Thursday, October 23, 2008

BUDGET ALTERNATIF: AFP MUSTAHIL ARIF PASAL BUDGET MALAYSIA

Ya Allah Ya Rabbil Al'amin, Selamatkan Malaysia Dari Penganiayahan Asing"

Barangkali anda akan skip membaca soal Budget Malaysia kerana ia dibentang berjam-jam lamanya dan dibahas berhari-hari. Kemudian pihak pembangkang diberi peluang membahas mengenai usul Perbekalan itu. Kemungkinan anda tak mahu membuang masa membacanya, lalu mahu mendengar ulasan dari kaca TV anda dan membuat "judgment" ke atas ulasan para pakar ekonomi atau pakar sosial yang memperinci budget itu. Sekurang-kurangnya, anda mendengar dan mula berharap sesuatu yang baik akan berlaku bila pelaksanaan budget itu mengambil tempat.

Terlalu menginginkan "second opinion" mengenai budget 2009, saya telihat posting dari Blog YB Dato Seri Anwar Ibrahim bertajuk "Malaysia's Anwar Proposes Alternatif Budget" daripada AFP, Agency France-Presse, BUKAN Association for Financial Professionals -Petikan pendik seperti berikut:-
.

".........However, his budget proposals are unlikely to be accepted by the Barisan Nasional coalition government which control two-thirds of the house and does not normally work with the opposition in formulating laws and policies....."
.

Perkara yang amat memeranjatkan saya ialah penyataan yang mengatakan bahawa KONONNYA cadangan Buget DSAI kemungkinan tidak akan diterima oleh kerajaan Barisan Nasional yang menguasai DUA PERTIGA kerusi di Parliment. Ini membuat saya kehairanan. Penulis tidak tahu dan tidak faham kedudukan Parlimen Malaysia tetapi "berlagak arif mengenai buget Malaysia 2009. Soalnya, Mengapa pula ia disiarkan dalam blog seorang yang mengaku arif dan pakar ekonomi,urustadbir negara dan politik Malaysia?
.
Bila penulis dari AFP beraksi sebagai "Pakar Budget Malaysia" tetapi dengan tiba-tiba kita dapati penulis dari AFP itu tidak tahu langsung bahawa BN tidak menguasai 2/3 kerusi parliment Malaysia, saya terus meragui idea Budget itu. Saya tidak fanatik, tetapi saya membuat kesimpulan: MANA MUNGKIN ORANG YANG TIDAK TAHU KEDUDUKAN PARLIMENT MALAYSIA LEBIH FAHAM MENGENAI KEDUDUKAN BUDGET MALAYSIA YANG LEBIH RUMIT DAN PERLUKAN PENGAMATAN PROFESSIONAL TEMPATAN. Kerana itulah saya pernah menulis "Peralihan kuasa Kita Lebih Arif" dari orang asing. Atau mungkin AFP hanya diperalat?.
.
Saya kira penulis artikal mengenai budget alternatif itu adalah "orang asing" yang diterima bulat-bulat artikalnya, ideanya dan cercaanya asalkan ianya anti Budget Kerajaan Malaysia, anti cadangan kerajaan Malaysia atau anti Malaysia.
.
Rakyat Malaysia yang tercinta, jangan biarkan kita dipesongkan (mislead) oleh anasir yang ternyata mempunyai bukti dan pertanda sekadar memburuk-burukkan Negara kita. Pertanda itu cukup "terang lagi bersuluh" satu "MUSLIHAT".

Saturday, October 18, 2008

TITIK PERALIHAN KUASA. KITA LEBIH ARIF.

Titik Peralihan kuasa yang menggusarkan pihak lawan.

BILA PENULIS Barat menulis tentang politik Malaysia, ada pihak yang tertentu menjadikannya sebagai gemala yang berharga, berkuasa ajaib dan patut dipuja-puja. Seolah-olah pemikiran Baratlah yang lebih tersohor mengenai politik Malaysia, situasi dan polarisasi kaum di Malaysia berbanding penulis tanahair kita tercinta, Malaysia.
.
Saya teringat Presiden Universiti saya, Mendiang Richard Landini, Mantan Presiden Indiana State University yang pernah bemesyuarat dengan saya sebagai Presiden ISUMSA (Indiana State University Malaysian Students Association) dan AJK ISUMSA masa itu sekambalinya dari Malaysia. Katanya “let me teach you the geography of your country....its between Thailand and Singapore and its in the Middle of Malacca Straits and South China Sea...”. Saya bukannya merendah-rendahkan mendiang tetapi mana mungkin beliau lebih arif mengenai Geograpi Malaysia berbanding kami rakyat Malaysia.

