Berbanding Azmin Ali, Dr. Jeffrey lebih berpengalaman dan berkemampuan “maneuver” politik Sabah.
Krisis Parti Keadilan Rakyat (Sabah) tidak lagi dapat disembunyikan. PKR yang telalu lantang mengkritik pemimpin Sabah dan Barisan Nasional di Sabah sudah terhantuk dan terngadah. Mereka perlu merenung ke dalam diri mereka dan sudah tidak “melayakkan” diri dan parti mereka untuk menyusun atur tindak-tanduk parti lain khasnya Barisan Nasional. Kata pepatah “cermin diri” dahulu.
Beberapa bulan yang lalu, DSAI datang ke Sabah dan “menegaskan” (perkataan favorite DSAI) bahawa PKR Sabah tidak menghadapi sebarang krisis termasuk krisis kepimpinan. Semua tahu dan dunia tahu bahawa “tiada siapa yang cuba membuka pekung di dada”. DSAI, seperti biasa, cuba menyembunyikan kepincangan parti pimpinannya itu.
Kekalahan teruk Pembangkang di Bagan Pinang sudah cukup untuk memadamkan keinginan Pembangkang, khasnya DSAI sendiri yang mengepalai Pakatan Rakyat. Keyakinan rakyat kepada BN mula dipancarkan di Bagan Pinang.
Dr Jeffrey, sebagai veteran politician, tentunya sudah dapat meramal bahawa PKR kini berada di ambang krisis. Krisis-krisis dalaman Pakatan Rakyat terutama antara DAP dan PAS yang sering tercetus kerana perbedaan ideologi lebih menjadi perhatian Pakatan Rakyat dari PKR Sabah. Berdasarkan keadaan ini, adalah lebih wajar krisis sebenar PKR Sabah tidak lagi disembunyikan di bawah permaidani atau Lebih baik ditangani secara terbuka dan “gantleman” oleh pemimpin PKR Sabah.
Ramai pemerhati politik melihat bahawa inilah masanya Jeffrey menghadapi kenyataan samada PKR benar-benar memerlukan kepimpinannya atau dia akan menyahut dan menerima jemputan YB. Albert Timbun Lagadan, Naib Presiden PBS untuk Jeffrey kembali ke pangkuan Parti Besatu Sabah-PBS.
Bila 16 Bahagian PKR bermesyuarat tidak resmi dan hanya dipengerusikan oleh Ketua Bahagian PKR Kota Belud, Jalumin Boyogoh Samin. Manakala PKR Bahagian Tuaran, Kalabakan, Semporna, Ranau, Tawau, Lahad Datu dan Libaran tidak hadir. PKR Bahagian Sepanggar dan Sandakan pula digantung. Ini memang krisis besar PKR Sabah yang sudah lama ‘overdue”. Ramai yang melihat bahawa Dr Jeffrey pasti berada di sebalik tabir tindakan itu. Malah tidak keterlaluan dikatakan bahawa krisis kepimpinan sebegini memang “trademark” Jeffrey bila ketokohannya didesak dan dipersoal.
Bahagian PKR yang 16 itu majoritinya sudah pasti di kalangan penyokong Jeffrey dari KDM secara majoriti. Pengaruh Jeffrey di kalangan KDM memang sukar dinafikan. Relevantnya Jeffrey kepada KDM sama seperti relevanya DSAI kepada PKR. Tetapi bila Jeffrey tercabar dengan tindakan Azmin Ali yang menamakan Tuan Haji Hamzah Amir sebagai bakal penggantinya bagi jawatan Pengerusi Perhubungan PKR Sabah, Jeffrey tidak lagi mampu bertahan atau berupaya menyembunyikan kehendaknya. Sebagai Naib Presiden PKR yang sudah menunjukkan komitment yang besar begitu lama, baginya dan penyokongnya dia lebih layak menduduki kerusi nombor 1 PKR Sabah itu.
Namun Azmin mungkin mempunyai perhitungan yang berlainan. Baginya, musuh yang perlu ditawan di Sabah ialah UMNO manakala pihak lain dianggap sudah dipertanggungjawabkan kepada DAP, PAS atau SAPP. Kerana itu dia memilih Haji Hamzah Amir. Perkiraan Azmin ini dilihat sebagai prelude kepada PRU13 di mana Jeffrey BUKANlah seorang yang mudah menuruti kehendak pemimpin Pakatan Rakyat di peringkat kebangsaan. Jeffrey adalah “pemegang paten” Borneonisasi dan point 20. Terbukti apabila dia menidakkan dan menafikan camputangan Teresa Kok (DAP) semasa pemilihan calon dalam PRU12 yang lalu.
