Friday, August 20, 2010

Pantau tindakan rakyat sabotaj negara sendiri guna platform antarabangsa

Kecenderungan rakyat Malaysia menggunakan forum dan platform luar negara semakin ketara kebelakangan ini untuk memberi tekanan ke atas kerajaan berhubung dasar atau isu tertentu. Sama ada hadir secara individu atau berkumpulan dan bergabung dengan badan bukan kerajaan (NGO) tempatan, tindakan rakyat Malaysia mensabotaj negara sendiri perlu diberi perhatian Wisma Putra mahupun pejabat kedutaan di negara berkenaan.

Terbaru di London, Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman, yang dalam rangka lawatan ke Jerman dan United Kingdom dikejutkan dengan kemunculan kira-kira 30 penunjuk perasaan yang membantah penguatkuasaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di luar pejabat Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di London. Sepanduk yang mereka julang menggambarkan kononnya berlaku penyeksaan dan penderaan terhadap tahanan ISA.-Read More

PKR Dianggap Menipu Kononnya 1,000 Anggota BN Di Kota Marudu Keluar Parti

 Parti Keadilan Rakyat (PKR) diminta berhenti menipu orang ramai kononnya 1,000 anggota Barisan Nasional kebanyakannya daripada Parti Bersatu Sabah (PBS) di Kota Marudu telah keluar parti dan menyertai pembangkang.

Ketua Pemuda PBS bahagian Tandek, Christopher Mandut, berkata dakwaan itu adalah satu cubaan terdesak oleh PKR untuk mempengaruhi anggota-anggota BN yang setia dan juga orang ramai.

Katanya satu perhimpunan baru-baru ini yang kononnya bertujuan membolehkan anggota BN menyerahkan borang permohonan menyertai PKR sebenarnya dihadiri sekitar 100 orang, kebanyakannya kanak-kanak. Read More

FISHING? COMMON, Is it hurt to tell the truth?

Saturday, August 7, 2010

Pelihara Perpaduan, Elak Anasir Luar Pengaruhi Minda: MP Kalabakan

 TAWAU, 7 Ogos (Bernama) -- Perpaduan yang menjadi asas kejayaan gagasan 1Malaysia perlu dipelihara untuk mengelakkan anasir luar mempengaruhi pemikiran rakyat, kata Anggota Parlimen Kalabakan Datuk Abdul Ghapur Salleh.

Beliau berkata ini kerana terdapat pihak luar yang mahu negara ini menjadi porak-poranda dan seterusnya menuju kehancuran seperti sesetengah negara lain, yang secara tidak langsung akan mengurangkan saingan mereka.

"Jadi apabila hilangnya semangat perpaduan, ia akan memudahkan anasir atau pihak luar mempengaruhi dan menjajah pemikiran serta minda rakyat negara ini," katanya dalam ucapan semasa program Semarak Merdeka Jalur Gemilang 1Malaysia, di sini pada Sabtu. paparan Penuh di sini

About This Blog


Dan adapun orang-orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari keinginan hawa nafsunya. Maka sesungguhnya syurgalah tempat tinggalnya. (al-Naziat ayat 40-41)

"Of all the enemies to public liberty war is, perhaps, the most to be dreaded because it comprises and develops the germ of every other. War is the parent of armies; from these proceed debts and taxes...known instruments for bringing the many under the domination of the few. . . No nation could preserve its freedom in the midst of continual warfare."
- James Madison, Political Observations, 1795

santapan rohani ii

Al-hadith :ثلاثةٌ قد حَرّمَ اللهُ - تَبَارَكَ وَتَعَالَى - عليهم الجنةَ : مُدْمِنُ الخمر ، والعاقّ ، والدّيّوثُ الذييُقِرُّ في أَهْلِهِ الخُبْثَ . رواه أحمد والنسائيErtinya : "Tiga yang telah Allah haramkan baginya Syurga : orang yang ketagih arak, si penderhaka kepada ibu bapa dan Si Dayus yang membiarkan maksiat dilakukan oleh ahli keluarganya" ( Riwayat Ahmad )

PEGANGAN

Ingatlah firman Allah Taala:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا بِطَانَةً مِنْ دُونِكُمْ لَا يَأْلُونَكُمْ خَبَالًا وَدُّوا مَا عَنِتُّمْ قَدْ بَدَتِ الْبَغْضَاءُ مِنْ أَفْوَاهِهِمْ وَمَا تُخْفِي صُدُورُهُمْ أَكْبَرُ قَدْ بَيَّنَّا لَكُمُ الْآيَاتِ إِنْ كُنْتُمْ تَعْقِلُونَ (118) هَا أَنْتُمْ أُولَاءِ تُحِبُّونَهُمْ وَلَا يُحِبُّونَكُمْ وَتُؤْمِنُونَ بِالْكِتَابِ كُلِّهِ وَإِذَا لَقُوكُمْ قَالُوا آمَنَّا وَإِذَا خَلَوْا عَضُّوا عَلَيْكُمُ الْأَنَامِلَ مِنَ الْغَيْظِ قُلْ مُوتُوا بِغَيْظِكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ بِذَاتِ الصُّدُورِ (119)

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi “orang dalam” (yang dipercayai). mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah Kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya. Awaslah! kamu ini adalah orang-orang (yang melanggar larangan), kamu sahajalah yang suka (dan percayakan mereka, sedang mereka tidak suka kepada kamu. kamu juga beriman kepada Segala Kitab Allah (sedang mereka tidak beriman kepada Al-Quran). dan apabila mereka bertemu dengan kamu mereka berkata: “Kami beriman”, tetapi apabila mereka berkumpul sesama sendiri, mereka menggigit hujung jari kerana geram marah (kepada kamu), Katakanlah (Wahai Muhammad): “Matilah kamu Dengan kemarahan kamu itu”. Sesungguhnya Allah sentiasa mengetahui akan Segala (isi hati) yang ada di dalam dada.” [Ali Imran: 118 & 119]
..............................................
تُولِجُ اللَّيْلَ فِي النَّهَارِ وَتُولِجُ النَّهَارَ فِي اللَّيْلِ وَتُخْرِجُ الْحَيَّ مِنَ الْمَيِّتِ وَتُخْرِجُ الْمَيِّتَ مِنَ الْحَيِّ وَتَرْزُقُ مَنْ تَشَاءُ بِغَيْرِ حِسَابٍآل عمران : 27

"Engkaulah (Wahai Tuhan) yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang, dan Engkaulah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Engkaulah juga yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati, dan Engkaulah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup. Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya".

bermubahalah

“Siapa yang membantahmu tentang kisah Isa-Setelah engkau beroleh pengetahuan yang meyakinkan tentang hal itu, maka katakanlah kepada mereka : Marilah kita panggil (kumpulan) anak-anak kami dan anak-anak kalian, isteri-isteri kami, dan isteri-isteri kalian, diri-diri kami dan diri-diri kalian, kemudian kita bermubahalah kepada Allah, mohon agar Allah menjatuhkan laknat-Nya kepada pihak yang berdusta.” (Ali Imran : 61)