Sunday, January 31, 2010

RISDA Harapan Baru Pekebun Kecil Di Sabah

Lazimnya harga barangan di Sabah dan Sarawak berbeza sedikit berbanding di semenanjung disebabkan kos logistik yang tinggi berikutan struktur geografinya yang dipisahkan oleh sungai, hutan, gunung-ganang serta banyaknya kawasan pedalaman.

Senario ini turut dirasai pekebun kecil di Sabah. Misalnya, harga benih getah yang sekali ganda lebih mahal berbanding di semenanjung menyebabkan mereka terpaksa mengeluarkan kos yang tinggi untuk tanaman semula.

Jika maksimum 550 pokok getah boleh ditanam bagi sehektar tanah, bayangkan jumlah kos yang terpaksa ditanggung pekebun kecil di negeri berkenaan jika mahu menanam semula di kebun seluas itu?

Bagaimanapun, senario itu bakal berakhir tahun ini dengan pelebaran operasi Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) ke Sabah, sekaligus melengkapkan fungsi RISDA membantu pekebun kecil di semua negeri di negara ini. [berita penuh di sini]


BERITA LAIN:
1. Risda Peruntuk RM300 Juta Tanam Semula Getah

Saturday, January 30, 2010

Pelancaran PERKASA Selangor. Kenapa masih ada pihak yang gagal menghormati "basic freedom".

 
PERASMIAN PERKASA SELANGOR
AKAN DI RASMIKAN OLEH MANTAN PERDANA MENTERIYABhg. TUN DR MAHATHIR MUHAMAD.

PADA JAM 2.00 PETANG ,HARI INI (SABTU), BERSAMAAN 30 JAN. 2010 Bertempat di Dewan Serbaguna MPAJ, Taman Keramat, Selangor, diadakan Pelancaran Pertubuhan Pribumi Malayisa-Perkasa sebuah NGO yang berdaftar secara sah.

Khabar dari lokasi pelancaran mengatakan bahawa terdapat cubaan bersungguh-sungguh pihak tertentu dari kumpulan badan siasah tertentu untuk mensabotaj majlis pelancaran itu. Bagaimanapun, dimaklumkan bahawa kumpulan itu gagal mengubah keadaan. Pelancaran Perkasa oleh Yang Amat Berbahagia Tun Mahathir Muhamad tetap meriah dan semakin bersemangat.

Nampaknya mereka yang berusaha menegakkan kebebasan secara fundamental sendiri gagal menghormati apa yang mereka cuba untuk tegakkan. Pemerhati umum melihat bahawa ketamadunan umat Malaysia berubah ke arah yang kuno.

Inilah messej dari sahabat di lokasi...Psssttt...Pakatan Iblis Sabotaj Majlis PERKASA...Kecoh..Kecoh..

SMS TERKINI: "Penuh sesak.Tun M sampai sekarang" (2.36 p.m.)

Thursday, January 28, 2010

Sabah Perketat Peraturan Tukar Status Tanah Sawah


Datuk Yahya Hussien, Menteri Pembangunan Pertanian dan Industri Asas Tani Merangkap Timbalan Ketua Menteri Sabah.
Khamis Januari 28, 2010

Kerajaan Sabah bercadang memperketat penguatkuasaan peraturan penukaran status tanah sawah padi kepada kegunaan komersil dan perumahan, khususnya di kawasan luar bandar.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Yahya Hussin berkata, kerajaan memandang serius amalan sesetengah pemilik tanah sawah padi yang gemar menukar status tanah mereka kepada kegunaan komersil kerana ia boleh menjejaskan pengeluaran padi tempatan pada masa depan.

Beliau berkata, langkah itu penting bagi memastikan pengeluaran padi yang dikategorikan sebagai "tanaman keselamatan" berterusan di negeri ini.

"Bagi kawasan pinggiran bandar besar, mungkin adakalanya kita perlu memberi pengecualian (tukar status), itu pun bergantung kepada keperluan. Apa yang kita bimbang ialah kecenderungan pemilik tanah sawah padi di kawasan luar bandar untuk menukar status tanah mereka.

