Friday, August 12, 2011

DAGANG LALU DITANAKKAN PT. III

 Pemimpin UMNO perlu berubah atau rebah atau "KENA UBAH". Sesungguhnya kerakusan yang amat sangat terukir di atas nama FIRAUN. Firaun dan Nerhaka amat sinonim.

Pemimpin BN khasnya UMNO siang-siang lagi mengatakan bahawa gerakan Perbadanan Ladang Rakyat di Kelantan mengambilalih tanah rakyat untuk skim ladang rakyat adalah airmata Rakyat Kelantan yang terdiri secara majoritinya dari orang-orang asli Kelantan.

Rata-rata pemimpin ultra UMNO mengatakan dan menuduh Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat Kelantan telah MERAMPAS TANAH DAN HAK RAKYAT orang asli Kelantan khasnya.

Apapun istilah yang digunakan, memohon, mengusahakan, memperbadankankan dan sebagainya, jika hak rakyat dinafikan dan memberikan hak ke atas tanah itu kepada orang lain atau organisasi lain, ianya terus saja di sebut MERAMPAS!. Dan jika mana-mana individu menyokong gagasan Ladang Rakyat, maka ianya dikatakan  oleh parti lawan khasnya UMNO sebagai menyokong RAMPASAN TANAH Rakyat.

Istilah mengambil harta orang lain tanpa kerelaanya dianggap mencuri. Bolehkan kita katakan ianya hanya "mengambil"  Say "Saya tidak curi, saya hanya ambil"!. Kerana itu tidak boleh dihukum mencuri?

Pemimpin perlu melindungi dan membela penyokongnya, rakyat, agar penyokong ini TIDAK tertindas dan tidak dizalimi. Jika penyokong beralih arah menentang pemimpin yang mereka sokong, ternyata sukar bagi pemimpin untuk untuk bertahan. BN khasnya UMNO semasa PRU 12 menghadapi tentangan dari ahli dan penyokong UMNO sebelum itu. Bukankah Tsunami politik melanda BN masa itu dan sehingga kini Barisan Nasional masih TRUMA.

Pembesar Negeri, dengan kuasa yang ada padanya, perlu mengambil iktibar dari insiden Ladang Rakyat di Kelantan, rampasan tanah adat di Nunuk Ragang Ranau dan Insiden tentangan Rakyat terhadap pengambilan Tanah Rakyat di Pitas, Pencerobohan Ladang di Tingkayu, Kunak dan seumpamanya.

UMNO kini harus menghukum pemimpinnya yang RAKUS, rasuah dan mengabaikan rakyat. UMNO sudah tahu bahawa -UMNO : BERUBAH ATAU REBAH. Perdana Menteri Malaysia kelihatan bersungguh-sungguh dengan slogan "Rakyat Didahulukan". Apakah MERAMPAS Tanah Warisan Rampayan ini selari dengan slogan 1Malaysia? Apakah pemimpin yang terang-terang bertindak ANTI slogan  1Malaysia, "Rakyat Didahulukan" layak menjadi pemimpin di bawah Perdana Menteri DS Mohd Najib Tun Razak?.

Apakah "Pembesar Negeri" ini sudah tidak lagi menghiraukan "Suara Rakyat"? Atau  secara sengaja membiarkan penyokong dan ahli-ahli parti sendiri  berpaling dan MENOLAK DAN MEREBAHKAN  pemimpin yang pernah mereka sokong. "KEDER-KEDER"nya yang menyokong tindakan penganiayahan terhadap Rakyat semata-mata kerana mengampu "pembesar" pasti akan menerima hukuman.....menjelang PRU13?  Apakah di bumi sebelah sini slogan "Rakyat Dikemudiankan" yang menjadi ikutan? Tepuklah Dada Tanya Selera.
"....Jika TUN RAZAK masih hidup pasti dia akan bersedih pilu melihat nasib rakyat marhaen ini dizalimi...."
DAGANG LALU DITANAKKAN PT. IV- Akan muncul "soon"

8 comments:

kelapa mawar said...

Salam Ayahanda Sabahkita ..

teruskan...Artikel ini wajar didedahkan kepada pemimpin KB..

sigal said...

Saya ada beberapa soalan, Adakah sebelum ini ada penduduk kampung yang menduduki kawasan tersebut?

sigal said...

Tapi saya berpendapat kita bangunkan saja tempat itu dan minta kerajaan sediakan tempat baru untuk yang terlibat.

surinah abas said...

Banyak episod sudah Dagang Lalu DiTanakkan. Tunggu kemunculan episod seterusnya.

Hanroizin said...

