Thursday, January 28, 2010

Sabah Perketat Peraturan Tukar Status Tanah Sawah


Datuk Yahya Hussien, Menteri Pembangunan Pertanian dan Industri Asas Tani Merangkap Timbalan Ketua Menteri Sabah.
Khamis Januari 28, 2010

Kerajaan Sabah bercadang memperketat penguatkuasaan peraturan penukaran status tanah sawah padi kepada kegunaan komersil dan perumahan, khususnya di kawasan luar bandar.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Yahya Hussin berkata, kerajaan memandang serius amalan sesetengah pemilik tanah sawah padi yang gemar menukar status tanah mereka kepada kegunaan komersil kerana ia boleh menjejaskan pengeluaran padi tempatan pada masa depan.

Beliau berkata, langkah itu penting bagi memastikan pengeluaran padi yang dikategorikan sebagai "tanaman keselamatan" berterusan di negeri ini.

"Bagi kawasan pinggiran bandar besar, mungkin adakalanya kita perlu memberi pengecualian (tukar status), itu pun bergantung kepada keperluan. Apa yang kita bimbang ialah kecenderungan pemilik tanah sawah padi di kawasan luar bandar untuk menukar status tanah mereka.

"Bayangkan di tengah-tengah sawah padi, ada pula projek perumahan atau rumah yang dibina. Kalau kita tidak pantau keadaan ini, maka usaha kita meningkatkan pengeluaran padi mungkin terjejas dan kita akan terus bergantung kepada import beras," katanya kepada pemberita selepas melawat premis Sazarice Sdn Bhd, syarikat pemborong dan pembekal utama beras Sabah, di Likas, dekat sini hari ini.

Yahya yang juga Menteri Pertanian dan Industri Makanan Negeri berkata, pada masa ini, Sabah hanya mampu mengeluarkan sekitar 31 peratus bekalan beras tempatan manakala selebihnya diimport.

Beliau berkata, kerajaan negeri sedang mencari mekanisme sesuai bagi membantu pemilik tanah sawah padi mengusahakan tanah mereka, termasuk memberi bantuan subsidi.

Mengenai penggunaan kupon bagi membolehkan golongan berpendapatan rendah membeli beras super tempatan 15 peratus hancur (ST15) yang sepatutnya mula dilaksanakan di Sabah pada 1 Dis lepas, Yahya berkata ia belum lagi dilaksanakan di negeri ini memandang masih ramai golongan miskin dan miskin tegar yang memohon kemudahan subsidi beras itu.

"Kita sedang menunggu senarai penuh pemohon yang layak daripada pelbagai pihak termasuk wakil rakyat dan kita harap penggunaan kupon dapat dilaksanakan dalam masa terdekat.

"Keadaan sebenar bekalan beras subsidi tidak jelas kerana ada penyalahgunaan pembelian oleh orang yang mampu yang menyebabkan sistem kupon diperkenalkan," katanya sambil menambah bahawa bekalan beras, termasuk beras bermutu tinggi, mencukupi untuk memenuhi keperluan rakyat.

Yahya berkata, penggunaan sistem kupon akan memastikan hanya golongan miskin tegar, miskin dan berpendapatan rendah sahaja mendapat keistimewaan untuk membelinya.

Mengenai usaha kerajaan negeri untuk meningkatkan pengeluaran daging babi, Yahya berkata, kerajaan negeri telah menyediakan kawasan seluas 200 hektar di Tongod, yang terletak di tengah-tengah Sabah, untuk ladang babi.

"Kalau boleh, kita akan swastakan projek ini supaya kerajaan dapat mengurangkan kos perbelanjaan, tetapi biarlah pihak swasta yang mengemukakan cadangan untuk pihak kerajaan atau kabinet negeri mempertimbangkannya," katanya.

Katanya, projek ladang babi besar-besaran itu dijangka siap tahun 2012, dan apabila beroperasi sepenuhnya, ia mampu memenuhi keperluan tempatan dan eksport ke luar negara. -BERNAMA [disini]

6 comments:

Jonjon said...

Baguslah tue. At least status tanah sawah telah ditetapkan..Kalo pemilik seringkali menukar status tanah, memang haru biru jadinya..

Emmerdale said...

Good idea. At least the rice production can be safeguard since it is an important asset for the State.

Owner's who wants to change the status of their padi field land needs to think twice before changing it's status..

CHarisma said...

Pemilik tanah sawah padi tidak tahu bahawa tanah sawah mereka masih boleh diusahakan untuk pengeluaran padi untuk dieksport.

Langkah memperketatkan peraturan tukar status tanah sawah ini sangat diperlukan bagi menjamin pengeluaran padi.

