Imran: 118 & 119]
..............................................
تُولِجُ اللَّيْلَ فِي النَّهَارِ وَتُولِجُ النَّهَارَ فِي اللَّيْلِ وَتُخْرِجُ الْحَيَّ مِنَ الْمَيِّتِ وَتُخْرِجُ الْمَيِّتَ مِنَ الْحَيِّ وَتَرْزُقُ مَنْ تَشَاءُ بِغَيْرِ حِسَابٍآل عمران : 27

"Engkaulah (Wahai Tuhan) yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang, dan Engkaulah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Engkaulah juga yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati, dan Engkaulah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup. Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya".

bermubahalah

“Siapa yang membantahmu tentang kisah Isa-Setelah engkau beroleh pengetahuan yang meyakinkan tentang hal itu, maka katakanlah kepada mereka : Marilah kita panggil (kumpulan) anak-anak kami dan anak-anak kalian, isteri-isteri kami, dan isteri-isteri kalian, diri-diri kami dan diri-diri kalian, kemudian kita bermubahalah kepada Allah, mohon agar Allah menjatuhkan laknat-Nya kepada pihak yang berdusta.” (Ali Imran : 61)