Thursday, June 11, 2009

Najib, FMU dan PR - Celoteh Bayau.


Bayau kembali lagi ke ruangan ini. Bayau tidaklah menyertai lawatan Najib ke Cina untuk muncul setelah Najib kembali ke Cina. Cuma Bayau banyak bergerak ke pelusuk Negeri. Sepanjang perjalanan Bayau, Bayau banyak memikir pasal environment dan kemusnahannya akibat perbuatan manusia.

Bukit-bukit berhutan tropika semakin kehilangan fungsinya sebagai kawasan tadahan air. Banyak kemusnahan kerana perbuatan manusia. FMU atau Forest Managment Unit dulu dirancang untuk mengadakan progam pengurusan hutan yang kekal. Kini FMU pun berukar untuk penanaman gerah. Bolehkah Hutan Tropika ditukar dengan getah?. Memang boleh tetapi apakah ianya menepati konsep FMU. Inilah yang Bayau risau. Puluhan ribu ekar kawasan FMU di Keningau sedang dibalak dan ditukar dengan getah. Hasil Balak lebih banyak berbanding dengan pelaburan tanam getah. Keuntungan untuk rakyat tidak kelihatan. Tetapi banjir di Tenom dan Kemabong, Jabatan Pengairan dan Saliran yang sering ditujukan tundingan jari kerana gagal mengurus program saliran dan pengairan!. Program ini tersorok dari pandangan rakyat tetapi merekalah yang menikmati kerugian. Pemusnah alam seolah bermaharajalela bila keutamaa hanya kepada "keuntungan peribadi".

Bayau bangga dengan PM kita, Najib. Harap-harap dia taulah siapa dia yang mengaut untung peribadi itu dan siapa yang vacuum. Keyakinan kepada kepimpinan beliau menunjukkan peningkatan. Golongan muda, professional dan berpendidikan sudah mula menunjukkan sokongan mereka. Pihak yang risau kini mula kelihatan "taring dan tanduknya". Bayau bukanlah takut pada taring dan tanduk itu. Bayau lihat Kerajaan Perpaduan mula menggelabahkan mereka. Lim Guan Eng, Karpal Singh, Lim Kit Siang dan Anwar Ibrahim sudah gelabah. Tak payah cakap penyokong tegar mereka sebab apa bos mereka cakap, mereka ikut saja. Hitampun hitamlah!. Kadang birupun @ kalaupun bos mereka bilang merah maka merekapun bilang merahlah!. Agaknya mereka sudah kecanduan ikut cakap atau "taksub" melimpah!.

Cuma bila bos-bos itu gelabah mereka mula memberi amaran keras kepada pemimpin PAS khasnya TGHH. Wahh.! Bayau nampak keikhlasan pemimpin tegar PR seperti LGE, LKS, Karpal terserlah dan bogel. Ikhlas kalo dapat kuasa atau demi kuasa. Selain itu "kita fikirkan kemudian" kata DSAI. Mcm keikhlasan Don Juan. DSAI, Karpal dan LGE bagai mau bertindak menghalau dan mencabar PAS agar lari dari Pakatan Rakyat...Karpal pula keluarkan WARNING pada PAS. Dia kata "Sabar ada batas". Barangkali macam batas sayur kacang panjang yang sering lupakan kulit. Betulkah ini atau mengugut supaya PAS membaca warkah "Taat Setia" atau PAS sudah tercium "musuh dalam selimut". Bayau bukanlah orang utan politik tetapi memulas tangan orang untuk memaksanya taat setia itu satu kezaliman dan pertanda retak menanti belah.

Sampai di sini dulu. Bayau mau cari Pisang Raja mau buat "sanggar".

5 comments:

mrakunman said...

Yang menjadi mangsa ketamakan ini adalah generasi akan datang. Dari USNO, Berjaya, PBS, UMNO-BN, pendekatan sama. Kerja-kerja memabalak saja. Jawabnya.................. MEREKA SEMUA SERUPA, MEREKA ADALAH MANUSIA YANG SAMA, FIZIKIAL SAMA CUMA YANG BERUBAH PAUTAN POLITIK

SOLYMONE said...

Sdra Sabah Kita,
Satu lagi, artikel yang bernas untuk di ketengahkan untuk tatapan semua.

However, saya tidak menyetuhkan soal kerajaan perpaduan, kerana isu ini tidak seberat aktiviti permusnahan perhutanan yang sedang di jalankan tanpa batas di negeri kita.

Saperti kata sdra mrakunman, “Yang menjadi mangsa ketamakan ini adalah generasi akan datang “.

Dalam hal yang melibatkan kemusnahan semua umat manusia di dunia, ada lah salah besar kepada sesiapa pun yang di dapati bersubahat untuk menambah kini kemusnahan ini. Termasuk lah kerajaan yang memerentah.