John Mallot adalah bekas Pesuruhjaya Amerika Syarikat ke Malaysia telah menulis bahawa “Malaysia is at its most important turning point”. Dia merujuk kepada gagasan YB. Dato Seri Anwar Ibrahim mengambilalih kerajaan Malaysia. Menurut beliau detik ini dan peristiwa ini merupakan “most important turning point” bagi Malaysia dan rakyatnya yang terdiri dari pelbagai kaum. Sandra Day O'Connor dan Gus Dur pernah menulis dalam Financial Times bahawa “To defend Anwar is to defend Malaysian democracy”. Seolah-olah merekalah yang lebih tahu dan arif apa yang terbaik bagi Negara ini dan rakyatnya. Kita tidaklah merendah-rendahkan posisi mereka sebagai Bekas Pesuruhjaya Tinggi Amerika ke Malaysia, Bekas Hakim Amerika dan Bekas Presiden Indonesia tetapi mana mungkin mereka lebih arif mengenai politik Malaysia dan Masyaraktnya berbanding kita sebagai rakyat Malaysia.

Abdul Rahman Wahid atau Gus Dur, Bekas Presiden Indonesia.
Dia lebih awal ditolak rakyat Indonesia kerana tidak dapat meyumbangkan yang terbaik untuk mereka.

Sememangnya ketajaman dan kelickan permainan Barat mudah saja mempengaruhi pemikiran masyarakat kita. Bertambah kronik kiranya segelintir masyarakat kita sendiri menjadi agen bagi mempromosi pemikiran Barat itu. Harus difahami, musik barat, pakaian Barat, stail rambut Barat, celebriti Barat sudah menular pengaruh mereka dalam sebilangan Masyarakat kita. Besar atau kecil impaknya memerlukan satu kajian yang lebih rasional. Kendatipun demikian, ideologi politik Barat harus kita perinci dan teliti dengan dan penuh kewaspadaan. Barangkali yang dikatakan terbaik BUKAN untuk kita tetapi bagi dia dan mereka di Barat. Lihat saja Presiden Mahmood Abbas di Palastine dan Sejarah Bekas Presiden Russia Mikhail Gorbachev yang diperkotak-katik Barat sehingga Soviet Union berpecah. Manakala Palestine terus berada dalam cengkaman Israel.

Turning point atau titik peralihan yang kita nampak kini ialah peralihan kuasa daripada Perdana Menteri, YAB. Dato Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi kepada YAB Dato Seri Najib Tun Razak. Ini bukanlah seperti yang diharapkan oleh John Mallot. Oleh itu, baginya ini bukanlah yang “most important turning point”. Mana mungkin dia lebih tahu apa yang terbaik untuk kita berbanding kita rakyat Malaysia.

Najib dan Muhyidin kini hampir pasti akan menerajui Kerajaan Malaysia. Sebelumpun mereka menaiki tahkta, telah banyak dan semakin berlonggok isu dan karena yang dilemparkan kepada mereka oleh pembalun-pembalun politik. Terkini kian bertimbun isu dilemparkan oleh pembalun-pembalun politik kepada YB. Tan Seri Muhyidin Yassin (TYM). Kalau dulu TMY dituduh sebagai individu yang bakal mengetuai 30 plus MP BN yang menyertai PR yang konon memungkinkan kenyataan DSAI amat berasas untuk merobohkan kerajaan BN, kini TMY ingin pula dilagakan dengan Pak Lah dan pemimpin BN yang bersimpati dengan Pak Lah. Konon TMY kini “rakus”, tidak sabar-sabar lagi dan tak dapat tunggu lalu segera menghalau Pak Lah dari Pejabatnya. Antara sebabnya ialah kerana TMY telah duduk semeja dengan Tun Mahathir dalam satu Hari Raya Terbuka. Na’ujubillah min Zaliq.

YB. Tan Seri Muhyidin Yassin, Mr Cool UMNO. Mungkin Tunggul kayu bisa diterkejutkan, tapi bukan TMY.

