Sunday, March 29, 2009

PRK BATANG AIR DI LUBOK ANTU.

Jawah Gerang, 55 tahun (Tengah) seorang veteran politik, lulusan Sarjana Ekonomi di Universiti Malaya dan Malcolm Mussen Lamoh 49 tahun (kanan) seorang Jurutera Professional; bekas jurutera Jabatan Pertanian Negeri, memiliki kelulusan Sarjana dalam Kejuruteraan Sistem Pengeluaran dari Warwick university, England dan Sarjana Muda Kejuruteraan dari Universiti Putra Malaysia, Serdang.
,
1. PKR akhirnya dapat menggoda SNAP untuk tidak meletakkan calonnya yang disebut-sebut, Nicholas Bawin Anggat. PKR memilih seorang veteran politik yang pernah berkhidmat dengan Barisan Nasional selama 5 penggal di Lubok Antu, Jawah Gerang berumur 55 tahun. Barisan Nasional meletakkan harapan kepada anak muda, Malcolm Mussem Lamoh seorang jurutera professional.

2. Pilihanraya kecil ini merupakan ujian awal kepada Barisan Nasional Sarawak yang bakal menghadapi Pilihanraya Umum dalam masa yang terdekat. Bagi Jawah Gerang, calon PKR, ujian ini adalah menentukan dan membuktikan samada kemenangannya dahulu adalah kerana pengaruh peribadinya dan bukannya faktor Barisan Nasional dan jentera BN semata-mata. Bagi Barisan Nasional pula tentu sekali akan "capitalise" kesinambungan kestabilan politik dan kemajuan ekonomi Sarawak di bawah payung Barisan Nasional.
.
3. Isu lain barangkali hak bumiputera yang dianggap oleh pemimpin PR sebagai "apartheid" dan tidak sedianya rakyat Sarawak menerima parti luar. Apakah hak-hak bumiputera di Bumi Kenyalang akan terjamin di bawah payung PR yang meniupkan mentera Malaysian Malaysia dan mentalkinkan "kontrak sosial" yang menjamin hak istimewa kepada kaum peribumi secara legitamate dalam Perlembagaan Malaysia. Apakah tanpa "kontrak sosial" peribumi Batang Air akan mampu bersaing dengan mereka yang lebih terdedah dengan sepak terajang dunia perniagaan dan pengurusan hartanah? Apakah Nasib mereka sebagai peribumi dan masa depan anak-anak peribumi terjamin bila tsunami persaingan melanda?

4. Isu Ketua Menteri terlalu lama menjadi CM barangkali tidak menjadi atau tidak "significant" memandangkan calon PKR juga sudah terlalu lama menjadi MP BN sendiri. lima penggal Jawah Gerang menjadi MP bermakna 25 tahun berkhidmat dengan BN atau kurang sedikit. Kini melawan BN. Kata orang menungkah arus dan kacang lupakan kulit.

5. PKR sudah tentu akan meledakkan isu kebebasan, penindasan, kemiskinan, kroni dan rasuah di Lubok Antu, di Batang Air. Nawaitu PKR bukan sekadar merebut Batang air tetapi lebih mengidamkan keseluruhan Bumi Kenyalang dalam masa terdekat.

6. Batang air, sebagai kawasan yang tidak terdedah dengan dunia cyber secara meluas, ledakan PKR mungkin tidak akan berdentum gagah menyusupi pengundi di Batang Air memandangkan media dan siaraya di bawah penguasaan Kerajaan Barisan Nasional. Maka terpaksalah DSAI dan Jawah Gerang memelihara peti suaranya dalam sehari dua ini.

7. Penempatan majoriti penduduk di rumah panjang juga memberikan kelebihan kepada calon kerajaan berbanding PKR. Seperti lazimnya rumah panjang dibina dan diselenggara segala kemudahannya atas bantuan kerajaan. Pastinya agak sukar bagi pembangkang menembusi penempatan ini, lebih-lebih lagi pilihanraya ini hanyalah Pilihanraya Kecil (PRK).

8. Golongan muda dan berpendidikan tentunya akan berfikir dua kali memandangkan calon PKR sudahpun lanjut usianya dan telah lama menjadi MP yang sepatutnya direhatkan; sedangkan calon BN masih muda dan seorang jurutera professional yang berpengalaman dalam pembangunan pertanian. Keupayaannya memimpin dalam bidang politik perlu diuji. Mantan MB Perakpun seorang jurutera.

