Friday, July 11, 2008

Wallahi Wabilahi Watallahi. Mulai sekarang Anwar dan PR shut up mengenai soal Altantuya dan Najib?.

Thursday, July 10, 2008

Bila Pak Najib bersumpah "‘ Wallahi Wabilahi Watallahi ’ " bahawa beliau tidak mengenali Altantuya, tiada memperkenalkan Altantuya kepada Abdul Razak Banginda di Temasik, tiada dinner di Paris dengan Altantuya maka Pak Nuar perlu "shut up" dengan isu ini. Pak Nuar perlu arah orang-orang PR supaya juga "shut-up" mengenai isu ini. Jangan jadi orang-orangan. Nanti Tok Guru Nik Aziz nanti komen yang berat-berat lagi. Orang PAS bisa pandang serong pada PR. Jadi PR bisa jadi "pertengkaran rakyat". Jangan sekali-kali wabak "hearsay" menjadi epidemik mengila dan menjila-jila macam api di California atau yang membakar rumah para marahen di Tanjung Labian,Lahad Datu, Sabah oleh para agen Jabatan Hutan Negeri Sabah.

Sudah pasti pandangan rakyat kini menghala ke Pak Nuar. Apakah beliau juga berani bersumpah, dan sesungguhnya bersumpah "‘ Wallahi Wabilahi Watallahi " mengenai isunya dengan Saiful? Bahawa Saiful bukan Setiausaha Peribadinya yang dilantiknya tanpa surat perlantikan resmi, tak pernah bersamanya di luar negara dan liwat itu tak pernah berlaku.

Sesungguhnya "surat sumpah" sejak akhir-ahkir ini, bagai menjadi "surat sampah". Sumpah " Wallahi Wabilahi Watallahi" bukan "surat sumpah". Namun, sumpah "Wallahi Wabilahi Watallahi" dicatit para malaikat, tidak bisa dialter oleh para hakim dan terus tidak akan terpadam. Samada di dunia atau di akhirat "ganjarannya" pasti ada. Terseleweng aqidah buruk padahnya. Amalan sepanjang zaman bisa zumud.

Ingatlah "pemberian manusia tidak seindah pemberian Allah SWT. Hukuman Allah tidak terelak seperti hukuman manusia dan hukuman para hakim yang zalim.

4 comments:

Anonymous said...

Sumpah boleh tentukan segalanya?

Kalau sumpah dibuat oleh orang yang tak beragama atau yang dah biasa menipu?

Kepada UMNO, sumpah Anwar mestilah tak boleh dipercaya.
Kepada anti-UMNO, sumpah Najib sama juga, tidak boleh dipercaya.

Yang penting adalah cara mengendalikan masalah.
Sumpah dah buat, tetapi buatan yang mencurigakan.

Rakyat mahu tahu apa yang benar berlaku.
Kenapa pengawal peribadi Najib menolong Abdul Razak Baginda untuk membunuh? Siapa yang suruh meraka menolong Si Razak tu? Musa Hassan? Apa kiatan Musa Hassan dengan si mongolian tu?
Kenapa A-G tidak membenarkan soalan ini tidak ditanyakan atau timbul di mahkamah?

Cakap yang satu, buat yang lain.

Adakah semua orang UMNO sudah buta kuasa sampai sudah tidak dapat memikir lagi?
Atau penakut yang tidak berani guna otak lagi.

Anonymous said...

Bro, Gambar Najib "makan" dgn Altantuya sudah dimanipulasi @ super inforce oleh org tertentu. Tian Chua belum minta maaf sama Najib. Ini ternyata strategi yang terdesak. Najib dianggap ancaman kepada cita-cita Anwar untuk jadi PM. Maka itu Najib mesti dihalang oleh Anwar. Anwar sebenarnya tiada 30 MP @ tiada the numbers yang diwar-warnya. Orang PR semua tau benda ini. Table motionpun sekadar mengharap simpati dari BN. 140 BN VS 81 PR 1 Bebas; tentu sekali susah nak tembus utk jatuhkan Pak Lah dan Kabinetnya. Rakyat tak mau main kasar. Ini bukan macam main golf boleh appeal next weekend. Tindakan main kasar PR ternyata memakan diri mereka sendiri. I believe show the whole Malaysian that PR is more capable than BN. Shouthing here n there is NOT the way of proving it. Go for real issue like harga minyak naik what s the PR approaches, how to create more income to the people to combat inflation. America @ zionist speculators are the real culprit of all oil trade thus lead to inflation. Did Anwar say anything abt this other than TURUN? Pak Lah is weak so is BN under his leadership. Is that why DSAI attack Najib and forgot to say anything abt the US manipulation with its PERTODOLLAR!!. Is there any scarcity in supply of crude oil in the universe? actually NO. BUT since currency manipulation by increasing USD Value did not work NOW US uses crude oil and purposely decreasing USD value so nations in the world trading with dollr will have to pay more dollar! Anwar must address this..SCARED!! Iran turn into Pertoeuro, Venezuela, Russia, Nageria.. What abt to be PM Anwar..PERTOEURO? USA will let him lost....

Anonymous said...

