Thursday, March 11, 2010

DAKWAAN KEADAAN EKONOMI YANG TIDAK ADIL.

Najib kata Sasar ekonomi tumbuh lebih 6%, Anwar kata ekonomi Malaysia ranap.


Najib Tun Razak bersalaman dengan ahli Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia pada majlis makan malam anjuran dewan perniagaan itu sempena Tahun Baru Cina di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, semalam.

KENYATAAN YAB. DATO SERI NAJIB TUN RAZAK
KUALA LUMPUR 10 Mac – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau masih belum berpuas hati dengan pencapaian 4.5 peratus pertumbuhan ekonomi negara yang dicapai pada suku terakhir tahun lalu. Perdana Menteri berkata, beliau hanya akan berasa gembira jika angka pertumbuhan ekonomi mencecah angka enam peratus atau lebih, yang menjadi sasaran pada tahun ini. [Paparan penuh di sini]
 KENYATAAN ANWAR BIN IBRAHIM
Anggaran terbaru yang dikeluarkan oleh IMF pada Oktober 2009 menunjukkan bagi tahun 2010, Malaysia dijangkakan akan tumbuh pada kadar yang paling lembap berbanding kumpulan negara-negara tadi (Korea Selatan, Singapura, Taiwan, Indonesia, Thailand, Filipina, malahan juga Vietnam.)."Walaupun ekonomi dunia dijangka akan mula pulih. Vietnam dijangka akan tumbuh pada kadar 2 kali ganda lebih baik dari Malaysia dan negara-negara lain akan berkembang pada kadar yang secara puratanya 50 peratus lebih pesat dari Malaysia," Anwar bin Ibrahim.  [Paparan penuh muslihat di sini]

Anda, terutama generasi muda yang celik IT dan kumpulan intelek masa depan negara, lihatlah bertapa dayusnya Anwar memanipulasi keadaan dengan menggunakan penyataan dan jangka/anggaran IMF yang dicanai dengan MUSLIHAT SETAN!. Lebih dasyatlah bila pencacai DAP dan Anwar menggunakan tipu muslihat IMF itu untuk mengelirukan dan menipu rakyat dengan membesar-besarkan kenyataan songsang itu.

Anda sudah melihat siapa sebenarnya yang lebih "credible" dan cintakan Negara ini. Anwar akan pergunakan segala tipu muslihatnya bagi membohongi rakyat Malaysia. Dengan mengatakan ekonomi Malaysia lembab dan bakal ranap, sekaligus Anwar mengkhianati ekonomi negara dan rakyat negara ini. Pembohongan ini sudah terlalu terang. Ianya berniat untuk menghalau pelaburan asing sebenarnya. Muliakah niat itu?
  
Cukuplah Anwar, kalo tidak dapat berhenti berpolitik, berhentilah berbohong!

Dari perkara yang besar, soal ekonomi negara, gagasan 916 dan "I have the number" sehinggalah soal-soal kecil seperti VCD Professor Yusof Qardhawi ANWAR BERBOHONG. Mahkamah yang memutuskan pemecatnyapun dicabar Anwar sekadar menjadikan modal politik yang busuk bernanah. Sedarkan dia bahawa Sodomi II, ramai yang mengatakan DSAI juga berbohong!

Layakkah Anwar dengan pembohongannya ini menggantikan Najib?. Bukankah DAP berkerja keras memperalat Anwar supaya jadi PM yang bakal mengikut telunjuk, akur kepada DAP dan seperti kerbau dicucuk hidung ,sekurang-kurangnya?. Dan yang lebih penting Anwar kelak mudah disingkirkan, mudah dijatuhkan.

Jika semakin ramai Pemimpin PKR dan ahli-ahli PKR yang meninggalkan PKR dan menentang PKR,  anda sudah tahu sebabnya. Anda tidak perlu hairan kerana PKR memang parti yang self destruct. 
DARI SENJALIZA

2 comments:

Pemuda Membakut said...

anwar mmg suka memburuk2kan negara kita malaysia di mata luar....

Pemuda Membakut said...

anwar mmg suka memburuk2kan negara kita malaysia di mata luar....

