Monday, October 12, 2009

KRISIS KEPIMPINAN PKR SABAH: DILEMA DAN NATIJAH



Berbanding Azmin Ali, Dr. Jeffrey lebih berpengalaman dan berkemampuan “maneuver” politik Sabah.

Krisis Parti Keadilan Rakyat (Sabah) tidak lagi dapat disembunyikan. PKR yang telalu lantang mengkritik pemimpin Sabah dan Barisan Nasional di Sabah sudah terhantuk dan terngadah. Mereka perlu merenung ke dalam diri mereka dan sudah tidak “melayakkan” diri dan parti mereka untuk menyusun atur tindak-tanduk parti lain khasnya Barisan Nasional. Kata pepatah “cermin diri” dahulu.

Beberapa bulan yang lalu, DSAI datang ke Sabah dan “menegaskan” (perkataan favorite DSAI) bahawa PKR Sabah tidak menghadapi sebarang krisis termasuk krisis kepimpinan. Semua tahu dan dunia tahu bahawa “tiada siapa yang cuba membuka pekung di dada”. DSAI, seperti biasa, cuba menyembunyikan kepincangan parti pimpinannya itu.

Kekalahan teruk Pembangkang di Bagan Pinang sudah cukup untuk memadamkan keinginan Pembangkang, khasnya DSAI sendiri yang mengepalai Pakatan Rakyat. Keyakinan rakyat kepada BN mula dipancarkan di Bagan Pinang.

Dr Jeffrey, sebagai veteran politician, tentunya sudah dapat meramal bahawa PKR kini berada di ambang krisis. Krisis-krisis dalaman Pakatan Rakyat terutama antara DAP dan PAS yang sering tercetus kerana perbedaan ideologi lebih menjadi perhatian Pakatan Rakyat dari PKR Sabah. Berdasarkan keadaan ini, adalah lebih wajar krisis sebenar PKR Sabah tidak lagi disembunyikan di bawah permaidani atau Lebih baik ditangani secara terbuka dan “gantleman” oleh pemimpin PKR Sabah.

Ramai pemerhati politik melihat bahawa inilah masanya Jeffrey menghadapi kenyataan samada PKR benar-benar memerlukan kepimpinannya atau dia akan menyahut dan menerima jemputan YB. Albert Timbun Lagadan, Naib Presiden PBS untuk Jeffrey kembali ke pangkuan Parti Besatu Sabah-PBS.

Bila 16 Bahagian PKR bermesyuarat tidak resmi dan hanya dipengerusikan oleh Ketua Bahagian PKR Kota Belud, Jalumin Boyogoh Samin. Manakala PKR Bahagian Tuaran, Kalabakan, Semporna, Ranau, Tawau, Lahad Datu dan Libaran tidak hadir. PKR Bahagian Sepanggar dan Sandakan pula digantung. Ini memang krisis besar PKR Sabah yang sudah lama ‘overdue”. Ramai yang melihat bahawa Dr Jeffrey pasti berada di sebalik tabir tindakan itu. Malah tidak keterlaluan dikatakan bahawa krisis kepimpinan sebegini memang “trademark” Jeffrey bila ketokohannya didesak dan dipersoal.

Bahagian PKR yang 16 itu majoritinya sudah pasti di kalangan penyokong Jeffrey dari KDM secara majoriti. Pengaruh Jeffrey di kalangan KDM memang sukar dinafikan. Relevantnya Jeffrey kepada KDM sama seperti relevanya DSAI kepada PKR. Tetapi bila Jeffrey tercabar dengan tindakan Azmin Ali yang menamakan Tuan Haji Hamzah Amir sebagai bakal penggantinya bagi jawatan Pengerusi Perhubungan PKR Sabah, Jeffrey tidak lagi mampu bertahan atau berupaya menyembunyikan kehendaknya. Sebagai Naib Presiden PKR yang sudah menunjukkan komitment yang besar begitu lama, baginya dan penyokongnya dia lebih layak menduduki kerusi nombor 1 PKR Sabah itu.

