Wednesday, September 30, 2009

Mengintai dan Menjejaki Kepimpinan Rumpun Bangsa Yang Besar Di Sabah- Bahagian II

Datuk Salleh (Kanan) dan Tan Sri Pandikar (tengah) yang digugurkan dalam PRU 12. Hanya Datuk Shafie (kiri) tidak mampu diketepikan pada masa itu.

Bagi mereka yang mempunyai agenda politik peribadi, Shafie Haji Afdal, Salleh Tun Said dan Pandikar Amin Haji Mulia hanyalah dianggap sebagai “pemimpin kuda tua” atau "roti yang sudah luput tarikh" yang telah gagal membangunkan kawasan yang diwakili masing-masing. Kendatipun, bertapa besar sumbangan pemimpin-pemimpin ini kepada masyarakat Sabah umumnya dan kawasan mereka khususnya, bagi mereka yang bersifat ingin "melapis" dan tidak sabar lagi melangkah dalam arena dan kancah politik, semua itu langsung mereka tidak nampak atau nilai apatah lagi menghargainya.

Pandikar, menyambut kedatangan Musa ke Hari Raya Terbuka Pandikar. Kenapa ada pihak sentiasa peka dan cenderung melihat ruang kesumat dari persaudaran dan keakraban mereka ini?.

Bagi mereka "beragenda" ini, "SSK, TSP dan SA tidak boleh, mereka baru boleh". Sayangnya mereka pula hanya berkeinginan untuk mengganti kedudukan pemimpin-pemimpin ini terlebih dahulu baru "boleh". Jika mereka diminta untuk merintis jalan terlebih dahulu seperti yang pernah dirintis pemimpin-pemimpin bertiga ini sehingga sampai ketahap di mana mereka kini, mereka yang beragenda ini enggan atau mungkin akan tersesat di pertengahan jalan atau mungkin putus asa sebelum menjejaki jalan-jalan yang pernah SA, SSK dan TSP jejaki.

Apabila Salleh Tun Said (SSK), Pandikar Amin Haji Mulia (TSP) dan Amir Kahar Tun Mustapha (AKTM) digugurkan dari dicalonkan dalam PRU 12, ramai yang telah meramalkan bahawa politik Sabah akan berkecamuk. Namun ramalan itu meleset apabila pemimpin-pemimpin itu menunjukkan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada Barisan Nasional semasa piliharaya umum itu berjalan.

Ramai yang menyedari bahawa mereka yang digugurkan ini adalah pemimpin rumpun bangsa yang besar iaitu USBO yang menjadi tulang belakang kekuatan UMNO di Sabah. Perhimpunan besar USBO yang pertama dianjurkan di Lahad Datu Sabah berjaya menghimpunkan puluhan ribu masyarakat rumpun USBO dalam jangkamasa singkat.

Sambutan masyarakat Lahad Datu yang berbaris berpusu-pusu dan berbaris memenuhi sepanjang jalanraya dari lapangan terbang Lahad Datu ke bangunan Dewan Masyarakat Lahad Datu memperlihatkan keadaan bagai "USNO yang bangkit dalam wadah USBO". Pendapat umum mula mewar-warkan bahawa USBO mampu menggantikan tempat USNO di Sabah dan mampu menggugat UMNO. “....Kita kena terima hakikat, ahli USBO begitu penting kepada UMNO umpama USIA dengan USNO dahulu...,”- Haji Jabar Khan Nafi, seorang vateren politik dan bekas tahanan ISA yang masih mempertahankan bahawa penahanannya yang berlanjutan telah menzaliminya dan tidak adil baginya dan keluarganya.

Ternyata pemimpin-pemimpin tersebut adalah jenis "indespensilbe" yang sukar dinafikan pengaruh mereka samada di peringkat Bahagian, Negeri dan Peringkat Nasional. Mereka BUKAN pemimpin cyber yang "lempar batu sembunyi tangan" atau dipelihara melalui gerakan di sebalik tabir cyber. Mereka bertiga menonjol sehingga kini. Apa yang lebih jelas, mereka ini adalah "halangan besar kepada mereka yang tidak sabar ingin melapis dab beragenda". Maka itu mereka saban hari di balun, diperkecil, dianggap tidak relevent dan diberi gelaran "expired" dalam dunia cyber. terutama oleh mereka yang bersembunyi di sebalik "blog kilat yang tiada identiti". Harapan mereka hanya satu yakni mendapat laluan pintas tanpa perlu "merintis" dan melakukan khidmat yang memenatkan.

Selepas PRU 12 dan Persidangan Agung UMNO, Pandikar dilantik Speaker Dewan Rakyat. Datuk Shafie pula dilantik Menteri Pembangunan Luarbandar setelah memenagi kerusi Naib Presiden UMNO dan Ketua Perhubungan UMNO Kedah. Salleh pula selepas memenangi semula jawatan Ketua UMNO Bahagian Kota Belud telah di"hand pick" oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Naib Tun Razak sebagai Timbalan Perdana Menteri menjadi Timbalan Ketua Perhubungan UMNO Sabah bagi membantu Pengerusi Perhubungan UMNO, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman memperkukuhkan lagi UMNO Sabah dan Barisan Nasional Sabah amnya.

Ikrar Salleh untuk menguatkan dan mengekalkan Sabah sebagai "Fix Deposit" atau tunggak kekuatan BN Malaysia sudah cukup memperlihatkan bahawa pengaruh politiknya di peringkat Negeri mula dikembangkan semula. USBO pimpinanya pula mula menerima pengiktirafan Ketua Menteri Sabah, pemimpim-pemimpin Sabah dan Perdana Menteri serta pemimpin-pemimpin Nasional samada pihak kerajaan ataupun pihak pembangkang. Hanya mereka yang mempunyai agenda peribadi yang menolak kenyataan ini.

Dalam politik, carik carik bulu ayam lama-lama bercantum juga, biduk lalu kiambang bertaut. Dalam keadaan ini SSK, TSP dan SA masih tetap utuh dan kukuh. Masa inilah hubungan mereka dengan kepimpinan Negeri dan Negara menjadi lebih kukuh. Masa ini juga, Ketua Menteri Sabah, Datuk Musa Haji Aman mula menilai semula keperluan kepimpinan pemimpin bertiga ini untuk lebih akrab demi sebuah kekuatan baru yang lebih matang dan mampu mendepani cabaran. Masa inilah kita perlu menilai antara aset dan liabiliti.

Sesungguhnya PRU12, banyak memberi pengajaran politik.

(Bersambung dalam Bahagian III)

Monday, September 28, 2009

Mengintai dan Menjejaki Kepimpinan Rumpun Bangsa Yang Besar Di Sabah- Bahagian I

Shafie Afdal, Salleh Tun Said dan Pandikar Amin Haji Mulia. Masing-masing Penasihat USBO, Presiden USBO dan Timbalan Presiden USBO.

Kota Belud adalah bumi kelahiran UMNO yang pertama di Sabah apabila Tun Mustapha bertanding di atas kerusi BN-UMNO di DUN Usukan buat pertama kalinya dan menang pada 11Mei 1991. Selaras dengan kemenangan itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia yang bertanggungjawab membawa UMNO ke Sabah telah diisytiharkan sebagai penerima anugerah gelaran “WIRA NUSARAYA” daripada masyarakat Sabah pada 12 September, 1991 di Usukan, Kota Belud, Sabah. Tun Mustapha adalah “anak sulung UMNO” di Sabah.

Mercu Tanda Kelahiran Anak Sulung UMNO di Usukan, Kota Belud, Sabah pada 11 Mei 1991 dan gelaran “WIRA NUSARAYA” oleh masyarakat Sabah Kepada Tun Mahathir Mohamad pada 12 September, 1991. Mercu tanda ini masih terpahat di Bangunan USIA Kota Belud yang menempatkan Pejabat UMNO yang Pertama di Usukan, Kota Belud.

