Thursday, August 11, 2011

DAGANG LALU DITANAKKAN PT. II

 Lembu-lembu inipun tersingkir kerana Pembangunan Nexus Karambunai. Tapi lembu Tidak mengapa! Kita BUKAN lembu, kita pengundi.

Masyarakat Kota Belud sudah masak dengan permasalahan Tanah Adat, Tanah Simpan Ternakan (Padang Ragut) dan Tanah Kampung. Bagi masyarakat Kota Belud kesemua kategori ini dianggap sebagai Tanah Warisan Turun Temurun.

Status tanah-tanah ini semua sukar dirungkai menggunakan perundangan yang bertulis. Oleh kerana itu soal-soal  kebijaksanaan, budibicara, intelek yang bermaruah dan norma tolerasi yang tinggi perlu digunapakai. Kota Belud sendiri sebahagian besarnya ialah Tanah Simpan Hidupan Liar yakni habitat burung dan statusnya tidak terbatal dengan sendirinya.

Di Kota Belud ini beberapa Kawasan Padang Ragut ternakan telah dikenal pasti dan diperuntukkan. Padang Ragut Gunasama (Dulunya dipanggil Padang Ragut Pintasan), Padang Ragut Kg Sadok-Sadok, Padang Ragut Kg Rosok Surun dan Padang Ragut Rampayan Ulu.

Sedikit masa lalu, saudara-saudara kita di Kampung Labuan berhimpun kerana membantah tindakan kerajaan "menggunakan" Padang Ragut Gunasama untuk program Agropolitan. Mereka bersatu menentang apa yang disifatkan sebagai "penafian" hak mereka ke atas Padang Ragut Gunasama itu.

Tetapi yang and tidak pernah dengar barangkali ialah hilangnya Status Tanah Padang Ragut Rampayan Ulu yang keluasanya melebihi 700 ekar yang lenyap beberapa puluh tahun yang lalu. Ceritanya tanah ini diberikan kepada Syarikat swasta konon untuk dimajukan AGAR DAPAT GENERATE INCOME KEPADA PENDUDUK SEKITAR DAN LIMPAHAN PEMBANGUNAN EKONOMINYA (Economic spill over effect) DAPAT DIRASAI OLEH RAKYAT SETEMPAT berserta  PELUANG PEKERJAAN YANG TERWUJUD!!. 

Tanyalah masyarakat setempat kini APA LIMPAHAN EKONOMI YANG MELIMPAH setelah tanah  Simpan Padang Ragut Rampayan Ulu itu diberikan kepada pihak swasta? Jawabnya ZERO! atau KOSONG. Inilah kes genuine "Dagang Lalu Ditanakkan". Pemimpin luar itu kembali ke asalnya dan tanah yang diluluskan kepadanya itu digadainya atau dimorgage untuk mendapat wang tunai!. Kalaupun tanah ini tergadai, apa ruginya pihak swasta yang mendapat tanah ini? Nothing!. Sekali lagi "Dagang Lalu Ditanakkan".

Berapa banyak lagikah tanah warisan, tanah adat, tanah padang ragut dan tanah simpan yang bakal diserahkan kepada syarikat swasta atas alasan LIMPAHAN EKONOMI dan PELUANG PEKERJAAN? dan PROGRAM BESAR? Tidakkah kita sedar bahawa penduduk di Karambunai di mana terbinanya Hotel Nexus dan Padang Golfnya yang terbentang akan sedikit masa lagi akan dihalau  dan terhalau dari tanah yang mereka diami sejak turun temurun. Kenapa? Kerana tanah Kampung Karambunai tiada status NCR! ker? Atau kerana ada pemimpin yang berbuih mulutnya menusuki ubun-ubun pemikiran rakyat bahawa LIMPAHAN EKONOMI DAN PELUANG PEKERJAAN  akan datang berbondong bondong dan bertali arus?

Setelah Hotel Nexus terbina sebagai "some say its heaven", MANA LIMPAHAN EKONOMI DAN PELUANG PEKERJAAN kepada penduduk Kg Karambunai? Berapa ramai pendatang asing atau buruh asing yang berkerja di Karambunai?

Dan tidak jauh dari Karambunai anda akan melihat KKIP...Ke mana perginya penduduk dan pemilik tanah KKIP dahulu setelah  omongan LIMPAHAN EKONOMI DAN PELUANG PEKERJAAN yang diluahkan para "teknokrat" yang belajar dari Israel!? Ke saku untuk mempertahankan kedudukan?

10 comments:

kelapa mawar said...

Slm Ayahanda Sabahkita..

saya sangat teruja membaca artikel ini....sangat bernilai ertinya bagi generasi yang baru dipapah ideologinya...

shiro said...

tanah yang dirampas tersebut umpama sebatang pokok durian yang berstatus 'donkomolohingan' bagi kaum dusun di mana jika pokok durian tersebut sudah berbuah sesiapa saja penduduk di kampung tersebut boleh mengambil buahnya kerana ia diwarisi turun temurun oleh nenek moyang. namun, masa berlalu akan mengubah keadaan ini. ada penduduk kampung akan mengatakan pokok durian tersebut miliknya dan dia akan melarang orang lain untuk mengambil buah tersebut sedangkan ia sebenarnya tidak dinyatakan hak milik individu melainkan hak milik bersama. apa yang saya tekankan di sini ialah bila penduduk kampung yang memelihara tanah dan menganggapnya sebagai turun temurun tapi tidak dinyatakan oleh sebarang bentuk bukti terutama berbentuk bertulis maka tanah tersebut mudah untuk menimbulkan masalah sehingga akhirnya tanah tersebut jatuh ke tangan pihak lain yang tidak sepatutnya.

