Sunday, March 29, 2009

PRK BATANG AIR DI LUBOK ANTU.

Jawah Gerang, 55 tahun (Tengah) seorang veteran politik, lulusan Sarjana Ekonomi di Universiti Malaya dan Malcolm Mussen Lamoh 49 tahun (kanan) seorang Jurutera Professional; bekas jurutera Jabatan Pertanian Negeri, memiliki kelulusan Sarjana dalam Kejuruteraan Sistem Pengeluaran dari Warwick university, England dan Sarjana Muda Kejuruteraan dari Universiti Putra Malaysia, Serdang.
,
1. PKR akhirnya dapat menggoda SNAP untuk tidak meletakkan calonnya yang disebut-sebut, Nicholas Bawin Anggat. PKR memilih seorang veteran politik yang pernah berkhidmat dengan Barisan Nasional selama 5 penggal di Lubok Antu, Jawah Gerang berumur 55 tahun. Barisan Nasional meletakkan harapan kepada anak muda, Malcolm Mussem Lamoh seorang jurutera professional.

2. Pilihanraya kecil ini merupakan ujian awal kepada Barisan Nasional Sarawak yang bakal menghadapi Pilihanraya Umum dalam masa yang terdekat. Bagi Jawah Gerang, calon PKR, ujian ini adalah menentukan dan membuktikan samada kemenangannya dahulu adalah kerana pengaruh peribadinya dan bukannya faktor Barisan Nasional dan jentera BN semata-mata. Bagi Barisan Nasional pula tentu sekali akan "capitalise" kesinambungan kestabilan politik dan kemajuan ekonomi Sarawak di bawah payung Barisan Nasional.
.
3. Isu lain barangkali hak bumiputera yang dianggap oleh pemimpin PR sebagai "apartheid" dan tidak sedianya rakyat Sarawak menerima parti luar. Apakah hak-hak bumiputera di Bumi Kenyalang akan terjamin di bawah payung PR yang meniupkan mentera Malaysian Malaysia dan mentalkinkan "kontrak sosial" yang menjamin hak istimewa kepada kaum peribumi secara legitamate dalam Perlembagaan Malaysia. Apakah tanpa "kontrak sosial" peribumi Batang Air akan mampu bersaing dengan mereka yang lebih terdedah dengan sepak terajang dunia perniagaan dan pengurusan hartanah? Apakah Nasib mereka sebagai peribumi dan masa depan anak-anak peribumi terjamin bila tsunami persaingan melanda?

4. Isu Ketua Menteri terlalu lama menjadi CM barangkali tidak menjadi atau tidak "significant" memandangkan calon PKR juga sudah terlalu lama menjadi MP BN sendiri. lima penggal Jawah Gerang menjadi MP bermakna 25 tahun berkhidmat dengan BN atau kurang sedikit. Kini melawan BN. Kata orang menungkah arus dan kacang lupakan kulit.

5. PKR sudah tentu akan meledakkan isu kebebasan, penindasan, kemiskinan, kroni dan rasuah di Lubok Antu, di Batang Air. Nawaitu PKR bukan sekadar merebut Batang air tetapi lebih mengidamkan keseluruhan Bumi Kenyalang dalam masa terdekat.

6. Batang air, sebagai kawasan yang tidak terdedah dengan dunia cyber secara meluas, ledakan PKR mungkin tidak akan berdentum gagah menyusupi pengundi di Batang Air memandangkan media dan siaraya di bawah penguasaan Kerajaan Barisan Nasional. Maka terpaksalah DSAI dan Jawah Gerang memelihara peti suaranya dalam sehari dua ini.

7. Penempatan majoriti penduduk di rumah panjang juga memberikan kelebihan kepada calon kerajaan berbanding PKR. Seperti lazimnya rumah panjang dibina dan diselenggara segala kemudahannya atas bantuan kerajaan. Pastinya agak sukar bagi pembangkang menembusi penempatan ini, lebih-lebih lagi pilihanraya ini hanyalah Pilihanraya Kecil (PRK).

8. Golongan muda dan berpendidikan tentunya akan berfikir dua kali memandangkan calon PKR sudahpun lanjut usianya dan telah lama menjadi MP yang sepatutnya direhatkan; sedangkan calon BN masih muda dan seorang jurutera professional yang berpengalaman dalam pembangunan pertanian. Keupayaannya memimpin dalam bidang politik perlu diuji. Mantan MB Perakpun seorang jurutera.