Bagaimanapun, dalam PRU12, anak Kepada “Anak Sulung UMNO Sabah”, Datu Amir Kahar dan Pemimpin pertubuhan rumpun bangsa yang besar yakni USBO dan anak jati Kota Belud, “bumi kelahiran UMNO", Salleh Tun Said dan Pandikar Amin Haji Mulia telah digugurkan dari mempertahankan kerusi masing-masing. Sebelum digugurkan sebagai calon, Salleh adalah Ahli Parliment Kota Belud, Pandikar adalah ADUN Tempasuk dan Amir Kahar Tun Mustapha adalah ADUN Banggi.

Amir Kahar, juga adalah anak kepada “Bapa Kemerdekaan Sabah” yang telah mengorbankan partinya, USNO, demi UMNO, Pandikar Amin juga telah mengorbankan partinya AKAR demi UMNO, Pernah menjadi ADUN USNO dan dianggap "singa USNO", pernah menjadi Menteri belia dan Sukan, Menteri Perhubungan dan Kerjaraya dan Menteri Pertanian dan Perikanan. Manakala Salleh adalah mantan Ketua Menteri Sabah, Mantan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan dan anak kepada Bekas Ketua Menteri Sabah dan Tuan Yang Terutama serta pejuang USNO yang telah banyak berjasa kepada Negeri Sabah dan Kota Belud sendiri khasnya.

Sunday, September 27, 2009

KDN siasat taktik licik wanita China

Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengesahkan sedang menyiasat taktik licik wanita warga China yang berkahwin dengan lelaki tempatan untuk mengabui mata pihak berkuasa daripada kegiatan pelacuran mereka.

Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, jumlah mereka yang terlibat bagaimanapun masih dalam bilangan yang kecil dan terkawal.

Beliau berkata, pihaknya telah mengarahkan pihak berkaitan agar meningkatkan penguatkuasaan bagi mengelak undang-undang negara disalah guna dan dieksploitasi untuk kegiatan tidak bermoral.

"Walaupun Malaysia sedang mempercepatkan proses kenegaraan, status penduduk tetap (PR) dan sijil kelahiran lewat namun ia tidak bermakna kerajaan akan berkompromi dalam perkara sedemikian rupa.

"Insya-Allah dalam masa setahun ini, kita boleh sediakan proses yang lebih efisien, telus dan adil," katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Dalam pada itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan yang dihubungi turut menegaskan bahawa Polis Diraja Malaysia (PDRM) memandang serius mengenai isu berkaitan pelacuran. Beliau berkata, pelbagai operasi dijalankan bersama agensi kerajaan lain seperti Jabatan Imigresen bagi membanteras perkara tersebut.

"Kita akan ambil tindakan tegas jika didapati wanita-wanita itu terlibat dalam pelacuran dan menggunakan pas lawatan sosial jangka panjang. "Kita akan rampas pas lawatan sosial jangka panjang yang diberikan kepada mereka dan menghantar pulang ke negara asal.

"Tidak kiralah mereka telah berkahwin dengan lelaki tempatan kerana jika mereka ditangkap di pusat pelacuran maka kita akan ambil tindakan," katanya di sini hari ini. Ditanya jika Akta Imigresen sedia ada perlu dikaji, Musa menjelaskan, ia tidak perlu memadai dengan memperketatkan penguatkuasaan.

Semalam, Utusan Malaysia mendedahkan wanita warga China yang terbabit dengan sindiket pelacuran di negara ini kini semakin berani termasuk sanggup berkahwin dengan lelaki tempatan bagi mengabui mata pihak berkuasa.

Tujuan mereka berkahwin tidak ikhlas, sebaliknya hanya untuk dijadikan platform supaya boleh tinggal lebih lama di Malaysia bagi tujuan pelacuran. Melalui perkahwinan itu, mereka boleh tinggal selama setahun di negara ini melalui pemberian pas lawatan sosial jangka panjang.

Utusan Malaysia 26 Sept, 09.

Saturday, September 26, 2009

Kahwin untuk melacur-(LAMA-LAMA JADI PENGUNDI!)


‘CHINA DOLL’ sanggup kahwin dengan lelaki tempatan untuk jadi pelacur di negara ini.
  • Eksploitasi Akta Imigresen yang memberikan pas lawatan sosial kepada wanita warga asing yang berkahwin dengan lelaki tempatan untuk membolehkan mereka berada di Malaysia selama setahun.
  • Jika masuk sebagai pelancong biasa tempoh yang dibenarkan untuk tinggalkan di negara ini hanya tiga bulan.Dalam serbuan Imigresen di Pulau Pinang, 14 wanita warga China yang disyaki pelacur mempunyai suami di negara ini.
  • Kesemuanya memiliki sijil kahwin untuk membuktikan perkahwinan dengan suami masing-masing.
PUTRAJAYA 25 Sept. – ‘China Doll’ iaitu gelaran untuk wanita warga China yang terbabit dengan sindiket pelacuran di negara ini kini semakin berani termasuk sanggup berkahwin dengan lelaki tempatan bagi mengabui mata pihak berkuasa.

Tujuan mereka berkahwin tidak ikhlas, sebaliknya hanya untuk dijadikan platform supaya boleh tinggal lebih lama di Malaysia bagi tujuan pelacuran. Melalui perkahwinan itu, golongan tersebut boleh tinggal selama setahun di negara ini melalui pemberian pas lawatan sosial jangka panjang. Peruntukan itu terdapat di bawah Akta Imigresen, malah ia boleh diperbaharui setiap tahun sekiranya tamat tempoh. Berbanding sebagai pelancong, wanita warga China hanya boleh tinggal tidak lebih tiga bulan.

Perkara tersebut dinyatakan oleh Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Abdul Rahman Othman yang bimbang dengan trend terbaru sindiket pelacuran itu. Katanya, perkara itu ada asasnya apabila dalam serbuan di dua buah pusat hiburan di Pulau Pinang baru-baru ini, semua 14 wanita negara tersebut yang disyaki pelacur mempunyai suami di negara ini.

“Mereka (sindiket) kini berani mengeksploitasi Akta Imigresen. Kesemuanya memiliki sijil perkahwinan sah untuk membuktikan perkahwinan dengan suami masing-masing.

“Kita juga telah hubungi ‘suami’ masing-masing dan mereka datang dan mengakui berkahwin dengan wanita-wanita itu,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Kata Abdul Rahman, pihaknya tidak dapat berbuat apa-apa melainkan terpaksa membebaskan wanita-wanita berkenaan kecuali dapat membuktikan mereka menawarkan khidmat seks.

“Perkembangan itu membimbangkan kita kerana ditakuti akan menjadi ikutan sindiket-sindiket lain. “Taktik baru ini menunjukkan sindiket pelacuran semakin bijak bermain dengan undang-undang negara,” ujar beliau.

Bagaimanapun setakat ini, imigresen belum dapat membuktikan sama ada ‘suami’ kepada wanita warga asing tersebut diupah untuk perkahwinan itu. Ketua Jabatan Pengaduan Awam dan Perkhidmatan MCA, Datuk Michael Chong ketika ditemui berkata, jika dahulu suami menjadikan isteri sebagai mangsa pelacuran, kini keadaan sudah berubah.

Katanya, sebelum ini, beliau pernah mengendalikan masing-masing satu kes wanita warga China dan Vietnam yang dipaksa suaminya menjadi pelacur. “Kalau ada wanita menjadi mangsa, begitu juga berlaku sebaliknya sekarang. Ada berpura-pura berkahwin tetapi sebenarnya untuk terlibat dalam pelacuran tanpa pengetahuan suami dan sebagainya,” jelasnya.

Beliau berkata, sehubungan itu, pihaknya meminta kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap perkara tersebut bagi mengelakkan Akta Imigresen disalah guna. “Kelonggaran diberikan negara ini kepada rakyat yang berkahwin dengan warga asing menunjukkan keprihatinan kerajaan tetapi malangnya ia telah dieksploitasi pihak tidak bertanggungjawab.

“Jikalau dahulu ramai mengadu kesukaran pasangan mereka untuk menetap di negara ini, namun apabila kelonggaran diberi, ia disalah guna pula,” katanya.

UTUSAN MALAYSIA
Oleh TAN MING WAI dan WAN NOOR HAYATI WAN ALIAS
jenayah@utusan.com.my

PAS PERLU MERDEKA DARI PAKATAN?


