Monday, August 29, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Sempena hari mulia ini, saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada seluruh Umat Islam khasnya rakan-rakan bloger sekalian. Semoiga kalian mencapai kemenangan. Wassalam.

Tuesday, August 23, 2011

Dagang Lalu Ditanakkan Pt. V

Mungkinkah Syarikat yang tersenarai di papan utama Kuala Lumpur Stock Exchange (KLSE) sudah mengira sumbangannya untuk PRU 13 demi  mempertahankan dan membalas budi "runner' nya.


Hari ini satu berita yang bertiup kencang bahawa satu rangka menjual Tanah Warisan Rampayan di Kota Belud, Sabah seluas lebih kurang 1,200 ekar oleh Syarikat Swasta yang memohon Tanah Warisan Rampayan telah terpampang di dada media bebas. Anginnya bertiup kencang.  Ibarat "burung terbang dipipiskan lada".

Samada mengena tembakan pemburu ini atau tidak, nyata pemburu ini sedang  asyik memburu harta karun dan masih menaruh segunung harapan bahawa pembesar negeri masih menyuburkan harapannya dan masih mahu memberi restu untuk dia menjadi kaya raya walaupun di atas airmata darah rakyat. After all, katanya "kita tidak merampas tanah NCR, kita memohon tanah kerajaan"...Samalah ertinya dengan ALAHAI ada ku kisah dengan rintihan rakyat!

Wednesday, August 17, 2011

Apa ulasan mengenai tindakan sesetengah pihak yang mempertikaikan hukuman bunuh ke atas orang murtad?

Goodbye to Hudud?
Ulasan penulis didalam artikel sebelum ini memberitahu bahawa Enakmen Hudud di Kelantan,1993 dan Enakmen Hudud Terengganu, 2002 mengisytiharkan bahawa orang Islam yang telah murtad dan menurut enakmen tersebut mereka ini patut dikenakan hukuman mati.

Untuk pengetahuan, Haji Hadi lah yang mempengerusikan jawatankuasa bagi menggubal Rang Undang-Undang Hudud berkenaan dan juga pemimpin PAS yang lain, mengisytiharkan bahawa orang Islam yang menolak Rang Undang-Undang itu adalah murtad dan menurut Enakmen tersebut mereka ini patut dikenakan hukuman mati. ikuti seterusnya di sini
 Dari Blog BELANTAN-  http://belantan.blogspot.com

Saturday, August 13, 2011

Dagang Lalu Dianakkan Pt. IV

 Kenapa membiarkan Wang membeli kemerdekaan Kita?. Kenapa membiarkan wang menyesatkan keputusan kita?

Ada sekeping tanah di Kota Belud yang keluasannya lebih kurang 900 ekar yang terletak di Jalan Rampayan Laut, Kota Belud Sabah, Malaysia. Tanah ini dulunya milik oleh Lion Group, satu syarikat yang beribu pejabat di Singapura. satu syarikat yang listed dalam KLSE. Selain itu Syarikat itu memiliki Sabah Forest Industries di Sipitang.

Tanah 900 ekar ini dianugerahkan oleh Kerajaan Berjaya dan SFI diswastakan semasa kerajaan PBS dan diletakkan  ke tangan Lion Group semasa kerajaan BN. Semuanya berlaku di atas kehendak dan kuasa yang menggunakan "political will" kalau bukan political guts.

Friday, August 12, 2011

Agropilitan: Pembasmian Kemiskinan-Kemana hilangnya suara burung kenari?

Published on: Wednesday, May 20, 2009
Kinabalu: A total RM370 million has been allocated for five agropolitan projects for this year and next under the Sabah Development Corridor (SDC), Chief Minister Datuk Seri Musa Haji Aman said Tuesday.

The projects are in Kota Belud (RM70 million), Pitas (RM120 million), Kemabong (RM40 million), Beluran (RM60 million) and Tongod (RM80 million), he said after chairing the State Steering Committee on Poverty Eradication/SPKR at Wisma Innoprise....Dalam mesyuarat ini diputuskan RM370 juta untuk program Agropolitan..(klik di sini)

Kemana hilangnya suara burung kenari?

