Monday, February 2, 2009

TEMPAT JATUH LAGI DI KENANG


Saya bertanya pelajar di sekolah ini dalam lawatan nostalgia saya baru-baru ini;
Siapa yang tahu pelukis asal lencana kebanggaan sekolah ini?
Jawab mereka "tak tahu". Cekgu Arif tahu siapa pelukis asalnya.


SMK Merotai Besar, Tawau dari meminjam bangunan Sekolah Rendah Merotai Besar, kini jauh lebih modern dan indah.

Penulis bersama pelajar generasi baru. Yang Bertopi kuning adalah
adik Cekgu Arif
yang menemukan saya dengan nya.

Penulis bersama keluarga "abang Dullah" dan bekas
muridnya, angkatan pertama, Cekgu Arif
(kanan sekali bersais lebih besar dari saya) yang kini menjadi
guru di sekolah ini. Kemesraan kami masih terasa.

Satu Nostalgia. 28 tahun yang lalu, tahun 1981, saya ditempatkan mengajar di Sekolah Menengah Merotai Besar , Tawau yang tidak ada bangunan dan hanya mempunyai lima orang guru termasuk pengetua dan mempunyai 3 kelas tingkatan 1. Mulanya saya ditugaskan di SM St Patrick Tawau 1979-80. Mengajar Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia dan Lukisan.
.
Jalan menghubungi dari Tawau ke Sekolah Menengah Merotai Besar masa itu "menumpang" jalan ladang kelapa sawit dan koko. Becak dan berlumpur di musim hujan dan berhabuk tebal di musim kemarau. SMK Merotai Besar pula menumpang di SRK Merotai Besar. Cakgu Abdawah (Allahyarham) adalah pengetua pertama SMK Merotai Besar ini.
.
Saya sempat menemui Abang Dollah dan ahli keluarganya. Masih mesra seperti dulu. Kedatagan saya disambut dengan pelukan seperti saya mula sampai di Merotai Besar dahulu. Cekgu Arif juga sama. Dia masih memanggil saya "cekgu" walaupun kini saya sudah bukan lagi cekgu dan sudah bersara. Cekgu Ariflah yang memulakan cerita. Katanya "cekgulah yang menerangkan di kelas dulu mengenai lencana SMK Merotai Besar ini. Cekgulah yang melukisnya".
.
SMK Merotai Besar kini jauh berbeza dengan dulu. Guru-guru di sini tidak lagi mandi air telaga yang kadang-kadang seperti air milo "pok" dan meminjam jalan dan bangunan. Namun sekolah ini memekarkan nostalgia silam pada kujungan saya yang terkini.
.
Saya bangga mendengar anak-anak murid saya ramai yang berjaya dalam kerjaya masing-masing walaupun hanya setahun bersama mereka.

2 comments:

aisya said...

- sy x student smk merotai..
- wpun sy nakal..(sgt2 nakal sbnarnya)..sy sangat syg skolah ni..
- sy skarang student ums pula..
- lpas dari ting. 6..tnggalkan skolah merotai..sgt2 sdihh
- ckgu arif tue la yg ajar kami subjek sej. masa ting.1..
- wpun membosankan, tapi sy ska dgar 'slang' tidongnya..hihihihi
- utk pgtahuan ckgu arif..sy dpt gred a tme stpm tau..2 berkat dr ckgu tu...

AKADEMI said...

akademi harapan menawarkan kursus kerjaya berkemahiran. Penyertaan anak-anak sabah amat di alu-alukan. sekiranya pihak tuan dapat mengumpulkan anak-anak sabah yang tidak cemerlang dalam akademi, pihak kami kan hadir untuk memeberikan taklimat khas kepada mereka. Penyertaan mini 100 orang.