Bila Dr. Hassan Ali didesak rakan dalam Pakatan Rakyat untuk berundur atau "toe the line" tidak terdapat rakan-rakan lain dalam PAS bangun untuk membelanya. Mereka seolah-olah lebih sayang DAP dari Pesuruhjaya PAS Selangor itu. Atau barangkali mereka lebih sayang "jawatan yang memberi mereka kuasa".

Saya lihat, sudah masanya PAS "merdeka" samada di luar atau di dalam PR. Akhir-akhir ini sudah "lebih" semakin jelas menampakkan bahawa PAS lebih diperguna pihak lain dan semakin kehilangan kemerdekaanya.

Berikut adalah penyataan yang jelas menampakkan kemerdekaan PAS dalam PR semakin pudar. Ikutilah..

Terpulang pemimpin Pakatan Rakyat desak Hasan Ali undur: Dr M

BANTING: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata terpulang kepada pemimpin Pakatan Rakyat sama ada mahu terus mendesak Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali meninggalkan pakatan itu jika tidak lagi mampu bekerjasama dengan wakil rakyat DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).
.
"Kalau tak boleh pakat, macam mana nak ada pakatan? Dia kena pakat," katanya ketika ditanya mengenai desakan supaya Hasan berundur dari Pakatan Rakyat berikutan kritikannya terhadap Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat).
.
Dr Mahathir menegaskan masalah pembangkang yang memerintah Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan ialah mereka hanya menjalinkan kerjasama bersandarkan pakatan, iaitu ikatan tidak rasmi. "Bagi orang Melayu kalau dia pakat, selalunya pakatan nak buat benda tak baik. Begitulah Pakatan (Rakyat). Setiap mereka ada haluan berbeza. Malangnya, pembangkang bukan pilihan. "Jadi, adalah satu bencana bagi negara jika pembangkang memenangi (pilihan raya umum) dan membentuk kerajaan. Mereka tidak akan mentadbir negara tetapi akan berbalah antara satu sama lain.
.
"Pas berbalah dengan DAP... DAP berbalah dengan PKR. Mereka tidak ada idea langsung untuk mentadbir kerajaan," katanya pada sidang media selepas menyampaikan ucaptama kepada warga kerja NGV Tech Sdn Bhd di Teluk Panglima Garang, di sini semalam.
.
Ditanya kemungkinan Umno menerima Hasan jika Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gombak Setia itu meninggalkan Pakatan Rakyat, Dr Mahathir berkata: "Tidak, bukan Hasan Ali. Saya ada pengalaman dengan lelaki ini.
.
"Kerajaan sudah belanja RM1 juta untuk dia dapatkan ijazah kedoktoran (PhD), selepas itu dia membangkang kerajaan. Di negara ini, ahli politik tidak pernah tahu untuk berterima kasih."

Baca juga ...
http://depa-kata.blogspot.com/2009/09/ribut-yang-tak-akan-berakhir.html

Thursday, September 24, 2009

SIJIL BELI: Mekanisme saring PhD wajar diperluas ke IPTS

Beberapa tokoh akademik mahu mekanisme saringan bagi mendapatkan ijazah doktor falsafah (PhD) diperluaskan kepada institusi pengajian tinggi swasta (IPTS).

Sambil melahirkan kebimbangan mengenai ketiadaan saringan seperti yang dilaksanakan di institusi pengajian tinggi awam (IPTA), mereka berpendapat, langkah itu perlu bagi mengelak pemilikan PhD ekspres berlaku secara berleluasa di negara ini.

Tokoh akademik, Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim berkata, Kementerian Pengajian Tinggi harus mengesan dan mengawasi kegiatan pengeluar PhD palsu.

''Walaupun kebanyakan pemilik membeli dari luar negara, Kementerian Pengajian Tinggi harus ada peraturan yang ketat bagi mengawasi gejala ini.

''Masalah 'penjualan' PhD dari dalam negara ini belum dapat dipastikan lagi, cuma saya bimbang pengambilan tenaga pengajar dari golongan ini menular di IPTS disebabkan kita tidak pasti mereka membuat saringan seperti di IPTA.

''Kita tidak boleh suka hati bagi PhD kepada orang yang tidak layak atau memperolehinya dari universiti yang tidak diiktiraf,'' ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kegiatan membeli gelaran sosial seperti Datuk atau PhD dari luar negara yang semakin serius serta dibimbangi akan melahirkan generasi 'ilmuwan palsu'.

Sementara itu, Canselor Universiti UCSI, Tan Sri Abdul Rahman Arshad berkata, mereka yang berkhidmat dengan pusat pengajian tinggi perlu menyerahkan salinan tesis PhD sebagai semakan dan rujukan kepada universiti.

''Tidak kira sama ada pensyarah atau memegang jawatan di bahagian pentadbiran, mereka perlu serah salinan tesis sebagai rujukan dan simpanan universiti bagi mengesahkan ketulenannya.

''Jika mereka didapati menipu, kita perlu tarik balik gelaran tersebut serta kenakan tindakan tatatertib,'' katanya.

Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof. Tan Sri Dr. Ibrahim Abu Shah pula yakin IPTA bersih daripada golongan yang memiliki PhD 'ekspres' kerana mempunyai mekanisme saringan yang kukuh.

Katanya, di UiTM, latar belakang akademik setiap bakal tenaga pengajar di institusi itu disemak menerusi Kementerian Pengajian Tinggi dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Menurut Ibrahim, masalah akan timbul apabila golongan ini bekerja dengan swasta atau bekerja sendiri dengan tujuan penyelewengan dan penipuan.

''Sukar untuk memastikan status ketulenan gelaran mereka jika tidak terikat dengan sebarang saringan seperti yang dilakukan oleh perkhidmatan awam.

''Mereka yang sengaja berlagak dengan gelaran palsu perlu diambil tindakan undang-undang kerana sudah pasti membawa kesan yang buruk kepada masyarakat," katanya.

Utusan 24 Sept 09.

70 peratus bosan usaha cegah rasuah VVIP tidak berhasil

Presiden Transparency International (TI), Datuk Paul Low Seng Kuan (kiri) Pengarah Eksekutif, Mark Chay Menyerahkan Lapuran GlobalCorruption 2009: Rasuah dan Sektor Swasta.Gambar oleh : Sharil Amin

Lebih 70 peratus daripada sekumpulan responden yang disoal selidik berhubung rasuah di negara ini mendakwa sudah hilang kepercayaan terhadap usaha kerajaan membanteras rasuah dan bosan dengan penularan gejala itu.

Presiden Transparency International (TI) Malaysia, Datuk Paul Low, berkata antara rungutan utama di Malaysia ialah mengenai kegagalan pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap orang kenamaan dan tokoh politik yang terbabit dalam kes rasuah besar.

"Umum berpendapat perubahan Badan Pencegah Rasuah (BPR) kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak menghasilkan keputusan diharapkan, sebaliknya lebih banyak kepincangan agensi itu didedahkan sejak kebelakangan ini.

"Kes kematian Teoh Beng Hock ketika disoal siasat SPRM menimbulkan pelbagai persoalan berhubung kaedah operasi agensi ini, terutama cara mengendalikan soal siasat serta mengumpul bukti.

"Selain itu, pihak berkuasa di sini juga didakwa pilih kasih ketika mengambil tindakan dan tidak bersikap saksama," katanya pada sidang media mengumumkan Laporan Rasuah Global 2009 TI yang dikeluarkan di sini, semalam.

Laporan yang menjurus kepada isu rasuah dalam sektor swasta membabitkan maklum balas daripada 46 negara itu adalah penilaian awal kepada Barometer Rasuah Global, merangkumi laporan terperinci untuk setiap negara, yang akan diumumkan November ini.

Low berkata, kedudukan Malaysia sekarang di kalangan negara serantau tidak boleh dianggap selesa kerana Indonesia sudah jauh mengatasi dengan 76 peratus rakyatnya berpuas hati dengan tindakan kerajaan mereka membanteras rasuah.