Namun Master Cool UMNO, Tan Seri Muhyidin Yassin amat sukar diterkejutkan. Bak kata sahabat saya “mungkin tunggul akan bisa diterkejutkan tapi BUKAN TMY”. Barangkali kita semua masih teringat peristiwa apakala Senator Zaid Ibrahim mencabar TMY meletakkan jawatan. TMY tetap cool dan yang pergi Zaid pula. (bila Zahid nak letak jawatan Senator. Ramai pemimpin Sabah yang lebih berhak).

Seperti yang penah dikatakan oleh Bekas Perdana Menteri Jepun, Shinto Abe, yang meletakkan jawatan Perdana Menteri Jepun setelah calon-calon LDP di lower House mengalami kekalahan yang teruk. Katanya “adalah sukar bagi saya untuk mengembalikan mandat rakyat”; kiranya beliau terus memegang jawatan sebagai Perdana Menteri Jepun. Maka beliau meletakkan jawatan atas alasan kesihatan. Akhirnya LDP mampu menguasai politik Jepun dengan stabil dan gagah.

Shinto Abe, Bekas Perdana Menteri Jepun; Meletak Jawatan Perdana Menteri kerana menerima hakikat bahawa sukar baginya untuk mengembalikan mandat rakyat.

Pada pandangan saya, kes yang hampir serupalah yang mendesak Pak Lah mempercepatkan peralihan kuasa. Kita tidak hairan kiranya Barisan Nasional mampu digerakkan dan mengembalikan semula mandat rakyat dengan barisan kepimpinan baru parti-parti dalam komponen Barisan Nasional.

Inilah yang menggusarkan pihak lawan. Oleh itu longgokan demi longgokan isu terpaksa terus dilemparkan. Bak kata pemerhati politik tempatan (BUKAN Barat), kalau ianya diberhentikan bererti mereka telah menyerah kalah dan rebah. Maka gong dan canang terus saja dipukul. Ianya terus dipukul pada saat Parti-parti dalam komponen Barisan Nasional sedang rancak mengadakan kongres dan pemilihan. Bagi para pemukul gong dan canang dan tuan-tuannya, dalam proses kongress UMNO, Najib mesti dibalun. TMY mesti dilaga-lagakan. Oleh itu dalam kekeruhan, mereka akan menangguk. Sama seperti penulis Barat yang telah terhidu peluang mereka untuk memecahkan kita dalam keadaan kita yang retak. Mereka menulis dengan harapan agar kita berpecah lalu mereka dapat mengulangi penjajahan mereka ke atas kita.
.
CONTOH BALUN-BALUN DAN BANYAK LAGI:-

Wednesday, October 8, 2008

Peace in Iraq is an Option

Demonstration for Peace

The undersigned, friends of Iraq from France, Belgium, the United Kingdom, Italy, Spain, Portugal, the United States of America, Egypt, Sweden and Iraq, organized in the International Anti-Occupation Network (IAON) and gathered in Le Feyt, France, from 25 to 27 August 2008, have adopted the following position and declaration reflecting our commitment to a true end to the occupation and to a lasting, sustainable peace in Iraq. 27 August 2008, Le Feyt, France The US occupation of Iraq is illegal and cannot be made legal. All that has derived from the occupation is illegal and illegitimate and cannot gain legitimacy. These facts are incontrovertible.

What are their consequences? Peace, stability and democracy in Iraq are impossible under occupation. Foreign occupation is opposed by nature to the interests of the occupied people, as proven by the six million Iraqis displaced both inside and outside Iraq, the planned assassination of Iraqi academics and professionals and the destruction of their culture, and the more than one million killed.Propaganda in the West tries to make palatable the absurdity that the invader and destroyer of Iraq can play the role of Iraq's protector. The convenient fear of a "security vacuum" -- used to perpetuate the occupation -- ignores the fact that the Iraqi army never capitulated and forms the backbone of the Iraqi armed resistance. That backbone is concerned only with defending the Iraqi people and Iraq's sovereignty.

Similarly, projections of civil war ignore the reality that the Iraqi population overwhelmingly, by number and by interest, rejects the occupation and will continue to do so.In Iraq, the Iraqi people resist the occupation by all means, in accordance with international law1. Only the popular resistance can be recognized to express and defend the Iraqi people's interests and will. Until now the United States is blind to this reality, hoping that a "diplomatic surge", following the military surge of effective ethnic cleansing, will secure a government it imposes on Iraq.
.
Regardless of who wins the upcoming US presidential election, the US can never achieve its imperial goals and the forces it imposes on Iraq are opposed to the interests of the Iraqi people.Some in the West continue to justify the negation of popular sovereignty under the rubric of the "war on terror", criminalizing not only resistance2, but also humanitarian assistance to a besieged people. Under international law the Iraqi resistance constitutes a national liberation movement. Recognition of the Iraqi resistance is consequently a right, not an option3. The international community has the right to withdraw recognition from the US-imposed government in Iraq and recognize the Iraqi resistance.

