Friday, November 15, 2013

90 Peratus AJK PKR Cabang Kota Belud Isytihar Keluar Parti

 Kami tidak boleh terus berada dalam parti yang diibaratkan 'hidup segan mati tak mahu,"
KOTA BELUD, 14 Nov (Bernama) -- Jika hampir dua minggu lalu, Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah kehilangan dua wakil rakyatnya, kali ini parti itu ditimpa satu lagi masalah apabila 90 peratus Anggota Jawatankuasa (AJK) PKR Cabang Kota Belud keluar beramai-ramai meninggalkan parti itu.

Tindakan itu yang disertai dengan langkah melepaskan semua jawatan yang disandang dalam cabang itu diketuai Ketua Penerangan cabang tersebut Soloh Yuna.

"Keputusan ini kami buat kerana kami telah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan PKR yang gagal melaksanakan tanggungjawab membela dan menyatupadukan rakyat.

"Sejak kebelakangan ini, parti PKR khususnya di Sabah semakin teruk," katanya dalam kenyataan Khamis.
Beliau berkata disebabkan pertelagahan sesama pemimpin PKR di Sabah, anggota dan kepimpinan PKR Cabang Kota Belud kehilangan arah tujuan.

"(PKR Cabang Kota Belud) tiada ketua, tiada pejabat, tiada mesyuarat dan tiada maklumat apa-apa untuk ahli mengenai status PKR Cabang Kota Belud. Kami tidak boleh terus berada dalam parti yang diibaratkan 'hidup segan mati tak mahu," katanya.

Menurut Soloh, mereka perlu membuat keputusan tepat mengenai hala tuju perjuangan politik masa depan mereka memandangkan PKR cabang itu semakin lesu dan tidak bermaya. Dalam kenyataan itu juga bekas AJK PKR berkenaan turut menzahirkan sokongan terhadap tindakan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian Jeremy Malajad yang keluar dari PKR baru-baru ini dan mengisytiharkan menyokong Barisan Nasional.

Jumaat lalu, Adun Matunggong Datuk Jelani Hamdan turut mengisytiharkan peletakan jawatannya sebagai Naib Pengerusi PKR Sabah dan menganggap dirinya bukan lagi anggota PKR kerana tidak berpuas hati dengan barisan kepimpinan PKR negeri Sabah.

-- BERNAMA

RELATED..
burbujolandiamagico.blogspot.com

No comments:

About This Blog


Dan adapun orang-orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari keinginan hawa nafsunya. Maka sesungguhnya syurgalah tempat tinggalnya. (al-Naziat ayat 40-41)

"Of all the enemies to public liberty war is, perhaps, the most to be dreaded because it comprises and develops the germ of every other. War is the parent of armies; from these proceed debts and taxes...known instruments for bringing the many under the domination of the few. . . No nation could preserve its freedom in the midst of continual warfare."
- James Madison, Political Observations, 1795

santapan rohani ii

Al-hadith :ثلاثةٌ قد حَرّمَ اللهُ - تَبَارَكَ وَتَعَالَى - عليهم الجنةَ : مُدْمِنُ الخمر ، والعاقّ ، والدّيّوثُ الذييُقِرُّ في أَهْلِهِ الخُبْثَ . رواه أحمد والنسائيErtinya : "Tiga yang telah Allah haramkan baginya Syurga : orang yang ketagih arak, si penderhaka kepada ibu bapa dan Si Dayus yang membiarkan maksiat dilakukan oleh ahli keluarganya" ( Riwayat Ahmad )

PEGANGAN

Ingatlah firman Allah Taala:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا بِطَانَةً مِنْ دُونِكُمْ لَا يَأْلُونَكُمْ خَبَالًا وَدُّوا مَا عَنِتُّمْ قَدْ بَدَتِ الْبَغْضَاءُ مِنْ أَفْوَاهِهِمْ وَمَا تُخْفِي صُدُورُهُمْ أَكْبَرُ قَدْ بَيَّنَّا لَكُمُ الْآيَاتِ إِنْ كُنْتُمْ تَعْقِلُونَ (118) هَا أَنْتُمْ أُولَاءِ تُحِبُّونَهُمْ وَلَا يُحِبُّونَكُمْ وَتُؤْمِنُونَ بِالْكِتَابِ كُلِّهِ وَإِذَا لَقُوكُمْ قَالُوا آمَنَّا وَإِذَا خَلَوْا عَضُّوا عَلَيْكُمُ الْأَنَامِلَ مِنَ الْغَيْظِ قُلْ مُوتُوا بِغَيْظِكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ بِذَاتِ الصُّدُورِ (119)

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi “orang dalam” (yang dipercayai). mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah Kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya. Awaslah! kamu ini adalah orang-orang (yang melanggar larangan), kamu sahajalah yang suka (dan percayakan mereka, sedang mereka tidak suka kepada kamu. kamu juga beriman kepada Segala Kitab Allah (sedang mereka tidak beriman kepada Al-Quran). dan apabila mereka bertemu dengan kamu mereka berkata: “Kami beriman”, tetapi apabila mereka berkumpul sesama sendiri, mereka menggigit hujung jari kerana geram marah (kepada kamu), Katakanlah (Wahai Muhammad): “Matilah kamu Dengan kemarahan kamu itu”. Sesungguhnya Allah sentiasa mengetahui akan Segala (isi hati) yang ada di dalam dada.” [Ali Imran: 118 & 119]
..............................................
تُولِجُ اللَّيْلَ فِي النَّهَارِ وَتُولِجُ النَّهَارَ فِي اللَّيْلِ وَتُخْرِجُ الْحَيَّ مِنَ الْمَيِّتِ وَتُخْرِجُ الْمَيِّتَ مِنَ الْحَيِّ وَتَرْزُقُ مَنْ تَشَاءُ بِغَيْرِ حِسَابٍآل عمران : 27

"Engkaulah (Wahai Tuhan) yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang, dan Engkaulah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Engkaulah juga yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati, dan Engkaulah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup. Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya".

bermubahalah

“Siapa yang membantahmu tentang kisah Isa-Setelah engkau beroleh pengetahuan yang meyakinkan tentang hal itu, maka katakanlah kepada mereka : Marilah kita panggil (kumpulan) anak-anak kami dan anak-anak kalian, isteri-isteri kami, dan isteri-isteri kalian, diri-diri kami dan diri-diri kalian, kemudian kita bermubahalah kepada Allah, mohon agar Allah menjatuhkan laknat-Nya kepada pihak yang berdusta.” (Ali Imran : 61)