Antara sebab utama, katanya, isu skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ), ketiadaan tindakan susulan terhadap kes VK Lingam yang membabitkan campur tangan dalam pelantikan hakim dilihat rakyat sebagai pencabulan hubungan antara kerajaan, sektor awam dan swasta.

Beliau berkata, majoriti yang disoal selidik mahu hubungan sektor korporat, swasta, kerajaan dan ahli politik dipantau berterusan untuk memastikan mereka sentiasa dikawal selia bagi menjamin tiada amalan rasuah.

Berita Harian 24 Sept, 2009

Wednesday, September 23, 2009

Pengguna Seluruh Dunia Dikenakan Bayaran Berlebihan AS$300 Bilion Disebabkan Rasuah

PETALING JAYA, 23 Sept (Bernama) -- Pengguna seluruh dunia dikenakan bayaran berlebihan kira-kira AS$300 bilion kerana rasuah menaikkan kos projek sebanyak sekurang-kurangnya 10 peratus, demikian menurut satu laporan yang dikeluarkan Rabu oleh Transparency International (TI).

Laporan itu, Laporan Rasuah Global 2009: Rasuah dan Sektor Swasta (GCR), menyebut bahawa 300 kartel swasta antarabangsa didapati mengenakan bayaran berlebihan kepada pengguna berjumlah AS$300 bilion dari 1990 hingga 2005.

Selain itu, rasuah bagi pegawai dan ahli politik yang menerima suapan di negara membangun berjumlah sehingga AS$40 bilion setahun, manakala syarikat terpaksa membayar berbilion-bilion denda sejak dua tahun lepas disebabkan amalan seumpama itu.

Laporan itu juga mengketengahkan aspek kebimbangan lain seperti kekurangan semak dan imbang dalam pengaruh politik bagi beberapa syarikat berkuasa dan sektor perniagaan serta perolehan kakitangan yang besar antara kerajaan dan perniagaan.

"Mendasarkan masa depan sesebuah syarikat atau dana kepada hubungan peribadi dan sistem yang tidak dapat dijangka atau beroperasi tanpa sebarang pengawasan dan pertanggungjawapan adalah laluan yang dijamin membawa kepada kegagalan," kata Pengerusi TI, Huguette Labelle dalam satu kenyataan di sini, Rabu.

TI berkata syarikat-syarikat yang mengguna pakai program anti rasuah dan garis panduan etika didapati 50 peratus kurang berdepan kes rasuah dan tidak dijangka kehilangan peluang perniagaan berbanding syarikat yang tidak mengguna pakai amalan itu.

Ia berkata selain berdepan risiko perniagaan, implikasi amalan rasuah membawa kepada pembaziran sumber serta hasil kerja yang kurang elok yang boleh membahayakan nyawa.

"Menyemai budaya integriti korporat penting bagi melindungi pelaburan dan juga meningkatkan kejayaan perniagaan," kata Labelle.

"Memenangi anti rasuah bermakna menambah kepada keuntungan. Sudah sampai masanya perbadanan menangani risiko membayar berjuta-juta denda dan kehilangan kepercayaan daripada pelanggan dan pemegang saham mereka," katanya.

-- BERNAMA

Monday, September 21, 2009

Sabah Media Urged To Remain Catalyst For Strengthening Unity


SIPITANG, Sept 21 (Bernama) -- Media practitioners in Sabah have been urged to utilise writing as a platform to promote unity among the country's multiracial populace.

State information executive councillor Datuk Sapawi Ahmad (picture) said the media was in the best position to motivate the people towards safeguarding unity.

He called on the media to report based on facts and not manipulating certain issues to the extent of touching racial sensitivities. "The media has a role to play in disseminating accurate news in a speedy manner to the people, including news items concerning national unity," he told reporters when met at the Sipitang Umno open house in conjunction with the Aidilfitri here today.

Sapawi, who is Sipitang member of parliament, was asked to comment on the role of the media against the backdrop of current issues involving Malaysia domestically and regionally.

Citing the pendet dance controversy as an example, Sapawi said the issue should not be blown out of proportion as it was for both governments to find an amicable solution to the matter.

The Indonesian media have been harping on the issue for weeks now claiming that Malaysia had stolen what they claimed as Indonesian cultural property despite the clarification by Malaysia that it had never laid claims on the traditional Balinese dance.

On the domestic front, Sapawi said playing up racial issues was not helpful to the 1Malaysia vision.

The media should help the government to make the vision a reality by telling inspiring stories of how the people stood united despite their cultural and religious backgrounds, he said.

-- BERNAMA

UN inquiry finds Israel guilty of Gaza war crimes




UN: Israel terrorised Gazans in war

Israel "punished and terrorised" civilians in Gaza in a disproportionate attack in its three-week offensive on the territory earlier this year, a United Nations report has found. Judge Richard Goldstone, who led the inquiry, said on Wednesday that he found evidence Israel targeted civilians and used excessive force in the assault, which was launched on December 27, 2008.

"The mission concluded that actions amounting to war crimes, and possibly in some respects crimes against humanity, were committed by the Israel Defence Force," Goldstone, a former South African justice, said. While the report was more sharply critical of Israel, it also said that there was evidence "that Palestinian armed groups committed war crimes, as well as possibly crimes against humanity", by firing rockets into southern Israel. More than 1,400 Palestinians - about a third of them women and children - were killed in the offensive. Thirteen Israeli died during the same period, mostly due to rocket fire from the Gaza Strip .

The US state department reacted to the report, telling Al Jazeera that they had "concerns about some of the report's recommendations", without giving specifics. Washington said that the mandate given for the report had been "one sided and unacceptable" but that Goldstone had attempted to broaden the scope of the report "to cover abuses on all sides of the conflict".

Sharp criticism

Goldstone's report, which came at the end of a six-month inquiry and will be presented to the UN Human Rights Council later this month, said Israel deliberately attacked civilians, failed to take precautions to minimise loss of civilian life and cited strong evidence that Israeli forces committed "grave breaches" of the Geneva Conventions. He said: "In the months since the end of the war, various rights groups both domestic and international have provided evidence of Israel’s war crimes."

Goldstone said the evidence included accounts of "the shooting of civilians holding white flags ... the deliberate and unjustifiable targeting of UN shelters ... and the killing of over 300 children whilst the Israeli Army had at their disposal the most precise weaponry in the world". He also condemned Hamas' - the de facto ruler of the Gaza Strip - conduct, whom he said undertook extrajudicial killings, arbitrary detention and ill-treatment of Palestinian detainees.
Goldstone also called for the release of Gilad Shalit, the Israeli corporal abducted by Gaza fighters in June 2006, on humanitarian grounds and said that the Palestinian Authority in the occupied West Bank had committed human rights violations against political opponents.

Credible investigations

Al Jazeera's Sherine Tadros, reporting from Gaza, said: "The theme [of] this new UN report is the idea of excessive force being used [by Israel] and deliberate targeting of civilians. "[It said] There was nothing to warn civilians that there were incoming rockets.
"The Israelis say they provided leaflets and made thousands of calls to Gazan citizens, but ... [regardless] they didn't give them any option of where to go." The report said there were "numerous instances of deliberate attacks on civilians" and civilian objects in Gaza by Israel. Its firing of white phosphorous shells and the use of high explosive artillery shells were listed as "violations of humanitarian law".

The investigators recommended that the UN Security Council should call on Israeli and Palestinian authorities to launch their own credible investigations into the conflict within three months. If either side failed to do that, the council should refer the matter to the International Criminal Court (ICC) prosecutor in The Hague within six months, they added.

Israel has already ruled out such an investigation.
Rejection 'surprising'
Fawzi Barhoum,

a Hamas spokesman, told Al Jazeera: "This report is further evidence Israel committed war crimes during its war on Gaza, and we call on the international community to bring Israeli war criminals to trial." The report said that Palestinian authorites in the Gaza Strip and occupied West Bank had cooperated with the panel.

Israel, which had refused to co-operate with the investigation, claimed the UN Human Rights Council that ordered it was biased against Israel, allegations which Goldstone and the three other members of the team have denied. Mark Regev, a spokesman for the Israeli government, said the army did not target civilians during its campaign against Hamas. "Israel did not target civilians. The opposite is true - we made every effort not to see the civilian population caught up in the crossfire," he told Al Jazeera.