9. Lazimnya, apabila seorang jurutera peosessional seperti Malcolm Massem Lamoh berkecimpung dalam bidang politik, pastinya beliau mempunyai sesuatu agenda yang lebih besar. Pastinya Jawah Gerang yang digugurkan sebagai calon BN pada PRU 12 di Lubok Antu ada menyimpan rasa dendam kesumat kepada BN. Dalam masa yang sama, BN pasti mempunyai alasan yang besar kenapa Jawah digugurkan dalam barisan kepimpanan dan calon BN pada PRU12 yang lalu.

10. Sebagai kawasan "incumbent" kepada BN yang hanya memenangi kawasan ini dengan majoriti kecil sebanyak 806 pada pilihanraya yang lalu, pastinya persaingan sengit akan berlaku. Walau sesengit manapun, kerana berusaha memenagi hati rakyat, berdayung dan meniti titi akan digagahi. Pilihanraya Kecil DUN Batang Air ini akan dijadikan kayu pengukur samada Bumi Kenyalang telah bersedia membuka pintu yang lebih luas untuk Parti di peringkat Nasional menapak dan "mengeaw" di buminya atau sebaliknya.
.
More.....
Di Johor, Ketua Pembangkang dari DAP menyifatkan dasar bumiputeraism sebagai arpatheid dan Isnin, istilah itu bergema pula di Dewan Rakyat apabila disebut oleh Dr. P. Ramasamy (DAP )Batu Kawan. Dari penyataan ini nyata bahawa DAP dan Pakatan Rakyat memang "anti-bumiputera" atau "tidak menyetujui dan menentang pemberian hak-hak dan keistimewaaan kepada bumiputera............
.
“I believe I have a more personal touch among the grassroot people, from the civil servants to the ordinary longhouse folk in the area, compared to the other candidate.“I have direct access to them. I believe my personlity can stand on its own but of course the campaigning will be an added bonus,” Malcolm Mussem Lamoh
.
About 40% of the 22,270 Batang Ai residents from 238 longhouses and 15 longhouses rely on boats as the mode of transport.
MALCOLM MUSSEM LAMOH..
"Dengan keadaan ekonomi semasa, saya percaya ada peluang untuk kita merancang sesuatu yang membawa manfaat, lebih-lebih lagi di sekitar kawasan hidro Batang Ai."Sektor perikanan dan agro-pelancongan adalah bidang yang memberikan pulangan jika diteroka selanjutnya, dengan tujuan memajukannya sebagai perniagaan penting yang lebih tersusun."Saya telah pun berkhidmat, mungkin selama lebih 25 tahun dalam perkhidmatan awam, jadi saya tahu benar bagaimana untuk berkhidmat kepada masyarakat di sini," - Malcolm Mussem Lanoh
UNTUK TATAPAN PENDUDUK BATANG AI
Bagaimana hendak majukan Batang Ai sedangkan Permatang Pauh masih mundur (Klik Berikut):-

Friday, March 27, 2009

Datuk Shahril Samad Lepas Jawatan Menteri


"Keputusan saya adalah muktamad kerana berpegang kepada prinsip parti sesiapa yang tidak lagi dipilih dalam MT beliau tidak layak memegang jawatan dalam Kabinet," - Datuk Shahril Abdul Samad.

Datuk Shahrir Samad yang gagal mempertahankan jawatan ahli Majlis Tertinggi (MT) pada pemilihan Umno semalam memutuskan untuk melepaskan jawatan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. Katanya, beliau akan melepaskan jawatan menteri pada tarikh peralihan kuasa antara Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Timbalannya, Datuk Seri Najib Razak.

Datuk Shahril pernah meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan suatu masa dulu setelah merasa terkilan bahawa keikhlasan perjuangannya tidak diberikan perhatian, dokongan dan penghormatan yang sewajarnya.

Rekod peribadinya yang pernah memenangi pilihanraya dengan majoriti yang amat besar sebagai calon bebas menentang Barisan Nasional tidak mudah dilupakan oleh rakyat Malaysia.