"Bayangkan di tengah-tengah sawah padi, ada pula projek perumahan atau rumah yang dibina. Kalau kita tidak pantau keadaan ini, maka usaha kita meningkatkan pengeluaran padi mungkin terjejas dan kita akan terus bergantung kepada import beras," katanya kepada pemberita selepas melawat premis Sazarice Sdn Bhd, syarikat pemborong dan pembekal utama beras Sabah, di Likas, dekat sini hari ini.

Yahya yang juga Menteri Pertanian dan Industri Makanan Negeri berkata, pada masa ini, Sabah hanya mampu mengeluarkan sekitar 31 peratus bekalan beras tempatan manakala selebihnya diimport.

Beliau berkata, kerajaan negeri sedang mencari mekanisme sesuai bagi membantu pemilik tanah sawah padi mengusahakan tanah mereka, termasuk memberi bantuan subsidi.

Mengenai penggunaan kupon bagi membolehkan golongan berpendapatan rendah membeli beras super tempatan 15 peratus hancur (ST15) yang sepatutnya mula dilaksanakan di Sabah pada 1 Dis lepas, Yahya berkata ia belum lagi dilaksanakan di negeri ini memandang masih ramai golongan miskin dan miskin tegar yang memohon kemudahan subsidi beras itu.

"Kita sedang menunggu senarai penuh pemohon yang layak daripada pelbagai pihak termasuk wakil rakyat dan kita harap penggunaan kupon dapat dilaksanakan dalam masa terdekat.

"Keadaan sebenar bekalan beras subsidi tidak jelas kerana ada penyalahgunaan pembelian oleh orang yang mampu yang menyebabkan sistem kupon diperkenalkan," katanya sambil menambah bahawa bekalan beras, termasuk beras bermutu tinggi, mencukupi untuk memenuhi keperluan rakyat.

Yahya berkata, penggunaan sistem kupon akan memastikan hanya golongan miskin tegar, miskin dan berpendapatan rendah sahaja mendapat keistimewaan untuk membelinya.

Mengenai usaha kerajaan negeri untuk meningkatkan pengeluaran daging babi, Yahya berkata, kerajaan negeri telah menyediakan kawasan seluas 200 hektar di Tongod, yang terletak di tengah-tengah Sabah, untuk ladang babi.

"Kalau boleh, kita akan swastakan projek ini supaya kerajaan dapat mengurangkan kos perbelanjaan, tetapi biarlah pihak swasta yang mengemukakan cadangan untuk pihak kerajaan atau kabinet negeri mempertimbangkannya," katanya.

Katanya, projek ladang babi besar-besaran itu dijangka siap tahun 2012, dan apabila beroperasi sepenuhnya, ia mampu memenuhi keperluan tempatan dan eksport ke luar negara. -BERNAMA [disini]

Tuesday, January 26, 2010

Penyertaan bekas Adun Sulaman kukuhkan kekuatan Umno Tuaran

 25th January, 2010

TUARAN:Kekuatan Umno di Tuaran semakin kukuh dengan penyertaan Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Sulaman semasa era pemerintahan Berjaya, Nawawi Budin dan Bekas Setiausaha Politik Menteri Kehakiman Malaysia, Maichel M. Ampuling.

Kedua-dua pemimpin berkenaan telah menyerahkan borang menyertai Umno kepada Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Sabah, Datuk Haji Hajiji Haji Noor, (foto) semasa Program Juara Rakyat anjuran Biro Penerangan Umno Bahagian Tuaran di Dewan Masyarakat di sini, kelmarin.

Sementara itu, Aktivis Parti Keadilan Rakyat (Keadilan) Tuaran, bagi Daerah Mengundi Tambalang, Haji Omar Salleh, turut menyerahkan borang menyertai Umno dan mengisytiharkan keluar dari Parti Keadilan serta merta dan borang kemasukannya juga diserahkan kepada Hajiji pada majlis yang sama.

