Sekalipun sekinabalu harta kekayan, pasti tidak mampu memenuhi ketamakan manusia |
Keindahan ini memang menggiurkan pelabur asing, terutama yang masih memilih milih ke mana wang ringgit berguni guni dilaburkan kendatipun terpaksa membeli maruah sekalipun. |
Sejak kebelakangan ini, isu Tanah Warisan Rampayan Laut (TWRL), semakin kurang kedengaran. Entah berada pada tahap "cooling off period" entah berada dalam KIV sementara berakhirnya PRU13, tiada siapa yang mengetahui melainkan mereka yang memiliki agenda dan impian. Sekali sekala, isu TWRL ini timbul diFacebook, namun tidak sehangat "tahi ayam yang baru terpancut dari dubur ayam jantan".
Kenapa isu TWRL dingin terutama ketika PRU13 di ambang waktu?. Jangan fikir pemburu sudah melempar senapangnya jauh-jauh. Jangan fikir rusa terlupa akan jerat yang sering mengancam nyawanya.
Tanah komunal, di ambang PRU13 kini, menjadi salah isu utama selain PTI dan 20 Perkara. Melupakan isu ini sama seperti membiarkan api membakar sekam. lambat laun isu ini akan termuntah seperi larva dari gunung berapi. Keadaan pastinya susah dikawal. Dalam masa terdekat ini satu ketatapan MESTILAH dibuat tentang duduknya perkara TWRL ini. Telahpun kita dengar, Jawatankuasa Negeri yang dipertanggungjawabkan mengenai isu tanah kumunal, tetapi penyelesaian Tanah Warisan bukanlah melalui "buku atau by the book" yang tidak mengenal erti dan perasaan rakyat sebagai pewaris. Hakikatnya WARISAN akan selalu menerima kekecundangan di tangan "BUKU perundangan".
TWLR semestinya diselesaikan atas dasar kebertanggunjawaban, kemanusiaan dan keadilan dengan berpaksikan kepimpinan yang ikhlas yang mengiktiraf hak di bawah panji-panji keadilan atas dasar keperimanusiaan. Jika kerajaan itu adalah "dari rakyat untuk rakyat", kenapakah kemanusiaan ini harus dihitung dan diperinci dengan menggunakan "BUKU"? Apakah salah memberikan HAK kepada yang BERHAK mengikut "nuteral law" iaitu berpaksikan kemanusiaan dan keadilan?
Lupakanlah niat yang "lalu ditanakkan", yang jelas dasarnya bersandarkan keinginan kepada keinginan untuk hidup seratus tahun lagi. Tidak bererti hidup dengan bergelumang kekayaan yang diperas dari darah dan airmata rakyat. Kemewahan ini semuanya tidak akan dapat memenuhi kemahuan manusia yang tiada batasnya.
Khazanah di dunia ini akan kita tinggalkan. Itu adalah satu hakikat. Hak rakyat yang kita nafikan, kita tidak akan tinggalkan di dunia ini melainkan nama samada yang buruk atau yang baik. Hak yang kita nafikan di dunia akan memburu kita hingga ke liang lahad dan sehingga ke Padang Mahsar. Kita tidak akan dapat lari.
Boleh saja kita gunakan pendekatan "we go by the book" tetapi ianya tidak akan mampu memadam rekod penafian hak yang digalas melalui kegagalan menilai kemanusiaan dan keadilan. Rakyat hanya memerlukan sebatang pensil di meja ballot untuk menjatuhkan kita, sedang hak mereka kelak bertaburan dan sesat mencari tuannya. Jika kita gagal menunaikan kemanusiaan dan keadilan kali ini maka INI KALI LAH nawaitu diperbetulkan rakyat dalam PRU13 kelak. Pensil perlu diraut buat memilih dalam PRU13 pada sekian kalinya jika mineral water telah terbukti gagal menukar kerajaan atau pemimpin.

No comments:
Post a Comment