Friday, September 28, 2012

SEKELUMIT BUDGET OH BUDGET..

Budget 2013-Harga ini tak diturunkan?
Hampir seluruh dada media mencoretkan Budget 2013. Pelbagai penilaian awal dibuat. Kesemuanya sarat dengan andaian. Tidak kurang yang membuat pentafsiran peribadi. Ada yang memuji. Tidak kurang juga yang mengeji.

Bagi penyokong kerajaan, mereka tentunya telah menghujani laman web dengan rasa kepuasan. Tidak kurang yang menyatakan anggapan dan ramalan bahawa Budget kali ini merupakan kunci utama bagi BN kembali cemerlang di persada politik tanahair.

Syed Husin Ali @syedhusinali dalam twitternya menyatakan "Baguslah beri kakitangan kerajaan bonus sebulan setengah gaji. Tapi jangan sekali saja sebelum PRU. Patutnya tiap2 tahun, sperti setengah syarikat". Sekaligus menampakkan kebimbangan bahawa kerajaan BN akan menggunakan kesempatan untuk menggunakan kuasa bagi meraih pengaruh dan sokongan bagi kelebihan BN semasa PRU13 nanti.

DS Najib Tun Razak awal-awal lagi mengemukakan soalan "Siapakah yang akan menanggung lebih RM30 bilion hutang PTPTN jika ia ingin dimansuhkan ?". Soalan ini jelas mempersoal Budget Bayangan Pakatan Rakyat yang memberi penekanan kepada pendidikan PERCUMA dan pemansuhan PTPTN sekaligus membatalkan segala hutang piutang kepada PTPTN sebelumnya. 

Budget 2013 pula menekankan "Govt will introduce several incentives to facilitate PTPTN loan repayment proces"-PM. Ini bermakna Tabung PTPTN tidak akan dimansuhkan, malah diteruskan. Kaedah pembayaran baru pula diperkenalkan dengan intensif pemberian diskaun yang dijangka akan memberikan kelegaan kepada pelajar-pelajar yang telah menerima kemudahan pinjaman dari Tabung PTPTN.

Lazimnya setiap kali pembentangan Budget, ada saja ole-ole untuk kakitangan kerajaan walaupun bukan pada menjelangnya PRU. Kali ini, diuar-uarkan satu bulan setengah gaji. Ini sudah cukup merisaukan Pakatan Rakyat. "Tapi jangan sekali sahaja sebelum PRU" kata Syed Husin Ali (PKR). Sebahagian kakitangan swata pula sudah mula menyuarakan nasib mereka.

Anak buah saya sudah berani menghantar twitter terus kepada PM, "Norshana Sarima@NorshanaSarima@NajibRazak :-) xda apapun utk swasta..balik 2 pnjwt awam..kesian kami..apa yg hebat dgn bajet tu..sya juga rakyat ttp hya byr cukai.itu jer.".. barangkali komen anak buah saya ini satu penyataan sokongan kepada Budget Bayangan Pakatan Rakyat!...

Sistem kabotaj yang telah lama menjadi isu mula mendapat perhatian. Langkah penyeragaman harga di antara Semenanjung, Sabah dan sarawak sudah mula diperkenalkan dalam Budget 2013. Langkah ini dianggap sebagai  antara perancangan kritikal Bajet 2013 yg dibentangkan oleh YAB PM Najib, PENYERAGAMAN HARGA BARANGAN di antara Semenanjung, Sabah & Sarawak. Ini adalah dianggap sebagai penawar kepada Dasar Kabotaj yang selama ini dijadika polemik politik di negeri Sabah. Penyeragaman harga ini diumpamakan sebagai menarik rambut dari dalam tepung. Kebajikan rakyat dan peniaga akan terjaga, perniagaan perkapalan domestik tidak mengalamai kerugian.

Sistem Kabotaj inipun sudah lama dijadikan isu penentangan kepada Kerajaan sebahagian pemimpin pembangkang malah disuarakan dengan lantang oleh pemimpin kerajaan Negeri sabah. Kini ianya sudah hampir terjawab. Kita akan melihat impak positif yang lebih baik kepada perkembangan ekonomi Negeri Sabaha dan Sarawak hasil dari meregularisaikan semula sistem Kabotaj ini, Penyeragaman harga sudah kelihatan sebagai kunci bahawa sistem kabotaj ini akan dinaturalisakan.

Dalam Twitternya SD Perdana Menteri menyatakan "Mohd Najib Tun Razak @NajibRazak The Govt is committed to ensuring every segment of society is able to enjoy the wealth of the nation" Bagaimanapun Perdana Menteri terus mengingatkan " Mohd Najib Tun Razak @NajibRazak "No matter how good a policy is, it will be meaningless without efficient and effective implementation"

Kita akan menunggu Budget ini dibahaskan. Apapun andaian kita mengenainya, wal hasil balik asal, implimentasi yang baik dan berkesan selaras dengan konsep "good governance" masih tetap menjadi ukuran yang penting.

Dalam perbahasan Budget 2013 nanti, kita mungkin berpeluang melihat "style rambut baru" Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin, yang bergegas ke Barber Shop di Bangsar, selepas sahaja Pembentangan Budget 2013 tersebut...

4 comments:

Solymone said...

Salam Bro..

Bajet 2013 ini pada keseluruhan nya, agak okey juga lah..Apa lagi bilamana tempias nya melimpah kepada mereka yang berstatus berpencen.

