Kitingan vs kitingan: Jefrey tidak penah menang melawan abangnya, Joseph Pairin. |
Pertembungan Kitingan vs Kitingan memang agak normal bagi masyarakat Tambunan khasnya dan Sabah amnya. Datuk Dr. Jefrey Kitingan bertembung ideologi politik dengan TS Joseph Pairin Kitingan. Adik sering melawan abangnya. Setakat ini, kemenangan tidak pernah memihak Jefrey menentang abangnya Pairin.
Jefrey hanya pernah menang semasa dia bersama-sama berjuang dengan abangnya dalam PBS. Dia menang sebagai ADUN Bingkor atas tiket PBS. Kemenangannya itu disebut-sebut kerana dia menumpang "tuah abangnya"
Semua tahu bahawa Jefrey melakar kelebihan politik dan membina empayar ekonominya semasa dia dalam PBS. Masa itu dia berjuang bersama, selari dan sehaluan dengan abangnya, Pairin. Sukar bagi Jefrey menolak kenyataan bahawa tuah bersama abangnya selalu membawa kejayaan baginya.
Jefrey pernah merebut jawatan senior dalam PBS, namun dalam dia kalah dan gagal mendapat kedudukan dalam setiap pertandingan yang disertainya. Barangkali, inilah keadaan yang menyebabkan Jefrey merasakan bahawa khidmatnya tidak diterima atau tidak diperlukan dalam PBS. Atau barangkali PBS tidak memberikan ruang baginya untuk membuktikan kepimpinannya dalam wadah PBS kerana sikapnya dan pendekatannya yang selalu kelihatan cuba membayangi abangnya walaupun sebenarnya, dialah yang berlindung di bawah kepimpinan abangnya.
Jefrey menyertai Angkatan Keadilan Rakyat-AKAR dengan membawa kerusi ADUN Bingkor bersamanya. Tidak lama berada dalam AKAR, Jefrey terlibat dalam pergelutan dalam parti dan krisis kepimpinan dalam AKAR. Dia akhirnya tewas kepada Pandikar Amin Haji Mulia. Setelah itu dia kembali ke PBS.
Tidak lama berada dalam PBS, Jefrey bertindak meninggalkan PBS. Kali ini dia membawa bersama-samanya beberapa ADUN PBS menyertai Parti Bersatu Rakyat Sabah-PBRS yang diketuai TS Joseph Kurup. Inilah tindakan Jefrey yang amat menyakitkan hati sebilangan besar pemimpin PBS dan penyokong PBS. Sukar bagi mereka memaafka dan menerima Jefrey semula dalam "rumah" PBS.
Kitingan vs Kitingan berterusan. Jefrey menyertai PKR. Dalam PRU12 2008, Jefrey mula memperlihatkan penentangan terhadapa abangnya secara terbuka. Dia menentang abangnya merebut kerusi P.180-Keningau. Dalam pertembungan itu Jefrey tewas dengan hanya mendapat 10,334 undi, manakala abangnya, Pairin mendapat 14,598 undi. Seorang calon, Peter Anthony Kodou dari DAP hanya berjaya mendapat 560 undi dan hilang wang pertaruhan.
"Blood is thicker than water". Jefrey mengalami kemalangan jalanraya semasa roadshow mempromosi PKR. Pairin, abangnya jugalah yang berada di sisinya. Anwar tidak datang di sisinya semasa dia terlantar dihospital. Namun, Anwar juga "Pahlawan Agung yang dihadiahkan pedang pahlawan oleh Jefrey".
Jefrey membakar jambatan dengan PKR setelah tidak diberi muka menyandang jawatan Pengerusi Perhubungan PKR Sabah walaupun dia adalah yang senior dalam PKR di Sabah masa itu. Ramai yang menganggap bahawa inilah kesilapan besar Anwar dalam melakar sokongan rakyat Sabah. Jika Kitangan vs Kitingan boleh berlaku, pastinya penentangan Jefrey ke atas Anwar dan PKR bukanlah satu yang mustahil. Jefrey mebawa ribuan pemimpin dan penyokongnya meninggalkan PKR dan menyertai STAR. Sekaligus, sebagai cara Jefrey memberitahu Anwar dan PKR bahawa PKR semakin lemah berbanding sebelum dan semasa PRU12 di Sabah.
Kitingan vs Kitingan berterusan sehingga kini semasa Jefrey mengetuai STAR Sabah. Jefrey tahu, hanya dengan melemahkan abangnya, dia akan mendapat dalam politik di kawsan Tambunan khasnya PP Keningau dan DUN Tambunan dan sekitarnya. Dia tahu, hanya dengan melemahkan abangnya , Jefrey akan dapat melemahkan PBS.
Terakhir ini, selain media sosial, Jefrey secara berterusan dan terbuka mengkritik abangnya, Pairin. Dia mengatakan bahawa abangnya hanya merekayasa cerita untuk mempertahankan sokongannya. Dia mengatakan bahawa diterkejut kerana daya ingatan abangnya sudah berkurangan apabila abangnya menuduh adiknya, Jefrey, menjadi penyebab ramai KDM meninggalkan Yayasan Sabah. Dalam masa yang sama, Jefrey sendiri menuduh bahawa abangnya masih menyokong kerajaan BN yang hanya mampu menyediakan air graviti dan balairaya setelah 49 tahun Sabah merdeka menerusi Malaysia.
Pertembungan Kitingan vs Kitingan dalam media umum jarang berlaku seperti ini. Politik menjadikan pertembungan ini berterusan. Pairin sebenarnya boleh bertindakbalas dengan bertanyakan Jefrey tentang sumbangannya selama lebih 9 tahun berada dalam PBS dulu. Namun sebagai abang, dia lebih melihat Kitingan vs Kitingan dari sudut yang berlainan. Dia sudah berada dalam system untuk membangunkan negari dan rakyat sedangkan adiknya berada di luar system. Bagi Pairin, agaknya., adiknya hanya pandai bercakap dan membangkang sebagi pembangkang..seperti "easier said than done".
Kenapa agaknya Jefrey gagal membawa perubahan seperti yang dikehendakinya semasa dia berada selama hampr 10 tahun dalam PBS? Apa yang membuat Jefrey sibuk masa itu?. Kenapa dalam masa yang sengkat itu Jefrey dapat membina empayar ekonomi yang amat besar dan dalam tempoh yang pendik?
Apakah Kitingan vs Kitingan berlaku kerana Jefrey, adik Pairin, terlalu mendambakan dan mengharapkan untuk berada dalam "sistem kerajaan"?
PRU13 akan menentukan pertembungan sengit Kitingan vs Kitingan sekali lagi. Samada Jefrey akan tersingkir lagi dengan parti yang dipinjamnya dari Sarawak, STAR, atau sebaliknya. Yang pasti Kitingan vs Kitingan akan menjadi reda kalaupun tidak berakhir....

No comments:
Post a Comment