Seorang lagi pemimpin muda yang bergerak aktif dalam pergerakan belia di Tuaran, Sharizal Robert Abdullah, dari Taman Telipok Ria berserta dengan 50 ahlinya turut menyerahkan borang menyertai Umno pada majlis yang serupa. [Selanjutnya]

Friday, January 22, 2010

Pesta Regatta Lepa 2010 Adakan Kelainan


Lepa-lepa. Pertunjukan yang menjadi persembahan utama dalam Pesta Regatta Lepa.

Pesta Regatta Lepa 2010, satu daripada acara pelancongan tahunan di Semporna, dijangka lebih meriah tahun ini dengan jumlah pengunjung dijangka antara 50,000 hingga 60,000 orang.

Pengerusi Jawatakuasa Induk pesta berkenaan A.M Ibnu A.K Baba berkata selain acara lazim, pihak penganjur akan memperkenal beberapa kelainan sepanjang pesta yang tercatat dalam kalendar Pelancongan Malaysia itu.

"Tahun ini Regatta Lepa akan diadakan pada 24 dan 25 April. Jika tahun-tahun sebelumnya acara kemuncaknya ialah pada pembukaan rasmi tetapi kali ini kemuncaknya ialah ketika majlis penutupan. [selanjutnya]

Thursday, January 21, 2010

My Reversion to Islam


Brother  Yousef al Khattab and his family

My Reversion to Islam
By Yousef al Khattab

I was born to a Secular Jewish family, and at the age of 18 years old decided to look "deeper" into belief in God. Like most people, I looked at religion from a view point that was closer to me. Being that my family was Jewish and I was raised to attend Jewish schools I looked into Rabbinical "Orthodox Judaism".

In the year 1988 I entered a Yeshiva and started my journey into the Orthodox Rabbinical racist cult. In 1991 I wed my 1st wife (then) Luna Mellul now Qamar al Khattab. She was from the Moroccan town named Tetouan and was attending the racist Orthodox Jewish girl’s seminary known as Breuers or Sampson Raphael Hirsh Bet Yaakov aka Bais Yakov.

1992 bought us the birth of my 1st child Abdel Rahman (formally Rachamim Cohen). Alhumdulilah he was then as he is now my pride and joy. Upon the birth of Abdel Rahman we were living in Williamsburg, Brooklyn in the Satmar Hasidic community. I used to see all the lying and cheating, government scams and money laundering using the Synagogue and Yeshiva bank accounts and the poor hygiene of these folk, and was nervous for my new born son not to grow up like these folk. We tried broadening our horizons and moved to the Ocean Parkway area of Brooklyn, later that year.

1994 till 1998 bought us the birth of 3 more wonderful children alhumdulilah. Hesibeh, Abdel Aziz (formally Ezra),and Abdullah (formally Ovadia) during these years I tried to convince myself that Judaism was a true path and I just didn’t understand it because I never read the entire set of Talmud and it 3 different ways of understanding it including the "hidden level". You see this is the trick in the rabbinical cult, you will not EVER finish learning all the rabbinic text thus u are subservient to the Rabbis (aka Elders of Zion) who will interpret Judaism for you. During this time frame the Rabbis saw that we doubted there beliefs thus constantly followed our family contacting all new friends and employers etc. The Rabbis MUST ALWAYS know where you move to and who are your friends. The Rabbis were starting to be a big nuisance as were the Rabbinical Jews so seeking a better future elsewhere we loaded up the family and moved to Palestine. (then like most westerners we were brainwashed to refer to the Jew entity as Israel).

September,1998 we now arrived in Ghaza or what the Jewish squatters refer to as Gush Qatif. Quickly my wife was turned off by the lies of the folk there and my son Abdel Rahman came running home from school one day saying "Daddy, my teacher doesn’t cover her hair properly, her dress is too short, they don't learn Torah here and all they do is play"!! Maashaallah, my son was very correct so with no possessions or money we set off to find a home in the nearby Jew settlement of Netivot in occupied 1948 Palestine. Shas, a "religious political party" immediately helped us by providing a home and their private school system and my kids went from knowing NO Hebrew to being tops in there class alhumdulilah.