Komitment dan kepimpinan Haji Hamzah Amir pula belum terbukti. Gerakan ahli-ahli PKR Kalabakan dan Balung yang cuba menyingkir Haji Hamzah berpendapat, suatu waktu dulu bahawa, bahawa Haji Hamzah terlalu mudah disingkirkan dari memimpin kawasan itu. Inikan pula menjadi pemimpin PKR seluruh Sabah. Apapun. kualiti kepimpinan Haji Hamzah sebagai mantan penjawat awam yang berpengalaman belum teruji. Adalah tidak adil memberikan “grade” terlalu awal mangenai kemampuannya mempimpin sesebuah organisasi siasah.
Bagi kemp Jeffrey, mereka melihat Haji Hamzah dari sudut yang lain. Haji Hamzah adalah ipar Datuk Shafie Haji Afdal, Naib Presiden UMNO, Ketua Bahagian UMNO Semporna, Menteri Penbangunan Luar Bandar Malaysia dan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Kedah. Shafie sudah pasti akan membayangi kepimpinan Haji Hamzah dalam hampir semua sudut. Atas dasar ini, bagi mereka, sudah tentu Haji Hamzah tidak akan mampu mengguggat kedudukan UMNO di Sabah dan dalam masa yang sama, PKR akan kehilangan pengaruh di kalangan KDM apabila Jefrey diketepikan.
Kem Haji Hamzah juga mempunyai alasan kukuh. Mereka melihat kewibawaan Jeffrey dibayangi oleh pengaruh DSP Joseph Pairin Kitingan, Presiden PBS, Timbalan Ketua Menteri Sabah dan Menteri Pembangunan Luarbandar Sabah, dan abang kandung Jefrey sendiri. Sebagai Huguan Siou, sudah pasti pengaruh Pairin dalam KDM mengatasi pengaruh Jeffrey. Alasan ini benar kerana hanya sekali sahaja Jeffrey menang dalam pilihanraya yakni di bawah tiket PBS dengan sokongan Pairin iaitu semasa Jeffrey bertanding di DUN Bingkor tahun 1994. Manakala pada PRU12, Jeffrey bertanding atas tiket PKR menentang PBS, Jeffrey kalah di DUN Bingkor kepada Gustin Gunka dari PBS, nama yang tidak berapa popuilar dalam arena politik Sabah.
Saya melihat, langkah Jeffrey bersembunyi di belakang tabir 16 bahagian PKR yang bermesyuarat secara tidak resmi ini adalah perjuadian terakhir baginya dalam PKR. Dia akan “gamble” menghadapi badai politik Sabah jika dia diberi peranan sebagai Ketua Perhubungan PKR Sabah. Jika tidak, perjuangannya dalam PKR mungkin akan berakhir di situ. Dia barangkali akan merehatkan diri dalam politik seperti yang selalu dilakukannya pada masa lampau. Dalam masa rehat, dia pasti merencana sesuatu demi masa depan perjuangannya, demi mengekalkan nama keluarga “Kitingan” dalam senario politik Sabah dan pengikutnya dari kalangan KDM.
Jika Jefrey diketepikan PKR, mungkin dalam masa terdekat dia tidak menerima pelawaan PBS. Baginya selagi YAB Musa Haji Aman (MA) menakhodai kapal Barisan Nasional Sabah, selagi itu dia merasakan bahawa MA adalah seteru atau musuh politiknya. Walaupun “politic is the game of possible” tetapi pertentangan politik antara Jeffrey dengan MA sudah terlalu jauh. Dalil 80+ dan beberapa kes rasuah yang diketengahkan Jeffry terhadap MA sudah tentu sukar bagi MA menerima dan memaafkan Jeffrey.
Jika Jeffrey disingkir dan berehat setahun dua, dia pasti akan kembali aktif menjelang PRU13. Hubungan rapatnya denga Datuk Yong Teck Lee, Presiden SAPP dan Tan Sri Chong Kah Kiat, Mantan Presiden LDP sudah pasti mampu disuburkan Jeffrey. Mereka bertiga adalah ‘common political enemy” MA walaupun mereka lebih friendly kepada pemimpin BN yang lain. Seandainya pergolakan politik tanahair terus berlaku, tidak mustahil keadaan akan mendesak perubahan politik di Sabah. Jika MA membuat keputusan untuk tidak lagi mahu memimpin BN Sabah seperti tindakan Tun Pak Lah memberi laluan kepada DS Mohd. Najib Tun Razak, tidak mustahil Jeffrey akan bergegas menaiki perahu PBS atau bergabung dengan YTL dan CKK bagi melayari konsep 1Malaysia.
Persoalan yang masih terpampang di hadapan kita ialah, apakah Jeffrey hanya sekadar mencari alasan untuk meninggalkan PKR secara terhormat yang sudah lama melihatnya terlalu kerdil untuk berada di pentas politik tanahair? Masa akan menentukannya...'walahuwallam-by ALHSA