It is evident that Iraq cannot recover lasting stability, unity and territorial integrity until its sovereignty is guaranteed. It is also evident that the US occupation cannot avoid accountability by trying to switch responsibility to Iraq's neighbors. A pact of non-aggression, development and cooperation between a liberated Iraq and its immediate neighbors is the obvious means by which to achieve this stability4. In its median geopolitical position, and given its natural resources, a liberated, peaceful and democratic Iraq is central to the welfare and development of its neighbors. All of Iraq's neighbors should recognize that stability in Iraq serves their own interests and commit to not interfering in its internal affairs.

If the international community and the United States are interested in peace, stability and democracy in Iraq they should accept that only the Iraqi resistance -- armed, civil and political -- can achieve these by securing the interests of the Iraqi people. The first demand of the Iraqi resistance is the unconditional withdrawal of all foreign forces illegally occupying Iraq -- including private contractors -- and disbanding all armed forces established by the occupation.The Iraqi anti-occupation movement -- in all its expressions -- in defending the Iraqi people is the only force empowered to ensure democracy in Iraq. Across the spectrum of this movement it is agreed that upon US withdrawal a temporary administrative government would be charged with two tasks: preparing the ground for democratic elections and reconstituting the national army.

Upon completion of these tasks the administrative government would disband, leaving decisions regarding reparations, development and reconstruction to a sovereign and freely elected Iraqi government in a state of all its citizens without religious, ethnic, confessional or gender discrimination.All laws, contracts, treaties and agreements signed under occupation are unequivocally null and void. According to international law and the will of the Iraqi people, total sovereignty of Iraqi oil and all natural, cultural and material resources rests in the hands of the Iraqi people, in all its generations, past, present and future.

Across the spectrum of the Iraqi anti-occupation movement all agree that Iraq should sell its oil on the international market to all states not at war with Iraq, and in line with Iraq's obligations as a member of OPEC.The 2003 US invasion was and remains illegal and the law of state responsibility demands that states refuse to recognize the consequences of illegal state acts5. State responsibility also includes a duty to restore. Compensation should be paid by all state and non-state actors that profited from the destruction and plundering of Iraq.

The Iraqi people are longing for long-term peace. On the basis of the 2005 Istanbul conclusions of the World Tribunal on Iraq6, and in recognition of the tremendous suffering of the aggressed Iraqi people, the signatories to this declaration endorse the abovementioned principles for peace, stability and democracy in Iraq.The sovereignty of Iraq rests in the hands of its people in resistance. Peace in Iraq is simple to attain: unconditional US withdrawal and recognition of the Iraqi resistance that by definition represents the will of the Iraqi people.We appeal to all peace loving people in the world to work to support the Iraqi people and its resistance. The future of peace, democracy and progress in Iraq, the region and the world depends on this.
.

Sunday, October 5, 2008

HARI RAYA CARA HINDRAF

NASIONAL
Kecewa tindakan Hindraf

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kecewa dengan tindakan penyokong Barisan Bertindak Hak-Hak Hindu (Hindraf) yang menimbulkan kekecohan ketika rumah terbuka Aidilfitri bersama Perdana Menteri dan Menteri Kabinet beragama Islam di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, Rabu lalu. Lebih mengecewakan, katanya, hanya seorang daripada kumpulan penyokong Hindraf yang mengucapkan Selamat Hari Raya, manakala yang lain melaung ‘Hapuskan ISA dan bebaskan pemimpin Hindraf’. “Saya rasa kecewa sebenarnya,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Panel Penasihat Antarabangsa Bioteknologi (Bio-IAP) Malaysia 2008 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini, semalam.
MORE........................
Pakaian uniform ini menunjukkan perbuatan itu sengaja diracang. Kenapa orang-orang ini gagal memahami bahawa Hari Raya adalah Perayaan Keagamaan Orang-orang Islam yang disertai semua kaum di Malaysia secara tradisi; begitu juga Perayaan Keagamaan yang lain yang perlu di sertai dengan tertib.