Samada DSAI berani bersumpah WWW tak penting. Malaysian tak percaya sumpah orang-orang terdesak. Yang penting sekarang DSAI atak akan jadi PM pada penggal ini. TAK JADI PM SEBAB DIA TAK ADA SOKONGAN DAN TAK ADA THE NUMBERS as he mentioned mamy manmy many times. BUT none. Isnt that a blunder and a lie..or liar. I know DSAI is a fighter and the winning or 81 during PRU12 is actually is unexpected to him...So you SABAHKITA was ignored by him N he said the PKR Sabah susah diatur. I think DSAI will have to abandone PKR Sabah and go for local parties there if PR were to wrist Malaysian Government from BN..Better believe me..

Anonymous said...

Pemperbaiki UMENO amat sukar sebab dari cawangan hingga ke Bahagian hingga ke perhubungan Negeri (khasnya Sabah kau bukan sabahkita) sudah dimamah cancer yang dipanggil wangrasuah. Setiap kali pemilihan prosedur ini dilakukan :- Pemilihan perwakilan cawangan main taip minit dan endose saja. Perwakilan masuk kandang dulu kasi makan tongkat ali dan rumput fatima...Sampai pemilihan bahagian, suntik saja dengan pelali "maruah perjuangan bangsa, agama dan tanahair" pasti mereka akan lupa perjuangan itu dan beralih perjuangan POKEt kerana RMRMRM. Macam mana nak pulih...? SO PR jadi alternatif!! atau parti tempatan..

About This Blog


Dan adapun orang-orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari keinginan hawa nafsunya. Maka sesungguhnya syurgalah tempat tinggalnya. (al-Naziat ayat 40-41)

"Of all the enemies to public liberty war is, perhaps, the most to be dreaded because it comprises and develops the germ of every other. War is the parent of armies; from these proceed debts and taxes...known instruments for bringing the many under the domination of the few. . . No nation could preserve its freedom in the midst of continual warfare."
- James Madison, Political Observations, 1795

santapan rohani ii

Al-hadith :ثلاثةٌ قد حَرّمَ اللهُ - تَبَارَكَ وَتَعَالَى - عليهم الجنةَ : مُدْمِنُ الخمر ، والعاقّ ، والدّيّوثُ الذييُقِرُّ في أَهْلِهِ الخُبْثَ . رواه أحمد والنسائيErtinya : "Tiga yang telah Allah haramkan baginya Syurga : orang yang ketagih arak, si penderhaka kepada ibu bapa dan Si Dayus yang membiarkan maksiat dilakukan oleh ahli keluarganya" ( Riwayat Ahmad )

PEGANGAN

Ingatlah firman Allah Taala:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا بِطَانَةً مِنْ دُونِكُمْ لَا يَأْلُونَكُمْ خَبَالًا وَدُّوا مَا عَنِتُّمْ قَدْ بَدَتِ الْبَغْضَاءُ مِنْ أَفْوَاهِهِمْ وَمَا تُخْفِي صُدُورُهُمْ أَكْبَرُ قَدْ بَيَّنَّا لَكُمُ الْآيَاتِ إِنْ كُنْتُمْ تَعْقِلُونَ (118) هَا أَنْتُمْ أُولَاءِ تُحِبُّونَهُمْ وَلَا يُحِبُّونَكُمْ وَتُؤْمِنُونَ بِالْكِتَابِ كُلِّهِ وَإِذَا لَقُوكُمْ قَالُوا آمَنَّا وَإِذَا خَلَوْا عَضُّوا عَلَيْكُمُ الْأَنَامِلَ مِنَ الْغَيْظِ قُلْ مُوتُوا بِغَيْظِكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ بِذَاتِ الصُّدُورِ (119)

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi “orang dalam” (yang dipercayai). mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah Kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya. Awaslah! kamu ini adalah orang-orang (yang melanggar larangan), kamu sahajalah yang suka (dan percayakan mereka, sedang mereka tidak suka kepada kamu. kamu juga beriman kepada Segala Kitab Allah (sedang mereka tidak beriman kepada Al-Quran). dan apabila mereka bertemu dengan kamu mereka berkata: “Kami beriman”, tetapi apabila mereka berkumpul sesama sendiri, mereka menggigit hujung jari kerana geram marah (kepada kamu), Katakanlah (Wahai Muhammad): “Matilah kamu Dengan kemarahan kamu itu”. Sesungguhnya Allah sentiasa mengetahui akan Segala (isi hati) yang ada di dalam dada.” [Ali Imran: 118 & 119]
..............................................
تُولِجُ اللَّيْلَ فِي النَّهَارِ وَتُولِجُ النَّهَارَ فِي اللَّيْلِ وَتُخْرِجُ الْحَيَّ مِنَ الْمَيِّتِ وَتُخْرِجُ الْمَيِّتَ مِنَ الْحَيِّ وَتَرْزُقُ مَنْ تَشَاءُ بِغَيْرِ حِسَابٍآل عمران : 27

"Engkaulah (Wahai Tuhan) yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang, dan Engkaulah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Engkaulah juga yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati, dan Engkaulah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup. Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya".

bermubahalah

“Siapa yang membantahmu tentang kisah Isa-Setelah engkau beroleh pengetahuan yang meyakinkan tentang hal itu, maka katakanlah kepada mereka : Marilah kita panggil (kumpulan) anak-anak kami dan anak-anak kalian, isteri-isteri kami, dan isteri-isteri kalian, diri-diri kami dan diri-diri kalian, kemudian kita bermubahalah kepada Allah, mohon agar Allah menjatuhkan laknat-Nya kepada pihak yang berdusta.” (Ali Imran : 61)