Monday, June 30, 2008

TUDUHAN atau BERPURA-PURA BERTANYA SIAPA HEBAT?

http://www.malaysia-today.net/2008/content/view/9334/84/


Kalau tak silap saya, cerita ini cerita lama dan masih juga lama. Informasi terbaharunya hanyalah si penama dilantik menjadi Pembantu Menteri dan memenangi DUN dalam PRU12. Seolah-olah memaksa agar isu ini menjadi panas atau diberi nafas baru.

Langsung timbul tandatanya difikiran saya. Apakah dan siapakah gerangan di sebalik cerita ini? Apakah ada kaitan dengan pantasnya tindakan ACA terhadap Yong Teck Lee? atau ACA mula mensasarkan menangkap jerung? atau YAB Musa Aman mula memperketatkan peraturan ketelusan atau transparency?

Apa kata anda?

Teori konspirasi…awas bila bergambar

Wan Azizah tidak menyembunyikan hasratnya untuk mencetuskan kecurigaan tentang hubungan Saiful dengan pejabat Timbalan Perdana Menteri menerusi gambar itu.

Teori konspirasi…awas bila bergambar
Oleh: KHS.

Penyataan melalui berita ini, berita mengenai gambar-gambar Saiful yang diambil bersama-sama para pemimpin UMNO, secara langsung membawa message dan pengertian bahawa "Teori Konspirasi" itu tidak praktikal walaupun "hukum asas lojiknya" ada kaitan. Masa lampau tentu saja ada kaitannya dengan masa kini. Itulah "asas lojik" yang kita pelajari secara ilmiah BUKAN dipelajari di lorong-lorong atau kedai kopi mamak sambil makan roti canai dan minum teh tarik atau dari karya orang yang marah.

Masalah yang dihadapi ialah bila berlaku krisis keyakinan, keruntuhan kepercayaan dan seumpamanya terhadap pengimplimentasian dan pengamalan "governing system", sikap saling tunding-menunding jari menjadi praktis yang lebih diketengahkan terlebih dahulu. Sikap mencari penyelesaian di atas lunas-lunas dan norma-norma yang selari dengan "kedaulatan undang undang dan keluhuran perlembagaan" dibelakangkan. Lazimnya, bila tertunding pasti mula pula menunding.

Isu ini dilihat sebagai satu tindakan yang menjurus ke arah "taking the law in our own hands" dan masing masing cuba mempengaruhi masyarakat umum. Seolah-olah masyarakat umum itu adalah "satu sistem" yang dibentuk untuk menegakkan peraturan dan undang-undang. Penggunaan masyarakat umum hanyalah merupakan pendekatan yang menjadi norma dan amalan dalam pilihanraya per se, BUKAN dalam sistem atau formula untuk mencari dan menegakkan keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang. Pendekatan menjadikan umum sebagai "system rujukan" adalah ibarat mengamalkan konsep dan ideologi "sub-culture" di bumi tercinta ini. Membawa masyarakat umum untuk memberontak bukan budaya kita.

Buat masa ini, masyarakat secara umum lebih banyak dipengaruhi oleh ilusi. Ilusi ini pula bisa subur apabila para nukilnya, para peniup menteranya, mengaplikasi keupayaan luar biasa mereka dalam bidang "arts and sciences" bagi membayangkan satu-satu ilusi itu umpama satu realiti walaupun masih di alam maya. Dalam keadaan ini, masyarakat umum tidak pula mudah menyedari bahawa tindakan mereka boleh merugikan masyarakat umum itu sendiri. Terkadang mereka tidak peduli asalkan mereka puas sedangkan kepuasan itu, dalam banyak kes, tidak "memuaskan".

Samalah keadaanya bila masyarakat umum itu sendiri terlalu ghairah dan berbangga dengan kenaikan gaji, bonus, subsidi, pelbagai elaun dan intensif material sedangkan kesan inflasi yang timbul dari "pembayaran itu" tidak setimpal dengan "kos sebenar' yang terpaksa mereka tanggung dan harungi buat masa yang lebih panjang. Misalnya jumlah "pembayaran itu" naik RM2,000. tetapi jumlah kos yang diharungi akibat pembayaran itu ialah RM2,500; maknanya nilai derita ilusi masyarakat kita adalah RM500, berpanjangan, bakal meningkat dan tidak mudah diubati (jika diandaikan perkara lain tidak berubah). Ibarat tindakan ghairah dan bangga mengisi air seliter dalam tangki sedang kebocoran tangki mentiriskan segelen. Macam pinjam duit along untuk bayar hutang kepada along yang satu lagi. Maka benarlah bahawa "merugikan orang awam itu boleh dibeli dengan ilusi. Lojiklah bahawa masyarakat umun tidak patut menjadi "sistem rujukan" per se.