Walau apapun alasan yang diberikan, BerHari Raya cara Hindraf di PWTC memang tidak beretika, tidak mengikut norma dan melanggar tatasulila perayaan keagamaan orang-orang yang beragama Islam. Hindraf bersikap provokasi.

Harakah Daily Online menulis mengatakan bahawa Hindraf berkunjung ke rumah terbuka BN untuk mohon maaf...."Dalam semangat saling bermaafan sempena Hari Raya Aidilfitri, kami mahu menyatakan bahawa orang-orang India di Malaysia memaafkannya (Perdana Menteri) kerana menghantar para pemimpin Hindraf ke (Kem Tahanan Perlindungan) Kamunting," memetik Shanti sebagai berkata apabila ditanya mengenai kad itu....Manakala YB Ustaz Haji Hadi Awang tidak sedikitpun menyalahkan cara Hindraf berHari Raya ke rumah terbuka BN. Namun semua ini adalah "nada politik" yang mengenepikan samasekali "norma sosial" masyarakat Malaysia. Nada Harakah dan Tuan Ustaz Haji Hadi Awang kali ini benar-benar sumbang ditelinga rakyat Malaysia yang bersikap menjaga tatasulia dan norma rakyat kebanyakan.

Apakah benar-benar ikhlas kata-kata Shanti bahawa semua orang-orang India di Malaysia telah memaafkan Perdana Menteri Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi kerana menahan pemimpin Hindraf dalam tahanan ISA? Adakah Pak Lah yang bersalah dalam soal penahanan itu?

Dalam setiap perayaan keagamaan dan perayaan kebudayaan di Malaysia, Rakyat Malaysia turut merayakannya dengan penuh hormat menghormati dan menjalinkan siraturrahim dan harmoni di antara semua kaum. Perayaan keagamaan seperti Hari Raya, Christmas, Tahun Baru, Depavali, Hari Gawai, dan sebagainya disambut bersama pelbagai kaum degan penuh sopan santun dan hormat menghormati. Hatta, pada perayaan Tahun Baru Cina ramai pengunjung mengenakan pakaian berwarna merah sebagai tanda hormat kepada rakan-rakan yang merayakannya.

Najib dan Rais dan lainnya dalam satu Perayaan Keagamaan suatu waktu dulu. Tertib dan penuh rasa hormat.

Hindraf sudah agak melampaui batas. Sikap mencermari perayaan keagamaan orang-orang Islam itu adalah satu sikap "social deviant". Siapapun pasti menolak alasan bahawa itulah satu-satunya peluang bagi orang Hindraf menyampaikan hasrat membantah penahanan ISA pemimpin mereka. Hanya orang-orang yang social devianist mengakui bahawa itu adalah satu-satunya peluang menyampaikan hasrat Hindraf.

Hindraf adalah satu persatuan 'haram". Sikap Hindraf akhir-akhir ini sepatunya dijadikan sebagai langkah bertindak dengan lebih agresif pihak Keselamatan Negara agar kita tidak sampai ketahap yang kronik (seperti cerita di bawah ini). Kita tidak boleh bertolak ansur dalam soal perpaduan. Ianya telah kita bina dengan semangat muhibbah dan harmoni berpuluh tahun lamnya. Kita tidak mampu mengizinkan ianya dibinasakan dengan cara yang rakus dalam jangkawaktu yang pendik.

Bayangkan ada kumpulan yang mencemarai perayaan keagamaan yang lain; apa perasaan penganut-penganut agama itu?.

Rakyat Malaysia mesti menolak cara ini.
..............
Violence escalates in Assam, 25 killed
5 Oct 2008, 1631 hrs IST. AGENCIES

NEW DELHI: The situation in Assam has turned critical as communal clashes between the local tribals and Bangladeshi migrants continue in Udalguri an

Victims of communal riots share their grief with Asom Gana Parishad (P) President P K Mahanta at a relief camp in Udalgiri district of Assam. (PTI Photo)
More Picturesd Darrang districts of the state. According to unconfirmed reports, over 25 people have been killed in clashes. ( Watch ) On Sunday the violence has spread to Rauta village in Udalguri district, about 80 kms east of Guwahati, where a large number of houses have been burnt down. The continuing violence which is spreading in these central districts has pushed the administration to extend the shoot at sight orders. On Saturday the government had issued shoot at sight orders to paramilitary forces and the Army in order to curb the violence.

MORE....