HIKMAHNYA:
"Jangan cepat-cepat rampas tanah warisan orang sebab mau buat hotel 8 bintang dan Istana di dasar laut!"

DAGANG LALU DITANAKKAN PT. III

 Pemimpin UMNO perlu berubah atau rebah atau "KENA UBAH". Sesungguhnya kerakusan yang amat sangat terukir di atas nama FIRAUN. Firaun dan Nerhaka amat sinonim.

Pemimpin BN khasnya UMNO siang-siang lagi mengatakan bahawa gerakan Perbadanan Ladang Rakyat di Kelantan mengambilalih tanah rakyat untuk skim ladang rakyat adalah airmata Rakyat Kelantan yang terdiri secara majoritinya dari orang-orang asli Kelantan.

Rata-rata pemimpin ultra UMNO mengatakan dan menuduh Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat Kelantan telah MERAMPAS TANAH DAN HAK RAKYAT orang asli Kelantan khasnya.

Apapun istilah yang digunakan, memohon, mengusahakan, memperbadankankan dan sebagainya, jika hak rakyat dinafikan dan memberikan hak ke atas tanah itu kepada orang lain atau organisasi lain, ianya terus saja di sebut MERAMPAS!. Dan jika mana-mana individu menyokong gagasan Ladang Rakyat, maka ianya dikatakan  oleh parti lawan khasnya UMNO sebagai menyokong RAMPASAN TANAH Rakyat.

Istilah mengambil harta orang lain tanpa kerelaanya dianggap mencuri. Bolehkan kita katakan ianya hanya "mengambil"  Say "Saya tidak curi, saya hanya ambil"!. Kerana itu tidak boleh dihukum mencuri?

Pemimpin perlu melindungi dan membela penyokongnya, rakyat, agar penyokong ini TIDAK tertindas dan tidak dizalimi. Jika penyokong beralih arah menentang pemimpin yang mereka sokong, ternyata sukar bagi pemimpin untuk untuk bertahan. BN khasnya UMNO semasa PRU 12 menghadapi tentangan dari ahli dan penyokong UMNO sebelum itu. Bukankah Tsunami politik melanda BN masa itu dan sehingga kini Barisan Nasional masih TRUMA.

Pembesar Negeri, dengan kuasa yang ada padanya, perlu mengambil iktibar dari insiden Ladang Rakyat di Kelantan, rampasan tanah adat di Nunuk Ragang Ranau dan Insiden tentangan Rakyat terhadap pengambilan Tanah Rakyat di Pitas, Pencerobohan Ladang di Tingkayu, Kunak dan seumpamanya.

UMNO kini harus menghukum pemimpinnya yang RAKUS, rasuah dan mengabaikan rakyat. UMNO sudah tahu bahawa -UMNO : BERUBAH ATAU REBAH. Perdana Menteri Malaysia kelihatan bersungguh-sungguh dengan slogan "Rakyat Didahulukan". Apakah MERAMPAS Tanah Warisan Rampayan ini selari dengan slogan 1Malaysia? Apakah pemimpin yang terang-terang bertindak ANTI slogan  1Malaysia, "Rakyat Didahulukan" layak menjadi pemimpin di bawah Perdana Menteri DS Mohd Najib Tun Razak?.

Apakah "Pembesar Negeri" ini sudah tidak lagi menghiraukan "Suara Rakyat"? Atau  secara sengaja membiarkan penyokong dan ahli-ahli parti sendiri  berpaling dan MENOLAK DAN MEREBAHKAN  pemimpin yang pernah mereka sokong. "KEDER-KEDER"nya yang menyokong tindakan penganiayahan terhadap Rakyat semata-mata kerana mengampu "pembesar" pasti akan menerima hukuman.....menjelang PRU13?  Apakah di bumi sebelah sini slogan "Rakyat Dikemudiankan" yang menjadi ikutan? Tepuklah Dada Tanya Selera.
"....Jika TUN RAZAK masih hidup pasti dia akan bersedih pilu melihat nasib rakyat marhaen ini dizalimi...."
DAGANG LALU DITANAKKAN PT. IV- Akan muncul "soon"

Thursday, August 11, 2011

DAGANG LALU DITANAKKAN PT. II

 Lembu-lembu inipun tersingkir kerana Pembangunan Nexus Karambunai. Tapi lembu Tidak mengapa! Kita BUKAN lembu, kita pengundi.