Masyarakat umum lebih lojik, walaupun barangkali ada lojik biasa yang lain, dilihat sebagai peneraju demokrasi yang menurunkan dan mewakilkan kuasanya, amanahnya, dan seumpamanya untuk membentuk kerajaan yang memerintah dan ianya sendiri bukan tampuk pemerintah. Masyarakat umum mendamba "keluhuran dan kedaulatan" BUKAN disogok untuk bakal menghukum diri sendiri. Demokrasi itu adalah "government by the people for the people" BUKAN "governing by the people for the people". Barangkali selaras dengan kata-kata berikut:-

"I object to violence because when it appear to do good, the good is only temporary; the evil it does is parmanent. Victory attained by violence is tantamount to defeat, for it is momentary "- Mahatma Ghandi

Kata-kata itu selari dengan ungkapan Saudara DSAI semasa Konvenyen BN yang pertama di Sabah dulu (1999) bahawa menggunakan isu dan sentiment perkauman dan kelompok tertentu hanyalah menjurus kepada kemenangan yang berbentuk sementara.
....
read more....

Sunday, June 29, 2008

PANAS…PANAS…pembantu peribadi Anwar dakwa diliwat...

Jam 2.10 pagi Ahad di Hotel Quality Inn,Shah Alam.Kira-kira 300 orang berhimpun sejurus dengar kes dakwaan liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.Ahli Parlimen PKR kawasan Machang Saifuddin Nasution sedang berucap di situ.
Dari Agendaily.

Penasihat Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa meliwat pembantu peribadinya. Difahamkan pembantu peribadi yang berusia 23 tahun itu kini sedang dirawat di Hospital Besar Kuala Lumpur (HKL).

READ MORE....
http://www.agendadaily.com/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_1b63fcca-cabec5bb-154de0b0-d08a5a1a

KLIK TAJUK BERIKUT:-
Anwar: Laporan polis hanya rekaan semata-mata
post info
By Anwar Ibrahim
Categories: Anwar, Isu Semasa and Sidenotes

Malaysiakini - Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata laporan polis yang dibuat terhadapnya yang mendakwa beliau telah meliwat seorang kakitanganya, adalah satu rekaan semata-mata.
Dalam satu kenyataannya awal pagi ini, Anwar percayai ia adalah ulangan daripada apa yang berlaku pada 1998 di mana dakwaan yang sama dilemparkan terhadapnya secara paksaan.

Katanya, ia jelas merupakan satu percubaan terdesak regim Barisan Nasional (BN) untuk menyekat pergerakan rakyat Malayaia ke arah kebebasan, demokrasi dan keadilan.

READ MORE....

http://anwaribrahimblog.com/2008/06/29/anwar-laporan-polis-hanya-rekaan-semata-mata/

http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2008/6/29/nation/21693693&sec=nation

Saturday, June 28, 2008

30 HARI BUAT SAPP

TERBARU (11.15 malam): Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) Khamis malam membuat keputusan memberi surat tunjuk sebab kepada Parti Maju Sabah (SAPP) berhubung dengan pendirian parti itu untuk membuat usul tidak percaya terhadap kepimpinan Perdana Menteri.

Read more....
http://agendadaily.com/cmspreview/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_badf9a38-cabec5bb-12f50470-196d71f6

Yong Dianggap Ancaman kepada Pengundi “Sepatutnya dia keluar BN”-Ketua Bahagian PBS Sepanggar.

Walaupun SAPP telah menerima "Surat Tunjuk Sebab", Yong tetap bertegas. Yong sudah awal-awal lagi mengatakan bahawa semangat BN sudah tidak lagi wujud di Sabah walaupun ketika ini BN Sabah menyapu bersih DUN Sabah, kecuali Seri Tanjung yang dimenangi oleh YB Jimmy Wong dari DAP. Walaupun Yong pernah menjadi Pengerusi BN dan telah meniupkan semangat “Malaysia Boleh, Sabah Boleh dan BN Boleh” namun semangatnya sudah berubah. Semangatnya pudar setelah sekian lama direhatkan dari beraksi di gelanggan proper politik Negeri Sabah. Whip system sudah lama dilupakannya setelah sekian lama dia sendiri tidak lagi mempraktikannya.

MP SAPP Sepanggar dan Tawau sudahpun diperlihatkan dan menghadapi tunjuk perasaan tidak percaya terhadap mereka berdua dari rakan-rakan dalam BN. Surat tunjuk sebab dari Dewan Tertinggi BN yang meminta SAPP menjawab dalam tempoh sebulan atau 30 hari terus mendesak pendirian SAPP. Tempo ini sebagai menentukan talian hayat SAPP dalan BN dipergunakan sebaiknya. Talian hayat ini pula tidak sampai ke tarikh keramat Dato' Seri Anwar Ibrahim, 16 September.

