Sunday, January 4, 2009

P36 KUALA TERENGGANU


Barisan Nasional lawan PAS?

Pilihanya kecil parlimen Kawasan P.36 Kuala Terengganu akan diadalan pada 17 Januari, 2009 berikutan kekosongan kerusi itu setelah penyandangnya Datuk Razali Ismail meninggal dunia mengejut selepas bermain badminton. (semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat)

Ramalan awal menampakkan bahawa ianya merupakan bertembungan antara dua parti yakni PAS dan Barisan Nasional. Calon-calon dari kedua-dua parti telah pun diumumkan. Bagaimanapun keputusan muktamad tentang "siapa lawan siapa" hanya akan diketahuhi selepas penamaan calon yang akan di adakan pada 06 Januari, 2009.

Menurut rekod, Barisan Nasioanal telah memenangi kawasan ini dengan majoriti yang sedikit yakni 628 undi. PAS pula memegang rekod memenangi 3 dari 4 kawasan DUN di dalam Kawasan Parlimen Kuala Terengganu. Kawasan Parlimen ini pernah juga ditawan oleh PAS melalui calonnya Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi pada PRU11.

"Bekocak air, kita tahu jantan atau betina". Namun, dalam kes pilihanraya, kita hanya bisa meramal berdasarkn fakta dan "figures". Seperti lazimnya mana-mana parti yang bertanding akan berusaha untuk terus meyakinkan pengundi bahawa parti mereka akan bakal memenangi kerusi ini dengan mengutarakan pelbagai isu dan habuan. Balun membalun pasti akan menjadi amalan sempena dan sepanjang kempen berlangsung.

BN, sebagai penyandang, tidak mungkin mampu dan dapat duduk selesa melihatkan 3 kawasan DUN dikuasai PAS dan hanya memenangi kawasan DUN Bandar yang diwakili YB. Toh Chin Yaw. Kawasan DUN Bandar ini pula mempunyai pengundi Melayu melebihi 60%. Majoriti BN pada PRU12 pula hanyalah sebanyak 628 undi, kurang dari undi rosak iaitu sebanyak 931 undi pada PRU 12. Terdapat pula calon Bebas "sensasi", Pn. Maimun Yusof, berusia 89 tahun, yang berbasikal semasa kempennya berjaya memperolehi 685 undi. Figure ini perlu dijadikan sebagai kenyataan bahawa kerja yang amat berat menanti BN sehingga ke ambang hari pengundian nanti. Kelebihan BN hanyalah kerana BN adalah pemegang tampuk kerajaan Negeri. Begitupun, PAS mendapat injeksi dari kemenangan PR menawan 5 Negeri di Semenanjung Malaysia. PAS pula lebih ghairah dan gah menawan semula kawasan ini sedang BN akan mempertahankannya "habis-habisan".

Pilihanraya ini merupakan satu ujian yang besar bukan sahaja kepada Menteri Besar Terengganu yang baru, tetapi juga kepada Kerajaan Malaysia, BN, kerana kawasan ini adalah disandang BN. Kekalahan BN di kawasan ini akan meninggalkan kesan yang amat besar kepada terju negara kini. Kekalahan PAS pula bererti memberikan injeksi moral yang amat tinggi kepada BN untuk kembali memperkuatkan semula foundasinya di Tanah Semenanjung. Dalam hal ini, rasanya "kualiti calon" tidak menjadi "critical success factor" dalam menentukan sokongan. Parti dan masa depan dan corak politik Negara, masa depannya, negara, agama dan anak bangsa akan menjadi tumpuan, perkiraan dan landasan yang mesti dipercaturkan dengan ikhlas, hati yang terbuka dan teliti.

REKOD PILIHANRAYA 2008 (KE 12)
P36 KUALA TERENGGANU
Jumlah Pengundi: 80,325Peratusan Kaum: M: 88.14% C: 10.94% I: 0.65% B/Sab: % B/Swk: % L: 0.27%
1. Datuk Razali Ismail (BN) (32,562)
2. Maimun Yusuf (Bebas) (685)
3. Mohamad Sabu (Pas) (31,934)
Majoriti: 628 Jumlah undi: 66,112 Peratus mengundi: 82.31%Undi rosak: 931
Penyandang: Datuk Razali Ismail (Allahyarham) (BN)(Majoriti: 1,933 undi)

Kawasan P.36 KUALA TERENGGANU meliputi 4 kawasan DUN iaitu:-

N13 WAKAF MEMPELAM
Jumlah Pengundi: 20,573Peratusan Kaum: M: 99.33% C: 0.43% I: 0.07% B/Sab: % B/Swk: % L: 0.15%
1. Mohd. Abdul Wahid Endut (Pas) (9,645) 2. Othman Awang (BN) (7,452)
Majoriti: 2,193: Jumlah undi: 17,253: Peratus mengundi: 83.86% Undi rosak: 156
Penyandang: Mohd. Abdul Wahid Endut (Pas)(Majoriti: 1,888 undi)

N14 BANDAR

Jumlah Pengundi: 18,953 Peratusan Kaum: M: 60.4% C: 38.02% I: 1.23% B/Sab: % B/Swk: % L: 0.31%
1. Toh Chin Yaw (BN) (7,831)
2. Dr. Abdul Manaf Che Mat (PKR) (6,689)
Majoriti: 1,142 Jumlah undi: 14,751 Peratus mengundi: 77.83% Undi rosak: 231
Penyandang: Toh Chin Yaw (BN) (Majoriti: 1,612 undi)

