Friday, September 28, 2012

SEKELUMIT BUDGET OH BUDGET..

Budget 2013-Harga ini tak diturunkan?
Hampir seluruh dada media mencoretkan Budget 2013. Pelbagai penilaian awal dibuat. Kesemuanya sarat dengan andaian. Tidak kurang yang membuat pentafsiran peribadi. Ada yang memuji. Tidak kurang juga yang mengeji.

Bagi penyokong kerajaan, mereka tentunya telah menghujani laman web dengan rasa kepuasan. Tidak kurang yang menyatakan anggapan dan ramalan bahawa Budget kali ini merupakan kunci utama bagi BN kembali cemerlang di persada politik tanahair.

Syed Husin Ali @syedhusinali dalam twitternya menyatakan "Baguslah beri kakitangan kerajaan bonus sebulan setengah gaji. Tapi jangan sekali saja sebelum PRU. Patutnya tiap2 tahun, sperti setengah syarikat". Sekaligus menampakkan kebimbangan bahawa kerajaan BN akan menggunakan kesempatan untuk menggunakan kuasa bagi meraih pengaruh dan sokongan bagi kelebihan BN semasa PRU13 nanti.

DS Najib Tun Razak awal-awal lagi mengemukakan soalan "Siapakah yang akan menanggung lebih RM30 bilion hutang PTPTN jika ia ingin dimansuhkan ?". Soalan ini jelas mempersoal Budget Bayangan Pakatan Rakyat yang memberi penekanan kepada pendidikan PERCUMA dan pemansuhan PTPTN sekaligus membatalkan segala hutang piutang kepada PTPTN sebelumnya. 

Monday, September 24, 2012

George Soros: A Bogeyman for Our Political Problems

 by  Moaz Nair, Malaysia Chronicle
Trapping Suaram (Suara Rakyat Malaysia) for whatever reasons is alike plodding on a dangerous path for UMNO and this will further dip Barisan’s hopes in the next general election.

Suaram is a body that is apolitical and operates on the basis of social justice for all Malaysians. Founded in 1989 the aims and objectives are for the protection and promotion of human rights and the development of public awareness in Malaysia.

As reported, UMNO leaders have insinuated that the American non-governmental organisation (Open Society Institute presently called Open Society Foundation) that funded Suara Rakyat Malaysia (Suaram) is linked to currency speculator George Soros. 
Continue reading...Click here

Bagi pihak yang mempunyai agenda yang tersembunyi, bantuan dana asing merupakan satu suntikan kekuatan material. Mereka tahu akan kesan negatifnya. Tetapi, oleh kerana desakan kemahuan di sulami sikap penafian terhadap kesan buruk itu, maka bantuan asing ini tetap diterima. Seolah-olah apapun kesannya akan dideal kemudian apabila kemahuan telah tercapai.

Afghanistan menerima bantuan asing khasnya Amerika semasa berperang dengan Russia. Namun akhirnya Afghanistan terpaksa menghadapai kekuasaan dan pengaruh Amerika di Bumi Afghanistan sendiri. Amerika menjatuhkan regim Taliban dengan menaikkan pemimpin yang mengikut telunjuk mereka. Semata-mata "to protect American Interest" dari diimbangi Russia. (kata Hillary Clinton)

About This Blog


Dan adapun orang-orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari keinginan hawa nafsunya. Maka sesungguhnya syurgalah tempat tinggalnya. (al-Naziat ayat 40-41)

"Of all the enemies to public liberty war is, perhaps, the most to be dreaded because it comprises and develops the germ of every other. War is the parent of armies; from these proceed debts and taxes...known instruments for bringing the many under the domination of the few. . . No nation could preserve its freedom in the midst of continual warfare."
- James Madison, Political Observations, 1795

santapan rohani ii

Al-hadith :ثلاثةٌ قد حَرّمَ اللهُ - تَبَارَكَ وَتَعَالَى - عليهم الجنةَ : مُدْمِنُ الخمر ، والعاقّ ، والدّيّوثُ الذييُقِرُّ في أَهْلِهِ الخُبْثَ . رواه أحمد والنسائيErtinya : "Tiga yang telah Allah haramkan baginya Syurga : orang yang ketagih arak, si penderhaka kepada ibu bapa dan Si Dayus yang membiarkan maksiat dilakukan oleh ahli keluarganya" ( Riwayat Ahmad )

PEGANGAN

Ingatlah firman Allah Taala:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا بِطَانَةً مِنْ دُونِكُمْ لَا يَأْلُونَكُمْ خَبَالًا وَدُّوا مَا عَنِتُّمْ قَدْ بَدَتِ الْبَغْضَاءُ مِنْ أَفْوَاهِهِمْ وَمَا تُخْفِي صُدُورُهُمْ أَكْبَرُ قَدْ بَيَّنَّا لَكُمُ الْآيَاتِ إِنْ كُنْتُمْ تَعْقِلُونَ (118) هَا أَنْتُمْ أُولَاءِ تُحِبُّونَهُمْ وَلَا يُحِبُّونَكُمْ وَتُؤْمِنُونَ بِالْكِتَابِ كُلِّهِ وَإِذَا لَقُوكُمْ قَالُوا آمَنَّا وَإِذَا خَلَوْا عَضُّوا عَلَيْكُمُ الْأَنَامِلَ مِنَ الْغَيْظِ قُلْ مُوتُوا بِغَيْظِكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ بِذَاتِ الصُّدُورِ (119)

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi “orang dalam” (yang dipercayai). mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah Kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya. Awaslah! kamu ini adalah orang-orang (yang melanggar larangan), kamu sahajalah yang suka (dan percayakan mereka, sedang mereka tidak suka kepada kamu. kamu juga beriman kepada Segala Kitab Allah (sedang mereka tidak beriman kepada Al-Quran). dan apabila mereka bertemu dengan kamu mereka berkata: “Kami beriman”, tetapi apabila mereka berkumpul sesama sendiri, mereka menggigit hujung jari kerana geram marah (kepada kamu), Katakanlah (Wahai Muhammad): “Matilah kamu Dengan kemarahan kamu itu”. Sesungguhnya Allah sentiasa mengetahui akan Segala (isi hati) yang ada di dalam dada.” [Ali Imran: 118 & 119]
..............................................
تُولِجُ اللَّيْلَ فِي النَّهَارِ وَتُولِجُ النَّهَارَ فِي اللَّيْلِ وَتُخْرِجُ الْحَيَّ مِنَ الْمَيِّتِ وَتُخْرِجُ الْمَيِّتَ مِنَ الْحَيِّ وَتَرْزُقُ مَنْ تَشَاءُ بِغَيْرِ حِسَابٍآل عمران : 27

"Engkaulah (Wahai Tuhan) yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang, dan Engkaulah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Engkaulah juga yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati, dan Engkaulah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup. Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya".

bermubahalah

“Siapa yang membantahmu tentang kisah Isa-Setelah engkau beroleh pengetahuan yang meyakinkan tentang hal itu, maka katakanlah kepada mereka : Marilah kita panggil (kumpulan) anak-anak kami dan anak-anak kalian, isteri-isteri kami, dan isteri-isteri kalian, diri-diri kami dan diri-diri kalian, kemudian kita bermubahalah kepada Allah, mohon agar Allah menjatuhkan laknat-Nya kepada pihak yang berdusta.” (Ali Imran : 61)