Thursday, March 4, 2010

Dakwaan Kit Siang Kadazandusun paling Rugi Di Sabah Tidak Berasas

KOTA KINABALU, 3 Mac (Bernama) -- Timbalan Presiden Persatuan Kebudayaan Kadazandusun Sabah (KDCA) Datuk Clarence Bongkos Malakun menyifatkan kenyataan penasihat DAP Lim Kit Siang baru-baru ini bahawa masyarakat Kadazandusun Murut (KDM) "paling rugi" di bawah Barisan Nasional (BN) di Sabah, sebagai tidak berasas dan fitnah.

Beliau berkata agak menghairankan bagi seseorang yang hanya tinggal sekejap di Sabah untuk mendakwa mengetahui mengenai senario setempat dan seterusnya melayakkan dirinya untuk mengulas isu setempat yang jauh menyimpang daripada kebenaran.

Malakun berkata kerajaan BN di Sabah, di bawah pimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman, telah menjalankan tugas dengan cemerlang, bukan sahaja membabitkan pembangunan fizikal tetapi juga pembangunan sosial, khususnya mengekalkan keharmonian antara pelbagai kaum dan etnik di negeri ini.

"Malahan tahap toleransi antara pelbagai kaum yang tinggal di Sabah diiktiraf oleh banyak pihak sebagai amat unik walaupun mungkin bukan yang terbaik," katanya di sini Rabu.

Beliau berkata tahap toleransi yang tinggi itu adalah disumbangkan oleh hakikat setiap orang tahu diskriminasi berdasarkan latar belakang kaum bukan satu isu di Sabah.

"Malahan, Ketua Menteri sendiri adalah berketurunan separuh KDM. Ibu beliau ialah orang Dusun daripada keluarga Gunsanad berasal daripada salasilah keluarga Sundang dan Sodomon.

"Oleh itu, ini memberikan alasan kukuh kepada Ketua Menteri untuk lebih prihatin dengan kesejahteraan KDM," katanya.

Malakun berkata sejumlah besar masyarakat Kadazandusun di Sabah memegang jawatan penting dalam sektor kerajaan.

"Hakikatnya, dua KDM sedang memegang jawatan peringkat menteri amat penting di peringkat Kerajaan Persekutuan. KDM juga diwakili dengan baik dalam Kabinet negeri.

"Daripada 10 kementerian dalam kerajaan negeri, empat jawatan setiausaha tetap dipegang oleh kaum KDM. Daripada segi biasiswa, sejak di bawah USNO, KDM antara kaum yang paling banyak dipilih sebagai penerima biasiswa negeri," katanya.

Malakun berkata kerajaan negeri dan persekutuan juga berterusan mengambil langkah untuk meningkatkan lagi kehidupan penduduk di Sabah "tanpa mengira siapa mereka".

"Koridor Pembangunan Sabah (SDC), merupakan satu contoh baik akan keseriusan kerajaan dalam usaha membasmi kemiskinan di Sabah.

"Pelbagai program digariskan di bawah SDC oleh kerajaan untuk meningkatkan taraf kehidupan golongan miskin dan mengeluarkan mereka daripada kitaran kemiskinan," katanya.

Memberikan contoh projek agropolitan bagi program membasmi kemiskinan di bawah SDC, katanya program itu menumpukan pada kawasan di Tongod, Pitas, Nabawan, Keningau, Kemabong dan Beluran.

"Ini merupakan kawasan-kawasan yang penduduknya majoriti KDM. Berdasarkan fakta ini, adakah Kit Siang benar-benar mempunyai isu untuk dibangkitkan mengenai KDM di Sabah?," soalnya.

Malakun berkata adalah jelas bahawa kenyataan Kit Siang itu sengaja dibuat untuk mengalihkan tumpuan terhadap krisis politik yang sedang dihadapi pembangkang.

-- BERNAMA

11 comments:

BELUM PENDEKAR said...

Sdra Sabah Kita,

Apalah orang seperti Lim Kit Siang (LKS)tahu pasal hal kita di Sabah ni. Berlainan dengan kehidupan mereka di semenanjung, kita di Sabah ini walaupun terdiri dari pelbagai suku kaum sentiasa saling memahami antara satu dengan yang lain. Apa tidaknya, sebahagian daripada orang Bajau misalnya, mempunyai saudara dari kalangan orang dusun, orang irranun, cina, dan sebagainya kerana ada dikalangan mereka ini yang ibu atau bapa mereka dari suku berkenaan.

Justeru, pesanan saya kepada LKS dan konco-konco DAP nya... tidak perlulah mengajar orang Sabah ini, kami bukan bodoh seperti yang LKS sangkakan.

Hussin Lampoyang said...

kenapa puak KDM tidak tanya asas kepada dakwaan itu..dengar dulu dan kemudian buat pertimbangan..jangan terus melata..masalahnya bukan orang luar tetapi kebenaran . kalau ada asasnya, kenapa perlu merasa benci..kadang-kadang orang luar nampak kelemahan kita daripada orang dalam yang saban waktu makan bersama, tidur bersama dan hidup bersama.

mac28 said...