9. Lazimnya, apabila seorang jurutera peosessional seperti Malcolm Massem Lamoh berkecimpung dalam bidang politik, pastinya beliau mempunyai sesuatu agenda yang lebih besar. Pastinya Jawah Gerang yang digugurkan sebagai calon BN pada PRU 12 di Lubok Antu ada menyimpan rasa dendam kesumat kepada BN. Dalam masa yang sama, BN pasti mempunyai alasan yang besar kenapa Jawah digugurkan dalam barisan kepimpanan dan calon BN pada PRU12 yang lalu.

10. Sebagai kawasan "incumbent" kepada BN yang hanya memenangi kawasan ini dengan majoriti kecil sebanyak 806 pada pilihanraya yang lalu, pastinya persaingan sengit akan berlaku. Walau sesengit manapun, kerana berusaha memenagi hati rakyat, berdayung dan meniti titi akan digagahi. Pilihanraya Kecil DUN Batang Air ini akan dijadikan kayu pengukur samada Bumi Kenyalang telah bersedia membuka pintu yang lebih luas untuk Parti di peringkat Nasional menapak dan "mengeaw" di buminya atau sebaliknya.
.
More.....
Di Johor, Ketua Pembangkang dari DAP menyifatkan dasar bumiputeraism sebagai arpatheid dan Isnin, istilah itu bergema pula di Dewan Rakyat apabila disebut oleh Dr. P. Ramasamy (DAP )Batu Kawan. Dari penyataan ini nyata bahawa DAP dan Pakatan Rakyat memang "anti-bumiputera" atau "tidak menyetujui dan menentang pemberian hak-hak dan keistimewaaan kepada bumiputera............
.
“I believe I have a more personal touch among the grassroot people, from the civil servants to the ordinary longhouse folk in the area, compared to the other candidate.“I have direct access to them. I believe my personlity can stand on its own but of course the campaigning will be an added bonus,” Malcolm Mussem Lamoh
.
About 40% of the 22,270 Batang Ai residents from 238 longhouses and 15 longhouses rely on boats as the mode of transport.
MALCOLM MUSSEM LAMOH..
"Dengan keadaan ekonomi semasa, saya percaya ada peluang untuk kita merancang sesuatu yang membawa manfaat, lebih-lebih lagi di sekitar kawasan hidro Batang Ai."Sektor perikanan dan agro-pelancongan adalah bidang yang memberikan pulangan jika diteroka selanjutnya, dengan tujuan memajukannya sebagai perniagaan penting yang lebih tersusun."Saya telah pun berkhidmat, mungkin selama lebih 25 tahun dalam perkhidmatan awam, jadi saya tahu benar bagaimana untuk berkhidmat kepada masyarakat di sini," - Malcolm Mussem Lanoh
UNTUK TATAPAN PENDUDUK BATANG AI
Bagaimana hendak majukan Batang Ai sedangkan Permatang Pauh masih mundur (Klik Berikut):-

5 comments:

BAYU DAN PERAK said...

Kemasukkan PKR di Sarawak harus ditolak oleh Peribumi Sarawak kerana PKR dan dasar PKR hanya akan memperlaga-lagakan kaum-kaum Peribumi Sarawak untuk kepentingan politik mereka dan pendatang yang menyokong PKR. Rakyat Sarawak TIDA sama sekali boleh bertolak ansur terhadap hak asasi dan kemakmuran Bumi Kenyalang yang sedang dikecapi kini. Kemasukan PKR bermakna menghalakkan keruntuhan jambatan harmoni yang sedang di nikmati oleh rakyat Sarawak. Sesal dahulu pendapatan. Sesal kemudian tiada berguna. Cegah sebelum parah.

Dayak Terbang said...

Agi idop agi nelaban. Persetan PKR di Bumi Kenyalang. Si tua Jawah Gerang akan kami rehatkan. Memang JG tamak pangkat dan Pengkhianat Peribumi Kenyalang. Anak-anak Bangsaku, Jangan biarkan kita di perkotak katik. Malcolm anak Bangsa Kita yang tulin. Kita akan berjuang bersamanya untuk Bumi Bertuah ini. PKR Pulanglah ke Permatang Pauh....

Ngelala Jawah said...

Ku Malcolm, strategi kimpin BN sekali tu iya madah deka ngulihka sukung ari bala mayuh ke diau ba sitak tu kelebih agi ku iya, semua bala parti komponen BN sigi udah sama nurun betemu enggau rayat, ku iya lalu nambahka nya madah diri sigi lama udah ngelala chalun PKR Jawah Gerang.

SAYANG SARAWAK said...

Terima kasih saudara krn turut berkempen membantu menyedarkan betapa ruginya jika kita menyokong pembangkang kerana mereka mempunyai agenda tersendiri dengan memanipulasikan pemikiran rakyat. semua rakyat Sarawak khasnya pengundi2 N29 batang ai diminta menolak calon pembangkang. apa lah yg dpt mereka buat khasnya berkaitan dgn pembangunan krn mereka tidak peruntukan kerajaan bagi tujuan tersebut. Menyokong pembangkang bermakna kita menghianati kehendak ramai yg inginkan kesinambungan pembangunan yg disediakan oleh kerajaan Barisan Nasional negeri Sarawak.