The Israeli government said that its military had opened more than 100 inquiries into allegations of alleged wrongdoing by its forces, but had closed most of them because the accusations were found to be baseless. Israel also said Hamas "unnecessarily exposed the civilian population of Gaza to the inherent dangers of military operations" around them by firing rockets into Israel, and therefore violated "international humanitarian law".

Goldstone told Al Jazeera: "I'm surprised that Israel has so speedily read a 575-page report and so quickly rejected it." Goldstone, the former chief prosecutor of the international courts for Yugoslavia and Rwanda, headed the fact-finding mission which conducted dozens of interviews and investigations. - AL JAZEERA

Friday, September 18, 2009

"NOUK NOUK SINAPAD"


“Nuok nuok Siapad”. Begitulah yang dapat digambarkan bila MP (PKR) Wangsa Maju, Wee Choo Keong melahirkan kesediaannya mendedahkan EXCO Kerajaan Selangor yang mempunyai pertalian dan hubungan dengan beberapa individu yang menjalankan kegiatan haram, jenayah atau “underworld activities”. Namun sejak mengeluarkan kenyataan itu berbulan yang lalu, setakat ini Wee belum juga mendedahkan identiti EXCO itu. Seolah-olah dia meminta seseorang muncul untuk melerainya dari membuat pendedahan. Itulah Nouk Nouk Sinapad dalam bahasa Bajau.

"My conscience is clear, and I have nothing to hide,". Begitulah ungkapan Wee namun siapa dan siapa, masih tergantung bagai “biji buah yang tak jatuh-jatuh”.

Secara jelas perbuatan Wee ini boleh disifatkan sebagai menangguh-nangguhkan perbuatan jenayah dan seolah-olah mengizinkan kemungkinan banyak lagi kemusnahan terjadi. “Saya mengalu-alukan penyiasatan pihak polis atau pihak berkuasa dan saya akan memberikan kerjasama sepenuhnya”. Inilah penyataan Wee dlam blognya. Namun biji buah tak juga jatuh-jatuh.

Rakan CCTV yang dikatakan juga tersedia bakal dapat digunakan untuk mengesahkan kegiatan haram yang dikaitakan dengan Exco Selangor itu. Apalah ertinya semua ini? Apakah ini hanya gurauan atau akan diheret sehingga menjelangnya PRU 13 agar ia menjadi perhiasan kempen pilihanraya? Rasanya, jika sampai ketahap itu ianya hanya akan menjadi isu basi dan tak laku lagi.

Jika pula dikatakan bahawa Wee berani mendedahlan perbuatan haram dan YB yang bertanggungjawab walaupun terhadap rakan dalam pakatan, rasanya jika pendedadah itu digantung-gantung maka benarlah bahawa buah itu memang tak ada di tangkainya di atas pokok; maka menantinya untuk jatuh adalah sia-sia. Mengatakan bahawa buah itu masih di atas pokok hanyalah pendustaan, bukan sahaja kepada umum tetapi kepada diri sendiri.

Biasanya, jenis nouk nouk sinapad dalam masyarakat Bajau di kawasan saya adalah jenis yang penakut, pengecut dan jika dibiarkan, tidak akan berani melakukan apa yang dikatakannya. Menotakakan katanya jauh sekali.

NEGARA ISLAM / MENGKAFIRKAN ISLAM..

Thursday, September 17, 2009

SALAM AIDILFITRI

(klik image)
Pandu dengan cermat dan berhati-hati. Sentiasalah mohon kesejahteraan dari Allah Subhanawataala.. semasa dalam perjalanan.

Nordin Mat Top killed? plus AlJazeera News



Khamis September 17, 2009
4 suspek pengganas terbunuh dalam serbuan, dipercayai termasuk Noordin Mat Top

SOLO (Indonesia): Empat suspek pengganas terbunuh dalam satu serbuan polis di tengah Indonesia, awal pagi Khamis, selepas kejadian tembak-menembak dan letupan, dengan salah seorang daripada yang terbunuh dipercayai perancang siri keganasan di negara itu, Noordin Mohammad Top.

Pegawai polis berkata, tiga lagi suspek pengganas turut diberkas.

Pegawai anti-pengganas berkata, suspek yang terbunuh termasuk pembuat bom, Bagus Budi Pranato.

Menurut jurucakap polis negara itu, Nanan Sukarna, anggota-anggota militan yang diberkas adalah seorang wanita mengandung yang kini dirawat di hospital tempatan dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Polis menjejak tujuh suspek itu ke sebuah bandar di Solo, Jawa Tengah dan mengepung sebuah rumah kampung di pinggir bandar tersebut semalaman.

Menurut jurucakap polis, serbuan itu berakhir pada waktu subuh apabila berlaku letupan di dalam rumah berkenaan.

Televisyen Indonesia menyiarkan rakaman rumah yang terbakar tanpa bumbung dan kepingan dinding yang berkecai.

Stesen televisyen TVOne membuat spekulasi bahawa mayat yang tidak dikenalpasti itu adalah Noordin yang merupakan anggota militan yang paling dikehendaki di rantau ini, namun tidak ada pengesahan berhubung perkara itu dan kematiannya telah disalah lapor sebelum ini.

Sejumlah besar bahan letupan, senjata, grenad dan bom ditemui di tempat kejadian dan beberapa ambulans membawa mangsa yang terbunuh dan cedera.

Berlaku sedikit percanggahan laporan berhubung punca letupan itu, namun Sukarna berkata, "ia kemungkinan besar datang daripada polis yang cuba masuk ke dalam (rumah)" dan ia bukan letupan bom berani mati seperti yang dilaporkan sebelum itu.

Pasukan polis khas memberkas dua lelaki yang dikenal pasti sebagai Bejo dan Supono, yang membawa mereka ke tempat persembunyian tersebut.

KEMASKINI: SIAPA MEMPERSENDA KEADILAN.- Anwar gagal lucutkan kelayakan pendakwaan

Kegagalan DSAI melucutkan keseluruhan Pasukan Pendakwaan menambah kegetiran lagi kepada Kes Liwat II ini

KUALA LUMPUR: Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim gagal dalam permohonannya untuk untuk melucutkan kelayakan keseluruhan pasukan pendakwaan berhubung perbicaraan kes liwatnya.

Hakim Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas), Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin memutuskan perkara tersebut kerana Anwar gagal untuk mematuhi syarat-syarat permohonan semakan semula kehakiman.

Hakim berkata, permohonan bagi semakan kehakiman di bawah Peraturan 53 Kaedah-Kaedah Mahkamah Tinggi 1980 adalah bagi mencabar satu keputusan, perbuatan atau peninggalan pihak berkuasa.

"Saya memutuskan berdasarkan kes undang-undang, ia mesti ada perbuatan tertentu atau kesalahan tertentu ataupun penyalahgunaan kuasa tertentu.

"Ini adalah perkara dasar bagi sesuatu permohonan semakan kehakiman," katanya.

Anwar memfailkan permohonan untuk melucutkan kelayakan keseluruhan pasukan pendakwaan dalam kes liwatnya pada 11 Ogos lalu, dengan menyebut alasannya sebagai "sama seperti mempersenda keadilan".

Beliau menamakan Peguam Cara 1 Datuk Idrus Harun, Peguam Cara II Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden, para Timbalan Pendakwa Raya Datuk Nordin Hassan, Mohamad Hanafiah Zakaria, Wong Chiang Kiat, Shamsul Sulaiman dan Noorin Badaruddin, Pendakwa Raya dan Kerajaan sebagai responden.

Anwar menyatakan tindakan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail, dalam menandatangani sijil Seksyen 418A, jelas menunjukkan hakikat yang beliau adalah orang yang bertanggungjawab bagi keadaan "main tarik tali dan manipulasi oleh pihak pendakwaan mengikut kehendaknya."

Antara lain, beliau memohon diisytiharkan pasukan pendakwaan yang mengendalikan kes liwatnya tidak layak untuk mewakili Pendakwa Raya dan/atau menjalankan prosiding atau rayuan terhadapnya.

