Tuesday, November 25, 2008

Dulie Haji Marie Menyertai SAPP.

Saya pada awalnya agak skiptikal bila diberi tahu bahawa sahabat lama saya , Dulie Haji Marie menyertai Parti KeADILan Rakyat, PKR, sempena lawatan Yang Berhormat Dato' Seri Anwar ke Sabah pada sabtu dan Ahad (22-23 November 2008). Bagaimanapun, saya tidak menolak kemungkinan. Lalu saya melayari blog-blog yang mungkin berminat melapurkan peristiwa itu namun saya tidak menemuinya.

Saya agak jarang membaca surat khabar tempatan tetapi melayarinya melalui internet. saya membacanya online, percuma dan menjadi kebiasaan saya.

Puas saya mencari, lalu saya bertanya sahabat saya di mana source mengenai "Dulie Haji Marie' menyertai PKR...

Beliaupun memberikan saya surat khabar lamanya dan saya teliti. Rupanya ia di bawah tajuk "Oil Royalty: SAPP not giving up" Daily Express 23 November, 2008. Rupanya, Dulie menyertai SAPP BUKAN PKR dan bergiat di Kawasan Putatan, Sabah.... So, sahlah kini...Dulie Haji Marie menyertai Parti Maju Sabah-SAPP.


Selanjutnya...
http://www.dailyexpress.com.my/news.cfm?NewsID=61107

3 comments:

JomoSama Tuaran said...

Semekom Denakan,
Nampaknya.. sedara kita Dulie Marie ingin mencuba sesuatu yang beliau teringin sangat nak cuba sejak menjadi S/U kepada TS.Pandikar Amin.
Memang sesuatu yang kita galakkan, namun sayang bagi pandangan saya, dia memilih tapak yang rapuh seperti mana juga denakan kita Solymone. Perbezaannya, sedara solymone memilih menjadi calon bebas yang memberi kelebihan padanya untuk mencari pengaruh sebelum mencari `ladang' yang luas untuk mengembangkan kareer politiknya, sedangkan sedara Dulie Marie memilih untuk menyertai parti serpihan, yang terhuyung-hayang ibarat layang-layang putus tali. Tidak boleh juga kita mempersalahkan sedara Dulie kerana sekiranya beliau menyertai UMNO, sukarlah baginya untuk membina landasan bagi meneroka ruang politik diPutatan yang sekarang diketuai oleh DSP Hj. Yahya Hussin.

Dengan menyertai SAPP, beliau berpeluang cerah untuk bertanding sebagai calon mewakili parti itu bagi kawasan Putatan. Namun..ingin saya katakan awal-awal disini, jalan penuh berliku sedia menanti beliau dikawasan tersebut terutamanya sokongan penduduk disana masih memihak pada DSP Hj.Yahya,dan..mengikut sumber2 yang saya kumpul..keluarga sedara Dulie Marie sendiri tidak ada yang menyukainya apalagi untuk menyokongnya dalam perjuangan politiknya itu. Sebelum menyertai dunia politikpun beliau sudah dipulaukan kerana sikap beliau yang `lupa' pada sedara maranya semasa beliau dalam perkhidmatan kerajaan.

Oleh yang demikian, the moral of the story here is.. walau setinggi manapun kita berada, yang paling utama sekali ialah sedara mara kita dahulu,kemudian sahabat handai dan seterusnya masyarakat sekeliling..bila 2 daripada 3 tu dapat kita pelihara..insyallah, murah rezeki kita dalam perjalanan seterusnya.

Anyway..Good luck to him..saya kenal dengan adik beliau..Harun Marie, quite okay juga...!!

Anonymous said...

Soalnya, SAPP akan Bersaing dengan PKR dengan BEBAS dan DAP.. Lawan BN. Saya yakin antara parti-parti pembangkang ini akan tiada kesepakatan walaupun nama Pakatan Rakyat. Yang menyertai Pakatan Rakyat ini Bekas dan serpihan BN yang kecewa kerana tidak mendapat ruang dan tempat. Jadi sekiranya mereka tidak akan diberi ruang dan tempat dalam PRU 13, mereka akan bertanduk dan sabotage sesama sendiri seperti PRU 12 (di Sabah sahaja). Akhirnya dapat kerusi=0. Ini sesuatu yang immenent. BN akan jadi menang mudah...So, Dulie jangan fikir mudah, mana nak letak Ahmad Sah-PKR. Putatan padang dia..

Sentoloyo said...

