LABUAN, 24 Mac (Bernama) -- Anggota Parlimen Kota Marudu Datuk Dr Maximus Ongkili menyuarakan keyakinan bahawa Kota Marudu adalah kerusi boleh menang dan Barisan Nasional (BN) mampu mengekalkannya dalam pilihan raya umum ke-13 dengan majoriti yang meningkat.
"Saya bersedia mempertahankan kerusi ini, jika saya dikehendaki mempertahankannya dan kita mampu memenanginya untuk BN sekali lagi," katanya kepada Bernama Sabtu.
"Kami telah berkhidmat dengan baik kepada rakyat dan penduduk di Kota Marudu mempunyai keyakinan terhadap kami dalam aspek pembangunan dan keselamatan," katanya.
Mengenai sama ada senarai calon dimuktamadkan, beliau berkata Presiden Parti Bersatu Sabah Tan Sri Joseph Pairin Kitingan telahpun bertemu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan senarai nama calon itu sedang diteliti.
-- BERNAMA
No comments:
Post a Comment