Anwar, 62, dituduh meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan, 24, di sebuah kondominium di Bukit Damansara di sini pada 26 Jun tahun lepas.

Hakim Azilatul juga berkata, Anwar tidak dicabar mana-mana penyalahgunaan kuasa oleh tujuh orang responden berkenaan yang memerlukan mahkamah menghalang mereka.

Semasa menghuraikan hujahan kehakimannya, Azilatul berkata dalam permohonannya, Anwar mahu menghalang pihak pendakwaan mengendalikan kes berkenaan dengan alasan wujudnya amalan berat sebelah, konflik kepentingan dan salah laku pendakwaan.

STAR 17 Sep, 2009.

Tuesday, September 15, 2009

"Siapa Mempersenda Keadilan"?.

DSAI menghadapi cubaan yang amat getir di hadapannya.

Tindakan DSAI dan pihak pembelaan kes Liwat kedua DSAI mengundang pelbagai reaksi. Kebanyakannya tidak memihak kepada DSAI. Sejak mula kes ini disebut, ramai pihak yang melihat bahawa kes ini merupakan kes yang amat getir untuk dihadapai DSAI.

Bermula dengan isu keengganan DSAI bermubalaha dengan bersumpah laknat dengan pelbagai alasan. Pada awal kes sumpah laknat ini diajukan, TGNA sendiri pernah menzahirkan kesediaannya untuk menjadi orang tengah. Namun akhirnya setelah mendapat pandangan beberapa ulama dan melihat ketidaksediaan DSAI sendiri untuk bersumpah laknat, maka isu TGNA menjadi orang tengah telah lenyap begitu sahaja dan tidak lagi diwar-warkan. Apakah jika DSAI bemubalaha maka kes ini akan diserahkan kepada Allah SWT untuk mengadilinya dan segala pertuduhan di mahkamah sivil digugurkan?

Tindakan menolak untuk diambil DNA oleh DSAI sehingga terdapat usaha untuk mewujudkan akta yang berkait dengan keperluan ujian DNA di Parliment juga dilihat sebagai usaha untuk mengelak dari terjebaknya DSAI dari pergelutan undang-undang yang berkait dengan kes Liwat DSAI. Bukanlah bermaksud bahawa akta itu semata-mata kerana kes DSAI, tetapi sebagai persediaan dan keperluan masa depan jika kes berkaitan DNA akan timbul.

Percubaan awal yang dilakukan supaya kes ini tertangguh ialah dengan mendapat cuti sakit pihak peguam bela utama DSAI. Walau ianya "dokumented" namun tidak kurang yang melihat ianya hanya sebagai helah. DSAI sendiri dengan barisan pembelaannya pernah memohon supaya kes ini digugurkan saja kerana kononnya "tiada kes untuk "didengar". Percubaan ini juga gagal. Ianya sekadar berjaya menangguhkan perbicaraan kes.

Terakhir pihak pembelaan telah memohon dan memfailkan permohonan untuk melucutkan kelayakan keseluruhan pasukan pendakwaan dalam kes liwatnya pada 11 Ogos lalu, dengan menyebut alasannya sebagai "sama seperti mempersenda keadilan". Beliau menamakan Peguam Cara 1 Datuk Idrus Harun, Peguam Cara II Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden, para Timbalan Pendakwa Raya Datuk Nordin Hassan, Mohamad Hanafiah Zakaria, Wong Chiang Kiat, Shamsul Sulaiman dan Noorin Badaruddin, Pendakwa Raya dan Kerajaan sebagai responden. Dalam permohonan ini, beliau memohon diisytiharkan pasukan pendakwaan yang mengendalikan kes liwatnya tidak layak untuk mewakili Pendakwa Raya dan/atau menjalankan prosiding atau rayuan terhadapnya.

Kes ini agak unik kerana walaupun ada peruntukkan undang-undang yang membenarkan permohonannya untuk mengenepikan pasukan pendakwaan, tetapi seolah-olah DSAI dan pihak pembelaan cuba membuat "pilihan" ke atas pihak yang mendakwanya. Dalam bahasa gayangnya dia "bertindak memohon untuk memilih lawannya".

Hakim Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas), Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin sendiri mengakui bahawa ".....isu yang dibangkitkan bukan isu biasa... ini adalah isu yang unik sedikit, beliau mahu lebih masa untuk memikirkan apa yang telah dihujahkan di hadapan beliau sebelum ini....,"

Apapun yang akan terjadi selepas ini, umum akan tetap mempersoal, siapa yang cuba untuk mempersenda keadilan sehingga kes liwat ini ditangguh dan ditangguh lagi? Siapa pula yang cuba mengelak dari keadilan untuk ditegakkan?
.
Perlu diingat bahawa dalam kes liwat yang pertama, Mahkamah persekutuan telah mengambil ketetapan bahawa sebenarnya wujud perbuatan liwat seperti yang didakwa, namun kerana sebab-sebab teknikal dalam perundangan (yang tidak mudah difahami ramai), hukuman liwat telah tidak dikenakan. Apakah akan berulang kes seperti ini dalam kes liwat kedua DSAI?

Spekulasi mudah saja dibuat berkait kes ini. Ada pihak yang cuba mengaitkannya dengan pertemuan DSAI dengan PM, DS Najib Tun Razak baru-baru ini. Mereka mengandaikan bahawa "perundingan" sedang berjalan supaya kes ini diberhentikan demi kestabilan politik negara. Apapun yang sedang berlaku, ianya sukar memadam "kegetiran" cubaan terhadap DSAI dan tidak mudah merungkai persoalan "siapa mempersenda keadilan".

Anwar, 62, dituduh meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan, 24, di sebuah kondominium di Bukit Damansara di sini pada 26 Jun tahun lepas.

Wednesday, September 9, 2009

Bantahan terhadap Malaysia kurang bijak - Warga Indonesia

Bantahan terhadap Malaysia kurang bijak - Warga Indonesia
Oleh SYAHIDI BAKAR

pengarang@utusan.com.my KUALA LUMPUR 8 Sept. -

Rakyat Indonesia di negara ini menyifatkan provokasi pihak tertentu di republik itu sebagai satu tindakan terdesak yang kurang bijak dan tidak bertamadun.

Menurut mereka, sejarah rumpun Melayu yang berkongsi bahasa, budaya serta adat sejak ribuan tahun lalu perlu dihayati kembali agar sejarah hitam yang pernah tercetus tidak akan berulang. Razak Mawardi, 22, dari Riau berkata, provokasi dan ancaman yang dicetuskan itu sebenarnya tidak menggambarkan senario keseluruhan pendapat rakyat di republik itu. Katanya, isu tersebut tidak perlu disensasikan kerana sudah jelas kedua-dua negara mempunyai kaitan sejarah serumpun yang sama dan tidak perlu dipertikaikan.

''Saya rasa isu itu tidak wujud sama sekali. Ini mungkin tindakan sesetengah pihak atau individu tertentu yang mempunyai kepentingan untuk cuba mengalihkan perhatian rakyat. ''Lagipun sejarah telah membuktikan bahawa kedua-dua negara adalah serumpun dan banyak berkongsi kebudayaan, bahasa malah agama yang sama,'' katanya ketika ditemui di Masjid Jamek di sini hari ini.

Razak diminta mengulas laporan agensi berita asing mengenai sekumpulan 486 sukarelawan di Indonesia yang mempersiapkan diri kononnya untuk berperang dengan Malaysia. Dua hari lalu, penyelaras kempen anjuran Kumpulan Pemuda Nasionalis Bendera, Mustar Bonaventura memberitahu agensi berita AFP, sukarelawan itu telah menyimpan stok makanan, ubat-ubatan termasuk senjata seperti pedang samurai bagi menghadapi kemungkinan perang. Tindakan itu diambil ekoran tuduhan Malaysia mencuri Tarian Pendet yang berasal dari Bali yang dilemparkan oleh media massa Indonesia terhadap Malaysia.