About This Blog


Dan adapun orang-orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari keinginan hawa nafsunya. Maka sesungguhnya syurgalah tempat tinggalnya. (al-Naziat ayat 40-41)

"Of all the enemies to public liberty war is, perhaps, the most to be dreaded because it comprises and develops the germ of every other. War is the parent of armies; from these proceed debts and taxes...known instruments for bringing the many under the domination of the few. . . No nation could preserve its freedom in the midst of continual warfare."
- James Madison, Political Observations, 1795

santapan rohani ii

Al-hadith :ثلاثةٌ قد حَرّمَ اللهُ - تَبَارَكَ وَتَعَالَى - عليهم الجنةَ : مُدْمِنُ الخمر ، والعاقّ ، والدّيّوثُ الذييُقِرُّ في أَهْلِهِ الخُبْثَ . رواه أحمد والنسائيErtinya : "Tiga yang telah Allah haramkan baginya Syurga : orang yang ketagih arak, si penderhaka kepada ibu bapa dan Si Dayus yang membiarkan maksiat dilakukan oleh ahli keluarganya" ( Riwayat Ahmad )

PEGANGAN

Ingatlah firman Allah Taala:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا بِطَانَةً مِنْ دُونِكُمْ لَا يَأْلُونَكُمْ خَبَالًا وَدُّوا مَا عَنِتُّمْ قَدْ بَدَتِ الْبَغْضَاءُ مِنْ أَفْوَاهِهِمْ وَمَا تُخْفِي صُدُورُهُمْ أَكْبَرُ قَدْ بَيَّنَّا لَكُمُ الْآيَاتِ إِنْ كُنْتُمْ تَعْقِلُونَ (118) هَا أَنْتُمْ أُولَاءِ تُحِبُّونَهُمْ وَلَا يُحِبُّونَكُمْ وَتُؤْمِنُونَ بِالْكِتَابِ كُلِّهِ وَإِذَا لَقُوكُمْ قَالُوا آمَنَّا وَإِذَا خَلَوْا عَضُّوا عَلَيْكُمُ الْأَنَامِلَ مِنَ الْغَيْظِ قُلْ مُوتُوا بِغَيْظِكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ بِذَاتِ الصُّدُورِ (119)

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi “orang dalam” (yang dipercayai). mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah Kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya. Awaslah! kamu ini adalah orang-orang (yang melanggar larangan), kamu sahajalah yang suka (dan percayakan mereka, sedang mereka tidak suka kepada kamu. kamu juga beriman kepada Segala Kitab Allah (sedang mereka tidak beriman kepada Al-Quran). dan apabila mereka bertemu dengan kamu mereka berkata: “Kami beriman”, tetapi apabila mereka berkumpul sesama sendiri, mereka menggigit hujung jari kerana geram marah (kepada kamu), Katakanlah (Wahai Muhammad): “Matilah kamu Dengan kemarahan kamu itu”. Sesungguhnya Allah sentiasa mengetahui akan Segala (isi hati) yang ada di dalam dada.” [Ali Imran: 118 & 119]
..............................................
تُولِجُ اللَّيْلَ فِي النَّهَارِ وَتُولِجُ النَّهَارَ فِي اللَّيْلِ وَتُخْرِجُ الْحَيَّ مِنَ الْمَيِّتِ وَتُخْرِجُ الْمَيِّتَ مِنَ الْحَيِّ وَتَرْزُقُ مَنْ تَشَاءُ بِغَيْرِ حِسَابٍآل عمران : 27

"Engkaulah (Wahai Tuhan) yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang, dan Engkaulah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Engkaulah juga yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati, dan Engkaulah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup. Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya".

bermubahalah

“Siapa yang membantahmu tentang kisah Isa-Setelah engkau beroleh pengetahuan yang meyakinkan tentang hal itu, maka katakanlah kepada mereka : Marilah kita panggil (kumpulan) anak-anak kami dan anak-anak kalian, isteri-isteri kami, dan isteri-isteri kalian, diri-diri kami dan diri-diri kalian, kemudian kita bermubahalah kepada Allah, mohon agar Allah menjatuhkan laknat-Nya kepada pihak yang berdusta.” (Ali Imran : 61)