Namun pada saya, isu PTPTN ini agak merunsingkan juga...Incentive pembayaran balik dalam kadar yang ditentukan tidak bermakna kepada graduan yang belum mendapat sebarang kerja(menganggur) kerana sebab berikut;

1) Majikan hanya mengambil pekerja yang bersesuaian dan sanggup terima gaji pokok yang rendah(kalau perlu).

2) Pelajar memilih kerja yang tidak bersesuaian dengan kelayakan mereka.

3) Berkerja sendiri tetapi pendapatan tidak menentu.

Otherwise, it is business like usual. Means Bajet untuk PRU13.

SABAHKITA said...

YS, MARA, State govt pernak kasih biasiswa kepada pelajar. MEANING, bagi pendidikan percuma. MARA dan YS menjadi financially lemah kerana formula pendidikan percuma ini.

Peminjam PTPTN hanya sebilangan rakyat..bukan semua atau majoriti rakyat sedangkan duit PTPTN duit rakyat. Setiap pelajar sudah ada insetif pendidikan yura +- RM25K hanya baayar aroun 7K..ini sudah memadahi. Kalu percuma mana university ambil gaji staff dan facilities plus maintenance.So Chained reaction need to be considered. Other matters like quality of education and graduates..other than quality of the institution...and mny more to come..

Solymone said...

I am not talking about free education..I am just stressing the payment arrangement incentive as speculated by PM in the time frame given.

Anonymous said...

Budget Pakatan Rakyat sudah buang di tong sampah ker? I heard its "made by Singaporean. Why... Pakataan mengamalkan Dasar pandang Ke Singapore ker?

About This Blog


Dan adapun orang-orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari keinginan hawa nafsunya. Maka sesungguhnya syurgalah tempat tinggalnya. (al-Naziat ayat 40-41)

"Of all the enemies to public liberty war is, perhaps, the most to be dreaded because it comprises and develops the germ of every other. War is the parent of armies; from these proceed debts and taxes...known instruments for bringing the many under the domination of the few. . . No nation could preserve its freedom in the midst of continual warfare."
- James Madison, Political Observations, 1795

santapan rohani ii

Al-hadith :ثلاثةٌ قد حَرّمَ اللهُ - تَبَارَكَ وَتَعَالَى - عليهم الجنةَ : مُدْمِنُ الخمر ، والعاقّ ، والدّيّوثُ الذييُقِرُّ في أَهْلِهِ الخُبْثَ . رواه أحمد والنسائيErtinya : "Tiga yang telah Allah haramkan baginya Syurga : orang yang ketagih arak, si penderhaka kepada ibu bapa dan Si Dayus yang membiarkan maksiat dilakukan oleh ahli keluarganya" ( Riwayat Ahmad )

PEGANGAN

Ingatlah firman Allah Taala:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا بِطَانَةً مِنْ دُونِكُمْ لَا يَأْلُونَكُمْ خَبَالًا وَدُّوا مَا عَنِتُّمْ قَدْ بَدَتِ الْبَغْضَاءُ مِنْ أَفْوَاهِهِمْ وَمَا تُخْفِي صُدُورُهُمْ أَكْبَرُ قَدْ بَيَّنَّا لَكُمُ الْآيَاتِ إِنْ كُنْتُمْ تَعْقِلُونَ (118) هَا أَنْتُمْ أُولَاءِ تُحِبُّونَهُمْ وَلَا يُحِبُّونَكُمْ وَتُؤْمِنُونَ بِالْكِتَابِ كُلِّهِ وَإِذَا لَقُوكُمْ قَالُوا آمَنَّا وَإِذَا خَلَوْا عَضُّوا عَلَيْكُمُ الْأَنَامِلَ مِنَ الْغَيْظِ قُلْ مُوتُوا بِغَيْظِكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ بِذَاتِ الصُّدُورِ (119)

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi “orang dalam” (yang dipercayai). mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah Kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya. Awaslah! kamu ini adalah orang-orang (yang melanggar larangan), kamu sahajalah yang suka (dan percayakan mereka, sedang mereka tidak suka kepada kamu. kamu juga beriman kepada Segala Kitab Allah (sedang mereka tidak beriman kepada Al-Quran). dan apabila mereka bertemu dengan kamu mereka berkata: “Kami beriman”, tetapi apabila mereka berkumpul sesama sendiri, mereka menggigit hujung jari kerana geram marah (kepada kamu), Katakanlah (Wahai Muhammad): “Matilah kamu Dengan kemarahan kamu itu”. Sesungguhnya Allah sentiasa mengetahui akan Segala (isi hati) yang ada di dalam dada.” [Ali Imran: 118 & 119]
..............................................
تُولِجُ اللَّيْلَ فِي النَّهَارِ وَتُولِجُ النَّهَارَ فِي اللَّيْلِ وَتُخْرِجُ الْحَيَّ مِنَ الْمَيِّتِ وَتُخْرِجُ الْمَيِّتَ مِنَ الْحَيِّ وَتَرْزُقُ مَنْ تَشَاءُ بِغَيْرِ حِسَابٍآل عمران : 27

"Engkaulah (Wahai Tuhan) yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang, dan Engkaulah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Engkaulah juga yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati, dan Engkaulah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup. Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya".

bermubahalah

“Siapa yang membantahmu tentang kisah Isa-Setelah engkau beroleh pengetahuan yang meyakinkan tentang hal itu, maka katakanlah kepada mereka : Marilah kita panggil (kumpulan) anak-anak kami dan anak-anak kalian, isteri-isteri kami, dan isteri-isteri kalian, diri-diri kami dan diri-diri kalian, kemudian kita bermubahalah kepada Allah, mohon agar Allah menjatuhkan laknat-Nya kepada pihak yang berdusta.” (Ali Imran : 61)