26th August, 2009
Related video
LABUAN: Jabatan Perikanan Wilayah Persekutuan Labuan berjaya menghasilkan penternakan siput mentiah atau lebih dikenali sebagai Abalon secara kormersial pertama di Malaysia.
Timbalan Ketua Pengarah Perikanan Malaysia, Dato’ Ahamad Sabki Mahmood berkata, Labuan merupakan negeri pertama yang menjalankan pertenakan itu secara komersial dan bakal bersaing dengan pengeluar abalon lain seperti Taiwan, China dan juga Filipina.
“Perternakan yang dilakukan secara komersial ini bukan saja berjaya mendatangkan pulangan yang lumayan tetapi juga mempunyai kualti yang tinggi,” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan Sijil Perlantikan Projek Anak Angkat (PAA) Akuakultur Hatceri Ternakan Siput Mentiah (Abalon) sempena pelancaran Tukun Tiruan di sini, baru-baru ini.
Katanya Jabatan Perikanan Labuan akan berusaha untuk mengembangkan lagi projek ini kepada golongan belia dan usahawan tempatan dengan memberikan latihan mengenai projek makanan berasaskan laut dan akuakultur selain membekalkan peralatan perikanan berteknologi tinggi.
Sementara itu, pengusaha ternakan abalon pertama itu, Jeffrey Wong Lip Chung ketika ditemui pemberita berkata, setakat ini abalon yang diusahakannya berjaya menembusi pasaran di Kuala Lumpur, Johor Baru dan Kota Kinabalu, selain untuk pasaran tempatan.
Katanya, sehingga kini sebanyak 20 kolam ternakan telah berjaya dihasilkan di kawasan tanah milik keluarganya di Kampung Sungai Labu. Beliau mengusahakan ternakan itu sejak tahun 2006.
NEW SABAH TIMES.

No comments:
Post a Comment