During our stay in Netivot I met a Muslim from UAE and we had conversations for about 2 years where he would ask me questions about Jewish Aqeedah or Jewish creed, and then compare it to Tawheed al Elohiya a part of Islamic Monotheism. I would then go and ask major Rabbis questions about the Jewish creed and always got 60000 different answers. The Jews can't even tell you where there God is based on text; rather they say God is everywhere! (authubilah) One day I decided to go to the Arab souk and buy a translation of the meaning of the Holy Quran in the English language. Subahanallah!!!!! I could not put it down!! Every problem I had with Jews and Judaism was being addressed by Allah the Most High, in the 1st 3 chapters of the Quran Allah swt answered most of my doubts about Judaism. The Quran is firm with the Jews and invites them to a just truth (Islam) to save them from the hellfire their ancestors are currently in.

When I finished reading the entire Quran,I could no longer associate with Jews any longer, thus I was obliged to tell my wife I am a Muslim. Alhumdulilah within 2 weeks my wife decided to read the Quran and became a Muslimah!!! Then the kids after her alhumdulilah.

Today 2006 alhumdulilah I live in Morocco with my wife Qamar and kids. My kids no longer remember Hebrew and there 1st language is Arabic. All the kids are learning in Islamic Arabic Schools alhumdulilah we thank Allah subhana w tala for blessing us with Islam.

Source:  http://www.al-buruj.com
Related Story:
New York-Based Muslim's Web Site Calls for God to 'Kill the Jews'......

Wednesday, January 20, 2010

Tourists Keep Coming To Sabah's East Coast


 Sipadan Island - pic by mount kinabalu-borneo.com

Tourists continue to come to Sabah's east coast, an area known for its rich marine heritage and home to one of the world top diving spots, Sipadan Island.

They came despite the numerous advisories and notices issued over what was often described as possible attacks on foreigners in the wake of the kidnapping incident involving 21 foreigners and Malaysians by the Abu Sayyaf group from southern Philippines in 2000.

Increased security surveillance , however, helps restore confidence among tourists, many of whom are repeat visitors, who are attracted to the beauty and tranquillity of the area.

Zeina Itaoui, 26, of Australia, for instance, has been visiting Mabul Island, near Sipadan Island, with her husband.

Met at Mabul Island Tuesday, she said, this was their third time in the area and that they had no problem with security.

"We are well taken care of," she said, adding that she and her husband would spend nine days in Mabul this time around compared to only several days during their previous visits.

Carla Yodueno of Itali, who is in Semporna to study marine life since six months ago, said she had never faced any tense situation here.

"I have never felt that my security is under threat," Yodueno said.

Meanwhile, Sabah Police Commissioner Datuk Noor Rashid Ibrahim said security in the state's east coast was under control. Read More

Related stories:
1. Tourists warned of Borneo terror attacks
2.The-worlds top-dive-sites-in-Sabah-Sipadan-Mabul-Kapalai-Lankayan.
3. Malaysia says US terrorist attack warning 'misleading'
4. Malaysia Summons US Diplomat over The Terrorist attack warning
5. Review travel alert, US urged....

Monday, January 11, 2010

KALIMAH ALLAH BUKAN ISU DI SABAH


Anak-anak saya mempunyai sepupu sekali dari keturunan KadazanDusun, Cina, Brunei, Bajau, India dan Iranun. Mereka dari keturunan Cina berugama Buddha dan Kristian, KadazanDusun berugama Kristian dan Islam, India berugama Hindu dan Islam. Manakala mereka dari suku dan bangsa Brunei, Bajau dan Iranun berugama Islam.

Beginilah keadaan masyarakat Sabah. Kadang kita akan terbaca iklan Obituary di mana sebahagian anggota ahli keluarga mereka yang meninggal dunia menganut agama yang berlainan. Ini adalah phenomena biasa di Negeri Di Bawah Bayu ini. Walaupun di sini kami mempunyai kurang lebih 32 suku kaum, tetapi kami hidup dalam suasana yang aman damai dan harmoni.