Kerajaan perlulah mengambil serius perkara ini. Mungkin sokongan rakyat sangat penting.

rebirth said...

tanah itu belum pun diluluskan oleh kabinet negeri untuk tujuan pembangunan..

Mohd Ishak said...

Tidak pasti siapa yang patut kita percaya.

shiro said...

mungkinkah penduduk akan membawa isu ini ke mahkamah?

About This Blog


Dan adapun orang-orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari keinginan hawa nafsunya. Maka sesungguhnya syurgalah tempat tinggalnya. (al-Naziat ayat 40-41)

"Of all the enemies to public liberty war is, perhaps, the most to be dreaded because it comprises and develops the germ of every other. War is the parent of armies; from these proceed debts and taxes...known instruments for bringing the many under the domination of the few. . . No nation could preserve its freedom in the midst of continual warfare."
- James Madison, Political Observations, 1795

santapan rohani ii

Al-hadith :ثلاثةٌ قد حَرّمَ اللهُ - تَبَارَكَ وَتَعَالَى - عليهم الجنةَ : مُدْمِنُ الخمر ، والعاقّ ، والدّيّوثُ الذييُقِرُّ في أَهْلِهِ الخُبْثَ . رواه أحمد والنسائيErtinya : "Tiga yang telah Allah haramkan baginya Syurga : orang yang ketagih arak, si penderhaka kepada ibu bapa dan Si Dayus yang membiarkan maksiat dilakukan oleh ahli keluarganya" ( Riwayat Ahmad )

PEGANGAN

Ingatlah firman Allah Taala:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا بِطَانَةً مِنْ دُونِكُمْ لَا يَأْلُونَكُمْ خَبَالًا وَدُّوا مَا عَنِتُّمْ قَدْ بَدَتِ الْبَغْضَاءُ مِنْ أَفْوَاهِهِمْ وَمَا تُخْفِي صُدُورُهُمْ أَكْبَرُ قَدْ بَيَّنَّا لَكُمُ الْآيَاتِ إِنْ كُنْتُمْ تَعْقِلُونَ (118) هَا أَنْتُمْ أُولَاءِ تُحِبُّونَهُمْ وَلَا يُحِبُّونَكُمْ وَتُؤْمِنُونَ بِالْكِتَابِ كُلِّهِ وَإِذَا لَقُوكُمْ قَالُوا آمَنَّا وَإِذَا خَلَوْا عَضُّوا عَلَيْكُمُ الْأَنَامِلَ مِنَ الْغَيْظِ قُلْ مُوتُوا بِغَيْظِكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ بِذَاتِ الصُّدُورِ (119)

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi “orang dalam” (yang dipercayai). mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah Kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya. Awaslah! kamu ini adalah orang-orang (yang melanggar larangan), kamu sahajalah yang suka (dan percayakan mereka, sedang mereka tidak suka kepada kamu. kamu juga beriman kepada Segala Kitab Allah (sedang mereka tidak beriman kepada Al-Quran). dan apabila mereka bertemu dengan kamu mereka berkata: “Kami beriman”, tetapi apabila mereka berkumpul sesama sendiri, mereka menggigit hujung jari kerana geram marah (kepada kamu), Katakanlah (Wahai Muhammad): “Matilah kamu Dengan kemarahan kamu itu”. Sesungguhnya Allah sentiasa mengetahui akan Segala (isi hati) yang ada di dalam dada.” [Ali Imran: 118 & 119]
..............................................
تُولِجُ اللَّيْلَ فِي النَّهَارِ وَتُولِجُ النَّهَارَ فِي اللَّيْلِ وَتُخْرِجُ الْحَيَّ مِنَ الْمَيِّتِ وَتُخْرِجُ الْمَيِّتَ مِنَ الْحَيِّ وَتَرْزُقُ مَنْ تَشَاءُ بِغَيْرِ حِسَابٍآل عمران : 27

"Engkaulah (Wahai Tuhan) yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang, dan Engkaulah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Engkaulah juga yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati, dan Engkaulah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup. Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya".

bermubahalah

“Siapa yang membantahmu tentang kisah Isa-Setelah engkau beroleh pengetahuan yang meyakinkan tentang hal itu, maka katakanlah kepada mereka : Marilah kita panggil (kumpulan) anak-anak kami dan anak-anak kalian, isteri-isteri kami, dan isteri-isteri kalian, diri-diri kami dan diri-diri kalian, kemudian kita bermubahalah kepada Allah, mohon agar Allah menjatuhkan laknat-Nya kepada pihak yang berdusta.” (Ali Imran : 61)