Saturday, August 13, 2011

Dagang Lalu Dianakkan Pt. IV

 Kenapa membiarkan Wang membeli kemerdekaan Kita?. Kenapa membiarkan wang menyesatkan keputusan kita?

Ada sekeping tanah di Kota Belud yang keluasannya lebih kurang 900 ekar yang terletak di Jalan Rampayan Laut, Kota Belud Sabah, Malaysia. Tanah ini dulunya milik oleh Lion Group, satu syarikat yang beribu pejabat di Singapura. satu syarikat yang listed dalam KLSE. Selain itu Syarikat itu memiliki Sabah Forest Industries di Sipitang.

Tanah 900 ekar ini dianugerahkan oleh Kerajaan Berjaya dan SFI diswastakan semasa kerajaan PBS dan diletakkan  ke tangan Lion Group semasa kerajaan BN. Semuanya berlaku di atas kehendak dan kuasa yang menggunakan "political will" kalau bukan political guts.
Lion Group pada asalnya mengusahakan Perladangan Udang atas intiti syarikat AQUA BIO.  Khabarnya tanah seluas 900 ekar itu kini telahpun dimiliki oleh Air Keroh Resort Sdn Bhd. Nyatanya Air Keroh RESORT ini punya rencana DI ATAS KERTAS VERY DECEPTIVE untuk melaksanakan Aqua Tourism? Jika tidak, kenapa ianya menggunakan intiti sebagai RESORT di atas tanah yang asalnya diluluskan untuk AQUACULTUR.

Tapi yang jelas tanah itu kini telah BERTUKAR tangan aka bertukar tuan. Dijual? Ditransfer sebagai pelaburan Saham? Digadai?.. Kita semua masyarakat Kota Belud sudah tiada kuasa ke atas tanah itu kerana ianya sudah menjadi "PRIVATE PROPERTY" ATAU "HARTA PERSENDIRIAN". Hatta kita menangis dengan airmata darah sekalipun, hak ke atas tanah itu tidak akan bertukar semula ke tangan Masyarakat Kota Belud. 

Oleh kerana tanah itu diluluskan dengan menggunakan political power kalau bukan political guts, adakah pemimpin dan pembesar negeri yang sanggup mengambil kembali tanah ini  dan mengembalikan kepada rakyat dengan menggunakan "political power kalau bukan political guts?

Lion Group sebuah syarikat besar bertaraf antarabangsa. Apakah Kinsa Mewah yang dreaming merampas Tanah Warisan Rampayan lebih mewah dan besar dari Lion Group? I am sorry to ask!

Tanah Lion Group sudah bertukar tangan dan bertukar tuan. Palis palis, jika Tanah Warisan diluluskan kepada Kinsa Mewah, tidak cukupkah kita belajar dari sejarah yang terpampang di hadapan mata kita?

Jika dagang yang lalu telah kita tanakkan dahulu, apakah kita akan tanakkan dagang lalu yang satu lagi ini?  Apakah kita menyerahkan bulat-bulat kepada takdir yakni jika kerajaan menyerahkan tanah Warisan Rampayan itu kepada Kinsa Mewah maka kita PASRAH!.

Dulu ibu bapa kita "hanya bersekolah atap dan menggunakan cap jampol di samping menghadiri kelas Al Quran yang kini sering dikaitkan dengan kelas Fardhu Ain. Kini kita naik turun di menara gading.  Apakah kita semakin lemah atau mudah kelabu kerana habuan pangkat dan wang ringgit dari PROJEK?

Saya teringat kata-kata mantan SKN..Setiausaha Kerajaan Negeri.. Katanya "Politicians come and go BUT before they leave, they have done a lot of damages"...Well I agree to disagree anyway...Tetapi pemimpin dengan kalibar tetap teguh dengan pendirian "mengenepikan kepentingan peribadi demi kepentingan dan maruah umum" adalah yang disanjung dan sebalik akan kita sanggah!

Selamat meneruskan Ibadah Puasa dan Selamat Maju jaya.

12 comments:

kelapa mawar said...

Wow!!!

Wow!!!

Pengamatan dan pengalaman yang cukup memukau..

Ma kasih ayahanda Sabahkita!...

OKB said...

Sabahkita. I know who u mean.

zam said...

apa pun yang ingin dibuat banyak pekara perlu dipertimbangkan dan memang susah untuk memuaskan hati semua. sebaiknya perbincangan dibuat untuk mencapai keputusan terbaik dan kepentingan semua terjaga.

Shandy said...

Kita berpelajaran lah kita fikirkan tentang positifnya untuk membangunkan tanah itu. Cuba fikirkan peluang pekerjaan dan pulangan jangka masa yang panjang....

Paquin said...

Kenapa membiarkan Wang membeli kemerdekaan Kita?. Kenapa membiarkan wang menyesatkan keputusan kita?

Tepuk dada tanya selera :)

Paquin said...

Apapun, harap hal ini diberi perhatian sewajarnya.

surinah abas said...

Mungkin perjuangan masih perlu diteruskan. Tapi biar wakil penduduk dan kerajaan yang akan membincangkan masalah ini. Cari kata sepakat untuk menangani masalah ini.