Pegari, kami PKR tetap sepakat mahu orang PKR. Sudakah lama berjuang dan menyemai benih. Buah mesti kami yang tuai bukam orang datang tiba-tiba rimbas tanaman kami. Ini semua Yong Teck Lee punya pasal. Kasi dia "fish ball lah". Yong ada agenda lain yang bakal PKR akan kesali..tunggu dan lihat saja..BUKANKAH BN juga kesal dengan Yong..YTL memang lecek sejak dalam PBS. So, kita waspada..

About This Blog


Dan adapun orang-orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari keinginan hawa nafsunya. Maka sesungguhnya syurgalah tempat tinggalnya. (al-Naziat ayat 40-41)

"Of all the enemies to public liberty war is, perhaps, the most to be dreaded because it comprises and develops the germ of every other. War is the parent of armies; from these proceed debts and taxes...known instruments for bringing the many under the domination of the few. . . No nation could preserve its freedom in the midst of continual warfare."
- James Madison, Political Observations, 1795

santapan rohani ii

Al-hadith :ثلاثةٌ قد حَرّمَ اللهُ - تَبَارَكَ وَتَعَالَى - عليهم الجنةَ : مُدْمِنُ الخمر ، والعاقّ ، والدّيّوثُ الذييُقِرُّ في أَهْلِهِ الخُبْثَ . رواه أحمد والنسائيErtinya : "Tiga yang telah Allah haramkan baginya Syurga : orang yang ketagih arak, si penderhaka kepada ibu bapa dan Si Dayus yang membiarkan maksiat dilakukan oleh ahli keluarganya" ( Riwayat Ahmad )

PEGANGAN

Ingatlah firman Allah Taala:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا بِطَانَةً مِنْ دُونِكُمْ لَا يَأْلُونَكُمْ خَبَالًا وَدُّوا مَا عَنِتُّمْ قَدْ بَدَتِ الْبَغْضَاءُ مِنْ أَفْوَاهِهِمْ وَمَا تُخْفِي صُدُورُهُمْ أَكْبَرُ قَدْ بَيَّنَّا لَكُمُ الْآيَاتِ إِنْ كُنْتُمْ تَعْقِلُونَ (118) هَا أَنْتُمْ أُولَاءِ تُحِبُّونَهُمْ وَلَا يُحِبُّونَكُمْ وَتُؤْمِنُونَ بِالْكِتَابِ كُلِّهِ وَإِذَا لَقُوكُمْ قَالُوا آمَنَّا وَإِذَا خَلَوْا عَضُّوا عَلَيْكُمُ الْأَنَامِلَ مِنَ الْغَيْظِ قُلْ مُوتُوا بِغَيْظِكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ بِذَاتِ الصُّدُورِ (119)

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi “orang dalam” (yang dipercayai). mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah Kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya. Awaslah! kamu ini adalah orang-orang (yang melanggar larangan), kamu sahajalah yang suka (dan percayakan mereka, sedang mereka tidak suka kepada kamu. kamu juga beriman kepada Segala Kitab Allah (sedang mereka tidak beriman kepada Al-Quran). dan apabila mereka bertemu dengan kamu mereka berkata: “Kami beriman”, tetapi apabila mereka berkumpul sesama sendiri, mereka menggigit hujung jari kerana geram marah (kepada kamu), Katakanlah (Wahai Muhammad): “Matilah kamu Dengan kemarahan kamu itu”. Sesungguhnya Allah sentiasa mengetahui akan Segala (isi hati) yang ada di dalam dada.” [Ali Imran: 118 & 119]
..............................................
تُولِجُ اللَّيْلَ فِي النَّهَارِ وَتُولِجُ النَّهَارَ فِي اللَّيْلِ وَتُخْرِجُ الْحَيَّ مِنَ الْمَيِّتِ وَتُخْرِجُ الْمَيِّتَ مِنَ الْحَيِّ وَتَرْزُقُ مَنْ تَشَاءُ بِغَيْرِ حِسَابٍآل عمران : 27

"Engkaulah (Wahai Tuhan) yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang, dan Engkaulah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Engkaulah juga yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati, dan Engkaulah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup. Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya".

bermubahalah

“Siapa yang membantahmu tentang kisah Isa-Setelah engkau beroleh pengetahuan yang meyakinkan tentang hal itu, maka katakanlah kepada mereka : Marilah kita panggil (kumpulan) anak-anak kami dan anak-anak kalian, isteri-isteri kami, dan isteri-isteri kalian, diri-diri kami dan diri-diri kalian, kemudian kita bermubahalah kepada Allah, mohon agar Allah menjatuhkan laknat-Nya kepada pihak yang berdusta.” (Ali Imran : 61)