Masyarakat Kota Belud sudah masak dengan permasalahan Tanah Adat, Tanah Simpan Ternakan (Padang Ragut) dan Tanah Kampung. Bagi masyarakat Kota Belud kesemua kategori ini dianggap sebagai Tanah Warisan Turun Temurun.

Status tanah-tanah ini semua sukar dirungkai menggunakan perundangan yang bertulis. Oleh kerana itu soal-soal  kebijaksanaan, budibicara, intelek yang bermaruah dan norma tolerasi yang tinggi perlu digunapakai. Kota Belud sendiri sebahagian besarnya ialah Tanah Simpan Hidupan Liar yakni habitat burung dan statusnya tidak terbatal dengan sendirinya.

Di Kota Belud ini beberapa Kawasan Padang Ragut ternakan telah dikenal pasti dan diperuntukkan. Padang Ragut Gunasama (Dulunya dipanggil Padang Ragut Pintasan), Padang Ragut Kg Sadok-Sadok, Padang Ragut Kg Rosok Surun dan Padang Ragut Rampayan Ulu.

Sedikit masa lalu, saudara-saudara kita di Kampung Labuan berhimpun kerana membantah tindakan kerajaan "menggunakan" Padang Ragut Gunasama untuk program Agropolitan. Mereka bersatu menentang apa yang disifatkan sebagai "penafian" hak mereka ke atas Padang Ragut Gunasama itu.

Tetapi yang and tidak pernah dengar barangkali ialah hilangnya Status Tanah Padang Ragut Rampayan Ulu yang keluasanya melebihi 700 ekar yang lenyap beberapa puluh tahun yang lalu. Ceritanya tanah ini diberikan kepada Syarikat swasta konon untuk dimajukan AGAR DAPAT GENERATE INCOME KEPADA PENDUDUK SEKITAR DAN LIMPAHAN PEMBANGUNAN EKONOMINYA (Economic spill over effect) DAPAT DIRASAI OLEH RAKYAT SETEMPAT berserta  PELUANG PEKERJAAN YANG TERWUJUD!!. 

Tanyalah masyarakat setempat kini APA LIMPAHAN EKONOMI YANG MELIMPAH setelah tanah  Simpan Padang Ragut Rampayan Ulu itu diberikan kepada pihak swasta? Jawabnya ZERO! atau KOSONG. Inilah kes genuine "Dagang Lalu Ditanakkan". Pemimpin luar itu kembali ke asalnya dan tanah yang diluluskan kepadanya itu digadainya atau dimorgage untuk mendapat wang tunai!. Kalaupun tanah ini tergadai, apa ruginya pihak swasta yang mendapat tanah ini? Nothing!. Sekali lagi "Dagang Lalu Ditanakkan".

Berapa banyak lagikah tanah warisan, tanah adat, tanah padang ragut dan tanah simpan yang bakal diserahkan kepada syarikat swasta atas alasan LIMPAHAN EKONOMI dan PELUANG PEKERJAAN? dan PROGRAM BESAR? Tidakkah kita sedar bahawa penduduk di Karambunai di mana terbinanya Hotel Nexus dan Padang Golfnya yang terbentang akan sedikit masa lagi akan dihalau  dan terhalau dari tanah yang mereka diami sejak turun temurun. Kenapa? Kerana tanah Kampung Karambunai tiada status NCR! ker? Atau kerana ada pemimpin yang berbuih mulutnya menusuki ubun-ubun pemikiran rakyat bahawa LIMPAHAN EKONOMI DAN PELUANG PEKERJAAN  akan datang berbondong bondong dan bertali arus?

