Sunday, January 11, 2015

Kelantan, Donggongon dan Cheonggyecheon

Banjir di Kelantan, Negeri Pembangkang.. Image ini amat "powerful" untuk memohon derma.
Cheonggyecheon, Korea Selatan.. "World Heritage" dan adalah sebahagian sistem perparitan.
Cheonggyecheon, Korea Selatan..  "World Heritage" dan adalah sebahagian sistem perparitan.
Pekan Donggongon, Penampang. Kawasan Pembangkang.
Masih lagi ramai yang tercari-cari punca-punca yang menyebabkan banjir besar di Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Terengganu, Kelantan dan Pahang mengalami bencana yang disebut sebagai musibah. Bagi pemerhati luar, punca pitas banjir disimpulkan sebagai kesan dari perubahan klimate dunia.

Bagi pencinta alam, mereka melihat penerokaan hutan sebagai tadahan air yang diterokai secara berlebihan, bermula dari bahagian hulu Kelantan, adalah tindakan memusnahkan alam; dan alam bertindak balas ke atas perbuatan dan kerakusan manusia memusnahkan sumber alam yakni hutan.

Tidak kurang yang menyerahkan bulat-bulat sebab berlakunya banjir besar itu kepada takdir. Seolah olah penerokaan hutan secara berlebihan tiada langsung kait mengait dengan banjir dan tidak dimurkai Pencipta. Seolah-olah kelulusan dan lesen sufficient untuk memusnahkan sumber alam secara halal.

Pelbagai keterangan yang reliable mengenai penerokaan hutan dan aktiviti pembalakan di Kelantan yang dikaitkan dengan banjir besar dan ganas. Bagaimanapun, keterangan itu masih belum cukup sahih. Seolah-olah isu balak dan banjir yang memusnahkan harta benda rakyat dan harta benda awam, adalah dua isu yang berasingan malah berbeza. Banjir terus dianggap (untuk seketika) sebagai phenomena perubahan klimate dan pembalakan satu aktiviti ekonomi yang tidak ditegah jika ianya berlesen dan mendapat kelulusan.

Siapa yang luluskan? Berapa yang diluluskan,? Apa limpahan ekonomi kepada rakyat? Sustainable kah ekonomi secara jangka panjang? Siapa yang miskin? Siapa yang Kaya? dan Siapa yang akan menjadi miskin dan akan menjadi kaya? Atau kita tidak layak bertanya kerana semua itu TAKDIR... Barangkali juga kita tidak layak bertanya kerana kita diwajibkan mempercayai kerajaan Negeri atau Persekutuan?

Cheonggyecheon, Korea Selatan.. adalah sebahagian dari system perparitan Kota Raya di Korea Selatan. Airnya mengalir jernih. Kawasan ini diiktiraf sebagai warisan dunia. Sebuah parit yang menjadi tumpuan pelacong. Selama beberapa hari di ceruk rantau ini, saya tidak melihat lori balak. Tidak juga banyak kenderaan luar negara atau import di jalan-jalan rayanya. Kalau adapun kita nampak beberapa kenderaan seperti BMW, Audi dan Mercedes.


Di Korea ini kita sering mendengar "inc", swasta yang mempunyai link dengan kerajaan. Kedua dua inc dan kerajaan berkerjasama rapat dalam memikul tanggungjawab kepada rakyatnya, Bangsa Korea atau Korean. Demi bangsa dan negara mereka..

Adakah Kerajaan yang meluluskan dan swasta yang menerokai balak di Kelantan dan memperolehi lesen a.k.a. kelulusan bagi pengambilan tanah untuk tanaman kelapa sawit, memikul tanggungjawab kepada Malaysian di Kelantan seperti Kerajaan Korea dan Inc kepada Korean?

Kita memohon ke hadrat Allah SWT supaya bencana ini tidak lagi diturunkan di mana-mana bahagian di Malaysia termasuklah Kelantan dan Terangganu dan Pahang. Cukuplah derita yang dialami umat. Berat mata memandang berat lagi bahu memikul...

(Jam sudah menunjukkan pukul 2.00 pagi. Seawal jam 7.00 pagi saya akan melihat sekali lagi kesan bencana banjir di kawasan saya, Kota Belud, Sabah. Kami tidak ada balak. Mungkin di kawasan hulu, bukit mengalami kemusnahan dan balak juga ditebang. Tiada lagikah sumber lain untuk mereka jadi kaya selain Balak?).

