Saturday, June 30, 2012

Usul tangguh sidang Dewan Rakyat turut ambil maklum tindakan pihak yang dirujuk: Pandikar Amin


Tan Sri Pandikar Amin Mulia
KUALA LUMPUR, 28 Jun — Setiap usul penangguhan sidang di bawah Peraturan Mesyuarat 18 (1) yang dikemukakan oleh anggota Parlimen akan disemak, diteliti dan diambil maklum daripada pihak yang dirujuk sebelum diputuskan sama ada akan dibawa ke persidangan Dewan Rakyat atau sebaliknya.

Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia  berkata walaupun ada perkara tertentu yang berhubung dengan kepentingan awam di dalam usul berkenaan, pihaknya akan terlebih dahulu menghubungi pihak berwajib berkaitan yang dirujuk di dalam usul bagi memastikan sama ada perkara itu telah diambil tindakan.

“Di bawah peraturan 18 (1), apabila kita membawa usul untuk merundingkan sesuatu hal yang berlaku melibatkan kepentingan orang ramai, yang mana antara lain tujuannya untuk mengambil minat kerajaan membuat tindakan segera. “Di dalam hal ini apabila saya hubungi pihak berwajib, saya dimaklumkan bahawa pihak daripada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) telah pergi dan menemu bual pihak-pihak berkenaan...bermakna tindakan telah pun diambil,” katanya dalam penjelasan kepada Er Teck Hwa (DAP-Bakri) berhubung penolakan usul beliau pada sidang Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Usul Er bagi membincangkan dakwaan tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) didera dan mahu sebuah suruhanjaya siasatan ditubuhkan bagi menyiasat kes itu serta mengapa mereka tidak dibebaskan apabila ISA dimansuhkan, telah ditolak di dalam kamar.

Pandikar Amin berkata selain itu, keputusan beliau menolak usul tersebut dibuat memandangkan tahanan berkenaan masih tertakluk di bawah Akta ISA walaupun akta tersebut telah dimansuhkan.

Beliau berkata di bawah Akta Keselamatan Langkah-Langkah Khas 2012 yang diluluskan, Seksyen 32 (a) akta itu jelas membenarkan tahanan terus ditahan dan tertakluk kepada undang-undang terdahulu sehingga Menteri Dalam Negeri memutuskan tempoh tahanan dipendekkan.

“Jadi tidak logik bagi saya membahaskan sesuatu perkara yang mana ia juga tidak membawa kepada kesampaian tujuan sesuatu usul...itu sebab mengapa saya tolak usul berkenaan kerana tiada keperluan untuk disegerakan,” katanya.

Pandikar Amin berkata alasan yang sama juga digunakan dalam menolak usul Er untuk membincangkan mengenai isu pemindahan kubur-kubur Cina yang terlibat dalam pengambilan tanah bagi Projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) di Pengerang, Johor.

Beliau berkata jika dibahaskan sekalipun, isu itu tidak akan sampai kepada maksudnya kerana ia melibatkan hal tanah yang tertakluk di bawah bidang kuasa kerajaan negeri sama ada untuk memindahkan penduduk atau sebagainya.

“Saya juga telah menghubungi tiap-tiap yang berwajib dalam hal ini, jawapan yang diperoleh ialah pada ketika saya bercakap ini masih lagi perundingan dibuat di antara pihak-pihak terlibat iaitu kerajaan negeri Johor, Petronas dan keluarga si mati.

“Jadi bukan bermakna tidak ada tindakan, ia masih lagi dibincang... jadi tujuan yang berhormat untuk membawa usul rayuan di bawah peraturan mesyuarat ialah supaya kerajaan atau pemaju mengambil tindakan dan ternyata tindakan sedang diambil,” katanya.

RAPID yang melibatkan pelaburan RM60 bilion mempunyai kapasiti untuk menapis 300,000 tong minyak mentah import sehari melibatkan pengambilan tanah seluas 32,000 ekar.

Dalam perkembangan berkaitan, Pandikar Amin turut menasihatkan Anggota Parlimen agar memahami serta faham tiga syarat utama dalam mengemukakan usul berdasarkan Peraturan Mesyuarat 18 (1) serta syarat-syarat lain dalam peraturan itu supaya tidak berterusan memberi tekanan kepada dewan sekiranya ia ditolak.

Beliau berkata selain Peraturan Mesyuarat 18 (1), kaedah lain yang boleh digunakan dalam menyatakan isu adalah melalui ucapan penangguhan kerana mereka perlu sedar tidak semestinya setiap usul yang dikemukakan akan diterima untuk dibentang.