Namun Azmin mungkin mempunyai perhitungan yang berlainan. Baginya, musuh yang perlu ditawan di Sabah ialah UMNO manakala pihak lain dianggap sudah dipertanggungjawabkan kepada DAP, PAS atau SAPP. Kerana itu dia memilih Haji Hamzah Amir. Perkiraan Azmin ini dilihat sebagai prelude kepada PRU13 di mana Jeffrey BUKANlah seorang yang mudah menuruti kehendak pemimpin Pakatan Rakyat di peringkat kebangsaan. Jeffrey adalah “pemegang paten” Borneonisasi dan point 20. Terbukti apabila dia menidakkan dan menafikan camputangan Teresa Kok (DAP) semasa pemilihan calon dalam PRU12 yang lalu.

Komitment dan kepimpinan Haji Hamzah Amir pula belum terbukti. Gerakan ahli-ahli PKR Kalabakan dan Balung yang cuba menyingkir Haji Hamzah berpendapat, suatu waktu dulu bahawa, bahawa Haji Hamzah terlalu mudah disingkirkan dari memimpin kawasan itu. Inikan pula menjadi pemimpin PKR seluruh Sabah. Apapun. kualiti kepimpinan Haji Hamzah sebagai mantan penjawat awam yang berpengalaman belum teruji. Adalah tidak adil memberikan “grade” terlalu awal mangenai kemampuannya mempimpin sesebuah organisasi siasah.

Bagi kemp Jeffrey, mereka melihat Haji Hamzah dari sudut yang lain. Haji Hamzah adalah ipar Datuk Shafie Haji Afdal, Naib Presiden UMNO, Ketua Bahagian UMNO Semporna, Menteri Penbangunan Luar Bandar Malaysia dan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Kedah. Shafie sudah pasti akan membayangi kepimpinan Haji Hamzah dalam hampir semua sudut. Atas dasar ini, bagi mereka, sudah tentu Haji Hamzah tidak akan mampu mengguggat kedudukan UMNO di Sabah dan dalam masa yang sama, PKR akan kehilangan pengaruh di kalangan KDM apabila Jefrey diketepikan.

Kem Haji Hamzah juga mempunyai alasan kukuh. Mereka melihat kewibawaan Jeffrey dibayangi oleh pengaruh DSP Joseph Pairin Kitingan, Presiden PBS, Timbalan Ketua Menteri Sabah dan Menteri Pembangunan Luarbandar Sabah, dan abang kandung Jefrey sendiri. Sebagai Huguan Siou, sudah pasti pengaruh Pairin dalam KDM mengatasi pengaruh Jeffrey. Alasan ini benar kerana hanya sekali sahaja Jeffrey menang dalam pilihanraya yakni di bawah tiket PBS dengan sokongan Pairin iaitu semasa Jeffrey bertanding di DUN Bingkor tahun 1994. Manakala pada PRU12, Jeffrey bertanding atas tiket PKR menentang PBS, Jeffrey kalah di DUN Bingkor kepada Gustin Gunka dari PBS, nama yang tidak berapa popuilar dalam arena politik Sabah.

Saya melihat, langkah Jeffrey bersembunyi di belakang tabir 16 bahagian PKR yang bermesyuarat secara tidak resmi ini adalah perjuadian terakhir baginya dalam PKR. Dia akan “gamble” menghadapi badai politik Sabah jika dia diberi peranan sebagai Ketua Perhubungan PKR Sabah. Jika tidak, perjuangannya dalam PKR mungkin akan berakhir di situ. Dia barangkali akan merehatkan diri dalam politik seperti yang selalu dilakukannya pada masa lampau. Dalam masa rehat, dia pasti merencana sesuatu demi masa depan perjuangannya, demi mengekalkan nama keluarga “Kitingan” dalam senario politik Sabah dan pengikutnya dari kalangan KDM.

Jika Jefrey diketepikan PKR, mungkin dalam masa terdekat dia tidak menerima pelawaan PBS. Baginya selagi YAB Musa Haji Aman (MA) menakhodai kapal Barisan Nasional Sabah, selagi itu dia merasakan bahawa MA adalah seteru atau musuh politiknya. Walaupun “politic is the game of possible” tetapi pertentangan politik antara Jeffrey dengan MA sudah terlalu jauh. Dalil 80+ dan beberapa kes rasuah yang diketengahkan Jeffry terhadap MA sudah tentu sukar bagi MA menerima dan memaafkan Jeffrey.

