"I will never forget that the only reason I'm standing here today is because somebody, somewhere stood up for me when it was risky. Stood up when it was hard. Stood up when it wasn't popular. And because that somebody stood up, a few more stood up. And then a few thousand stood up. And then a few million stood up. And standing up, with courage and clear purpose, they somehow managed to change the world..."-BARACK OBAMA, speech, Jan. 8, 2008
Beberapa hari lagi UMNO yang menjadi toggak kerajaan Malaysia akan bersidang. Tidak syak lagi akan menilai situasi yang berkait pergolakan politik tanahair yang tidak menentu. Ketidakstabilan politik negara masakini telah menjadikan negara ini dilihat dengan "fokus 2020" oleh media asing dan kuasa asing.
Saya katakan asing kerana asing tidak menjadikan negara ini focus 2020 pada ketika negara ini mengorak ke mercu negara maju. Agaknya kerana "good news is no news".Pastinya persidang UMNO ini dijadikan topik hangat. Mungkin UMNO akan bermuasabah setelah dilanda Tsunami Politik. Seperti biasa, parti lawan akan terus mengatakan bahawa bahawa UMNO menderita cancer malignant peringkat ke tiga. Walaupun demikian, segelintir lawan dan kawan mengsyorkan supaya UMNO perlu berubah atau rebah.
Pada asasnya organisasi seperti UMNO, PAS dan lainnya tidak memiliki etika. Yang beretika dan perlu menjunjung etika itu adalah pemimpin dan penyokong masing-masing. Etika dan pelanggaran etika inilah yang menjadi isu politik masakini hangat. UMNO atau PAS tidak salah; yang melakukan kekhilafan dan kesalahan ialah para pemimpin dan penyokong masing-masing. Bagi yang tidak dapat menerima kesalahannya atau hanya nampak kesalahan orang lain, jarinya terus lurus menunding lawan. "Najis".. Kadang tak mudah difahami samada maksudnya DS Mohd Najib Tun Razak atau TG Nik Aziz Nik Mat!..
"Berubah atau Rebah". Inilah amaran Perdana Menteri. Malah itu juga amaran rakyat yang lebih berupaya merebahkan kerajaan. Perubahan yang dituntut rakyat kini ialah perubahan dari rasuah kepada yang amanah, dari yang menindas kepada yang adil, dari kroni kepada yang menghormati hak, dari pemimpin politik wang kepada pejuang dan negarawan, dari projek mengaut keuntungan peribadi ke projek pembangunan untuk rakyat, dari alibaba ke ali, dari lalai mengejar kemewahan dan keuntungan bertimbun-timbun ke prihatian terhadap permasalahan rakyat yang daif, dari cerita model sportcar yang terkini ke module pembangunan rakyat dan terpenting dari yang diragui kepada yang boleh dipercayai dan mempunyai akauntibiliti dan integriti serta bermaruah. Semudah itu kita boleh berubah? Tidak mudahkah pula kita rebah?
Situasi semasa negara runsing. Tanggapan terhadap etika kepimpinan sudah lemah. Setiap tindak tanduk kerajaan diragui. Kebenarannyapun dipersoal dengan lumrah. Dalam masa yang sama setengah perbuatan mungkar tidak mampu ditegah. Sistem perundangan sudah dianggap menindas. Undang-undang ditegakkan di jalanraya (demonstrasi). Kerugian orang lain kita persetankan; pokoknya nafsu serakah politik kita terpenuhi.
Sesungguhnya negara kita sedang sakit. Berubahlah. Berubah untuk kita mampu mempercayai diri sendiri pada hakikat sebenarnya, sebelum kita merobah politik tanahair. Jika tidak kita akan direbahkan.
"If the people cannot trust their government to do the job for which it exists - to protect them and to promote their common welfare - all else is lost". BARACK OBAMA, speech, Aug. 28,

2006
No comments:
Post a Comment