Pesta Regatta Lepa 2010 Adakan Kelainan
Lepa-lepa. Pertunjukan yang menjadi persembahan utama dalam Pesta Regatta Lepa.
Pesta Regatta Lepa 2010, satu daripada acara pelancongan tahunan di Semporna, dijangka lebih meriah tahun ini dengan jumlah pengunjung dijangka antara 50,000 hingga 60,000 orang.
Pengerusi Jawatakuasa Induk pesta berkenaan A.M Ibnu A.K Baba berkata selain acara lazim, pihak penganjur akan memperkenal beberapa kelainan sepanjang pesta yang tercatat dalam kalendar Pelancongan Malaysia itu.
"Tahun ini Regatta Lepa akan diadakan pada
24 dan 25 April. Jika tahun-tahun sebelumnya acara kemuncaknya ialah pada pembukaan rasmi tetapi kali ini kemuncaknya ialah ketika majlis penutupan.
[selanjutnya]
About This Blog
Dan adapun orang-orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari keinginan hawa nafsunya. Maka sesungguhnya syurgalah tempat tinggalnya. (al-Naziat ayat 40-41)
"Of all the enemies to public liberty war is, perhaps, the most to be dreaded because it comprises and develops the germ of every other. War is the parent of armies; from these proceed debts and taxes...known instruments for bringing the many under the domination of the few. . . No nation could preserve its freedom in the midst of continual warfare."
- James Madison, Political Observations, 1795
santapan rohani ii
Al-hadith :ثلاثةٌ قد حَرّمَ اللهُ - تَبَارَكَ وَتَعَالَى - عليهم الجنةَ : مُدْمِنُ الخمر ، والعاقّ ، والدّيّوثُ الذييُقِرُّ في أَهْلِهِ الخُبْثَ . رواه أحمد والنسائيErtinya : "Tiga yang telah Allah haramkan baginya Syurga : orang yang ketagih arak, si penderhaka kepada ibu bapa dan Si Dayus yang membiarkan maksiat dilakukan oleh ahli keluarganya" ( Riwayat Ahmad )
PEGANGAN
Ingatlah firman Allah Taala:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا بِطَانَةً مِنْ دُونِكُمْ لَا يَأْلُونَكُمْ خَبَالًا وَدُّوا مَا عَنِتُّمْ قَدْ بَدَتِ الْبَغْضَاءُ مِنْ أَفْوَاهِهِمْ وَمَا تُخْفِي صُدُورُهُمْ أَكْبَرُ قَدْ بَيَّنَّا لَكُمُ الْآيَاتِ إِنْ كُنْتُمْ تَعْقِلُونَ (118) هَا أَنْتُمْ أُولَاءِ تُحِبُّونَهُمْ وَلَا يُحِبُّونَكُمْ وَتُؤْمِنُونَ بِالْكِتَابِ كُلِّهِ وَإِذَا لَقُوكُمْ قَالُوا آمَنَّا وَإِذَا خَلَوْا عَضُّوا عَلَيْكُمُ الْأَنَامِلَ مِنَ الْغَيْظِ قُلْ مُوتُوا بِغَيْظِكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ بِذَاتِ الصُّدُورِ (119)
Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi “orang dalam” (yang dipercayai). mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah Kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya. Awaslah! kamu ini adalah orang-orang (yang melanggar larangan), kamu sahajalah yang suka (dan percayakan mereka, sedang mereka tidak suka kepada kamu. kamu juga beriman kepada Segala Kitab Allah (sedang mereka tidak beriman kepada Al-Quran). dan apabila mereka bertemu dengan kamu mereka berkata: “Kami beriman”, tetapi apabila mereka berkumpul sesama sendiri, mereka menggigit hujung jari kerana geram marah (kepada kamu), Katakanlah (Wahai Muhammad): “Matilah kamu Dengan kemarahan kamu itu”. Sesungguhnya Allah sentiasa mengetahui akan Segala (isi hati) yang ada di dalam dada.” [Ali Imran: 118 & 119]
..............................................