Kebebasan menganut dan mengamalkan ugama  masing-masing seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Negara dan Perlembagaan Negeri memang terjamin. Memang tidak disangkal bahawa terdapat "certain quaters" yang cuba mengekploitasi isu agama di Sabah untuk kepentingan politik, tetapi setakat ini, kami bersyukur kerana majoriti rakyat Malaysia di Sabah tidak memainkan isu itu sebagai isu pokok malah menolaknya.

Kami di sini masih mendambakan perpaduan dan keharmonian. Kerana itulah "Unity In Diversity" lebih sinonim dengan Sabah, Negeri Di Bawah Bayu.

Related Stories:
1 Penggunaan Kalimah Allah : Oleh TGHH
2. Gugurkan Tuntutan - Daruk Clarence Bongkos Malakun

Tuesday, January 5, 2010

DAP SABAH SIBUK POSING SANA SINI: BILA MP DAN DUN DAP SABAH "RESIGN"?

Budaya DAP Sabah yang lebih ketara ialah posing sana sini. berlatar belakangkan  keadaan projek atau elemen kemiskinan. Kebanyakannya menggambarkan projek-projek yang mereka anggap gagal. Selain itu, tiada satupun sumbangan mereka yang ketara kepada masyarakat, apatah lagi menyumbang kepada pembangunan fisikal. Jemu memaparkan posing, mereka mula "manipulate gambar-gambar yang sesuai dan meletakkan rupa paras mereka sebagai mengabui mata umum. Sekurang-kurangnya mereka tidak perlu turun padang dan posing lagi atau menjimatkan kos. Inikah yang disebut "menyumbang untuk kesejahteraan rakyat"?

Selain memikirkan bagaimana untuk memposisi diri dan pemimpin mereka dalam politik Sabah, DAP langsung tiada sumbangan. Atas dasar ini, soalan yang patut dikemukakan kepada DAP Sabah ialah: "bilakah mereka semua meletakkan jawatan sebagai rasa bertanggung awab terhadap kegagalan mereka menyumbang kepada masyarakat?

Soalan ini diajukan kepada DAP sebagai respond kepada  gesaan DAP supaya Pairin meletakkan jawatan. Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan adalah Timbalan Ketua Menteri Sabah, Huguan Siou dan Menteri Pembangunan Luarbandar Sabah. Dia adalah ADUN Tambunan dan MP Keningau.


"Saya berpendapat mereka tidak wajar membuat gesaan itu. Mungkin, hanya pada hari tertentu, beliau tidak hadir di Parlimen, tapi beliau tetap memainkan peranannya secara strategik melalui rangkaiannya, melalui jawatannya sebagai timbalan ketua menteri. "Jawatan Anggota Parlimen yang disandangnya membantu beliau memantapkan segala rangkaian yang perlu dilakukannya di peringkat negeri dan persekutuan."Jadi, ia tidak menjejaskan tugasnya di peringkat negeri. Yang perlu beliau lakukan ialah sentiasa meningkatkan usahanya dan oleh kerana perkara ini telah beliau lakukan dengan amat baik, saya tidak nampak kenapa DAP perlu menyibuk dengan urusan beliau,"- Dr. Maximus Ongkili

Kiriman SITOMPINAI

Related:
Pairin diminta meletak jawatan oleh DAP

Kufur Jika Sokong Guna Kalimah Allah


Mana-mana umat Islam yang menyokong keputusan Mahkamah Tinggi membenarkan penggunaan kalimah 'Allah' dalam akhbar mingguan Herald-The Catholic Weekly dalam penerbitannya boleh membawa kepada kekufuran.

Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din (Gambar) berkata, menyokong kepada sesuatu perkara yang salah di sisi Islam juga secara tidak langsung boleh menyebabkan berlakunya kekufuran dan syirik."Saya menyeru kepada sahabat-sahabat saya supaya mempertimbangkan semula pendirian mereka.