Ketegasan dan ketelusan perjuangan politik Shahril tidak mudah ditandingi. Keupayaannya menangkis serangan, terutama dalam menangani krisis inflasi yang mendadak dan kenaikan harga minyak yang menggila sudah lebih dari cukup untuk dijadikan sandaran bahawa dia adalah menteri yang "bekerja". Kenapakah dia mesti disisihkan? Apakah dia juga mangsa politik wang? Apakah kerana adiknya, YB Haji Khalid Abdul Samad, berjuang dalam PAS menyebabkan komitmentnya dalam UMNO diragui atau dipersoal?. Barangkali kerana mereka terlalu sebuk mengutip habuan maka dia terlepas pandang? Mungkin juga kerana terlalu ramai yang berbondong-bondong menuju ke Hotel Corus, Kuala Lumpur maka terlupa memperingatkan pasal Shahril?. Terlalu sukar bagi saya mencari jawaban.
.
MORE....
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Friday/Nasional/20090327080133/Article/index_html

Wednesday, March 18, 2009

ALI RUSTAM, ISA DAN KHAIRI: Kesalahan sama hukuman lain-lain.

Isu penggantungan Mohd. Ali Rustam, Ketua Menteri Melaka, dilihat oleh kebanyakan sebagai ganjil dan menghairankan. Khairy Jamaluddin yang didapati melakukan kesalahan yang sama yakni berkaitan dengan "politik wang" hanya diberi amaran dan dibenarkan untuk terus bertanding kerusi Ketua Pemuda UMNO manakala Ali Rustam ditegah dari bertanding kerusi Timbalan Presiden UMNO.
.
Kes Isa Samad yang pernah didapati bersalah kerana terlibat dengan politik wang pada pemilihan UMNO yang lalu telah terpaksa meletakkan jawatannya sebagai Menteri Wilayah Persekutuan dan gugur jawatannya sebagai NaibPresiden UMNO. Malah dia juga terpaksa melepaskan jawatan sebagai Ketua Badan Perhubugan UMNO Negri Sembilan.
,
Apa yang sering menjadi persoalan umum ketika ini ialah, kenapa kesalahan yang sama tetapi hukumannya lain-lain?.

Tuesday, March 17, 2009

Speaker Dewan Rakyat Gantung Gobind


Dari Harakah Daily online.

Speaker Dewan Rakyat ikut jejak Speaker Dun Perak
Mohd Nor Yahya Tue Mar 17, 09 6:43:59 pm MYT


MACHANG, 17 Mac (Hrkh) - Tindakan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia menggantungkan anggota parlimen Puchong, Gobind Singh Deo secara jelas mengiyakan segala tindakan dilakukan Speaker Dun Perak, V Sivakumar sebelum ini.

Tidakkah ia menggambarkan speaker berkuasa penuh, biar pun dalam kes di parlimen dianggap melampau apabila segala elaun dan kemudahan dinikmati anggota parlimen berkenaan dibekukan.


Maka penggantungan terhadap Dato' Dr Zambry Abdul Kadir dan enam lagi Adun Barisan Nasional di Perak dianggap sah. Cuma mereka lebih bernasib baik kerana segala elaun tidak dibekukan.

Mengulas perkembangan itu, bekas pensyarah undang-undang UIAM, Dr Mohd Fadzli Hassan berkata, kuasa speaker untuk menggantungkan seseorang anggota dewan sama ada di parlimen atau Dun semakin jelas sekarang.

"Mengapa keputusan Speaker Dun Perak sebelum ini dipertikai pemimpin Umno dan sekarang pula menyokong Speaker Dewan Rakyat menggantungkan seorang ahli.

"Kita jangan bersikap double standard kerana kuasa yang ada pada speaker lebih kurang sama. Jelas apa yang dilakukan Speaker Perak sebelum ini mengikut bidang kuasa yang ada," katanya ketika ditemui pada majlis perasmian Dewan Utama Dun Temangan di sini hari ini.

Read More.....