"Tapi mana boleh pokok bergoyang kalau tidak di tiup angin.. pepatah ini boleh digunakan untuk dakwaan Kit Siang ...betul tak? Orang tidak akan mengata kalau tak ada asas...???

SABAHKITA said...

LKS datang dengan misi politik. Perpaduan kaum di Sabah akan digugat untuk tujuan politik.

Rami intelek KDM yang mempunyai pandangan yang lebih baik dan epat dari pandangan LKS. So Kedatang LKS dengan isu itu hanyalah gambaran bahawa dia memperkecil kewibawaan professional KDM.

Anonymous said...

Kenapa Lim Kit Siang sibuk sangat dengan hal kadazan dusun di Sabah? Bukannya dia orang sini...Seolah2 dia sengaja create huru hara di Sabah...emm ini mesti sebab ramai pengundi kadazan dusun mengundi BN di Sabah kan? kan? kan? Kesiannya orang-orang macam ni...desperate sangat nak raih dapat undi rakyat...Dulu masa isu Maliau Basin dia juga yang cakap 'GOLD OR MONKEY' kepada orang-orang Sabah sebab ramai yang membantah lombong arang batu di sana. Dan ramailah orang pilih MONKEY sebab kita sayangkan negeri kita dan cintakan pemuliharaan alam sekitar. Kalau ada orang cam ni berkuasa di negara....mata dia hanya ada RM RM $$$$$$$ saja. So what?? Apa hak dia nak ceroboh kehidupan orang-orang di Sabah ni yang selama ni hidup aman damai? Sikap bermuka-muka orang macam ni patut disedari oleh kita sejak dahulu kala lagi...dan dia datang ke sabah ni tak ikhlas langung!

2718 said...

dalam politik ni secubit ja kesilapan akan diperbesar2kan dan digunakkan sebaik2nya oleh pihak lain dengan cara penyampaiannya yang cukup profesional semata2 untuk menjatuhkan pihak lain atau untuk kepentingan politik.

cinfaoi said...

Isu ini kekal sebagai isu.Jadi apa la perancangan anda seterusnya LKS?

good man said...

It is undeniable that malays are stupid, incapable and lazy. Why don't they just humbly admit the facts and repent and learn from other races especially Chinese?

What is the point to argue here and wasting time again?

From the first onwards we were merely telling the truths. It wasn't us who think that way but their own Badawi as well.

All malays should go and read the newspaper, even Badawi is ashamed of maintaining the NEP after 34 years of implementing it and these malay baboons are still asking for it.

Even Badawi wanted them to compete on a level playing field.

So what does all these tell the world? It sends a very clear message that it is malays themselves who are incapable and lazy and they don't even want to admit it and make a change!

That is the biggest shame of all.

Can't you see, it is all back to square one. Year in, year out, some talk for half an hour, some one, some two. Some sing, many belt out their most recent released 'pantun'.

After all. Malays are good at that. Suggestions after suggestions, some good, some impossible to realize.

But, do you see any of these materialised? Hardly. Why, why and why???

Because the malays can never change. Never! Why?

The leaders forgot it or were they simply didn't want to address and admit that the actual disease is the malays and the remedy itself is also, the malays. They can never change. What is it about the malays?

Firstly as you all know, they are a lazy species. Since the beginning of time they have been like that. Even the encyclopedia called them as lazy people. I think those British with their accent tried to call them 'malas', and if you put 'y' in, it becomes 'malays'.

Embracing Islam make them a worse lot. Now they have a license to kill anything that gets into their way.

Malays are ungrateful lot. In reality, they just can't live or open their minds for others. When Mahathir said that they are complacent, they put him in jail. When Mahathir encouraged them to learn English language, they got angry with him, saying it is a 'bahasa penjajah'.

When other races 'maju', they got angry with them too. That was why at the end of Mahathir his regime, he said this, "I have achieved greatness as a prime minister, but I only fail in one thing, changing the malays."

Well, nothing to be surprised about anyway since Mahathir is not really a malay, and I guess that was why the malays were angry with him.

Drug abuse, hate, incest, liberal extremism (culture of miniskirts and gay marriages), murder, parochialism, racism, rape, religious fanaticism, snatch theft, spoilt bratty behavior, tribalism, wife abuse, child abuse, all that is associated with the malay race.

To them, malay is the biggest impediment towards building a truly Malaysian nation, and should be chucked into the dustbins of history.

A genetically flawed race cannot be fixed by politically. Nature will take its course and globalization will put them out to pasture.

What have we got now?

Brain drain, economic disparity getting wider, poor education system, racial segregation, widespread corruption, inefficiency and uncompetitive on the government departments and others.

Sad. Sad. Sad. The question asked by many of my fellow Chinese is this - Why can't you just tell the malay peoples to adopt Chinese culture which is superior?

From research, this peninsular was part of the Siamese empire way before these malays from Indonesia invaded it.

Still so thick skin, don't want to go back to Indonesia!

pagardawai said...

