Keputusan rayuan ke atas pembatalan keputusan Mahkamah mengenai Keputusan Pilihanraya P.182-Pensiangan oleh Tan Sri Joseph Kurup, calon yang dibatalkan sebagai Menang Tanpa Bertanding, masih belum diumumkan. Namun ramai yang telah membayangkan bahawa Pilihnaraya Kecil Parliment P.182-Pensiangan akan diadakan pada bila-bila masa sahaja. Kemungkinan Besar selepas pemilihan Majlis Teringgi UMNO pada Mac, 2009.
Pelbagai isu mula dicanangkan dan dipaparkan dalam media. Tinjauan dan kajian mula dibuat. Pengumpulan data mula dilakukan, di analisa dan diperinci. “kepastian yang tak pasti” mula diperbincang dan dipertimbang. “Tolak itu, campur ini, bahagi ini dan dapat itu” semua diperhitung, namun “kepastian masih juga tak pasti.
Dalam menanti keputusan Mahkamah Rayuan mengenai “Pensiangan”, yang kita pasti ialah isu-isu pra pilihanraya P.182 Pensiangan mula tersebar. Ianya tersebar luas dan pantas. Pelbagai strategi dan sepak terajang politik sedang asyik dimainkan oleh “kaki politik" samada yang ghaib atau terang-terangan.
Isu “quarrelling Josephs” mula mengisi dada media walaupun isu ini hanya diperbesar-besarkan kerana ini akan mengakibatkan masalah besar terutama kepada Barisan Nasional. Kiranya Datuk Joseph Pairin Kitingan dan Tan Sri Joseph Kurup dapat dilagakan macam anak ayam boleh dipalit arang di muka, maka mudah bagi BN untuk dikalahkan. Tidak siapa yang dapat menolak kenyataan bahawa pengaruh Datuk Pairin sebagai Hoguan Siau dan Presiden PBS masih menyengat terutama di kawasan Pedalaman.
Dato Seri Anwar Ibrahim, Ketua Perhubungan PKR Sabah, dalam lawatannya ke Sabah pada 22-23 Januari, 2008 telah mengumumkan bahawa beliau telah mengadakan pertemuan tertutup dengan pemimpin-pemimpin gereja. Ramai yang tidak menyedari bahawa penyataan Dato Seri Anwar itu merupakan strategi awal memenangi hati pengundi Pensiangan yang lebih 85% terdiri dari Bumiputera Sabah yang bukan beragama Islam.
Isu Quarreling Joseph juga menggambarkan bahawa BN berada dalam dilema dalam memilih calon kiranya pilihanraya kecil Parlimen Pensiangan akan diadakan. Sebenarnya Pembangkang khasnya KeADILan (PKR) juga menghadapi dilema. Danny Andipai yang memenangi partition pilihanraya Pensiangan, terguggat kerana Datuk Dr Jeffrey juga mempunyai keinginan yang tinggi untuk dipilih sebagai calon. Malah ada kalangan pengikut PKR lebih menginginkan calon lain yang lebih sesuai dari Danny Andipai dan Dr. Jeffrey dalam mengelak kemelut Jeffrey-Andipai, kedua-duanya pemimpin PKR.
Lazimnya, dalam pilihanraya kecil seperti ini, penyertaan calon-calon Bebas dan dari Parti-parti Kecil untuk bertanding tidak dapat dinafikan. Dalam kontek Pensiangan, penyertaan Bebas dan calon-calon Parti Kecil dalam pilihanraya kecil akan memudahkan pihak kerajaan BN untuk memenangi pilihanraya ini memandangkan dua DUN dalam Parlimen Pensiangan yakni DUN Nabawan dan DUN Sook dikuasai BN dengan majoriti yang banyak.
Majoriti BN di DUN N.37-Nabawan dan N.38-Sook dalam PRU 12, menyebabkan ramai yang meramal bahawa, keadaan Kuala Terengganu dan Permatang Pauh amat berbeza dengan Pensiangan.
Hoguan Siau, Datuk Seri Pairin Kitingan, Timbalan Ketua Menteri Sabah dan Presiden PBS hampir pasti akan memimpin pilihanrya kecil itu kendatipun Tan Sri Joseph Kurup yang dipertandingkan oleh BN. Ini tidak semestinya membuka peluang bagi Dr. Jeffery untuk terpilih menjadi calon PKR memandangkan Dr. Jeffrey sendiri telah menentang Datuk Seri Pairin, abang kandungnya, merebut kerusi Parlimen P.181- Keningau dalam PRU 12. Ia mungkin peluang Jeffrey "rematch" dengan Tan Sri Joseph Kurup namun halangan Danny Andipai yang memenagi partition pilihanraya atas khidmat Tuan Haji Ansari Abdullah, Bekas Ketua Perhubungan PKR Sabah, yang tidak disenangi Jeffrey terpaksa dilepasi.
Pengikut-pengikut PKR pula lebih berkeyakinan kiranya Bernard Maarat akan menyertai SAPP dan turut bertanding atas tiket SAPP. Menurut mereka pengundi BN akan pecah dan mudah bagi PKR menawan kawasan itu. Namun Bernard Maraat terpaksa melukai hati Pairin dan PBS. Dengan itu ramai pihak berpendapat bahawa kiranya Bernard Maraat bertanding atas tiket SAPP, dia hanya akan memecahkan undi pembangkang dan memudahkan BN memenangi Pensiangan.
Yang nyata, kiranya pilihanraya terpaksa diadakan, keupayaan mana-mana calon menawan sokongan ramai pemimpin masyarakat pensiangan, pemimpin-pemimpin akar umbi dan golongan berpendidikan di kedua-dua kawasan DUN di Parlimen pensiangan akan mempunyai impak dan peluang yang cerah untuk memenangi kerusi Parlimen Pensiangan. Rasanya "janji Pembangunan" tidak mendatangkan impak yang besar dalam memenangi Pensiangan.
Siapakah calon dalam pilihanraya itu? Siapa yang berpotensi untuk menang?
2 comments:
entingSalam Denakan...
Pilihanraya Pensiangan memerlukan calon rakyat, bukan calon pilihan parti atau kerajaan negeri dan persekutuan.
Itu perlu untuk menidakkan peluang pembangkang menapak diSabah.
WSLM Denakan. Terimo kasi.
Eventually, selepas dicalonkan oleh Parti, mereka akan diundi melalui pilihanraya. Calon rakyat will be terlalu ramai nanti. Good term anyway since the rakyat will decide. Panjang umur murah rezeki Denakan.
Post a Comment