Dalam keghairahan mahu menawan Putrajaya, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mahu memandang remeh terhadap saingan sengit yang mampu diberikan musuh politik mereka BN.
Dalam ceramahnya di Gombak, Kuala Lumpur malam tadi, ketua umum PKR itu meluahkan sikap hati-hatinya itu untuk kerusi Gombak, Pandan dan Lembah Pantai. Ketiga-tiga kerusi itu akan ditandingi tokoh heavyweight PKR, iaitu Azmin Ali (timbalan presiden), Rafizi Ramli (pengarah strategi) dan Nurul Izzah (naib presiden yang juga anaknya) dalam pilihan raya umum akan datang.
"Fokus yang Umno mesti tumbangkan (adalah) Azmin di Gombak, Rafizi di Pandan dan Nurul Izzah di Lembah Pantai," katanya. Dalam pilihan raya umum 2004, Azmin menewaskan calon BN Said Anuar Said Ahmad dengan majoriti 6,867 undi.
Nurul Izzah membuat kejutan dengan memalukan penyandang kerusi Lembah Pantai Datuk Seri Shahrizat Jalil, yang juga ketua Wanita Umno dan menteri kabinet pada masa itu dengan majoriti 2,895 undi.
Manakala Rafizi pula akan membuat penampilan sulungnya dalam pilihan raya dengan turun ke kerusi yang disandang bekas presiden MCA Datuk Seri Ong Tek Kiat. Ong bagaimanapun belum tentu terpilih mempertahankan kerusi itu daripada asakan Pakatan.
No comments:
Post a Comment