Penggantungan MP Gobind S. Deo menyerupai penggantungan ayahnya, Karpal Singh, dalam tahun 1980-an dahulu bila mana beliau menuduh Datuk Haris Salleh, mantan Ketua Menteri Sabah sebagai pemilik kepada Pulau Labuan yang kini menjadi Wilayah Persekutuan Labuan.
.
Usul penggantungan Karpal Singh dalam tahun 1980-an dulu dikemukakan oleh mantan MP Semporna, Tuan Haji Abdillah Abdul Hamid seorang veteran politik yang masih mempunyai pengaruh yang kuat dan nama besar dalam politik di Semporna, Lahad Datu dan Tawau. Beliau adalah satu-satunya MP yang pernah mengalahkan Tun Sakaran Dandai, mantan Ketua Menteri Sabah, Tuan Yang Terutama Yang Di Pertua Negeri Sabah dan pemimpin karismatik.
.
Penggantungan Gobind S. Deo memang berlainan sekali dengan kes penggantungan serentak seramai 8 orang ADUN Perak oleh Speaker DUN Perak yang dilihat lebih bermotifkan "politik". Lantaran itu krisis dan kemelut politik di Perak semakin berkecamuk.

Related............

Monday, March 16, 2009

NOSTALGIA

(Klik gambar untuk imej yang jelas dan besar)
Syukur Alhamdulillah. Saya dipertemukan semula dengan sahabat lama saya, saudara Miskun Simin, berasal dari Sandakan, Sabah. Kini bertugas sebagai DFO, Di Jabatan Perhutanan Tawau. Dulu sama-sama sekelas di Tingkatan Enam SMK Menggatal, kini SMK Bandaraya. (1977-78). Memang ramai sahabat-sahabat yang sekelas dulu yang sudah bertemu. Namun pertemuan saya kali ini berjaya mengimbau nostalgia balik kampung. Masih segar dalam ingatan bagaimana kami ke Pantai Rampayan, Kota Belud dan menikmati kehidupan dan suasana kampung di situ yang sebenarnya kampung. Dia benar-benar faham kehidupan di kampung dan keadaan keluarga kampung. Satu nostalgia yang tetap mekar dalam ingatan. Semoga sihat wal afiat dan Selamat Maju Jaya.

Saturday, March 14, 2009

Tan Sri Joseph Kurup Kekal MP Pensiangan.

1. Sahabat saya menalipon saya dari KKIA, Kota Kinabalu International Aiport petang tadi menyatakan bahawa YB Tan Sri Joseph Kurup kekal sebagai MP setelah Mahkamah Persekutuan mendapati bahawa keputusan pada 17 September, 2008 oleh "Election Court null and void". Dengan keputusan ini, maka desas desus "siapa lawan siapa" terhenti dengan serta merta.

2. Ini merupakan kes yang pertama di Sabah sepanjang pengetahuan saya.

3. Keputusan ini sekaligus memberikan kelegaan kepada En. Bubudan O.T. Majalu anak kelahiran Matunggong yang sebelum ini menjadi "punching bag" kepada terciptanya suasana pertentangan pendapat mengenai isu penolakan kertas pencalonan Danny Andipai dari Parti KeADILan Rakyat.

4. Tahniah buat YB Tan Sri Joseph Kurup yang telah dapat mengekalkan kerusinya. Lebih dari itu dia telah mencipta rekod yang pertama di Sabah bagi memenangi rayuan ke atas keputusan Mahkamah Pilihanraya seumpama ini. Tahniah Tan Seri..

Tuesday, March 3, 2009

MESTIKAH JEFREY BERDEPAN KURUP DI PENSIANGAN?

1. Walaupun Mahkamah Rayuan belum mengeluarkan keputusan rayuan TS Joseph Kurup mengenai kedudukannya sebagai MP Pensiangan, namun ramai yang meramalkan bahawa Pilihanraya Kecil itu seperti tidak dapat dielakkan. Bermakna Kurup diramal akan gagal dalam rayuannya.