Jika Jeffrey disingkir dan berehat setahun dua, dia pasti akan kembali aktif menjelang PRU13. Hubungan rapatnya denga Datuk Yong Teck Lee, Presiden SAPP dan Tan Sri Chong Kah Kiat, Mantan Presiden LDP sudah pasti mampu disuburkan Jeffrey. Mereka bertiga adalah ‘common political enemy” MA walaupun mereka lebih friendly kepada pemimpin BN yang lain. Seandainya pergolakan politik tanahair terus berlaku, tidak mustahil keadaan akan mendesak perubahan politik di Sabah. Jika MA membuat keputusan untuk tidak lagi mahu memimpin BN Sabah seperti tindakan Tun Pak Lah memberi laluan kepada DS Mohd. Najib Tun Razak, tidak mustahil Jeffrey akan bergegas menaiki perahu PBS atau bergabung dengan YTL dan CKK bagi melayari konsep 1Malaysia.

Persoalan yang masih terpampang di hadapan kita ialah, apakah Jeffrey hanya sekadar mencari alasan untuk meninggalkan PKR secara terhormat yang sudah lama melihatnya terlalu kerdil untuk berada di pentas politik tanahair? Masa akan menentukannya...'walahuwallam-by ALHSA


10 comments:

YANG GAMBI said...

Anwar bukan untuk melihat rakyat, dia tidak akan yakin dengan sesiapa kecuali Azmin Ali yang sanggup berkongsi apa saja dengan Anwar, siapa Jefri ?

Mampukah Jefri setia dan taat macam Azmin ?

SABAHKITA said...

Salam Yang Gambi. Sharp you tangkap pasal Bro Jeffrey..Org blogger memang bergeliga..

memang Jeffrey tak akan setaat Azmin sebab tuu Azmin di lantik Anu War..Jeffrey memang sudah muak dengan PKR yg memperkecilkannya. Nahh taulah sudah..PKR Sabah mau ke mana...

Tq yang Gambi.

Anak X-PKR said...

Salam politik Sabah, Anwar hanya datang bila dia pelu khidmat Saah. Masa lawan Ghapar Baba dulu, hari hari di Sabah. Sebelum PRU 12, mingu-mingu ke Sabah sebab misi menawan Puterjaya. Selepas PRU12, Setahun dua kali bagi menentukan dapat sokongan MP Sabah. Selepas ini dia takkan beri perhatian lagi pada Sabah. Dia anggap Sabah "bikin sakit kepalanya".

Dakjaat™ said...

kalau hanya menganggap sabah dan sarawak itu hanya menyakitkan kepala, baik tak usah sibuk2 tubuhkan PKR di borneo. hanya mengacau keamanan rakyat borneo saja.

My Longest Yard said...

Geng...
Gua nampak ada satu pusat penerangan PAS Keadilan baru bukak di Sulaman.

Pelik pulak sebab takde lambang DAP.

watasikadi said...

salam abgku sabahkita,
seharusnya perkara seperti ini dilihat sebagai perkara biasa dalam politik, lagi-lagi DSAI yang cuba ditunjukkan sebagai pengacau dan pengkhianat dalam negara tetapi tidak KJ walaupun ramai membencinya. Ini disebabkan KJ masih UMNO dan DSAI adalah XFactor pada kehancuran UMNO. maka dapatlah kita dengar dan lihat tulisan yang sentiasa memburukkan DSAI walaupun UMNOlah yang banyak mendidik politik DSAI.
percakaran dalam PKR sabah dan Azmin Ali dilantik pengerusi perhubungan tidak ada masalah. masalahnya Azmin menamakan Hamzah pulak adalah satu kesilapan. Perlantikan Azmin sama juga dengan perlantikan Hishamudin di terengganu, Shafie di Kedah dan Zahid di pulau pinang bagi UMNO. Perkara biasa dilakukan oleh parti jika berlaku krisis kepimpinan negeri. seharusnya DSAI perlu mendengar pandangan dari Grassroot Sabah terlebih dahulu. sepatutnya PR disabah boleh menjadi kuat jika orang kuat KDM seperti jefrey menjadi pengerusi prhbgan PKR negeri. yang tidak suka dipimpin KDM masuklah PAS dan yang berbangsa cina tidak suka dipimpin KDM kita ada SAPP dan DAP. Masalah parti serpihan UMNO ialah masih ada naluri UMNO itu sendiri iaitu sifatt gila kuasa berbanding kemenangan. UMNO memang berbangga di bagan pinang tapi harus diingat kita sudah ada 9 PR lepas PRU12. bukan bagan pinang sahaja. saya melihat bagan pinang adalah kemenangan mutlak TSI dan bukan BN..salam. aku menulis bukan kerna nama.