Antanum said...

Mungkin tidak sempat untuk menunggu peluang kerja yang ditawarkan di Karambunai , mereka sudah mendapat pekerjaan lain....

Antanum said...

Pastikan suara rakyat didengar dan rakyat seharusnya diutamakan.

Hanroizin said...

Peluang pekerjaan itu mungkin banyak tapi mungkin kerana sikap orang kita yang memilih pekerjaan menyebabkan kurang penduduk kg bekerja di resort tersebut. Harap sikap ini dapat diubah oleh penduduk itu sendiri.

rebirth said...

jika di sabah sekarang ini tidak wujud resort, shopping complex, ladang dan kilang kelapa sawit, dan sebagainya, dimana agaknya sabah memperolehi limpahan ekonominya? mungkinkah pada waktu ini saya dan penduduk Sabah yang lain masih bercucuk tanam untuk menjana ekonomi diri sendiri dan negeri sabah?

Mohd Ishak said...

Harap rakyat sendiri pandai menilai isu ini dengan bijaksana.

Paquin said...

Peluang kerja memang ada.. Tapi masalahnya bukan pasal pilih kerja cuma bagi saya mcm mana mo survive kalau gaji cukup bayar tambang ja???

Paquin said...

Persoalan yang ditimbulkan tersangatlah benar. Namun apa yang harus kita lakukan selain daripada mengaharapkan hal ini dapat ditanggani dengan baik??

Paquin said...

Harap pihak yang berkenaan akan campur tangan dalam perkara ini.

About This Blog


Dan adapun orang-orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari keinginan hawa nafsunya. Maka sesungguhnya syurgalah tempat tinggalnya. (al-Naziat ayat 40-41)

"Of all the enemies to public liberty war is, perhaps, the most to be dreaded because it comprises and develops the germ of every other. War is the parent of armies; from these proceed debts and taxes...known instruments for bringing the many under the domination of the few. . . No nation could preserve its freedom in the midst of continual warfare."
- James Madison, Political Observations, 1795

santapan rohani ii

Al-hadith :ثلاثةٌ قد حَرّمَ اللهُ - تَبَارَكَ وَتَعَالَى - عليهم الجنةَ : مُدْمِنُ الخمر ، والعاقّ ، والدّيّوثُ الذييُقِرُّ في أَهْلِهِ الخُبْثَ . رواه أحمد والنسائيErtinya : "Tiga yang telah Allah haramkan baginya Syurga : orang yang ketagih arak, si penderhaka kepada ibu bapa dan Si Dayus yang membiarkan maksiat dilakukan oleh ahli keluarganya" ( Riwayat Ahmad )

PEGANGAN

Ingatlah firman Allah Taala:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا بِطَانَةً مِنْ دُونِكُمْ لَا يَأْلُونَكُمْ خَبَالًا وَدُّوا مَا عَنِتُّمْ قَدْ بَدَتِ الْبَغْضَاءُ مِنْ أَفْوَاهِهِمْ وَمَا تُخْفِي صُدُورُهُمْ أَكْبَرُ قَدْ بَيَّنَّا لَكُمُ الْآيَاتِ إِنْ كُنْتُمْ تَعْقِلُونَ (118) هَا أَنْتُمْ أُولَاءِ تُحِبُّونَهُمْ وَلَا يُحِبُّونَكُمْ وَتُؤْمِنُونَ بِالْكِتَابِ كُلِّهِ وَإِذَا لَقُوكُمْ قَالُوا آمَنَّا وَإِذَا خَلَوْا عَضُّوا عَلَيْكُمُ الْأَنَامِلَ مِنَ الْغَيْظِ قُلْ مُوتُوا بِغَيْظِكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ بِذَاتِ الصُّدُورِ (119)

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi “orang dalam” (yang dipercayai). mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah Kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya. Awaslah! kamu ini adalah orang-orang (yang melanggar larangan), kamu sahajalah yang suka (dan percayakan mereka, sedang mereka tidak suka kepada kamu. kamu juga beriman kepada Segala Kitab Allah (sedang mereka tidak beriman kepada Al-Quran). dan apabila mereka bertemu dengan kamu mereka berkata: “Kami beriman”, tetapi apabila mereka berkumpul sesama sendiri, mereka menggigit hujung jari kerana geram marah (kepada kamu), Katakanlah (Wahai Muhammad): “Matilah kamu Dengan kemarahan kamu itu”. Sesungguhnya Allah sentiasa mengetahui akan Segala (isi hati) yang ada di dalam dada.” [Ali Imran: 118 & 119]
..............................................
تُولِجُ اللَّيْلَ فِي النَّهَارِ وَتُولِجُ النَّهَارَ فِي اللَّيْلِ وَتُخْرِجُ الْحَيَّ مِنَ الْمَيِّتِ وَتُخْرِجُ الْمَيِّتَ مِنَ الْحَيِّ وَتَرْزُقُ مَنْ تَشَاءُ بِغَيْرِ حِسَابٍآل عمران : 27

"Engkaulah (Wahai Tuhan) yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang, dan Engkaulah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Engkaulah juga yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati, dan Engkaulah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup. Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya".

bermubahalah

“Siapa yang membantahmu tentang kisah Isa-Setelah engkau beroleh pengetahuan yang meyakinkan tentang hal itu, maka katakanlah kepada mereka : Marilah kita panggil (kumpulan) anak-anak kami dan anak-anak kalian, isteri-isteri kami, dan isteri-isteri kalian, diri-diri kami dan diri-diri kalian, kemudian kita bermubahalah kepada Allah, mohon agar Allah menjatuhkan laknat-Nya kepada pihak yang berdusta.” (Ali Imran : 61)