BACA JUGA.. MENGIMBAU KEMBALI BANJIR DI KELANTAN

No comments:

About This Blog


Dan adapun orang-orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari keinginan hawa nafsunya. Maka sesungguhnya syurgalah tempat tinggalnya. (al-Naziat ayat 40-41)

"Of all the enemies to public liberty war is, perhaps, the most to be dreaded because it comprises and develops the germ of every other. War is the parent of armies; from these proceed debts and taxes...known instruments for bringing the many under the domination of the few. . . No nation could preserve its freedom in the midst of continual warfare."
- James Madison, Political Observations, 1795

santapan rohani ii

Al-hadith :ثلاثةٌ قد حَرّمَ اللهُ - تَبَارَكَ وَتَعَالَى - عليهم الجنةَ : مُدْمِنُ الخمر ، والعاقّ ، والدّيّوثُ الذييُقِرُّ في أَهْلِهِ الخُبْثَ . رواه أحمد والنسائيErtinya : "Tiga yang telah Allah haramkan baginya Syurga : orang yang ketagih arak, si penderhaka kepada ibu bapa dan Si Dayus yang membiarkan maksiat dilakukan oleh ahli keluarganya" ( Riwayat Ahmad )

PEGANGAN

Ingatlah firman Allah Taala:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا بِطَانَةً مِنْ دُونِكُمْ لَا يَأْلُونَكُمْ خَبَالًا وَدُّوا مَا عَنِتُّمْ قَدْ بَدَتِ الْبَغْضَاءُ مِنْ أَفْوَاهِهِمْ وَمَا تُخْفِي صُدُورُهُمْ أَكْبَرُ قَدْ بَيَّنَّا لَكُمُ الْآيَاتِ إِنْ كُنْتُمْ تَعْقِلُونَ (118) هَا أَنْتُمْ أُولَاءِ تُحِبُّونَهُمْ وَلَا يُحِبُّونَكُمْ وَتُؤْمِنُونَ بِالْكِتَابِ كُلِّهِ وَإِذَا لَقُوكُمْ قَالُوا آمَنَّا وَإِذَا خَلَوْا عَضُّوا عَلَيْكُمُ الْأَنَامِلَ مِنَ الْغَيْظِ قُلْ مُوتُوا بِغَيْظِكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ بِذَاتِ الصُّدُورِ (119)

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi “orang dalam” (yang dipercayai). mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah Kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya. Awaslah! kamu ini adalah orang-orang (yang melanggar larangan), kamu sahajalah yang suka (dan percayakan mereka, sedang mereka tidak suka kepada kamu. kamu juga beriman kepada Segala Kitab Allah (sedang mereka tidak beriman kepada Al-Quran). dan apabila mereka bertemu dengan kamu mereka berkata: “Kami beriman”, tetapi apabila mereka berkumpul sesama sendiri, mereka menggigit hujung jari kerana geram marah (kepada kamu), Katakanlah (Wahai Muhammad): “Matilah kamu Dengan kemarahan kamu itu”. Sesungguhnya Allah sentiasa mengetahui akan Segala (isi hati) yang ada di dalam dada.” [Ali Imran: 118 & 119]
..............................................
تُولِجُ اللَّيْلَ فِي النَّهَارِ وَتُولِجُ النَّهَارَ فِي اللَّيْلِ وَتُخْرِجُ الْحَيَّ مِنَ الْمَيِّتِ وَتُخْرِجُ الْمَيِّتَ مِنَ الْحَيِّ وَتَرْزُقُ مَنْ تَشَاءُ بِغَيْرِ حِسَابٍآل عمران : 27

"Engkaulah (Wahai Tuhan) yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang, dan Engkaulah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Engkaulah juga yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati, dan Engkaulah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup. Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya".

bermubahalah

“Siapa yang membantahmu tentang kisah Isa-Setelah engkau beroleh pengetahuan yang meyakinkan tentang hal itu, maka katakanlah kepada mereka : Marilah kita panggil (kumpulan) anak-anak kami dan anak-anak kalian, isteri-isteri kami, dan isteri-isteri kalian, diri-diri kami dan diri-diri kalian, kemudian kita bermubahalah kepada Allah, mohon agar Allah menjatuhkan laknat-Nya kepada pihak yang berdusta.” (Ali Imran : 61)