Thursday, January 1, 2009

KUALA TERENGGANU-SYED AZMAN DIRAMAL BERTANDING

Adun Batu Buruk diramal bertanding


Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, ADUN Batu Buruk (PAS), Pernah Menjadi MP Kuala Terangganu pada tahun 1999.

KUALA TERENGGANU: Pas malam ini dijangka mengumumkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Buruk, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi sebagai calon bagi merampas kembali kerusi Parlimen Kuala Terengganu yang disifatkan sebagai antara kubu kuat parti itu, dalam pilihan raya kecil 17 Januari ini. Bagaimanapun, sumber rapat parti itu menjelaskan pucuk pimpinan parti itu turut mempertimbangkan Pesuruhjaya Pas negeri, Datuk Mustafa Ali yang mewakili calon kumpulan ulama untuk digalaskan dengan tanggungjawab mengembalikan kerusi Parlimen Kuala Terengganu yang sudah terlepas sejak dua penggal lalu. Pengumuman senarai calon Pas yang akan bertanding akan diumumkan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Stadium Negeri, malam ini.

Dalam pilihan raya umum Mac lalu, Dr Syed Azman yang juga Ahli Jawatankuasa Pas pusat menewaskan calon BN, Nordiana Shafie di Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Burok dengan majoriti 1,161 undi. Mustafa atau lebih mesra dengan panggilan ‘Cikgu Par’ bertanding di DUN Alur Limbat dalam Parlimen Marang, tetapi tewas kepada calon BN, Alias Abdullah dengan majoriti 799 undi.
UNTUK REKOD:-
Parliment Kuala Terengganu meliputi 4 DUN. Tiga (3) daripadanya dikuasai oleh PAS, iaitu:-
1. DUN Ladang - dimenangi Dato' Tengku Hassan Tengku Omar (PAS)
2. DUN Wakap Mempelam - dimenangi Haji Abdul Wahid Endut (PAS)
3. DUN Batu Buruk -di menangi Dr. Syed Azman (PAS)
4. DUN Bandar - dimenangi Toh Chin Yau (BN)

SUMBER......
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Thursday/Nasional/20090101111756/Article/index_html
Related.......
Finally, PAS chooses Syed Azman for KT

Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, PAS candidate for Kuala Terengganu.

.......The selection of the candidate for the Kuala Terengganu by-election has been a contentious issue in Pas, resulting in the party commissioning two independent surveys. Both revealed that Syed Azman is the best candidate for the party.

A British-trained political scientist, Syed Azman had served in Indiana State University, the Japan Institute of Tokyo, University of Malaya and International Islamic University before winning the Kuala Terengganu parliamentary seat in 1999........

MORE......
http://www.themalaysianinsider.com/index.php/malaysia/15058-finally-pas-chooses-syed-azman-for-kt

No comments:

About This Blog


Dan adapun orang-orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari keinginan hawa nafsunya. Maka sesungguhnya syurgalah tempat tinggalnya. (al-Naziat ayat 40-41)

"Of all the enemies to public liberty war is, perhaps, the most to be dreaded because it comprises and develops the germ of every other. War is the parent of armies; from these proceed debts and taxes...known instruments for bringing the many under the domination of the few. . . No nation could preserve its freedom in the midst of continual warfare."
- James Madison, Political Observations, 1795

santapan rohani ii

Al-hadith :ثلاثةٌ قد حَرّمَ اللهُ - تَبَارَكَ وَتَعَالَى - عليهم الجنةَ : مُدْمِنُ الخمر ، والعاقّ ، والدّيّوثُ الذييُقِرُّ في أَهْلِهِ الخُبْثَ . رواه أحمد والنسائيErtinya : "Tiga yang telah Allah haramkan baginya Syurga : orang yang ketagih arak, si penderhaka kepada ibu bapa dan Si Dayus yang membiarkan maksiat dilakukan oleh ahli keluarganya" ( Riwayat Ahmad )

PEGANGAN

Ingatlah firman Allah Taala:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا بِطَانَةً مِنْ دُونِكُمْ لَا يَأْلُونَكُمْ خَبَالًا وَدُّوا مَا عَنِتُّمْ قَدْ بَدَتِ الْبَغْضَاءُ مِنْ أَفْوَاهِهِمْ وَمَا تُخْفِي صُدُورُهُمْ أَكْبَرُ قَدْ بَيَّنَّا لَكُمُ الْآيَاتِ إِنْ كُنْتُمْ تَعْقِلُونَ (118) هَا أَنْتُمْ أُولَاءِ تُحِبُّونَهُمْ وَلَا يُحِبُّونَكُمْ وَتُؤْمِنُونَ بِالْكِتَابِ كُلِّهِ وَإِذَا لَقُوكُمْ قَالُوا آمَنَّا وَإِذَا خَلَوْا عَضُّوا عَلَيْكُمُ الْأَنَامِلَ مِنَ الْغَيْظِ قُلْ مُوتُوا بِغَيْظِكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ بِذَاتِ الصُّدُورِ (119)

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi “orang dalam” (yang dipercayai). mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah Kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya. Awaslah! kamu ini adalah orang-orang (yang melanggar larangan), kamu sahajalah yang suka (dan percayakan mereka, sedang mereka tidak suka kepada kamu. kamu juga beriman kepada Segala Kitab Allah (sedang mereka tidak beriman kepada Al-Quran). dan apabila mereka bertemu dengan kamu mereka berkata: “Kami beriman”, tetapi apabila mereka berkumpul sesama sendiri, mereka menggigit hujung jari kerana geram marah (kepada kamu), Katakanlah (Wahai Muhammad): “Matilah kamu Dengan kemarahan kamu itu”. Sesungguhnya Allah sentiasa mengetahui akan Segala (isi hati) yang ada di dalam dada.” [Ali Imran: 118 & 119]
..............................................
تُولِجُ اللَّيْلَ فِي النَّهَارِ وَتُولِجُ النَّهَارَ فِي اللَّيْلِ وَتُخْرِجُ الْحَيَّ مِنَ الْمَيِّتِ وَتُخْرِجُ الْمَيِّتَ مِنَ الْحَيِّ وَتَرْزُقُ مَنْ تَشَاءُ بِغَيْرِ حِسَابٍآل عمران : 27

"Engkaulah (Wahai Tuhan) yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang, dan Engkaulah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Engkaulah juga yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati, dan Engkaulah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup. Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya".

bermubahalah

“Siapa yang membantahmu tentang kisah Isa-Setelah engkau beroleh pengetahuan yang meyakinkan tentang hal itu, maka katakanlah kepada mereka : Marilah kita panggil (kumpulan) anak-anak kami dan anak-anak kalian, isteri-isteri kami, dan isteri-isteri kalian, diri-diri kami dan diri-diri kalian, kemudian kita bermubahalah kepada Allah, mohon agar Allah menjatuhkan laknat-Nya kepada pihak yang berdusta.” (Ali Imran : 61)