"Kalau kita sokong perkara yang kufur, kita pun secara tak langsung akan kufur sama," katanya dalam sidang media di kediamannya di sini hari ini. [Seterusnya]

Renungan:

Di Barat, majoriti institusi Evangelical menolak kewujudan perkataan "Allah" dalam Bible. [di sini] Apatah lagi dalam publikasi dan publisiti mereka. Kenapa Herald Malaysia terlalu menekankan keperluan dan kepentingan penggunaan perkataan Allah dalam publikasi mereka? Adakah ianya bertujuan mengelirukan Penganut Islam dan Penganut Kristian sekaligus?

Berkaitan:
1. Jangan Permainkan Pengundi Islam, Melayu - Zulkifli Nordin
2. You-be-judge-just-reading 

Friday, January 1, 2010

The earlier to bed, the healthier the head


The authors of the study, published in the journal Sleep, said that the more sleep adolescents get the better it is for their mental health Photo: GETTY

Teenagers should go to bed before 10pm to stop them developing depression, new research claims.
By Richard Alleyne, Science Correspondent
Published: 8:00AM GMT 01 Jan 2010

Teens allowed to go to bed after midnight were almost a quarter – 24 per cent – more likely to suffer from depression and a fifth more likely to think about self harm than those who were set bedtimes of 10pm or earlier.

The authors of the study, published in the journal Sleep, said that the more sleep adolescents get the better it is for their mental health. Read More

AL-FATIHAH :Tok Mat Rahmat meninggal dunia


KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Penerangan dan Setiausaha Agung Umno Tan Sri Mohamed Rahmat meninggal dunia di kediamannya di Bukit Damansara, Kuala Lumpur pagi ini. [di sini]

Oktober, 2009, saya sempat duduk dan minum kopi dengan Al-Marhrum di ruang tamu khas Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Haji Mulia. Masa itu masih segar diingatannya tentang penghormatan yang diberikan oleh masyarakat Kota Belud ke atasnya. Puluhan Kuda Bajau, Kerita Berhias (usungan) dan puluhan superbike dan motosikal mengiringi ketibaanya. Dia disambut oleh ribuan masyarakat Kota Belud. Katanya "saya disambut macam Perdana Menteri, macam Sultan dan tidak pernah diberi penghormatan sebegini hebat". Masa itu Tok Mat adalah Setiausaha Agung UMNO dan Menteri Penerangan Malaysia.

Dalam pertemuan itu, Tok Mat, yang berjalan memakai tongkat, juga sempat bertanya mengenai Jalan Rampayan Laut samada sudah diaspal. Jalan raya itu pernah disentuhnya dalam ucapannya puluhan tahun yang lalu ketika merasmikan Ulang Tahun Angkatan Keadilan Rakyat-AKAR. Bila saya maklumkan sudah lebih kurang 2 tahun lepas, dia menoleh, terbuka luas matanya dan mengerutkan dahinya. "Why took so long" tanya Tok Mat, sambil mengeluarkan rokok kririk disakunya. Saya meminta petugas menyediakan ashtray. Bila sampai saja ashtray itu dimeja, Tok Mat sempat berjenaka. "ahh ini menggalaklah lah nii" Tok Mat, sambil tersenyum lebar. Maksudnya menggalakkan merokok.

Itulah saat terakhir saya bertemu Tok Mat. Saya tidak menduga itulah saat terakhir saya menemuinya. Saya sempat memeluknya dan mencium tangannya sebagai tanda hormat. Saya lihat Tan Sri Pandikar juga memeluknya dengan erat dan mencum tangannya. Jasa dan perjuangannya tetap dikenang.

AL-FATIHAH. Takziah buat seluruh aggota keluarganya. Semoga Rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama umat yang solehin.

Related:
1. Tok Mat akan disemadikan di Bukit Kiara Selepas Asar, Jumaat 1 Januari 2010
2. Tok Mat Pergi Dengan Mudah: Puan Seri Salbiah.