تُولِجُ اللَّيْلَ فِي النَّهَارِ وَتُولِجُ النَّهَارَ فِي اللَّيْلِ وَتُخْرِجُ الْحَيَّ مِنَ الْمَيِّتِ وَتُخْرِجُ الْمَيِّتَ مِنَ الْحَيِّ وَتَرْزُقُ مَنْ تَشَاءُ بِغَيْرِ حِسَابٍآل عمران : 27
"Engkaulah (Wahai Tuhan) yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang, dan Engkaulah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Engkaulah juga yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati, dan Engkaulah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup. Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya".
bermubahalah
“Siapa yang membantahmu tentang kisah Isa-Setelah engkau beroleh pengetahuan yang meyakinkan tentang hal itu, maka katakanlah kepada mereka : Marilah kita panggil (kumpulan) anak-anak kami dan anak-anak kalian, isteri-isteri kami, dan isteri-isteri kalian, diri-diri kami dan diri-diri kalian, kemudian kita bermubahalah kepada Allah, mohon agar Allah menjatuhkan laknat-Nya kepada pihak yang berdusta.” (Ali Imran : 61)
3 comments:
Pesta Regatta Lepa 2010 tiba lagi. 24 dan 25 merupakan tarikh yg telah ditetapkan oleh urusetia. Hairannya 50,000 hingga 60,000 pengunjung luar merupakan gimik yg memperlihatkan betapa Pengerusi mungkin sengaja mendatangkan pengunjung kedaerah semporna semata bukan tujuan menikmati keindahan Regatta Lepa dengan induk persembahan pesta laut atau Perahu Cantik. Persoalan yg timbul, Dimana perlu ditempatkan manusia seramai ini ditambah lagi masyarakat semporna sendiri. Makluman yg perlu diketehaui DIMANA TAPAK PERSEMBAHAN DAN KEDUDUKAN PENONTON SERAMAI ITU ? Mungkin jawapan yg kita pasti SEAFEST ? DOLTON ? KG. AIR ? ATAU TAMPI-TAMPI. Pernahkah kita memikirkan sejauh mana kawasan ini dapat menampung kehendak pengunjung ? Kawasan VVIP sahaja telah menunjukkan kawasan yg luas dengan pembinaan pelbagai pentas kenamaan ditambah pula kawasan larangan. Sekiranya kita memiirkan kawasan Seafest merupakan cadangan utama, Sepanjang jalan Kastam akan dipenohi oleh pengunjung, bagaimana laluan tetamu kehormat menuju pentas utama ? Majlis Daerah Semporna merupakan agen kerajaan yg harus bertanggungjawab dalam penyediaan tapak. Sambutan ke 17 Tahun merupakan tempoh yg lama. Persoalan yg timbul Mengapa mereka tidak terfikir penyediaan tapak dan mengizitkan kawasan tersebut sebagai TAPAK REGATTA LEPA ATAU TAPAK BUDAYA ? Mengapa pihak PBT hanya asyik memikirkan kepentingan peribadi dengan memberikan hak kepentingan kepada seseorang tanpa memikirkan kepentingan umum ? Kawasan Dolton merupakan kawasan startegik sebelum ini sehingga badan swasta turut mengorbankan tenaga dan wang ringgit sehingga berjuta ringgit untuk penyediaan tapak tersebut. Tetapi dimanakah tapak tersebut menghilang ? Regatta Lepa dari tahun ketahun kita menganggap tiada memberi perubahan kehadapan akan tetapi Pesta ini semakin tahun semakin mundur kebelakang. Pengunjung sentiasa disajikan dengan kehampaan pelbagai teori dan kesempatan diri. Pengurangan penyertaan pelbagai acara dan penghadan penyertaan contoh jelas yg terlalu ketara. kita merujuk RL ditahun-tahun lepas dimana pengurangan demi pengurangan dilakukan dengan alasan tiada peruntukan dan tiada penaja. Agensi Kerajaan yg punya tugas dan tanggungjawab hakiki pun masih punya kesempatan untuk mempersoalkan peruntukan kewangan untuk tugas mereka dan dalam masa yg sama mereka juga akan mengemukakan tuntutan pelbagai kejabatan masing-masing dengan alasan penglibatan mereka dalam pelaksanaan pesta tersebut. Rumusan yg timbul dari responden masyarakat semporna sendiri menyatakan tidak berpuas hati dengan persembahan dan persiapan yg dilakukan seolah ianya dilihat hanya menguntungkan satu pihak sahaja. Sampai bila Pesta Regatta Lepa mencapai kehendak dan tujuan sebenar ? Sampai bila mereka yg mengambil kesempatan ini terfikir betapa pesta ini perlu dinobatkan ? Sampai bila Pesta ini akan menjadi kebanggaan Masyarakat Bajau keselurohan khusus dinegeri Sabah sendiri bahkan Bajau dimuka bumi ini ? Fikir-fikirkanlah........