About This Blog


Dan adapun orang-orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari keinginan hawa nafsunya. Maka sesungguhnya syurgalah tempat tinggalnya. (al-Naziat ayat 40-41)

"Of all the enemies to public liberty war is, perhaps, the most to be dreaded because it comprises and develops the germ of every other. War is the parent of armies; from these proceed debts and taxes...known instruments for bringing the many under the domination of the few. . . No nation could preserve its freedom in the midst of continual warfare."
- James Madison, Political Observations, 1795

santapan rohani ii

Al-hadith :ثلاثةٌ قد حَرّمَ اللهُ - تَبَارَكَ وَتَعَالَى - عليهم الجنةَ : مُدْمِنُ الخمر ، والعاقّ ، والدّيّوثُ الذييُقِرُّ في أَهْلِهِ الخُبْثَ . رواه أحمد والنسائيErtinya : "Tiga yang telah Allah haramkan baginya Syurga : orang yang ketagih arak, si penderhaka kepada ibu bapa dan Si Dayus yang membiarkan maksiat dilakukan oleh ahli keluarganya" ( Riwayat Ahmad )

PEGANGAN

Ingatlah firman Allah Taala:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا بِطَانَةً مِنْ دُونِكُمْ لَا يَأْلُونَكُمْ خَبَالًا وَدُّوا مَا عَنِتُّمْ قَدْ بَدَتِ الْبَغْضَاءُ مِنْ أَفْوَاهِهِمْ وَمَا تُخْفِي صُدُورُهُمْ أَكْبَرُ قَدْ بَيَّنَّا لَكُمُ الْآيَاتِ إِنْ كُنْتُمْ تَعْقِلُونَ (118) هَا أَنْتُمْ أُولَاءِ تُحِبُّونَهُمْ وَلَا يُحِبُّونَكُمْ وَتُؤْمِنُونَ بِالْكِتَابِ كُلِّهِ وَإِذَا لَقُوكُمْ قَالُوا آمَنَّا وَإِذَا خَلَوْا عَضُّوا عَلَيْكُمُ الْأَنَامِلَ مِنَ الْغَيْظِ قُلْ مُوتُوا بِغَيْظِكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ بِذَاتِ الصُّدُورِ (119)

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi “orang dalam” (yang dipercayai). mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah Kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya. Awaslah! kamu ini adalah orang-orang (yang melanggar larangan), kamu sahajalah yang suka (dan percayakan mereka, sedang mereka tidak suka kepada kamu. kamu juga beriman kepada Segala Kitab Allah (sedang mereka tidak beriman kepada Al-Quran). dan apabila mereka bertemu dengan kamu mereka berkata: “Kami beriman”, tetapi apabila mereka berkumpul sesama sendiri, mereka menggigit hujung jari kerana geram marah (kepada kamu), Katakanlah (Wahai Muhammad): “Matilah kamu Dengan kemarahan kamu itu”. Sesungguhnya Allah sentiasa mengetahui akan Segala (isi hati) yang ada di dalam dada.” [Ali Imran: 118 & 119]
..............................................
تُولِجُ اللَّيْلَ فِي النَّهَارِ وَتُولِجُ النَّهَارَ فِي اللَّيْلِ وَتُخْرِجُ الْحَيَّ مِنَ الْمَيِّتِ وَتُخْرِجُ الْمَيِّتَ مِنَ الْحَيِّ وَتَرْزُقُ مَنْ تَشَاءُ بِغَيْرِ حِسَابٍآل عمران : 27

"Engkaulah (Wahai Tuhan) yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang, dan Engkaulah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Engkaulah juga yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati, dan Engkaulah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup. Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya".

bermubahalah

“Siapa yang membantahmu tentang kisah Isa-Setelah engkau beroleh pengetahuan yang meyakinkan tentang hal itu, maka katakanlah kepada mereka : Marilah kita panggil (kumpulan) anak-anak kami dan anak-anak kalian, isteri-isteri kami, dan isteri-isteri kalian, diri-diri kami dan diri-diri kalian, kemudian kita bermubahalah kepada Allah, mohon agar Allah menjatuhkan laknat-Nya kepada pihak yang berdusta.” (Ali Imran : 61)