2. Sekiranya PRK diadakan, kemungkinan amat jelas bahawa Kurup akan dicalonkan semula sebagai calon BN dari PBRS memandangkan dia adalah Presiden Parti PBRS dan "incumbent". Berita tersebar agak luas juga bahawa seorang ahli perniagaan yang banyak mendapat peluang penswastaan agensi kerajaan dicadangkan namanya sebagai calon BN dan kini telahpun disenarai pendikkan bersama-sama Kurup. Desas desus menyebut, ahli perniagaan ini telah dicadang sendiri oleh Pengerusi BN Sabah. Persoalannya, samada dia akan menghalang Kurup atau diberi peluang supaya tidak di"serkup" pembangkang masih menjadi teka-teki. Kurup pula dikatakan akan ditawarkan Jawatan sebagai Senator. Jadi, dengan demikian bilangan YB dari Pedalaman akan bertambah?
.
3. Samada Kurup atau yang lain akan dicalonkan BN, mestikah Jeffrey yang bertanding mewakili PKR?. Memandangkan PKR Sabah amat ketandusan pemimpin professional, Jeffery sewajarnya membuka peluang kali ini kepada muka baru yang professional. Dengan bertindak demikian, sekurang-kurangnya, tindakan Jeffrey itu kelak akan memadamkan isu bahawa dia "gila jadi ketua","gila bertanding" atau "gila jadi YB". Kalaupun Jeffrey menang, ianya tidak akan merobah wajah politik Malaysia atau Sabah. Sebenarnya Jeffrey perlu menyimpan tenaga untuk PRU13 yang lebih penting bagi PKR. Sekiranya Jeffrey kalah di Pensiangan nanti, barangkali sukar baginya untuk bangun semula pada PRU13 nanti. Bukankah Jeffrey memikirkan soal pokok iaitu "Justice for Sabahan" bukan soal Pensiangan semata-mata? " Barangkali bot-bot lain nanti akan mengenakan tambang yang mahal untuk dia menumpang bila dia terkandas".


4. Barangkali Jeffrey dan Andipai tidak rasa terkilan antara satu dengan yang lain apabila calon lain diketengahkan. Barangkali seorang "calon wanita" yang professional perlu dicari Jeffrey dan Andipai sebagai penyelesaian memandangkan peratusan pengundi wanita yang turun mengundi lebih ramai seperti lazimnya. Mungkin seorang professional wanita akan menjadi gandingan Christina Liew bagi menyemarakkan sokongan kaum wanita kepada PKR di Sabah.


5. Pedalaman atas hanya pernah merasai sentuhan kepimpinan wanita apabila Ida Undan @ Dumpangol dilantik menjadi Senator. Selepas itu, pemimpin wanita hanya menjadi penyokong atau pemimpin peringkat sokongan. Jadi apakah tidak wajar Jeffrey dan Andipai menyetujui calon wanita menjadi calon PKR bagi menghadapi calon BN?. Atau BN barangkali akan mempertaruhkan calon wanita? Bukankah sepakat menjadi teras Pakatan Rakyat?
Jeffrey dan penyokong fanatiknya tidak wajar mengongkong minda mereka hanya ke kawasan Pedalaman dan Jeffrey sebagai individu. Jeffrey perlu mendidik mereka melihat bahawa politik PKR adalah "Harapan Baru Untuk Malaysia" bukan sekadar Pedalaman dan individu.
.
6. Bernard Maarat, bekas MP Pensiangan, sukar untuk memposisikan dirinya atau merebut peluang calon bagi BN memandangkan dia baru sahaja melompat ke PBS dari PBRS dan digugurkan sebagai calon suatu ketika dulu. Kiranya "besar hati" Bernard untuk bercalon, besar kemungkinan dia akan berdiri sebagai "calon Bebas". Kiranya ini berlaku, dia hanya akan memecahkan undi BN memandangkan penyokong dan "pocket votersnya" adalah penyokong BN. Ini memungkinkan Kurup atau mana-mana calon BN akan menghadapi masalah dan jalan yang sukar. Atau barangkali Bernard tetap juga akan bercalon apa jua parti sekadar mengubati lukanya terhadap Kurup yang telah merampas kerusinya?
.
7. Kiranya percaturan PKR menjadi, dan Jeffrey dengan Andaipai mencapai kata sepakat sebagai ahli Pakatan Rakyat untuk memilih calon lain, kemungkinan professional wanita", Kurup akan pasti menggelabah kerana selama ini dia hanya banyak mengumpul dan menyimpan "peluru" dan isu yang dikhaskan buat Jeffrey dan Andipai.
.
8. Kemungkinan calon wanita lebih berpeluang di Pensiangan memandangkan Pedalaman sudah lama kehausan dan dambakan sentuhan ahli politik wanita. Selain Ida Dumpangol Undan, pasti ramai lagi wanita Pedalaman yang berkalibar. Cuma wanita sebenarnya tidak bersikap "tersorong-sorong". Itulah "X-factor"nya. Siapa dia...kenalah PKR cari sebelum matahari terbenam.