Sepatut mereka telah sedar betapa bahaya nya keadaan dunia kita akibat fenomena ‘Global Warming’, yangmana salah satu punca number satu ada lah penebangan kayu kayan yang berleluasa.

Untuk itu, saya memohon izin untuk kongsikan di sini lapuran yang ada kaitan dengan isu yang Bayau risaukan .

lapuran ini berjodol “ Skop: Hutan pengimbang ekosistem bumi” yang di siarkan dalam website : http://skypin.tripod.com/scntek/sains3.html.

Antara lain, lapuran tersebut ada lah saperti berikut:

"LAPORAN ‘Senarai Dunia Bagi Pokok-Pokok Terancam’ yang disiarkan majalah Discover edisi Januari 1998 menyatakan lebih 8,753 daripada kira-kira 80,000 hingga 100,000 spesies pokok dunia diancam kepupusan. Jumlah itu termasuk hampir 1,000 spesies pada peringkat kritikal dengan sebahagian spesies itu hanya diketahui sebilangan kecil individu saja.

Kajian yang dijalankan Pusat Pemantauan Pemuliharaan Dunia, Tabung Hidupan Liar Sedunia (WWF) dan Kesatuan Pemuliharaan Dunia (UCN) itu menyebut, ia antaranya berpunca daripada kegiatan penebangan pokok dan pengurusan hutan yang lemah. Dalam bahagian kedua rencana ini, wartawan Berita Harian, MOHD YUSOF SULAIMAN, menyingkap kesan penebangan hutan kepada haiwan dan mutu air.

KAJIAN yang dijalankan oleh Universiti Michigan, Amerika Syarikat mendapati haiwan lebih mengutamakan habitat daripada makanan. Kajian yang dijalankan pada musim sejuk itu mendapati seekor rusa yang kelaparan tidak keluar makan meskipun makanan disediakan berhampiran kandang.

Penyelidik yang menjalankan kajian itu merumuskan habitat adalah tempat yang paling mustahak bagi haiwan.

Habitat haiwan biasanya dikaitkan dengan kawasan hutan. Contohnya hampir 80 peratus daripada spesies burung bergantung kepada hutan sebagai habitat manakala selebihnya hidup di luar kawasan hutan.

Oleh itu, apabila hutan ditebang, terutama melalui kegiatan pembalakan, pembakaran dan penerokaan, habitat haiwan akan musnah. Lama kelamaan haiwan akan mati atau pupus.

Menurut pensyarah Fakulti Perhutanan Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Mohamed Zakaria Hussin, kemusnahan habitat akan menghalang pembiakan dan tumbesaran haiwan.

Katanya, pengurusan hutan secara mapan perlu dilihat daripada perspektif yang luas, iaitu meliputi teknik pembalakan, penguatkuasaan yang telus dan kesedaran semua pihak terhadap kepentingan penjagaan hutan.

Dengan adanya pengurusan sedemikian, ia akan menjamin kehidupan haiwan sebagai salah satu penyumbang kepada keseimbangan ekosistem.

Dr Mohamed Zakaria berkata, kajian yang dijalankan di Lembah Danum, Sabah, mendapati kesan pembalakan memusnahkan habitat pelbagai spesies burung.

Kajian pada 1990 hingga 1992 itu menunjukkan habitat burung rimba musnah kerana suhu tanah dan persekitaran hutan bertambah sementara burung spesies lapisan atas hutan kehabisan sumber makanan disebabkan pokok buah musnah ditimpa kayu balak.

Katanya, setiap makhluk ciptaan Tuhan mempunyai sebab tertentu ia diciptakan. Jika haiwan tertentu tidak ada, pasti ia mendatangkan malapetaka kepada kehidupan di alam ini.

So, at whatever cost the on going destruction of the forestry, must be stop.
Salam

musli oli said...

saya baru sampai dari sepilok. Harap2 jumpa bayau di sana rupa-rupanya bayau pun balik bandar sebab hutan semua dah ditebang. artikel yang menarik dan menyentuh kepentingan sejagat. teruskan menulis pisang saya akan tolong cari...

mohd azrone sarabatin said...

Kenapa isu hidupan liar lebih diutamakan berbanding manusia?. Di Sabah isu kehilangan habitat semulajadi haiwan seperti orang utan, gajah pigmi, badak sumbu Sumatera dan lain-lain seperti lebih utama berbanding isu manusia kehilangan sawah dan kebun untuk pembangunan konon-kononnya.

SABAHKITA said...

Terima Kasih sdr Mrakunman, Sdr Engineer Solymone Sdr Musli dan Sdr Azrone.

"Chained reaction" antara kemusnahan hutan dengan isu pemanasan global akan mengakibatkan cuaca berubah yang mengakibatkan kesan negatif kepada tanaman pertanian secara am. rantaian dari ini akan mengakibatkan pendapatan petani dari hasil pertanian akan "terancam" atau menurun. Langkah mengekalkan habit ada kunsikuennya dan membantah dan membasmi pembalakan demi mengekalkan environment yang lebih baik.

