SAPP: PELUANG UNTUK SABAH TERTUTUP MENJELANG OGOS.
SAPP menegaskan bahawa “window of opportunity will close by August....” tahun 2008. Pada bulan itu, menurut kepimpinan SAPP, Kongress MCA, Perhimpunan Agung UMNO, Ramadhan dan Aidil fitri dan demam peperiksaan sekolah akan berlangsung. Pucuk kepimpinan BN akan terlalu sibok, alpa dan lupa Sabah, kononnya. Samada SAPP lupa pada 31, Ogos juga akan berlangsung Hari Kebangsaan Malaysia, saya kurang pasti.
Bagaimanapun, saya tahu pasti bahawa SAPP mesti masih ingat bahawa mereka telah memberi amaran bersyarat kepada pucuk pimpinan BN bahawa andainya permintaan SAPP yang “14 menjadi 8” tidak dipenuhi menjelang Ogos, maka SAPP tidak boleh dipersalahkan bilamana mereka bertindak meninggalkan BN. Samada pada satu tarikh pada bulan Ogos 2008 ““window of opportunity” kepada SAPP berada dalam BN juga tertutup, perlu kita tunggu dan lihat barisan kepimpinan sebuah parti, SAPP, mengenggam keunggulan wibawa dan prinsipnya. Mungkin pada saat itu isu surat tunjuk sebab hanya membajir kertas.
Kalau ikut teori SAPP, selepas Ogos kita perlu “mengusai” pancing dan lukah kecil yang boleh dipinda-pinda. Kita akan bakal memancing dan memasang lukah ikan puyuh di jalan-jalan raya kerana ianya bakal berlubang-lubang dan menjadi tempat ikan puyuh itu berhijrah dan membiak. Peluang untuk mendapat peruntukan bagi maksud penyelenggaraan jalan raya itu sudah tertutup.
Pada saat BN memerlukan setiap unsur kesetiaan untuk bangun dan menilai segala sesuatu unsur kekurangan, kekhilafan dan kelemahan lampau, BN diuji dan dicabar.
Tatkala sang puteri ayu menahan pedih hatinya yang luka, mendambakan cinta sejati, Sang Puteri hanya dibisikkan kata-kata sindirian yang menambah luka hatinya... bahawa cintanya semakin layu dan bakal penggantinya tercegat nun di hujung sudut tidak jauh ditempatnya bersimpuh sedang airmatanya masih bengenang di kelopak matanya. Lukanya dilukai lagi.
Kepimpinan BN harus tegas dan bertegas bahawa BN bukan "parti tabung uji". Minggu lepas Eric Mojimbun (EM) membidas Ketua Menteri Melaka cum Naib Presiden UMNO, Datuk Wira Mohd Ali Rustam kerana menyokong demonstrasi keluarga BN di Tawau. Demonstrasi itu mengecam tindakan MP SAPP, Chua Soon Bui yang menyatakan pendirian akan menyokong usul undi tidak percaya terhadap PM cum Presiden UMNO cum Pengerusi BN Malaysia. Demonstrasi juga diadakan di Sepanggar menyatakan keluarga BN Sepanggar hilang kpercayaan terhadap EM.
EM mahu "sogit" Ali Rustam kerana menyokong demonstrasi di Tawau. Demonstrasi di Sepanggar yang menyatakan hilang kepercayaan terhadap kepimpinan EM tidak dinyatakan akan kena "sogit" andainya EM masih KAN. Kenapa EM lupa sogit @ adili diri sendiri kerana budaya melanggar whip system yang BUKAN amalan dan budaya BN?. Kenapa EM tidak saja mendesak partinya keluar BN bila tindak tanduknya melanggar tatasusila dan budaya BN dan hilang keyakinan terhadap pucuk pimpinan BN?. Cukupkah hanya sekadar membayar "sogit" dengan membuat penyataan akan menyokong usul tidak percaya pada PM cum Pengerusi BN Malaysia? Apakah EM akan menyokong usul "sogit" memadahi bagi kes rogol kiranya ada motion seperti ini?
...
Read More...
OGOS...OGOS.......
Dana D8 habis menjelang ogos...so "window of oppurtunity" tertutup menjelang Ogos.
2 comments:
SAMA YTL SUDAH TUTUP LOO. Oos dia kuar BN satu oranglah.
SAPP orang bila supayampanaspanas. Masih laku punya. Cuma undi perarian! tidak pigi sama dia. Kalah lo.
Post a Comment