1. Walaupun Mahkamah Rayuan belum mengeluarkan keputusan rayuan TS Joseph Kurup mengenai kedudukannya sebagai MP Pensiangan, namun ramai yang meramalkan bahawa Pilihanraya Kecil itu seperti tidak dapat dielakkan. Bermakna Kurup diramal akan gagal dalam rayuannya.
2. Sekiranya PRK diadakan, kemungkinan amat jelas bahawa Kurup akan dicalonkan semula sebagai calon BN dari PBRS memandangkan dia adalah Presiden Parti PBRS dan "incumbent". Berita tersebar agak luas juga bahawa seorang ahli perniagaan yang banyak mendapat peluang penswastaan agensi kerajaan dicadangkan namanya sebagai calon BN dan kini telahpun disenarai pendikkan bersama-sama Kurup. Desas desus menyebut, ahli perniagaan ini telah dicadang sendiri oleh Pengerusi BN Sabah. Persoalannya, samada dia akan menghalang Kurup atau diberi peluang supaya tidak di"serkup" pembangkang masih menjadi teka-teki. Kurup pula dikatakan akan ditawarkan Jawatan sebagai Senator. Jadi, dengan demikian bilangan YB dari Pedalaman akan bertambah?
.
.
3. Samada Kurup atau yang lain akan dicalonkan BN, mestikah Jeffrey yang bertanding mewakili PKR?. Memandangkan PKR Sabah amat ketandusan pemimpin professional, Jeffery sewajarnya membuka peluang kali ini kepada muka baru yang professional. Dengan bertindak demikian, sekurang-kurangnya, tindakan Jeffrey itu kelak akan memadamkan isu bahawa dia "gila jadi ketua","gila bertanding" atau "gila jadi YB". Kalaupun Jeffrey menang, ianya tidak akan merobah wajah politik Malaysia atau Sabah. Sebenarnya Jeffrey perlu menyimpan tenaga untuk PRU13 yang lebih penting bagi PKR. Sekiranya Jeffrey kalah di Pensiangan nanti, barangkali sukar baginya untuk bangun semula pada PRU13 nanti. Bukankah Jeffrey memikirkan soal pokok iaitu "Justice for Sabahan" bukan soal Pensiangan semata-mata? " Barangkali bot-bot lain nanti akan mengenakan tambang yang mahal untuk dia menumpang bila dia terkandas".
4. Barangkali Jeffrey dan Andipai tidak rasa terkilan antara satu dengan yang lain apabila calon lain diketengahkan. Barangkali seorang "calon wanita" yang professional perlu dicari Jeffrey dan Andipai sebagai penyelesaian memandangkan peratusan pengundi wanita yang turun mengundi lebih ramai seperti lazimnya. Mungkin seorang professional wanita akan menjadi gandingan Christina Liew bagi menyemarakkan sokongan kaum wanita kepada PKR di Sabah.
5. Pedalaman atas hanya pernah merasai sentuhan kepimpinan wanita apabila Ida Undan @ Dumpangol dilantik menjadi Senator. Selepas itu, pemimpin wanita hanya menjadi penyokong atau pemimpin peringkat sokongan. Jadi apakah tidak wajar Jeffrey dan Andipai menyetujui calon wanita menjadi calon PKR bagi menghadapi calon BN?. Atau BN barangkali akan mempertaruhkan calon wanita? Bukankah sepakat menjadi teras Pakatan Rakyat?
Jeffrey dan penyokong fanatiknya tidak wajar mengongkong minda mereka hanya ke kawasan Pedalaman dan Jeffrey sebagai individu. Jeffrey perlu mendidik mereka melihat bahawa politik PKR adalah "Harapan Baru Untuk Malaysia" bukan sekadar Pedalaman dan individu.
.
6. Bernard Maarat, bekas MP Pensiangan, sukar untuk memposisikan dirinya atau merebut peluang calon bagi BN memandangkan dia baru sahaja melompat ke PBS dari PBRS dan digugurkan sebagai calon suatu ketika dulu. Kiranya "besar hati" Bernard untuk bercalon, besar kemungkinan dia akan berdiri sebagai "calon Bebas". Kiranya ini berlaku, dia hanya akan memecahkan undi BN memandangkan penyokong dan "pocket votersnya" adalah penyokong BN. Ini memungkinkan Kurup atau mana-mana calon BN akan menghadapi masalah dan jalan yang sukar. Atau barangkali Bernard tetap juga akan bercalon apa jua parti sekadar mengubati lukanya terhadap Kurup yang telah merampas kerusinya?
.
7. Kiranya percaturan PKR menjadi, dan Jeffrey dengan Andaipai mencapai kata sepakat sebagai ahli Pakatan Rakyat untuk memilih calon lain, kemungkinan professional wanita", Kurup akan pasti menggelabah kerana selama ini dia hanya banyak mengumpul dan menyimpan "peluru" dan isu yang dikhaskan buat Jeffrey dan Andipai.
.
8. Kemungkinan calon wanita lebih berpeluang di Pensiangan memandangkan Pedalaman sudah lama kehausan dan dambakan sentuhan ahli politik wanita. Selain Ida Dumpangol Undan, pasti ramai lagi wanita Pedalaman yang berkalibar. Cuma wanita sebenarnya tidak bersikap "tersorong-sorong". Itulah "X-factor"nya. Siapa dia...kenalah PKR cari sebelum matahari terbenam.
1 comment:
Salam Denakan....
"gila jadi ketua","gila bertanding" atau "gila jadi YB"... biarlah, asalkan dia tidak kena penyakit gila babi.
Mungkin ndak cukup itu duit pencen dan pendapatan2 sampingan bagi menampung biaya hidup, itulah pasal kalau ada PRK...asyik-asyik durang ni saja yang muncul. Biarlah rakyat jadi bosan dengan sikap mereka ini.
Post a Comment