BILA PENULIS Barat menulis tentang politik Malaysia, ada pihak yang tertentu menjadikannya sebagai gemala yang berharga, berkuasa ajaib dan patut dipuja-puja. Seolah-olah pemikiran Baratlah yang lebih tersohor mengenai politik Malaysia, situasi dan polarisasi kaum di Malaysia berbanding penulis tanahair kita tercinta, Malaysia.
.
Saya teringat Presiden Universiti saya, Mendiang Richard Landini, Mantan Presiden Indiana State University yang pernah bemesyuarat dengan saya sebagai Presiden ISUMSA (Indiana State University Malaysian Students Association) dan AJK ISUMSA masa itu sekambalinya dari Malaysia. Katanya “let me teach you the geography of your country....its between Thailand and Singapore and its in the Middle of Malacca Straits and South China Sea...”. Saya bukannya merendah-rendahkan mendiang tetapi mana mungkin beliau lebih arif mengenai Geograpi Malaysia berbanding kami rakyat Malaysia.
John Mallot adalah bekas Pesuruhjaya Amerika Syarikat ke Malaysia telah menulis bahawa “Malaysia is at its most important turning point”. Dia merujuk kepada gagasan YB. Dato Seri Anwar Ibrahim mengambilalih kerajaan Malaysia. Menurut beliau detik ini dan peristiwa ini merupakan “most important turning point” bagi Malaysia dan rakyatnya yang terdiri dari pelbagai kaum. Sandra Day O'Connor dan Gus Dur pernah menulis dalam Financial Times bahawa “To defend Anwar is to defend Malaysian democracy”. Seolah-olah merekalah yang lebih tahu dan arif apa yang terbaik bagi Negara ini dan rakyatnya. Kita tidaklah merendah-rendahkan posisi mereka sebagai Bekas Pesuruhjaya Tinggi Amerika ke Malaysia, Bekas Hakim Amerika dan Bekas Presiden Indonesia tetapi mana mungkin mereka lebih arif mengenai politik Malaysia dan Masyaraktnya berbanding kita sebagai rakyat Malaysia.

Abdul Rahman Wahid atau Gus Dur, Bekas Presiden Indonesia.
Dia lebih awal ditolak rakyat Indonesia kerana tidak dapat meyumbangkan yang terbaik untuk mereka.
Sememangnya ketajaman dan kelickan permainan Barat mudah saja mempengaruhi pemikiran masyarakat kita. Bertambah kronik kiranya segelintir masyarakat kita sendiri menjadi agen bagi mempromosi pemikiran Barat itu. Harus difahami, musik barat, pakaian Barat, stail rambut Barat, celebriti Barat sudah menular pengaruh mereka dalam sebilangan Masyarakat kita. Besar atau kecil impaknya memerlukan satu kajian yang lebih rasional. Kendatipun demikian, ideologi politik Barat harus kita perinci dan teliti dengan dan penuh kewaspadaan. Barangkali yang dikatakan terbaik BUKAN untuk kita tetapi bagi dia dan mereka di Barat. Lihat saja Presiden Mahmood Abbas di Palastine dan Sejarah Bekas Presiden Russia Mikhail Gorbachev yang diperkotak-katik Barat sehingga Soviet Union berpecah. Manakala Palestine terus berada dalam cengkaman Israel.
Turning point atau titik peralihan yang kita nampak kini ialah peralihan kuasa daripada Perdana Menteri, YAB. Dato Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi kepada YAB Dato Seri Najib Tun Razak. Ini bukanlah seperti yang diharapkan oleh John Mallot. Oleh itu, baginya ini bukanlah yang “most important turning point”. Mana mungkin dia lebih tahu apa yang terbaik untuk kita berbanding kita rakyat Malaysia.
Najib dan Muhyidin kini hampir pasti akan menerajui Kerajaan Malaysia. Sebelumpun mereka menaiki tahkta, telah banyak dan semakin berlonggok isu dan karena yang dilemparkan kepada mereka oleh pembalun-pembalun politik. Terkini kian bertimbun isu dilemparkan oleh pembalun-pembalun politik kepada YB. Tan Seri Muhyidin Yassin (TYM). Kalau dulu TMY dituduh sebagai individu yang bakal mengetuai 30 plus MP BN yang menyertai PR yang konon memungkinkan kenyataan DSAI amat berasas untuk merobohkan kerajaan BN, kini TMY ingin pula dilagakan dengan Pak Lah dan pemimpin BN yang bersimpati dengan Pak Lah. Konon TMY kini “rakus”, tidak sabar-sabar lagi dan tak dapat tunggu lalu segera menghalau Pak Lah dari Pejabatnya. Antara sebabnya ialah kerana TMY telah duduk semeja dengan Tun Mahathir dalam satu Hari Raya Terbuka. Na’ujubillah min Zaliq.
YB. Tan Seri Muhyidin Yassin, Mr Cool UMNO. Mungkin Tunggul kayu bisa diterkejutkan, tapi bukan TMY.
Namun Master Cool UMNO, Tan Seri Muhyidin Yassin amat sukar diterkejutkan. Bak kata sahabat saya “mungkin tunggul akan bisa diterkejutkan tapi BUKAN TMY”. Barangkali kita semua masih teringat peristiwa apakala Senator Zaid Ibrahim mencabar TMY meletakkan jawatan. TMY tetap cool dan yang pergi Zaid pula. (bila Zahid nak letak jawatan Senator. Ramai pemimpin Sabah yang lebih berhak).
Seperti yang penah dikatakan oleh Bekas Perdana Menteri Jepun, Shinto Abe, yang meletakkan jawatan Perdana Menteri Jepun setelah calon-calon LDP di lower House mengalami kekalahan yang teruk. Katanya “adalah sukar bagi saya untuk mengembalikan mandat rakyat”; kiranya beliau terus memegang jawatan sebagai Perdana Menteri Jepun. Maka beliau meletakkan jawatan atas alasan kesihatan. Akhirnya LDP mampu menguasai politik Jepun dengan stabil dan gagah.

Shinto Abe, Bekas Perdana Menteri Jepun; Meletak Jawatan Perdana Menteri kerana menerima hakikat bahawa sukar baginya untuk mengembalikan mandat rakyat.
Pada pandangan saya, kes yang hampir serupalah yang mendesak Pak Lah mempercepatkan peralihan kuasa. Kita tidak hairan kiranya Barisan Nasional mampu digerakkan dan mengembalikan semula mandat rakyat dengan barisan kepimpinan baru parti-parti dalam komponen Barisan Nasional.
Inilah yang menggusarkan pihak lawan. Oleh itu longgokan demi longgokan isu terpaksa terus dilemparkan. Bak kata pemerhati politik tempatan (BUKAN Barat), kalau ianya diberhentikan bererti mereka telah menyerah kalah dan rebah. Maka gong dan canang terus saja dipukul. Ianya terus dipukul pada saat Parti-parti dalam komponen Barisan Nasional sedang rancak mengadakan kongres dan pemilihan. Bagi para pemukul gong dan canang dan tuan-tuannya, dalam proses kongress UMNO, Najib mesti dibalun. TMY mesti dilaga-lagakan. Oleh itu dalam kekeruhan, mereka akan menangguk. Sama seperti penulis Barat yang telah terhidu peluang mereka untuk memecahkan kita dalam keadaan kita yang retak. Mereka menulis dengan harapan agar kita berpecah lalu mereka dapat mengulangi penjajahan mereka ke atas kita.

CONTOH BALUN-BALUN DAN BANYAK LAGI:-
No comments:
Post a Comment