SABAHKITA said...

Adinda Watasakadi.

Dr. Jeffrey sudah diketepikan dari menjadi ketua Perhubungan PKR Sabah. So Pandangan adinda itu juga tidak dihiraukan oleh PKR Pusat apabila Ahmad Tamrin dilantik sebagai Ketua Perhubungan PKR Sabah yang baru menggantikan Azmin Ali.

Saya meramalkan akan terjadi kejutan dalam PKR Sabah yang disebab oleh tindakan menafikan kekananan Jeffrey dalam PKR Sabah dan PKR Malaysia. Sama-sama kita tunggu.

watasikadi said...

Betul kata kekandaku sabahkita, saya pun rasa seperti ada kejutan dalam PKR sabah. Kedegilan DSAI bakal membawa padah kepada kami orang PR sendiri. seharusnya kekuatan jefrey dalam KDM harus dimanfaatkan. Kesilapan seperti ini bakal menguatkan lagi kekuatan BN dalam KDM apabila huguon siau tetap mempengaruhi undi mereka. katalah apapun sebelum pilihanraya kepada ADUN KDM yang tidak cemerlang, seminggu sebelum PRU datanglah DSPK(huguon siau) dan tatap juga undi timbangan dan begitulah seterusnya jika tiada dikalangan orangnya dinaikkan oleh pembangkang. saya akui ini satu kesilapan besar.Namun apapun terjadi saya tatap PAS. TAKBIR!!

Iboon said...

demi kemajuan sabah, marilah kita sama2 bersatu dan menentang perkara2 yg menghalang pembangunan.

wan die said...

Saya belum pernah mengundi... PRU yg terakhir sepatutnya jd hari pertama sy turun mengundi...tp kawasan tempat saya mengundi menang tanpa bertanding... saya rasa gembira, sebab parti yg pegang maC lg yg sama...dan yg saya biasa...wpun saya bukan mau ambik tau sangat pun pasal politik... tp ada sesuatu yg saya rasa membuka mata saya... UBF...United Borneo Front... Sejujurnya belum pernah lg pun tengok dialog yg diorang buat... InsyaAllah, bila balik di Sabah, Saya akan cari dialog diorang dimana2 pun...mau tau dengan lebih terperinci... dari apa yg saya baca... Pendirian UBF memang kearah yg saya mahu... boleh disimpulkan, semua agendanya adalah untuk kepentingan Sabah. Tapi setakat hari ini, maC mentah lg data ni...sbb perlu ada kematangan data dan analisis kukuh agenda pangkal UBF baru blh buat jawapan tepat. Bagi saya la kan, PKR dan BN dua parti yg tidak sepatutnya masuk campur dlm politik Sabah. Sebab dua2 parti ni jelas hanya mahu menggunakan sumber Sabah untuk kepentingan semenanjung. Buat masa sekarang memang Sabah tpaksa jd kambing hitam BN, parti ni sj yg boleh mengurus pentadbiran, ya la kan...parti pemerintah. Tp kalau mau bagi peluang kepada PR, minta maaf la...cukup2 la BN, Sabah patut ambik langkah yang lebih drastik, Sabah patut diperintah oleh parti yg btl2 base di Sabah, Bukan UMNO ataupun yg bcita2 besar mcm Pakatan Rakyat. kita pernah lebih bagus sblm UMNO sampai...betul ckp TS Simon Sipaun...wpun belum ada pembangunan, tp kemajuan pasti tercapai. Sebab tahun sblm 1963 mn boleh kaC sama dgn 2011... Sebelum sumber2 kita ni habis disedut, lbh baik ada gerakan2 baru macam UBF...stidak2nya dpt membuka mata belia2 sabah... kalau org tua2 nda boleh, tunggu belia2 yg buat... Harta yg ada di Sabah adalah untuk Sabah...dan bangsa Sabah... bukannya Melayu didahulukan, pencapaian diutamakan... dan Sabah akan menuju ke arah sendiri... bukan menuju ke putrajaya...