Setelah Hotel Nexus terbina sebagai "some say its heaven", MANA LIMPAHAN EKONOMI DAN PELUANG PEKERJAAN kepada penduduk Kg Karambunai? Berapa ramai pendatang asing atau buruh asing yang berkerja di Karambunai?

Dan tidak jauh dari Karambunai anda akan melihat KKIP...Ke mana perginya penduduk dan pemilik tanah KKIP dahulu setelah  omongan LIMPAHAN EKONOMI DAN PELUANG PEKERJAAN yang diluahkan para "teknokrat" yang belajar dari Israel!? Ke saku untuk mempertahankan kedudukan?

Dagang Lalu Ditanakkan PT1.

Ini bukan Semenanjung Gaza. Ini Kampung Saya. Tiada sijil NCR tetapi Warisan Turun Temurun.

Bertahun saya tidak mengunjung lama ini. Lama saya berehat menulis dalam ruang blog ini. Kekadang rindu juga hendak menulis tetapi kekangan waktu dik kerja selalu mengalahkan niat saya menulis. Rindu kampung halaman yang teramat membuatkan saya ingin menulis dan menggagahi waktu dan kekangan tugas.

Salam ketemu kembali rakan-rakan di dunia cyber.

Dagang lalu ditanakkan, kera dihutan disusukan, anak dibiarkan menangis kelaparan. Anda sudah tahu maksud peribahasa ini kerna saya tahu anda bijaksana. Namun siapakah dagang yang lalu itu lalu kita keluarkan isi dapur kita untuk kita tanakkan buat santapannya?. Dagang ini kan orang luar!!!

Nasib anak bangsa kita TIDAK akan diperjuangkan oleh ORANG LUAR.  Malah Sidagang akan memperdagang kita dan harta kita, hak kita, harta kita termasuk tanah warisan kita hinggalah ke genarasi kita untuk kepentingan si dagang. Dan si dagang akan pulang.

Teringat saya kisah seorang penduduk di Kampung Rosok yang sanggup berkorban dihujung senjata kerana mempertahankan hak dan tanahmya. BUKAN tanah NCR (Native costomery Right) tapi konon tanah kerjaan tetapi telah didiaminya sejak turun temurun tetapi dia tercabar kerana tanahnya diambil pemerintah atau individu. Di mana tanah NCR di Kota Belud?. Orang itu papa harta benda tetapi mati dihujung senjata pemerintah. Ke mana menara dan keagungan ketua pemerintah yang membawa sengketa si papa yang dirampas tanahnya dan diragut nyawanya? Gugur dan gugur dan gugur, rebah dan rebah dan rebah tanpa bisa bangun......

Tanah yang keluarga anda duduki  dengan rumah besar atau usang sejak turun temurun di Kampung Rampayan Ulu, Rampayan Laut dan Kg Kayu Putih, Kg Nanamun, Kilapi, Tapukan..Pintasan ke Pantai Emas. Adakah tanah tapak rumah anda dan halamannya berstatus NCR? Ada surat mengatakan itu NCR? JAWABANNYA TIADA...JADI  status bukan NCR ini senjata yang digunakan untuk merampok harta anak-anak bangsa kita? atau sekadar MENGHALALKAN YANG HARAM?

....bersambung Pt. ii

BACA JUGA
UNCONVENTIONAL WEAPON AGAINST PEOPLE OF GAZA

Sunday, August 7, 2011

Aqiqah Cimahi Bandung

Aqiqah murah di Bandung


sentra aqiqah cibiru bandung, di rumah akikah Dapur Aqiqah, jasa aqiqah, sentra kambing & tempat paket jasa aqiqah & kambing guling satu lokasi.


Dapur Aqiqah Bandung Cimahi  ialah rumah aqiqah Bandung, Cimahi, & Bandung Timur, Cileunyi, Bandung Selatan, Bandung Barat, Bandung Utara, Jawa Barat. Pusat aqiqah murah online kota Bandung serta layanan catering paket jasa akikah anak dengan biaya murah. Dapur Aqiqah adalah juga pusat domba akikah,  kambing qurban & kambing guling Bandung yang berpengalaman dari 2009. Proses penyembelihan InsyaaAllah sesuai syariat bersertifikat MUI, harga murah dan koki sangat berpengalaman. Paket jasa akikah custom, Anda dapat pilih sendiri, melakukan proses penyembelihan sendiri, untuk dibawa hidup, mentah/potong bersih, diolah untuk prasmanan ataupun untuk nasi box, dapat juga untuk dihidangkan sebagai kambing guling.