Pesta Regatta Lepa 2010 Adakan Kelainan memang sudah pasti akan terlaksana. Sesiapa pun terutama mereka yg sebelum ini telah menyaksikan pesta ini. Masyarakat Semporna khususnya tidak terkeliru dengan pelaksanaan dari tahun ketahun. Jenama GIANT dibawah kelolaan FR telah sinonim dengan masyarakat didaerah ini. Tanpa penglibatan mereka sudah pasti Pesta ini tidak dapat dirasakan kemeriahan oleh segenap pengunjung. KEKWA merupakan agensi kerajaan persekutuan pun dilihat telah gagal dalam pelaksanaan Pesta Regatta Lepa dengan sajian persembahan yg dilihat seolah memesongkan pengisian suasana majlis Regatta Lepa itu sendiri dengan memperbanyakkan persembahan yg tidak menjurus kepada Pesta Laut dan kebudayaan masyarakat suku kaum Bajau diSabah khususnya. Kita tidak menyangkal Malaysia terlalu banyak budaya yg harus dipertontonkan akan tetapi birlah ianya bersesuaian dengan masa dan tempatnya. Persoalan yg timbul Mengapa KEKWA tidak mampu untuk mengadakan roadshow keseluroh negara dengan jadual berterusan bagi membuat persembahan-persembahan budaya malaysia secara khusus dengan slogan tertentu umpamanya PESTA BUDAYA MALAYSIA atau PESTA BUDAYA 1MALAYSIA ? Mengapa mereka hanya berperanan dalam mana ketika sesuatu pesta kaum dipertontonkan dan sentiasa jadi nasi campur kepada pesta lain dengan alasan budaya 1Malaysia ? Adakah mereka ini sengaja dihadirkan oleh pimpinan demi MENASICAMPURKAN sesuatu budaya sehingga budaya sesuatu kaum itu hampir tidak kelihatan bahkan tidak meninggalkan kesan kepada pengunjung secara keselurohan. Suatu perkara yg janggal juga berlaku setelah 17 Tahun Pesta ini meniti masa tiada satu badan pun yg terfikir untuk dapat membukukan sejarah pesta dan lepa itu sendiri bagi guna sebagai rujukan pengunjung agar mereka tidak dikelirukan oleh fakta sebenar. Dimana Arkib, Muzium, DBP dan KEKWA ? Perlukah mereka ini bekerja umpama pahat dengan pemukul ?
Regatta Lepa 2010 menjelang lagi...., Tahniah kepada YDH Tuan Pegawai Daerah Semporna atas dayausaha yang dirancang demi kejayaan pesta tersebu. 17 Tahun bukan lagi satu usia yg begitu muda bila diandingkan dengan kehidupan manusia. Kelainan tetap kelainan akan tetapi kita merasa kecewa dengan segelintir pihak khusus peiaga-peniaga yg seolah pesta ini mereka takrifkan hanya suku kaum bajau sahaja. Peliknya mengapa mereka begitu ghairah dengan mengaut keuntungan dengan pelbagai perniagaan didaerah ini ? Seharusnya kita merasa cemburu dengan sebuah gedung membeli belah PUSAT BORONG PRIMA yg pemiliknya merupakan orang Semananjung akan tetapi kita telah melihat komitmen mereka untuk menyambut pesta ini sehingga sanggup mengeluarkan kos bagi penyediaan SAMBULAYANG DAN TIPAS-TIPAS walau pun mereka tanpa diarah jauh sekali untuk diminta berbuat demikan. Persembahan lagu-lagu bajau setiap operasinya merupakan satu petanda yg syarikat ini benar-benar menghayati Daerah Semporna kalangan penduduknya majoriti dari suku kaum bajau. Bagaimana dengan premis-premis lain ?, seharusnya pihak PBT Majlis Daerah Semporna khususnya dapat mengeluarkan arahan dengan meminta kerjasama semua pihak terutama kalangan peniaga untuk turut mengibarkan Sambulayang walau pun pada saiz kecil untuk dipertontonkan kepada puluhan ribu pengunjung yg khusus datang dari luar daerah semporna khususnya dan Sabah amnya. Kalaulah Regatta Lepa 17 tidak brkesempatan biarlah pada pesta ke18 akan dilaksanakan agar kemeriahan pesta tersebut dapat meletakkan Daerah Semporna benar-benar ditempat yg harus dikunjungi. Harapan pada setiap premis perniagaan dan pemiliknya agar memberi kerjasama pada Penganjur demi memertabatkan budaya Malaysia.
Sulimbag Semporna
Post a Comment