YB Datuk Hajjah Zainab Haji Ahmad Ayid, Menyempurnakan
Majlis Pelancaran
Ekspo Pengajian Kemahiran dan Pekerjaan di Dewan Tun Said Kota Belud. |
Datuk Hajjah Zainab bersama DS Salleh semasa
mengunjungi pameran sempena ekspo tersebut. |
Expo Pengajian Kemahiran dan Pekerjaan telah diadakan di Dewan Tun Said Kota Belud pada 10 November, 2013. Ekspo ini telah dirasmikan oleh YB. Datuk Hajjah Zainab Haji Ahmad Ayid, Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat mewakili Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat, YB. Datuk Dr. Yee Moh Chai selaku Timbalan Ketua Menteri Sabah.
Ekspo ini dianjurkan bersama oleh Yayasan Kota Belud dan Pejabat Daerah Kota Belud. Sebanyak 23 organisasi yang terdiri dari Institusi Pengajian Tinggi awam dan swasta, Syarikat-syarikat swasta dan agensi kerjaan, Badan Berkanun dan jabatan kerajaan telah mengambil Bahagian dalam expo ini.
YB. Datuk Dr. Yee Moh Chai, Timbalan Ketua Menteri Sabah selaku Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat yang diwakili oleh YB Datuk Hajjah Zainab Haji Ahmad Ayid, dalam ucapan perasmiannya menekankan bahawa ekspo ini merupakan satu program perkongsian maklumat yang amat berharga.
Beliau juga menekankan mengenai perlunya para belia mengenal pasti iklan-iklan peluang pekerjaan di luar negeri Sabah agar mere tidak terperdaya sehingga mereka terpaksa berhadapan dengan rintangan yang akhirnya membawa masalah kepada generasi muda dan anak-anak negeri Sabah yang akhirnya menimbulkan kesusahan terhadap keluarga mereka.
Dalam masa yang sama, beliau menekankan pentingnya generasi mudah untuk mengisi peluang pekerjaan yang terdapat dalam negeri atau berada dalam sistem tenaga kerja terlebih dahulu sebagai batu loncatan ke arah mendapat peluang pekerjaan yang lebih baik.
Katanya Iktibar dari rintangan yang telalu banyak yang sedang dan telah dihadapi oleh tenaga kerja dari Sabah yang telah memilih pekerjaan di luar negeri Sabah perlu menjadi iktibar generasi muda di negeri ini sebelum mengambil keputusan bekerja di luar negeri Sabah.
Beliau turut mengsyorkan agar belia-belia hari ini memikirkan peluang-peluang yang terbuka terutama dalam bidang “oil and gas”, Perhotelan dan perladangan yang menawarkan peluang pekerjaan yang amat baik dan luas.
Tambahnya lagi, bidang peladangan masa ini telah melakukan perubahan baik dengan menyediakan kemudahan dan keselesaan kepada warganegara Malaysia khasnya di Sabah dengan menyediakan tempat tinggal dan bidang yang lebih baik kepada mereka sebagai galakan baru kepada penduduk tempatan untuk menceburkan diri dalam bidang pekerjaan di sektor perladangan.
DS Salleh Tun Said, Pengerusi Yayasan Kota Belud selaku Speaker Dewan Undang Negeri Sabah dalam perutusannya melahirkan rasa terima kasih kepada Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Dr. Yee Moh Chai selaku Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat kerana sokongan dan bantuan bagi menjayakan Ekspo tersebut.
Penghargaan dan terima kasih juga beliau sampaikan kepada AJK YKB, Pegawai Daerah dan Pejabat Daerah yang bekerjasama menjadi penganjur bersama seterusnya menjayakan program ini. Ucapan yang sama diberikan kepada Institusi Pengajian Tinggi Awam dan swasta, agensi-agensi swasta dan awam, Badan-badan Berkanun dan orang ramai yang turut menjayakan dan memeriahkan program ini.
Beliau berharap program seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi manfaat umum terutama generasi muda dan golongan belia yang menjadi sumber manusia yang produtif untuk kesejahteraan rakyat dan demi kemakmuran Negara.
No comments:
Post a Comment