N15 LADANG
Jumlah Pengundi: 16,777 Peratusan Kaum: M: 91.5% C: 6.86% I: 1.12% B/Sab: % B/Swk: % L: 0.43%
1. Datuk Tengku Hassan Tengku Omar (Pas) (6,723)
2. Datuk Wan Hisham Wan Salleh (BN) (6,692)
Majoriti: 31 Jumlah undi: 13,700Peratus mengundi: 81.66%Undi rosak: 285
Penyandang: Datuk Wan Hisham Wan Salleh (BN)(Majoriti: 1,041 undi)

N16 BATU BURUK
Jumlah Pengundi: 24,022Peratusan Kaum: M: 98.02% C: 1.41% I: 0.35 % B/Sab: % B/Swk: % L: 0.20%
1. Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi (Pas) (10,672)
2. Senator Nordiana Shafie (BN) (9,511)
Majoriti: 1,161 Jumlah undi: 20,395 Peratus mengundi: 84.9% Undi rosak: 212
Penyandang: Wan Abd. Mutalib Embong (Pas)(Majoriti: 140 undi)
BN KATA.......
DSAI KATA........

No comments:

About This Blog


Dan adapun orang-orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari keinginan hawa nafsunya. Maka sesungguhnya syurgalah tempat tinggalnya. (al-Naziat ayat 40-41)

"Of all the enemies to public liberty war is, perhaps, the most to be dreaded because it comprises and develops the germ of every other. War is the parent of armies; from these proceed debts and taxes...known instruments for bringing the many under the domination of the few. . . No nation could preserve its freedom in the midst of continual warfare."
- James Madison, Political Observations, 1795

santapan rohani ii

Al-hadith :ثلاثةٌ قد حَرّمَ اللهُ - تَبَارَكَ وَتَعَالَى - عليهم الجنةَ : مُدْمِنُ الخمر ، والعاقّ ، والدّيّوثُ الذييُقِرُّ في أَهْلِهِ الخُبْثَ . رواه أحمد والنسائيErtinya : "Tiga yang telah Allah haramkan baginya Syurga : orang yang ketagih arak, si penderhaka kepada ibu bapa dan Si Dayus yang membiarkan maksiat dilakukan oleh ahli keluarganya" ( Riwayat Ahmad )

PEGANGAN

Ingatlah firman Allah Taala:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا بِطَانَةً مِنْ دُونِكُمْ لَا يَأْلُونَكُمْ خَبَالًا وَدُّوا مَا عَنِتُّمْ قَدْ بَدَتِ الْبَغْضَاءُ مِنْ أَفْوَاهِهِمْ وَمَا تُخْفِي صُدُورُهُمْ أَكْبَرُ قَدْ بَيَّنَّا لَكُمُ الْآيَاتِ إِنْ كُنْتُمْ تَعْقِلُونَ (118) هَا أَنْتُمْ أُولَاءِ تُحِبُّونَهُمْ وَلَا يُحِبُّونَكُمْ وَتُؤْمِنُونَ بِالْكِتَابِ كُلِّهِ وَإِذَا لَقُوكُمْ قَالُوا آمَنَّا وَإِذَا خَلَوْا عَضُّوا عَلَيْكُمُ الْأَنَامِلَ مِنَ الْغَيْظِ قُلْ مُوتُوا بِغَيْظِكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ بِذَاتِ الصُّدُورِ (119)

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi “orang dalam” (yang dipercayai). mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah Kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya. Awaslah! kamu ini adalah orang-orang (yang melanggar larangan), kamu sahajalah yang suka (dan percayakan mereka, sedang mereka tidak suka kepada kamu. kamu juga beriman kepada Segala Kitab Allah (sedang mereka tidak beriman kepada Al-Quran). dan apabila mereka bertemu dengan kamu mereka berkata: “Kami beriman”, tetapi apabila mereka berkumpul sesama sendiri, mereka menggigit hujung jari kerana geram marah (kepada kamu), Katakanlah (Wahai Muhammad): “Matilah kamu Dengan kemarahan kamu itu”. Sesungguhnya Allah sentiasa mengetahui akan Segala (isi hati) yang ada di dalam dada.” [Ali Imran: 118 & 119]
..............................................
تُولِجُ اللَّيْلَ فِي النَّهَارِ وَتُولِجُ النَّهَارَ فِي اللَّيْلِ وَتُخْرِجُ الْحَيَّ مِنَ الْمَيِّتِ وَتُخْرِجُ الْمَيِّتَ مِنَ الْحَيِّ وَتَرْزُقُ مَنْ تَشَاءُ بِغَيْرِ حِسَابٍآل عمران : 27

"Engkaulah (Wahai Tuhan) yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang, dan Engkaulah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Engkaulah juga yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati, dan Engkaulah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup. Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya".

bermubahalah

“Siapa yang membantahmu tentang kisah Isa-Setelah engkau beroleh pengetahuan yang meyakinkan tentang hal itu, maka katakanlah kepada mereka : Marilah kita panggil (kumpulan) anak-anak kami dan anak-anak kalian, isteri-isteri kami, dan isteri-isteri kalian, diri-diri kami dan diri-diri kalian, kemudian kita bermubahalah kepada Allah, mohon agar Allah menjatuhkan laknat-Nya kepada pihak yang berdusta.” (Ali Imran : 61)