About This Blog


Dan adapun orang-orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari keinginan hawa nafsunya. Maka sesungguhnya syurgalah tempat tinggalnya. (al-Naziat ayat 40-41)

"Of all the enemies to public liberty war is, perhaps, the most to be dreaded because it comprises and develops the germ of every other. War is the parent of armies; from these proceed debts and taxes...known instruments for bringing the many under the domination of the few. . . No nation could preserve its freedom in the midst of continual warfare."
- James Madison, Political Observations, 1795

santapan rohani ii

Al-hadith :ثلاثةٌ قد حَرّمَ اللهُ - تَبَارَكَ وَتَعَالَى - عليهم الجنةَ : مُدْمِنُ الخمر ، والعاقّ ، والدّيّوثُ الذييُقِرُّ في أَهْلِهِ الخُبْثَ . رواه أحمد والنسائيErtinya : "Tiga yang telah Allah haramkan baginya Syurga : orang yang ketagih arak, si penderhaka kepada ibu bapa dan Si Dayus yang membiarkan maksiat dilakukan oleh ahli keluarganya" ( Riwayat Ahmad )

PEGANGAN

Ingatlah firman Allah Taala:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا بِطَانَةً مِنْ دُونِكُمْ لَا يَأْلُونَكُمْ خَبَالًا وَدُّوا مَا عَنِتُّمْ قَدْ بَدَتِ الْبَغْضَاءُ مِنْ أَفْوَاهِهِمْ وَمَا تُخْفِي صُدُورُهُمْ أَكْبَرُ قَدْ بَيَّنَّا لَكُمُ الْآيَاتِ إِنْ كُنْتُمْ تَعْقِلُونَ (118) هَا أَنْتُمْ أُولَاءِ تُحِبُّونَهُمْ وَلَا يُحِبُّونَكُمْ وَتُؤْمِنُونَ بِالْكِتَابِ كُلِّهِ وَإِذَا لَقُوكُمْ قَالُوا آمَنَّا وَإِذَا خَلَوْا عَضُّوا عَلَيْكُمُ الْأَنَامِلَ مِنَ الْغَيْظِ قُلْ مُوتُوا بِغَيْظِكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ بِذَاتِ الصُّدُورِ (119)

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi “orang dalam” (yang dipercayai). mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah Kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya. Awaslah! kamu ini adalah orang-orang (yang melanggar larangan), kamu sahajalah yang suka (dan percayakan mereka, sedang mereka tidak suka kepada kamu. kamu juga beriman kepada Segala Kitab Allah (sedang mereka tidak beriman kepada Al-Quran). dan apabila mereka bertemu dengan kamu mereka berkata: “Kami beriman”, tetapi apabila mereka berkumpul sesama sendiri, mereka menggigit hujung jari kerana geram marah (kepada kamu), Katakanlah (Wahai Muhammad): “Matilah kamu Dengan kemarahan kamu itu”. Sesungguhnya Allah sentiasa mengetahui akan Segala (isi hati) yang ada di dalam dada.” [Ali Imran: 118 & 119]
..............................................
تُولِجُ اللَّيْلَ فِي النَّهَارِ وَتُولِجُ النَّهَارَ فِي اللَّيْلِ وَتُخْرِجُ الْحَيَّ مِنَ الْمَيِّتِ وَتُخْرِجُ الْمَيِّتَ مِنَ الْحَيِّ وَتَرْزُقُ مَنْ تَشَاءُ بِغَيْرِ حِسَابٍآل عمران : 27

"Engkaulah (Wahai Tuhan) yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang, dan Engkaulah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Engkaulah juga yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati, dan Engkaulah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup. Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya".

bermubahalah

“Siapa yang membantahmu tentang kisah Isa-Setelah engkau beroleh pengetahuan yang meyakinkan tentang hal itu, maka katakanlah kepada mereka : Marilah kita panggil (kumpulan) anak-anak kami dan anak-anak kalian, isteri-isteri kami, dan isteri-isteri kalian, diri-diri kami dan diri-diri kalian, kemudian kita bermubahalah kepada Allah, mohon agar Allah menjatuhkan laknat-Nya kepada pihak yang berdusta.” (Ali Imran : 61)