Kambing aqiqah murah Bandung, Dapur Aqiqah Bandung adalah sentra aqeqah Bandung Cimahi yang telah berpengalaman sejak 2009, fasilitator paket jasa aqiqah komplit dengan harga termurah untuk keluarga muslim di Kota Bandung, Cimahi dan sekitarnya. Cara penjagalan kambing akikah memenuhi syarat syariah, daging kambing dimasak oleh koki sangat berpengalaman sehingga hasil sajian domba akekah, lezat dan tanpa prengus.

Kenapa Memilih Aqiqah di Dapur Aqiqah, rumah aqiqah Bandung?


Jasa aqiqah murah, lebih lanjut merupakan sebab mengapa Anda wajib aqeqah di pusat akikah, Dapur Aqiqah untuk memperlancar masyarakat untuk menjalankan acara aqeqah:

Dapur Aqiqah Bandung memiliki beragam alternatif layanan aqiqah yang dapat Bapak-ibu pilih menyesuaikan dengan budget serta daya kesanggupan keuangan Bapak-ibu. Beberapa sajian yang ditawarkan dalam bentuk paket akekah eksklusif yang dapat kamu pilih seenak hati Bapak-ibu. Paet yang tersedia tercantum telah disusun dengan baik sehingga dapat dimanfaatkan Bapak-ibu untuk memilih porsi yang pas untuk tamu saudara. Menu yang disajikan merupakan menu sehat yang dimasak menggunakan bahan-bahan yang terbagus untuk memproduksi hidangan sedap serta sehat yang dapat Anda dihidangkan untuk undangan saudara. Di Dapur Aqiqah Bandung, kambing aqiqah yang disajikan tanpa berbu prengus cirikhas domba yang dapat Anda jumpai dalam banyak sajian daging domba.

Di, rumah aqiqah Dapur Aqiqah Anda juga dapat mengajukan foot tester maka dari itu saudara dapat mndapatkan jaminan mutu sajian dari menu jasa layanan aqeqah yang diitawarkan oleh tempat akikah tersebut. Penjagalan domba aqiqah di Dapur Aqiqah Bandung InsyaaAllah mengikuti ketentuan syariat Islam dan telah memperoleh bersertifikat MUI, dengan harga termurah.


Rumah aqiqah Dapur Aqiqah ialah jasa layanan akikah di Bandung/Bandung Cimahi pioneer yang memiliki jasa layanan One Stop Service, sistem yang terpadu dalam layanan satu tempat, sentra akikah Bandung. Dapur Aqiqah menggabungkan Kantor Layanan, Kandang domba aqeqah, tempat penjagalan domba & tempat produksi dalam satu area. Di Dapur Aqiqah Bapak-ibu dapat berkonsultasi & order paket dengan seketika, serta bisa juga menyaksikan & memilih kambing akekah, selanjutnya akad/doa & menyaksikan penjagalan. Proses Potong bersih 20 Menit beres. Dapat ditunggu..!? Dapur Aqiqah jua mempunyai paket jasa layanan domba guling dengan harga terjangkau yang bisa show di tempat. Pesanan akekah juga dapat langsung diantar ke tempat kamu dan juga bisa disalurkan ke dhuafa/panti asuhan. Impian kami, selain Anda mendapatkan harga aqeqah yang dapat bersaing & InsyaaAllah, ibadah akikah Anda lebih berkah.

 

Dengan mulai Rp.900 Ribuan (Mentah)/Rp.1 Jutaan (Matang) siap kirim ke alamat Anda.