Malaysia turut menjadi sasaran beberapa demonstrasi di Jakarta kerana tuduhan itu walaupun pihak kedutaan telah memberikan penjelasan bahawa satu klip video 30 saat yang menyelitkan sekilas Tarian Pendet dibuat oleh syarikat swasta di Singapura dan tiada kaitan dengan pihak Malaysia. Sementara itu seorang pembantu kedai, Yanti Puteri Sikumbang, 24, yang berasal dari Sumatera Utara berkata, tindakan dan ancaman perang itu bukan merupakan tindakan bijak. Katanya, mungkin terdapat isu atau perkara yang tidak diselesaikan dengan baik sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan ahli kumpulan tersebut.

Namun, katanya, banyak ruang yang boleh digunakan untuk menyelesaikan isu berbangkit dan diselesaikan secara aman, berbanding menggunakan tindakan kekerasan yang ternyata tidak praktikal dan bertamadun. ''Saya sama sekali tidak bersetuju dengan provokasi dan ancaman perang yang cuba dibuat oleh kumpulan tertentu yang sebenarnya tidak senang dengan hubungan serumpun kedua-dua negara sejak sekian lama. ''Tindakan yang dibuat itu lebih bersifat peribadi kerana sebarang isu atau masalah antara kedua-dua negara sebelum ini pasti akan dapat diselesaikan dengan baik melalui rundingan,'' ujarnya.

Dalam pada itu, seorang peniaga, Anne Ismail, 33, yang berasal dari Dumai berkata, provokasi dan ancaman tersebut tidak perlu dipandang serius dan ia hanyalah retorik semata-mata. Katanya, tindakan kumpulan tersebut semata-mata cuba menarik perhatian ramai yang akan dapat meningkatkan sokongan terhadap mereka. ''Kebiasaannya sebarang isu yang berbangkit antara dua negara berjiran ini yang berkongsi banyak persamaan seperti bahasa, budaya dan juga agama pasti akan dapat diselesaikan oleh kebijaksanaan pemerintah kedua-dua negara melalui jalan rundingan. ''Justeru saya berpendapat isu ini tidak berasas dan tindakan serta ancaman dibuat itu hanyalah sekadar untuk meraih populariti,'' jelasnya yang telah mendirikan rumah tangga dengan seorang lelaki tempatan.

Bagi Suci Eltrianti Ahamad, 36, dari Sulawesi, provokasi tersebut adalah cetusan kumpulan-kumpulan baru di Indonesia untuk mendapatkan sokongan kumpulan lebih besar. Menurutnya, kumpulan ini akan membangkitkan apa juga isu yang berpotensi untuk mendapat perhatian rakyat yang secara tidak langsung akan menyokong perjuangan mereka. ''Kumpulan-kumpulan baru ini biasanya akan cuba menarik perhatian ramai dengan perjuangan yang cuba dibawa oleh mereka lalu membangkitkan isu yang mampu mempengaruhi tindakan rakyat. ''Bagaimanapun, saya berkeyakinan sebarang isu dua hala yang timbul ini akan dapat diatasi jika ruang perbincangan antara dua pihak diusahakan secepat mungkin,'' katanya.

Seorang lagi rakyat Indonesia, Budirman Sukiman, 25, dari Jawa Barat pula menjelaskan, tindakan perang seperti yang dicanang itu tidak mungkin terjadi dalam keadaan hubungan erat antara dua negara berjiran. ''Sukar untuk menjelaskan apa motif sebenar tindakan kumpulan tersebut untuk melancarkan perang ke atas Malaysia sedangkan tiada isu besar yang menggugat keselamatan negara. ''Bagaimanapun, saya percaya ini hanyalah tindakan pihak tertentu yang tidak menyenangi hubungan yang terjalin serta bertujuan meraih populariti sementara,'' katanya. Dalam pada itu, beliau turut memohon agar rakyat Malaysia tidak mengendahkan provokasi tersebut kerana ia tidak mungkin terjadi.

UTUSAN MALAYSIA

Thursday, September 3, 2009

Apakah nasib Umno sama dengan LDP?-Malaysian Insider.

Perdana menteri Jepun Taro Aso mengambil tanggungjawab untuk kekalahan teruk parti LDP di dalam pilihan raya umum Jepun. — Gambar dari Reuters

Akhirnya setelah memerintah Jepun selama 54 tahun, Parti Liberal Demokratik (LDP) tumbang pada tangan Parti Demokratik Jepun (DPJ).

Di Malaysia Umno yang memimpin Perikatan dan Barisan Nasional telah memerintah selama 52 tahun, sama usia negara mencapai kemerdekaan, adakah ia mampu mengatasi keupayaan LDP? Dua tahun lagi ialah 2011, begitu hampir dengan pilihan raya ke-13, suatu yang kritikal bagi Malaysia, adakah negara ini kekal memilih Barisan Nasional atau beralih ke Pakatan Rakyat. Jika diukur dengan LDP, maka masanya sampai bagi Malaysia memilih Pakatan Rakyat. Tetapi tidaklah semudah itu, tentunya Jepun adalah berbeza. Ketahanan Barisan nasional adalah lebih ampuh daripada Jepun. Ini kerana amalan politik Jepun dan Malaysia jauh berbeza. Walaupun LDP memerintah 54 tahun, ia adalah sebuah parti liberal dan demokratik dalam negara yang juga liberal dan demokratik.

Wednesday, September 2, 2009

Rakyat Jepun nanti 'sentuhan emas' Hatoyama


Pengundi tolak LDP selepas 54 tahun memerintah kerana termakan umpan perubahan DPJ

DALAM persaingan pilihan raya umum paling sengit pernah dilihat di Jepun, Yukio Hatoyama berjanji hampir segala-galanya kepada pengundi. Kini Parti Demokratik Jepun (DPJ) pimpinannya sudah berjaya mengalahkan Parti Liberal Demokratik (LDP) dan apakah ia mampu menunaikan segala yang dijanjikan?

Bagi kebanyakan penganalisis, janji dibuat hanyalah sekadar memancing undi. Apabila sudah memegang kuasa, Hatoyama akan menyedari bahawa sukar untuk melaksanakannya. Betapa beliau nanti akan sedar keperluan menjaga kepentingan korporat besar Jepun.
Beliau juga akan sedar tanggungjawab kerajaan memastikan ekonomi terus berkembang daripada hanya melaksanakan dasar populis dicanang pada kempen pilihan raya. Apa sekali pun, sebagai Perdana Menteri kelak, Hatoyama bertanggungjawab menguruskan ekonomi kedua terbesar di dunia yang jelas dalam kemerosotan.

Ada dua perspektif mengenai tugas ini. Ada yang masih berpendapat Jepun harus kekal sebagai kuasa ekonomi dunia. Berikutan itu, langkah perlu digubal untuk meningkatkan tahap daya saingnya, di samping memastikan pertumbuhan ekonomi dijana.

Bagi sesetengah pihak pula, Jepun tidak boleh dibantu lagi. Ekonominya akan merosot dan status sebagai ekonomi kedua terbesar dinikmati sekarang akan dirampas China. Apa yang mampu dilakukan hanyalah untuk menguruskan kemerosotan itu. Daripada apa yang dikatakan ketika berkempen, Hatoyama jelas cenderung kepada pandangan kedua berikutan banyak cadangan diutarakannya yang dianggap mirip 'quasi-solsialis' oleh sesetengah penganalisis, banyak bertumpu kepada program jaminan hidup rakyat.

Antaranya, pemberian tunai kepada setiap anak. Menurut cadangan Hatoyama, jika DPJ dapat menubuhkan kerajaan kelak (kini sudah jelas ia boleh berbuat demikian), setiap keluarga akan diberi 26,000 yen (RM962) sebulan bagi setiap anak sehingga tamat pengajian sekolah menengah rendah.

Pemberian ini adalah tambahan kepada pemberian, sekali gus 350,000 yen (RM12,950) kepada setiap anak dilahirkan, diperkenalkan kerajaan LDP bagi mengatasi masalah penduduk yang bertambah tua.