Utk Sdr Azrone.. terkadang rumah-rumah manusia dirobohkan dan dibakar seperti di Tg. Labian tetapi pusat-pusat pemulihan orang utan di bina..dan kadang Ikan Dogong diberi perhatian lebih dari manusia terutama yang kurang bernasib baik dan daif... betullah tuu. Tapi Sibayau sudah "posok sama" jadi, dia bukan lagi orang utan atau haiwan.

About This Blog


Dan adapun orang-orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari keinginan hawa nafsunya. Maka sesungguhnya syurgalah tempat tinggalnya. (al-Naziat ayat 40-41)

"Of all the enemies to public liberty war is, perhaps, the most to be dreaded because it comprises and develops the germ of every other. War is the parent of armies; from these proceed debts and taxes...known instruments for bringing the many under the domination of the few. . . No nation could preserve its freedom in the midst of continual warfare."
- James Madison, Political Observations, 1795

santapan rohani ii

Al-hadith :ثلاثةٌ قد حَرّمَ اللهُ - تَبَارَكَ وَتَعَالَى - عليهم الجنةَ : مُدْمِنُ الخمر ، والعاقّ ، والدّيّوثُ الذييُقِرُّ في أَهْلِهِ الخُبْثَ . رواه أحمد والنسائيErtinya : "Tiga yang telah Allah haramkan baginya Syurga : orang yang ketagih arak, si penderhaka kepada ibu bapa dan Si Dayus yang membiarkan maksiat dilakukan oleh ahli keluarganya" ( Riwayat Ahmad )

PEGANGAN

Ingatlah firman Allah Taala:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا بِطَانَةً مِنْ دُونِكُمْ لَا يَأْلُونَكُمْ خَبَالًا وَدُّوا مَا عَنِتُّمْ قَدْ بَدَتِ الْبَغْضَاءُ مِنْ أَفْوَاهِهِمْ وَمَا تُخْفِي صُدُورُهُمْ أَكْبَرُ قَدْ بَيَّنَّا لَكُمُ الْآيَاتِ إِنْ كُنْتُمْ تَعْقِلُونَ (118) هَا أَنْتُمْ أُولَاءِ تُحِبُّونَهُمْ وَلَا يُحِبُّونَكُمْ وَتُؤْمِنُونَ بِالْكِتَابِ كُلِّهِ وَإِذَا لَقُوكُمْ قَالُوا آمَنَّا وَإِذَا خَلَوْا عَضُّوا عَلَيْكُمُ الْأَنَامِلَ مِنَ الْغَيْظِ قُلْ مُوتُوا بِغَيْظِكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ بِذَاتِ الصُّدُورِ (119)

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi “orang dalam” (yang dipercayai). mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah Kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya. Awaslah! kamu ini adalah orang-orang (yang melanggar larangan), kamu sahajalah yang suka (dan percayakan mereka, sedang mereka tidak suka kepada kamu. kamu juga beriman kepada Segala Kitab Allah (sedang mereka tidak beriman kepada Al-Quran). dan apabila mereka bertemu dengan kamu mereka berkata: “Kami beriman”, tetapi apabila mereka berkumpul sesama sendiri, mereka menggigit hujung jari kerana geram marah (kepada kamu), Katakanlah (Wahai Muhammad): “Matilah kamu Dengan kemarahan kamu itu”. Sesungguhnya Allah sentiasa mengetahui akan Segala (isi hati) yang ada di dalam dada.” [Ali Imran: 118 & 119]
..............................................
تُولِجُ اللَّيْلَ فِي النَّهَارِ وَتُولِجُ النَّهَارَ فِي اللَّيْلِ وَتُخْرِجُ الْحَيَّ مِنَ الْمَيِّتِ وَتُخْرِجُ الْمَيِّتَ مِنَ الْحَيِّ وَتَرْزُقُ مَنْ تَشَاءُ بِغَيْرِ حِسَابٍآل عمران : 27

"Engkaulah (Wahai Tuhan) yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang, dan Engkaulah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Engkaulah juga yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati, dan Engkaulah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup. Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya".

bermubahalah

“Siapa yang membantahmu tentang kisah Isa-Setelah engkau beroleh pengetahuan yang meyakinkan tentang hal itu, maka katakanlah kepada mereka : Marilah kita panggil (kumpulan) anak-anak kami dan anak-anak kalian, isteri-isteri kami, dan isteri-isteri kalian, diri-diri kami dan diri-diri kalian, kemudian kita bermubahalah kepada Allah, mohon agar Allah menjatuhkan laknat-Nya kepada pihak yang berdusta.” (Ali Imran : 61)