Curfew in Maharashtra's Dhule town after communal clashes http://timesofindia.indiatimes.com/Curfew_in_Maharashtras_Dhule_town_after_communal_clashes/articleshow/3563028.cms

About This Blog


Dan adapun orang-orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari keinginan hawa nafsunya. Maka sesungguhnya syurgalah tempat tinggalnya. (al-Naziat ayat 40-41)

"Of all the enemies to public liberty war is, perhaps, the most to be dreaded because it comprises and develops the germ of every other. War is the parent of armies; from these proceed debts and taxes...known instruments for bringing the many under the domination of the few. . . No nation could preserve its freedom in the midst of continual warfare."
- James Madison, Political Observations, 1795

santapan rohani ii

Al-hadith :ثلاثةٌ قد حَرّمَ اللهُ - تَبَارَكَ وَتَعَالَى - عليهم الجنةَ : مُدْمِنُ الخمر ، والعاقّ ، والدّيّوثُ الذييُقِرُّ في أَهْلِهِ الخُبْثَ . رواه أحمد والنسائيErtinya : "Tiga yang telah Allah haramkan baginya Syurga : orang yang ketagih arak, si penderhaka kepada ibu bapa dan Si Dayus yang membiarkan maksiat dilakukan oleh ahli keluarganya" ( Riwayat Ahmad )

PEGANGAN

Ingatlah firman Allah Taala:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا بِطَانَةً مِنْ دُونِكُمْ لَا يَأْلُونَكُمْ خَبَالًا وَدُّوا مَا عَنِتُّمْ قَدْ بَدَتِ الْبَغْضَاءُ مِنْ أَفْوَاهِهِمْ وَمَا تُخْفِي صُدُورُهُمْ أَكْبَرُ قَدْ بَيَّنَّا لَكُمُ الْآيَاتِ إِنْ كُنْتُمْ تَعْقِلُونَ (118) هَا أَنْتُمْ أُولَاءِ تُحِبُّونَهُمْ وَلَا يُحِبُّونَكُمْ وَتُؤْمِنُونَ بِالْكِتَابِ كُلِّهِ وَإِذَا لَقُوكُمْ قَالُوا آمَنَّا وَإِذَا خَلَوْا عَضُّوا عَلَيْكُمُ الْأَنَامِلَ مِنَ الْغَيْظِ قُلْ مُوتُوا بِغَيْظِكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ بِذَاتِ الصُّدُورِ (119)

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi “orang dalam” (yang dipercayai). mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah Kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya. Awaslah! kamu ini adalah orang-orang (yang melanggar larangan), kamu sahajalah yang suka (dan percayakan mereka, sedang mereka tidak suka kepada kamu. kamu juga beriman kepada Segala Kitab Allah (sedang mereka tidak beriman kepada Al-Quran). dan apabila mereka bertemu dengan kamu mereka berkata: “Kami beriman”, tetapi apabila mereka berkumpul sesama sendiri, mereka menggigit hujung jari kerana geram marah (kepada kamu), Katakanlah (Wahai Muhammad): “Matilah kamu Dengan kemarahan kamu itu”. Sesungguhnya Allah sentiasa mengetahui akan Segala (isi hati) yang ada di dalam dada.” [Ali Imran: 118 & 119]
..............................................
تُولِجُ اللَّيْلَ فِي النَّهَارِ وَتُولِجُ النَّهَارَ فِي اللَّيْلِ وَتُخْرِجُ الْحَيَّ مِنَ الْمَيِّتِ وَتُخْرِجُ الْمَيِّتَ مِنَ الْحَيِّ وَتَرْزُقُ مَنْ تَشَاءُ بِغَيْرِ حِسَابٍآل عمران : 27

"Engkaulah (Wahai Tuhan) yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang, dan Engkaulah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Engkaulah juga yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati, dan Engkaulah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup. Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya".

bermubahalah

“Siapa yang membantahmu tentang kisah Isa-Setelah engkau beroleh pengetahuan yang meyakinkan tentang hal itu, maka katakanlah kepada mereka : Marilah kita panggil (kumpulan) anak-anak kami dan anak-anak kalian, isteri-isteri kami, dan isteri-isteri kalian, diri-diri kami dan diri-diri kalian, kemudian kita bermubahalah kepada Allah, mohon agar Allah menjatuhkan laknat-Nya kepada pihak yang berdusta.” (Ali Imran : 61)