GRATIS ONGKIR: Kodya Bandung, Bandung Timur, Cimahi Kota, & Cileunyi

About This Blog


Dan adapun orang-orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari keinginan hawa nafsunya. Maka sesungguhnya syurgalah tempat tinggalnya. (al-Naziat ayat 40-41)

"Of all the enemies to public liberty war is, perhaps, the most to be dreaded because it comprises and develops the germ of every other. War is the parent of armies; from these proceed debts and taxes...known instruments for bringing the many under the domination of the few. . . No nation could preserve its freedom in the midst of continual warfare."
- James Madison, Political Observations, 1795

santapan rohani ii

Al-hadith :ثلاثةٌ قد حَرّمَ اللهُ - تَبَارَكَ وَتَعَالَى - عليهم الجنةَ : مُدْمِنُ الخمر ، والعاقّ ، والدّيّوثُ الذييُقِرُّ في أَهْلِهِ الخُبْثَ . رواه أحمد والنسائيErtinya : "Tiga yang telah Allah haramkan baginya Syurga : orang yang ketagih arak, si penderhaka kepada ibu bapa dan Si Dayus yang membiarkan maksiat dilakukan oleh ahli keluarganya" ( Riwayat Ahmad )

PEGANGAN

Ingatlah firman Allah Taala:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا بِطَانَةً مِنْ دُونِكُمْ لَا يَأْلُونَكُمْ خَبَالًا وَدُّوا مَا عَنِتُّمْ قَدْ بَدَتِ الْبَغْضَاءُ مِنْ أَفْوَاهِهِمْ وَمَا تُخْفِي صُدُورُهُمْ أَكْبَرُ قَدْ بَيَّنَّا لَكُمُ الْآيَاتِ إِنْ كُنْتُمْ تَعْقِلُونَ (118) هَا أَنْتُمْ أُولَاءِ تُحِبُّونَهُمْ وَلَا يُحِبُّونَكُمْ وَتُؤْمِنُونَ بِالْكِتَابِ كُلِّهِ وَإِذَا لَقُوكُمْ قَالُوا آمَنَّا وَإِذَا خَلَوْا عَضُّوا عَلَيْكُمُ الْأَنَامِلَ مِنَ الْغَيْظِ قُلْ مُوتُوا بِغَيْظِكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ بِذَاتِ الصُّدُورِ (119)

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi “orang dalam” (yang dipercayai). mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah Kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya. Awaslah! kamu ini adalah orang-orang (yang melanggar larangan), kamu sahajalah yang suka (dan percayakan mereka, sedang mereka tidak suka kepada kamu. kamu juga beriman kepada Segala Kitab Allah (sedang mereka tidak beriman kepada Al-Quran). dan apabila mereka bertemu dengan kamu mereka berkata: “Kami beriman”, tetapi apabila mereka berkumpul sesama sendiri, mereka menggigit hujung jari kerana geram marah (kepada kamu), Katakanlah (Wahai Muhammad): “Matilah kamu Dengan kemarahan kamu itu”. Sesungguhnya Allah sentiasa mengetahui akan Segala (isi hati) yang ada di dalam dada.” [Ali Imran: 118 & 119]
..............................................
تُولِجُ اللَّيْلَ فِي النَّهَارِ وَتُولِجُ النَّهَارَ فِي اللَّيْلِ وَتُخْرِجُ الْحَيَّ مِنَ الْمَيِّتِ وَتُخْرِجُ الْمَيِّتَ مِنَ الْحَيِّ وَتَرْزُقُ مَنْ تَشَاءُ بِغَيْرِ حِسَابٍآل عمران : 27

"Engkaulah (Wahai Tuhan) yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang, dan Engkaulah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Engkaulah juga yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati, dan Engkaulah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup. Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya".

bermubahalah

“Siapa yang membantahmu tentang kisah Isa-Setelah engkau beroleh pengetahuan yang meyakinkan tentang hal itu, maka katakanlah kepada mereka : Marilah kita panggil (kumpulan) anak-anak kami dan anak-anak kalian, isteri-isteri kami, dan isteri-isteri kalian, diri-diri kami dan diri-diri kalian, kemudian kita bermubahalah kepada Allah, mohon agar Allah menjatuhkan laknat-Nya kepada pihak yang berdusta.” (Ali Imran : 61)