Saudara, izinkan saya utk memetik artikel saudara utk dimuatkan dlm laman blog saya.

salam.

SABAHKITA said...

Sayang Sarawak. Dipersilakan dengan izin.

About This Blog


Dan adapun orang-orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari keinginan hawa nafsunya. Maka sesungguhnya syurgalah tempat tinggalnya. (al-Naziat ayat 40-41)

"Of all the enemies to public liberty war is, perhaps, the most to be dreaded because it comprises and develops the germ of every other. War is the parent of armies; from these proceed debts and taxes...known instruments for bringing the many under the domination of the few. . . No nation could preserve its freedom in the midst of continual warfare."
- James Madison, Political Observations, 1795

santapan rohani ii

Al-hadith :ثلاثةٌ قد حَرّمَ اللهُ - تَبَارَكَ وَتَعَالَى - عليهم الجنةَ : مُدْمِنُ الخمر ، والعاقّ ، والدّيّوثُ الذييُقِرُّ في أَهْلِهِ الخُبْثَ . رواه أحمد والنسائيErtinya : "Tiga yang telah Allah haramkan baginya Syurga : orang yang ketagih arak, si penderhaka kepada ibu bapa dan Si Dayus yang membiarkan maksiat dilakukan oleh ahli keluarganya" ( Riwayat Ahmad )

PEGANGAN

Ingatlah firman Allah Taala:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا بِطَانَةً مِنْ دُونِكُمْ لَا يَأْلُونَكُمْ خَبَالًا وَدُّوا مَا عَنِتُّمْ قَدْ بَدَتِ الْبَغْضَاءُ مِنْ أَفْوَاهِهِمْ وَمَا تُخْفِي صُدُورُهُمْ أَكْبَرُ قَدْ بَيَّنَّا لَكُمُ الْآيَاتِ إِنْ كُنْتُمْ تَعْقِلُونَ (118) هَا أَنْتُمْ أُولَاءِ تُحِبُّونَهُمْ وَلَا يُحِبُّونَكُمْ وَتُؤْمِنُونَ بِالْكِتَابِ كُلِّهِ وَإِذَا لَقُوكُمْ قَالُوا آمَنَّا وَإِذَا خَلَوْا عَضُّوا عَلَيْكُمُ الْأَنَامِلَ مِنَ الْغَيْظِ قُلْ مُوتُوا بِغَيْظِكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ بِذَاتِ الصُّدُورِ (119)

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi “orang dalam” (yang dipercayai). mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah Kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya. Awaslah! kamu ini adalah orang-orang (yang melanggar larangan), kamu sahajalah yang suka (dan percayakan mereka, sedang mereka tidak suka kepada kamu. kamu juga beriman kepada Segala Kitab Allah (sedang mereka tidak beriman kepada Al-Quran). dan apabila mereka bertemu dengan kamu mereka berkata: “Kami beriman”, tetapi apabila mereka berkumpul sesama sendiri, mereka menggigit hujung jari kerana geram marah (kepada kamu), Katakanlah (Wahai Muhammad): “Matilah kamu Dengan kemarahan kamu itu”. Sesungguhnya Allah sentiasa mengetahui akan Segala (isi hati) yang ada di dalam dada.” [Ali Imran: 118 & 119]
..............................................
تُولِجُ اللَّيْلَ فِي النَّهَارِ وَتُولِجُ النَّهَارَ فِي اللَّيْلِ وَتُخْرِجُ الْحَيَّ مِنَ الْمَيِّتِ وَتُخْرِجُ الْمَيِّتَ مِنَ الْحَيِّ وَتَرْزُقُ مَنْ تَشَاءُ بِغَيْرِ حِسَابٍآل عمران : 27

"Engkaulah (Wahai Tuhan) yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang, dan Engkaulah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Engkaulah juga yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati, dan Engkaulah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup. Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya".

bermubahalah

“Siapa yang membantahmu tentang kisah Isa-Setelah engkau beroleh pengetahuan yang meyakinkan tentang hal itu, maka katakanlah kepada mereka : Marilah kita panggil (kumpulan) anak-anak kami dan anak-anak kalian, isteri-isteri kami, dan isteri-isteri kalian, diri-diri kami dan diri-diri kalian, kemudian kita bermubahalah kepada Allah, mohon agar Allah menjatuhkan laknat-Nya kepada pihak yang berdusta.” (Ali Imran : 61)