About This Blog


Dan adapun orang-orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari keinginan hawa nafsunya. Maka sesungguhnya syurgalah tempat tinggalnya. (al-Naziat ayat 40-41)

"Of all the enemies to public liberty war is, perhaps, the most to be dreaded because it comprises and develops the germ of every other. War is the parent of armies; from these proceed debts and taxes...known instruments for bringing the many under the domination of the few. . . No nation could preserve its freedom in the midst of continual warfare."
- James Madison, Political Observations, 1795

santapan rohani ii

Al-hadith :ثلاثةٌ قد حَرّمَ اللهُ - تَبَارَكَ وَتَعَالَى - عليهم الجنةَ : مُدْمِنُ الخمر ، والعاقّ ، والدّيّوثُ الذييُقِرُّ في أَهْلِهِ الخُبْثَ . رواه أحمد والنسائيErtinya : "Tiga yang telah Allah haramkan baginya Syurga : orang yang ketagih arak, si penderhaka kepada ibu bapa dan Si Dayus yang membiarkan maksiat dilakukan oleh ahli keluarganya" ( Riwayat Ahmad )

PEGANGAN

Ingatlah firman Allah Taala:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا بِطَانَةً مِنْ دُونِكُمْ لَا يَأْلُونَكُمْ خَبَالًا وَدُّوا مَا عَنِتُّمْ قَدْ بَدَتِ الْبَغْضَاءُ مِنْ أَفْوَاهِهِمْ وَمَا تُخْفِي صُدُورُهُمْ أَكْبَرُ قَدْ بَيَّنَّا لَكُمُ الْآيَاتِ إِنْ كُنْتُمْ تَعْقِلُونَ (118) هَا أَنْتُمْ أُولَاءِ تُحِبُّونَهُمْ وَلَا يُحِبُّونَكُمْ وَتُؤْمِنُونَ بِالْكِتَابِ كُلِّهِ وَإِذَا لَقُوكُمْ قَالُوا آمَنَّا وَإِذَا خَلَوْا عَضُّوا عَلَيْكُمُ الْأَنَامِلَ مِنَ الْغَيْظِ قُلْ مُوتُوا بِغَيْظِكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ بِذَاتِ الصُّدُورِ (119)

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi “orang dalam” (yang dipercayai). mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah Kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya. Awaslah! kamu ini adalah orang-orang (yang melanggar larangan), kamu sahajalah yang suka (dan percayakan mereka, sedang mereka tidak suka kepada kamu. kamu juga beriman kepada Segala Kitab Allah (sedang mereka tidak beriman kepada Al-Quran). dan apabila mereka bertemu dengan kamu mereka berkata: “Kami beriman”, tetapi apabila mereka berkumpul sesama sendiri, mereka menggigit hujung jari kerana geram marah (kepada kamu), Katakanlah (Wahai Muhammad): “Matilah kamu Dengan kemarahan kamu itu”. Sesungguhnya Allah sentiasa mengetahui akan Segala (isi hati) yang ada di dalam dada.” [Ali Imran: 118 & 119]
..............................................
تُولِجُ اللَّيْلَ فِي النَّهَارِ وَتُولِجُ النَّهَارَ فِي اللَّيْلِ وَتُخْرِجُ الْحَيَّ مِنَ الْمَيِّتِ وَتُخْرِجُ الْمَيِّتَ مِنَ الْحَيِّ وَتَرْزُقُ مَنْ تَشَاءُ بِغَيْرِ حِسَابٍآل عمران : 27

"Engkaulah (Wahai Tuhan) yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang, dan Engkaulah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Engkaulah juga yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati, dan Engkaulah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup. Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya".

bermubahalah

“Siapa yang membantahmu tentang kisah Isa-Setelah engkau beroleh pengetahuan yang meyakinkan tentang hal itu, maka katakanlah kepada mereka : Marilah kita panggil (kumpulan) anak-anak kami dan anak-anak kalian, isteri-isteri kami, dan isteri-isteri kalian, diri-diri kami dan diri-diri kalian, kemudian kita bermubahalah kepada Allah, mohon agar Allah menjatuhkan laknat-Nya kepada pihak yang berdusta.” (Ali Imran : 61)