Jangan underestimate KDM paling rugi di Sabah kerana ia just andaian saja. Saya tertarik dengan komen 'good man' dan bagi saya bangsa-bangsa unik di Malaysia tidak wajar dimalukan. Hidup harmoni dan bijak adalah yang terbaik untuk semua bangsa kerana ia tidak merugikan berbanding menghina sesama bangsa! Berfikir dengan OTAK adalah mentaliti kelas 1 dan berfikir guna PERASAAN adalah X metaliti.

Tokio said...

Either is provoking or just plain ignorant, i don't know which but all I want to say is that, it's better he teaches those WMs before teaching others.

His statement will be made into a political agenda and the games will start soon.

project_ok said...

You know what, KDM doesn't lose anything...the truth is those who was very Lazy are the one who lose the most...Kit Siang only try to divert these some lazy KDM attention by make them believe that they are losing out the most under BN, where else the truth is they are lazy & only hope the government to help them without helping themselves up!

About This Blog


Dan adapun orang-orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari keinginan hawa nafsunya. Maka sesungguhnya syurgalah tempat tinggalnya. (al-Naziat ayat 40-41)

"Of all the enemies to public liberty war is, perhaps, the most to be dreaded because it comprises and develops the germ of every other. War is the parent of armies; from these proceed debts and taxes...known instruments for bringing the many under the domination of the few. . . No nation could preserve its freedom in the midst of continual warfare."
- James Madison, Political Observations, 1795

santapan rohani ii

Al-hadith :ثلاثةٌ قد حَرّمَ اللهُ - تَبَارَكَ وَتَعَالَى - عليهم الجنةَ : مُدْمِنُ الخمر ، والعاقّ ، والدّيّوثُ الذييُقِرُّ في أَهْلِهِ الخُبْثَ . رواه أحمد والنسائيErtinya : "Tiga yang telah Allah haramkan baginya Syurga : orang yang ketagih arak, si penderhaka kepada ibu bapa dan Si Dayus yang membiarkan maksiat dilakukan oleh ahli keluarganya" ( Riwayat Ahmad )

PEGANGAN

Ingatlah firman Allah Taala:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا بِطَانَةً مِنْ دُونِكُمْ لَا يَأْلُونَكُمْ خَبَالًا وَدُّوا مَا عَنِتُّمْ قَدْ بَدَتِ الْبَغْضَاءُ مِنْ أَفْوَاهِهِمْ وَمَا تُخْفِي صُدُورُهُمْ أَكْبَرُ قَدْ بَيَّنَّا لَكُمُ الْآيَاتِ إِنْ كُنْتُمْ تَعْقِلُونَ (118) هَا أَنْتُمْ أُولَاءِ تُحِبُّونَهُمْ وَلَا يُحِبُّونَكُمْ وَتُؤْمِنُونَ بِالْكِتَابِ كُلِّهِ وَإِذَا لَقُوكُمْ قَالُوا آمَنَّا وَإِذَا خَلَوْا عَضُّوا عَلَيْكُمُ الْأَنَامِلَ مِنَ الْغَيْظِ قُلْ مُوتُوا بِغَيْظِكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ بِذَاتِ الصُّدُورِ (119)

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi “orang dalam” (yang dipercayai). mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah Kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya. Awaslah! kamu ini adalah orang-orang (yang melanggar larangan), kamu sahajalah yang suka (dan percayakan mereka, sedang mereka tidak suka kepada kamu. kamu juga beriman kepada Segala Kitab Allah (sedang mereka tidak beriman kepada Al-Quran). dan apabila mereka bertemu dengan kamu mereka berkata: “Kami beriman”, tetapi apabila mereka berkumpul sesama sendiri, mereka menggigit hujung jari kerana geram marah (kepada kamu), Katakanlah (Wahai Muhammad): “Matilah kamu Dengan kemarahan kamu itu”. Sesungguhnya Allah sentiasa mengetahui akan Segala (isi hati) yang ada di dalam dada.” [Ali Imran: 118 & 119]
..............................................
تُولِجُ اللَّيْلَ فِي النَّهَارِ وَتُولِجُ النَّهَارَ فِي اللَّيْلِ وَتُخْرِجُ الْحَيَّ مِنَ الْمَيِّتِ وَتُخْرِجُ الْمَيِّتَ مِنَ الْحَيِّ وَتَرْزُقُ مَنْ تَشَاءُ بِغَيْرِ حِسَابٍآل عمران : 27

"Engkaulah (Wahai Tuhan) yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang, dan Engkaulah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Engkaulah juga yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati, dan Engkaulah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup. Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya".

bermubahalah

“Siapa yang membantahmu tentang kisah Isa-Setelah engkau beroleh pengetahuan yang meyakinkan tentang hal itu, maka katakanlah kepada mereka : Marilah kita panggil (kumpulan) anak-anak kami dan anak-anak kalian, isteri-isteri kami, dan isteri-isteri kalian, diri-diri kami dan diri-diri kalian, kemudian kita bermubahalah kepada Allah, mohon agar Allah menjatuhkan laknat-Nya kepada pihak yang berdusta.” (Ali Imran : 61)