Hanroizin said...

Masalah kg Rampayan ini semakin tersebar. biar pemimpin menerangkan kes ini.

Bungsu said...

Ambil perhatian..Jangan biarkan penduduk terseksa. Mungkin kerajaan ada penjelasan yang buat untuk memastikan penduduk boleh menerima semua ini.

rebirth said...

rasanya mungkin lebih baik kabinet negeri membatalkan sahaja projek ini dan fokus kepada jalan raya, air dan elektrik di daerah ini.. dan laksanakan projek ini mengikut cadangan asal..

Mohd Ishak said...

Macam mana kita boleh pastikan bahawa tanah tersebut kepunyaan kerajaan ataupun rakyat?

shiro said...

akhirnya penduduk tidak mendapat apa2 hasil dari tanah yang dimajukan. itulah yang berada di fikiran penduduk sekarang. hak ke atas tanah pun hilang.

About This Blog


Dan adapun orang-orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari keinginan hawa nafsunya. Maka sesungguhnya syurgalah tempat tinggalnya. (al-Naziat ayat 40-41)

"Of all the enemies to public liberty war is, perhaps, the most to be dreaded because it comprises and develops the germ of every other. War is the parent of armies; from these proceed debts and taxes...known instruments for bringing the many under the domination of the few. . . No nation could preserve its freedom in the midst of continual warfare."
- James Madison, Political Observations, 1795

santapan rohani ii

Al-hadith :ثلاثةٌ قد حَرّمَ اللهُ - تَبَارَكَ وَتَعَالَى - عليهم الجنةَ : مُدْمِنُ الخمر ، والعاقّ ، والدّيّوثُ الذييُقِرُّ في أَهْلِهِ الخُبْثَ . رواه أحمد والنسائيErtinya : "Tiga yang telah Allah haramkan baginya Syurga : orang yang ketagih arak, si penderhaka kepada ibu bapa dan Si Dayus yang membiarkan maksiat dilakukan oleh ahli keluarganya" ( Riwayat Ahmad )

PEGANGAN

Ingatlah firman Allah Taala:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا بِطَانَةً مِنْ دُونِكُمْ لَا يَأْلُونَكُمْ خَبَالًا وَدُّوا مَا عَنِتُّمْ قَدْ بَدَتِ الْبَغْضَاءُ مِنْ أَفْوَاهِهِمْ وَمَا تُخْفِي صُدُورُهُمْ أَكْبَرُ قَدْ بَيَّنَّا لَكُمُ الْآيَاتِ إِنْ كُنْتُمْ تَعْقِلُونَ (118) هَا أَنْتُمْ أُولَاءِ تُحِبُّونَهُمْ وَلَا يُحِبُّونَكُمْ وَتُؤْمِنُونَ بِالْكِتَابِ كُلِّهِ وَإِذَا لَقُوكُمْ قَالُوا آمَنَّا وَإِذَا خَلَوْا عَضُّوا عَلَيْكُمُ الْأَنَامِلَ مِنَ الْغَيْظِ قُلْ مُوتُوا بِغَيْظِكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ بِذَاتِ الصُّدُورِ (119)

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi “orang dalam” (yang dipercayai). mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah Kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya. Awaslah! kamu ini adalah orang-orang (yang melanggar larangan), kamu sahajalah yang suka (dan percayakan mereka, sedang mereka tidak suka kepada kamu. kamu juga beriman kepada Segala Kitab Allah (sedang mereka tidak beriman kepada Al-Quran). dan apabila mereka bertemu dengan kamu mereka berkata: “Kami beriman”, tetapi apabila mereka berkumpul sesama sendiri, mereka menggigit hujung jari kerana geram marah (kepada kamu), Katakanlah (Wahai Muhammad): “Matilah kamu Dengan kemarahan kamu itu”. Sesungguhnya Allah sentiasa mengetahui akan Segala (isi hati) yang ada di dalam dada.” [Ali Imran: 118 & 119]
..............................................
تُولِجُ اللَّيْلَ فِي النَّهَارِ وَتُولِجُ النَّهَارَ فِي اللَّيْلِ وَتُخْرِجُ الْحَيَّ مِنَ الْمَيِّتِ وَتُخْرِجُ الْمَيِّتَ مِنَ الْحَيِّ وَتَرْزُقُ مَنْ تَشَاءُ بِغَيْرِ حِسَابٍآل عمران : 27

"Engkaulah (Wahai Tuhan) yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang, dan Engkaulah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Engkaulah juga yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati, dan Engkaulah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup. Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya".

bermubahalah

“Siapa yang membantahmu tentang kisah Isa-Setelah engkau beroleh pengetahuan yang meyakinkan tentang hal itu, maka katakanlah kepada mereka : Marilah kita panggil (kumpulan) anak-anak kami dan anak-anak kalian, isteri-isteri kami, dan isteri-isteri kalian, diri-diri kami dan diri-diri kalian, kemudian kita bermubahalah kepada Allah, mohon agar Allah menjatuhkan laknat-Nya kepada pihak yang berdusta.” (Ali Imran : 61)