“Seharusnya ahli Yang Berhormat apabila sampai akhir penggal ini faham kategori mana hal-hal boleh dibawa bawah 18 (1). Macam sekarang pun saya terpaksa ‘explain’ (beri penjelasan) banyak yang akan menghabiskan masa.

“Saya tidak mengatakan bahawa apa yang berlaku itu tidak perlu disegerakan tetapi apa yang saya katakan apabila kita kesampingkan agenda yang tersedia (Aturan Urusan Mesyuarat) untuk membahas dan berunding sesuatu yang juga tidak mempunyai keputusan,” katanya. — Bernama

No comments:

About This Blog


Dan adapun orang-orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari keinginan hawa nafsunya. Maka sesungguhnya syurgalah tempat tinggalnya. (al-Naziat ayat 40-41)

"Of all the enemies to public liberty war is, perhaps, the most to be dreaded because it comprises and develops the germ of every other. War is the parent of armies; from these proceed debts and taxes...known instruments for bringing the many under the domination of the few. . . No nation could preserve its freedom in the midst of continual warfare."
- James Madison, Political Observations, 1795

santapan rohani ii

Al-hadith :ثلاثةٌ قد حَرّمَ اللهُ - تَبَارَكَ وَتَعَالَى - عليهم الجنةَ : مُدْمِنُ الخمر ، والعاقّ ، والدّيّوثُ الذييُقِرُّ في أَهْلِهِ الخُبْثَ . رواه أحمد والنسائيErtinya : "Tiga yang telah Allah haramkan baginya Syurga : orang yang ketagih arak, si penderhaka kepada ibu bapa dan Si Dayus yang membiarkan maksiat dilakukan oleh ahli keluarganya" ( Riwayat Ahmad )

PEGANGAN

Ingatlah firman Allah Taala:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا بِطَانَةً مِنْ دُونِكُمْ لَا يَأْلُونَكُمْ خَبَالًا وَدُّوا مَا عَنِتُّمْ قَدْ بَدَتِ الْبَغْضَاءُ مِنْ أَفْوَاهِهِمْ وَمَا تُخْفِي صُدُورُهُمْ أَكْبَرُ قَدْ بَيَّنَّا لَكُمُ الْآيَاتِ إِنْ كُنْتُمْ تَعْقِلُونَ (118) هَا أَنْتُمْ أُولَاءِ تُحِبُّونَهُمْ وَلَا يُحِبُّونَكُمْ وَتُؤْمِنُونَ بِالْكِتَابِ كُلِّهِ وَإِذَا لَقُوكُمْ قَالُوا آمَنَّا وَإِذَا خَلَوْا عَضُّوا عَلَيْكُمُ الْأَنَامِلَ مِنَ الْغَيْظِ قُلْ مُوتُوا بِغَيْظِكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ بِذَاتِ الصُّدُورِ (119)

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi “orang dalam” (yang dipercayai). mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah Kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya. Awaslah! kamu ini adalah orang-orang (yang melanggar larangan), kamu sahajalah yang suka (dan percayakan mereka, sedang mereka tidak suka kepada kamu. kamu juga beriman kepada Segala Kitab Allah (sedang mereka tidak beriman kepada Al-Quran). dan apabila mereka bertemu dengan kamu mereka berkata: “Kami beriman”, tetapi apabila mereka berkumpul sesama sendiri, mereka menggigit hujung jari kerana geram marah (kepada kamu), Katakanlah (Wahai Muhammad): “Matilah kamu Dengan kemarahan kamu itu”. Sesungguhnya Allah sentiasa mengetahui akan Segala (isi hati) yang ada di dalam dada.” [Ali Imran: 118 & 119]
..............................................
تُولِجُ اللَّيْلَ فِي النَّهَارِ وَتُولِجُ النَّهَارَ فِي اللَّيْلِ وَتُخْرِجُ الْحَيَّ مِنَ الْمَيِّتِ وَتُخْرِجُ الْمَيِّتَ مِنَ الْحَيِّ وَتَرْزُقُ مَنْ تَشَاءُ بِغَيْرِ حِسَابٍآل عمران : 27

"Engkaulah (Wahai Tuhan) yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang, dan Engkaulah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Engkaulah juga yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati, dan Engkaulah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup. Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya".

bermubahalah

“Siapa yang membantahmu tentang kisah Isa-Setelah engkau beroleh pengetahuan yang meyakinkan tentang hal itu, maka katakanlah kepada mereka : Marilah kita panggil (kumpulan) anak-anak kami dan anak-anak kalian, isteri-isteri kami, dan isteri-isteri kalian, diri-diri kami dan diri-diri kalian, kemudian kita bermubahalah kepada Allah, mohon agar Allah menjatuhkan laknat-Nya kepada pihak yang berdusta.” (Ali Imran : 61)