Program tunai untuk anak ini dilihat sebagai teras kepada usaha Hatoyama untuk mengubah apa yang dikatakannya 'ketaksuban kepada kapitalisme' yang dipersalahkannya sebagai pencetus krisis kewangan dihadapi dunia sekarang. Jika benar ia dilaksanakan, tumpuan utama dasar ekonomi Jepun pada masa depan tidak lagi kepada Japan Inc. (kepentingan korporat besar), sebaliknya keselesaan hidup rakyat. Ia mewakili satu perubahan besar kepada Jepun yang sejak lebih 50 tahun lalu di bawah kerajaan LDP mengutamakan pembangunan industri dalam usaha mencapai status kuasa ekonomi dunia selepas mengalami penghinaan kekalahan pada Perang Dunia Kedua.

Ia juga bererti satu pengakuan bahawa Jepun tidak mungkin mampu mengekalkan status kuasa ekonominya, sebaliknya terbaik baginya adalah untuk berdepan dengan masalah dihadapi negara itu.

Antara yang menjadi punca kepada segala masalah ini ialah hakikat bahawa jumlah penduduk negara matahari terbit itu semakin mengecil dan bertambah tua.

Jumlah penduduk Jepun yang memuncak kepada 127.6 juta orang pada 2006 dijangka merosot kepada 115 juta pada 2030 dan jatuh di bawah paras 100 juta pada pertengahan abad ini. Ini hanya bermakna beban ditanggung generasi muda akan bertambah berat berikutan yang tua dan tidak lagi boleh bekerja semakin ramai.

Apakah dalam senario itu Jepun masih lagi boleh bersaing dengan kuasa kian muncul seperti China? Hakikat seperti itulah yang mendorong Hatoyama mengubah model ekonomi yang diguna pakai negaranya sekian lama.

Persoalannya sekarang apakah beliau mampu melaksanakannya? Selain wang tunai untuk anak, Hatoyama juga menjanjikan penghapusan tol di lebuh raya, pembelajaran percuma sehingga sekolah menengah, bantuan pendapatan untuk petani, elaun bulanan bagi penganggur menjalani latihan, paras gaji minimum yang lebih tinggi, di samping potongan cukai.

Janji yang sudah tentunya manis bagi pengundi, tetapi akan membabitkan peruntukan 16.8 trilion yen (RM626 bilion) untuk dilaksanakan. Ia mungkin terlalu membebankan bagi Jepun yang mengalami defisit fiskal yang tinggi.

Namun, DPJ bertegas cadangannya akan meningkatkan kuasa membeli pengguna, lantas menjana pertumbuhan ekonomi. Penganalisis bersetuju bahawa jika cadangan Hatoyama itu dilaksanakan ia akan meningkatkan kuasa membeli bagi setiap individu. Ini adalah penting bagi Jepun kerana perbelanjaan individu mewakili lebih separuh daripada ekonomi negara itu.

Bagaimanapun, persoalan cepu mas adakah mereka akan membelanjakan wang tambahan itu atau hanya menyimpannya di dalam bank? Bagi kebanyakan penganalisis, program ala 'Robin Hood' (curi daripada yang kaya dan beri kepada yang miskin), adalah resipi untuk bencana pada masa depan.

Malah mereka berpendapat tidak ramai meletakkan harapan ia akan berjaya dilaksanakan. Namun, mengapa pula janji manis itu pada pilihan raya umum Ahad lalu dapat menewaskan LDP yang memerintah sejak 1955, kecuali tempoh 10 bulan pada 1993 sehingga 1994?

Kebanyakan penganalisis berkata rata-rata pengundi menyokong DPJ bukan kerana mereka yakin dengan programnya, tetapi kerana mereka bencikan LDP. LDP bagi kebanyakan pengundi mewakili sesuatu yang sudah basi.

Mereka mahu menyaksikan perubahan dan DPJ menjanjikan perubahan ini. Pengundi sebenarnya kabur mengenai apa yang akan dilaksanakan Hatoyama dan DPJ, tetapi sekurang-kurangan apa yang pasti, perubahan itu akan dirasai.

Oleh Khaidir A Majid
qidir@bharian.com.my

Penulis ialah Pengarang Luar Negara, Berita Harian


About This Blog


Dan adapun orang-orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari keinginan hawa nafsunya. Maka sesungguhnya syurgalah tempat tinggalnya. (al-Naziat ayat 40-41)

"Of all the enemies to public liberty war is, perhaps, the most to be dreaded because it comprises and develops the germ of every other. War is the parent of armies; from these proceed debts and taxes...known instruments for bringing the many under the domination of the few. . . No nation could preserve its freedom in the midst of continual warfare."
- James Madison, Political Observations, 1795

santapan rohani ii

Al-hadith :ثلاثةٌ قد حَرّمَ اللهُ - تَبَارَكَ وَتَعَالَى - عليهم الجنةَ : مُدْمِنُ الخمر ، والعاقّ ، والدّيّوثُ الذييُقِرُّ في أَهْلِهِ الخُبْثَ . رواه أحمد والنسائيErtinya : "Tiga yang telah Allah haramkan baginya Syurga : orang yang ketagih arak, si penderhaka kepada ibu bapa dan Si Dayus yang membiarkan maksiat dilakukan oleh ahli keluarganya" ( Riwayat Ahmad )

PEGANGAN

Ingatlah firman Allah Taala:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا بِطَانَةً مِنْ دُونِكُمْ لَا يَأْلُونَكُمْ خَبَالًا وَدُّوا مَا عَنِتُّمْ قَدْ بَدَتِ الْبَغْضَاءُ مِنْ أَفْوَاهِهِمْ وَمَا تُخْفِي صُدُورُهُمْ أَكْبَرُ قَدْ بَيَّنَّا لَكُمُ الْآيَاتِ إِنْ كُنْتُمْ تَعْقِلُونَ (118) هَا أَنْتُمْ أُولَاءِ تُحِبُّونَهُمْ وَلَا يُحِبُّونَكُمْ وَتُؤْمِنُونَ بِالْكِتَابِ كُلِّهِ وَإِذَا لَقُوكُمْ قَالُوا آمَنَّا وَإِذَا خَلَوْا عَضُّوا عَلَيْكُمُ الْأَنَامِلَ مِنَ الْغَيْظِ قُلْ مُوتُوا بِغَيْظِكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ بِذَاتِ الصُّدُورِ (119)

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi “orang dalam” (yang dipercayai). mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah Kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya. Awaslah! kamu ini adalah orang-orang (yang melanggar larangan), kamu sahajalah yang suka (dan percayakan mereka, sedang mereka tidak suka kepada kamu. kamu juga beriman kepada Segala Kitab Allah (sedang mereka tidak beriman kepada Al-Quran). dan apabila mereka bertemu dengan kamu mereka berkata: “Kami beriman”, tetapi apabila mereka berkumpul sesama sendiri, mereka menggigit hujung jari kerana geram marah (kepada kamu), Katakanlah (Wahai Muhammad): “Matilah kamu Dengan kemarahan kamu itu”. Sesungguhnya Allah sentiasa mengetahui akan Segala (isi hati) yang ada di dalam dada.” [Ali Imran: 118 & 119]
..............................................
تُولِجُ اللَّيْلَ فِي النَّهَارِ وَتُولِجُ النَّهَارَ فِي اللَّيْلِ وَتُخْرِجُ الْحَيَّ مِنَ الْمَيِّتِ وَتُخْرِجُ الْمَيِّتَ مِنَ الْحَيِّ وَتَرْزُقُ مَنْ تَشَاءُ بِغَيْرِ حِسَابٍآل عمران : 27

"Engkaulah (Wahai Tuhan) yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang, dan Engkaulah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Engkaulah juga yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati, dan Engkaulah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup. Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya".

bermubahalah

“Siapa yang membantahmu tentang kisah Isa-Setelah engkau beroleh pengetahuan yang meyakinkan tentang hal itu, maka katakanlah kepada mereka : Marilah kita panggil (kumpulan) anak-anak kami dan anak-anak kalian, isteri-isteri kami, dan isteri-isteri kalian, diri-diri kami dan diri-diri kalian, kemudian kita bermubahalah kepada Allah, mohon agar Allah menjatuhkan laknat-Nya kepada pihak yang berdusta.” (Ali Imran : 61)