Iboon said...

uhm, bagusla tu. tanah boleh diolah untuk menghasilkan tanaman lain yang sesuai bah tetapi kebyakan kita lebih suka menjualnya kepada syarikat perumahan dan pembgunan.

Asmawati said...

Baguslah kalau dah diketatkan.. so takda lah pemilik tanah yg suka2 tukar status tanah.

Azlan said...

I suka macam ni.. peraturan tukar status tanah sawah mmg patut diketatkanpun.. Taklah karau belakang hari :)

About This Blog


Dan adapun orang-orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari keinginan hawa nafsunya. Maka sesungguhnya syurgalah tempat tinggalnya. (al-Naziat ayat 40-41)

"Of all the enemies to public liberty war is, perhaps, the most to be dreaded because it comprises and develops the germ of every other. War is the parent of armies; from these proceed debts and taxes...known instruments for bringing the many under the domination of the few. . . No nation could preserve its freedom in the midst of continual warfare."
- James Madison, Political Observations, 1795

santapan rohani ii

Al-hadith :ثلاثةٌ قد حَرّمَ اللهُ - تَبَارَكَ وَتَعَالَى - عليهم الجنةَ : مُدْمِنُ الخمر ، والعاقّ ، والدّيّوثُ الذييُقِرُّ في أَهْلِهِ الخُبْثَ . رواه أحمد والنسائيErtinya : "Tiga yang telah Allah haramkan baginya Syurga : orang yang ketagih arak, si penderhaka kepada ibu bapa dan Si Dayus yang membiarkan maksiat dilakukan oleh ahli keluarganya" ( Riwayat Ahmad )

PEGANGAN

Ingatlah firman Allah Taala:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا بِطَانَةً مِنْ دُونِكُمْ لَا يَأْلُونَكُمْ خَبَالًا وَدُّوا مَا عَنِتُّمْ قَدْ بَدَتِ الْبَغْضَاءُ مِنْ أَفْوَاهِهِمْ وَمَا تُخْفِي صُدُورُهُمْ أَكْبَرُ قَدْ بَيَّنَّا لَكُمُ الْآيَاتِ إِنْ كُنْتُمْ تَعْقِلُونَ (118) هَا أَنْتُمْ أُولَاءِ تُحِبُّونَهُمْ وَلَا يُحِبُّونَكُمْ وَتُؤْمِنُونَ بِالْكِتَابِ كُلِّهِ وَإِذَا لَقُوكُمْ قَالُوا آمَنَّا وَإِذَا خَلَوْا عَضُّوا عَلَيْكُمُ الْأَنَامِلَ مِنَ الْغَيْظِ قُلْ مُوتُوا بِغَيْظِكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ بِذَاتِ الصُّدُورِ (119)

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi “orang dalam” (yang dipercayai). mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah Kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya. Awaslah! kamu ini adalah orang-orang (yang melanggar larangan), kamu sahajalah yang suka (dan percayakan mereka, sedang mereka tidak suka kepada kamu. kamu juga beriman kepada Segala Kitab Allah (sedang mereka tidak beriman kepada Al-Quran). dan apabila mereka bertemu dengan kamu mereka berkata: “Kami beriman”, tetapi apabila mereka berkumpul sesama sendiri, mereka menggigit hujung jari kerana geram marah (kepada kamu), Katakanlah (Wahai Muhammad): “Matilah kamu Dengan kemarahan kamu itu”. Sesungguhnya Allah sentiasa mengetahui akan Segala (isi hati) yang ada di dalam dada.” [Ali Imran: 118 & 119]
..............................................
تُولِجُ اللَّيْلَ فِي النَّهَارِ وَتُولِجُ النَّهَارَ فِي اللَّيْلِ وَتُخْرِجُ الْحَيَّ مِنَ الْمَيِّتِ وَتُخْرِجُ الْمَيِّتَ مِنَ الْحَيِّ وَتَرْزُقُ مَنْ تَشَاءُ بِغَيْرِ حِسَابٍآل عمران : 27

"Engkaulah (Wahai Tuhan) yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang, dan Engkaulah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Engkaulah juga yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati, dan Engkaulah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup. Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya".

bermubahalah

“Siapa yang membantahmu tentang kisah Isa-Setelah engkau beroleh pengetahuan yang meyakinkan tentang hal itu, maka katakanlah kepada mereka : Marilah kita panggil (kumpulan) anak-anak kami dan anak-anak kalian, isteri-isteri kami, dan isteri-isteri kalian, diri-diri kami dan diri-diri kalian, kemudian kita bermubahalah kepada Allah, mohon agar Allah menjatuhkan laknat-Nya kepada pihak yang berdusta.” (Ali Imran : 61)