About This Blog


Dan adapun orang-orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari keinginan hawa nafsunya. Maka sesungguhnya syurgalah tempat tinggalnya. (al-Naziat ayat 40-41)

"Of all the enemies to public liberty war is, perhaps, the most to be dreaded because it comprises and develops the germ of every other. War is the parent of armies; from these proceed debts and taxes...known instruments for bringing the many under the domination of the few. . . No nation could preserve its freedom in the midst of continual warfare."
- James Madison, Political Observations, 1795

santapan rohani ii

Al-hadith :ثلاثةٌ قد حَرّمَ اللهُ - تَبَارَكَ وَتَعَالَى - عليهم الجنةَ : مُدْمِنُ الخمر ، والعاقّ ، والدّيّوثُ الذييُقِرُّ في أَهْلِهِ الخُبْثَ . رواه أحمد والنسائيErtinya : "Tiga yang telah Allah haramkan baginya Syurga : orang yang ketagih arak, si penderhaka kepada ibu bapa dan Si Dayus yang membiarkan maksiat dilakukan oleh ahli keluarganya" ( Riwayat Ahmad )

PEGANGAN

Ingatlah firman Allah Taala:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا بِطَانَةً مِنْ دُونِكُمْ لَا يَأْلُونَكُمْ خَبَالًا وَدُّوا مَا عَنِتُّمْ قَدْ بَدَتِ الْبَغْضَاءُ مِنْ أَفْوَاهِهِمْ وَمَا تُخْفِي صُدُورُهُمْ أَكْبَرُ قَدْ بَيَّنَّا لَكُمُ الْآيَاتِ إِنْ كُنْتُمْ تَعْقِلُونَ (118) هَا أَنْتُمْ أُولَاءِ تُحِبُّونَهُمْ وَلَا يُحِبُّونَكُمْ وَتُؤْمِنُونَ بِالْكِتَابِ كُلِّهِ وَإِذَا لَقُوكُمْ قَالُوا آمَنَّا وَإِذَا خَلَوْا عَضُّوا عَلَيْكُمُ الْأَنَامِلَ مِنَ الْغَيْظِ قُلْ مُوتُوا بِغَيْظِكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ بِذَاتِ الصُّدُورِ (119)

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi “orang dalam” (yang dipercayai). mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah Kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya. Awaslah! kamu ini adalah orang-orang (yang melanggar larangan), kamu sahajalah yang suka (dan percayakan mereka, sedang mereka tidak suka kepada kamu. kamu juga beriman kepada Segala Kitab Allah (sedang mereka tidak beriman kepada Al-Quran). dan apabila mereka bertemu dengan kamu mereka berkata: “Kami beriman”, tetapi apabila mereka berkumpul sesama sendiri, mereka menggigit hujung jari kerana geram marah (kepada kamu), Katakanlah (Wahai Muhammad): “Matilah kamu Dengan kemarahan kamu itu”. Sesungguhnya Allah sentiasa mengetahui akan Segala (isi hati) yang ada di dalam dada.” [Ali Imran: 118 & 119]
..............................................
تُولِجُ اللَّيْلَ فِي النَّهَارِ وَتُولِجُ النَّهَارَ فِي اللَّيْلِ وَتُخْرِجُ الْحَيَّ مِنَ الْمَيِّتِ وَتُخْرِجُ الْمَيِّتَ مِنَ الْحَيِّ وَتَرْزُقُ مَنْ تَشَاءُ بِغَيْرِ حِسَابٍآل عمران : 27

"Engkaulah (Wahai Tuhan) yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang, dan Engkaulah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Engkaulah juga yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati, dan Engkaulah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup. Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya".

bermubahalah

“Siapa yang membantahmu tentang kisah Isa-Setelah engkau beroleh pengetahuan yang meyakinkan tentang hal itu, maka katakanlah kepada mereka : Marilah kita panggil (kumpulan) anak-anak kami dan anak-anak kalian, isteri-isteri kami, dan isteri-isteri kalian, diri-diri kami dan diri-diri kalian, kemudian kita bermubahalah kepada Allah, mohon agar Allah menjatuhkan laknat-Nya kepada pihak yang berdusta.” (Ali Imran : 61)