Apapun terjadi, menjelang 30 hari ini, SAPP telah terus bergerak mengatur strategi dan rencana politiknya. 28 Julai, SAPP telah mengadakan program bersama rakyat di Kg. Unggun dan Kg Bantayan, Menggatal. Kedua-dua kampung ini adalah kampung yang didominasi penduduk bumiputera yang berugama Islam.

Agak jarang juga program perjumpaan bersama rakyat diadakan musim ini, terutama bila pilihanraya baru saja selesai. Agaknya, ini sebagai strategi dan perang saraf politik yang menunjuk dan memberi amaran kepada pucuk pimpinan BN bahawa SAPP ada pengaruh dan diterima oleh kalangan bumiputera Islam. Pengaruh besar atau kecil tidak perlu di pertikai, sekurang-kurangnya, buat masa ini. Ini adalah isyarat bahawa SAPP bukan “monyet yang takut melihat ayam disembelih”.

Ramai pula yang mempersoalkan kelangsungan dan ketelusan SAPP. Dalam masa dan suasana hangat YAB Dato' Seri Najib Tun Razak mempengerusikan menyuarat mengenai nasib SAPP dalam BN, SAPP terus memuji tindakan Najib dalam menangani isu pendatang tanpa izin-PTI.

Mereka juga menyanjung YB. Datuk Anifah Aman yang telah memberi "grade" kepada lapan tuntutan SAPP.

Kedua-dua MP SAPP pula bertukar rentak dengan membuat kenyataan yang berlainan dari rentak asal di mana meraka kononnya hanya bersetuju mengundi usul tidak percaya bila Pak Lah hendak diturunkan dari kerusi PMnya dan tidak pula menentang BN. Atau membawa makna bagi mereka bahawa "menentang Pak Lah tidak semestinya menentang BN kerana di Semenanjung Malaysia ada yang menentang Pak Lah tetapi tidak menentang BN.

Umum mempersoalkan kebenaran kata-kata kedua MP SAPP ini. Bagi mereka kata-kata mereka berdua itu hanyalah “ungkapan mulut untuk menyedapkan telinga tetapi hakikatnya mendustai hati”. Seperti kata kebanyakan orang BN; SAPP beraksi "mulut disuap pisang, buntut dikait onak" terhadap BN.

Wednesday, June 25, 2008

MUSLIHAT SAPP: NAK KE MANA LAGI?

Yong dalam era kegemilangannya sebagai Pengerusi Barisan Nasional Sabah dan Ketua Menteri Sabah. (Penulis duduk paling kanan sekali)
Oleh KHS

Ketua perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Musa Haji Aman telahpun meluahkan rasa kecewanya terhadap tindakan SAPP membuat resolusi akan mengundi usul tidak percaya terhadap kepimpinan PM, Pak Lah.

Setiausaha Agung MCA telah mengeluarkan kenyataan bahawa BN akan semakin kuat dengan tiadanya SAPP dalam komponen BN. Katanya bahwa SAPP gagal menghargai pengorbanan semua 14 komponen BN. Dalam keadaan BN yang tertekan, SAPP menangguk di air yang keruh.

LDP awal-awal lagi menyatakan pendiriannya bahawa SAPP perlu dipecat dari BN. Presiden PBS, Datuk Joseph Pairin Kitingan, siang-siang lagi telahpun menuduh bahawa Yong Teck Lee bertindak “oppurtunist”. Ini dikaitkan dengan tindakan Yong memenikam dari belakang PBS dan mebentuk SAPP apabila PBS menang dengan majoriti kecil.

MP dari Tuaran, YB Datuk Wilfred Mojilip Bumburing, dari UPKO, tidak menyatakan terus terang pendiriannya terhadap hukuman yang wajar dikenakan kepada SAPP. Bagaimanapun, dia menyatakan bahawa tuntutan SAPP juga mempunyai asas untuk “dilihat”.

Tun Mahathir Mohammad mengatakan bahawa “tiny SAPP” tidak mampu untuk menurunkan Pak Lah dari takthanya. Katanya, menurunkan Pak Lah dari jawatanya kenalah disertai oleh majoriti termasuk kepimpinan UMNO sendiri.

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan tindakan Parti Maju Sabah (SAPP) mengisytiharkan telah hilang kepercayaan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai tindakan tikam belakang yang dilakukan oleh orang yang kecewa.

"Tikam kawan ini kerja orang yang kecewa, sepatutnya kita kena bincang," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Bandar Satelit Islam Pasir Tumboh di Kota Bahru, Kelantan.

UMNO Sepanggar pula ternyata kehilangan kepercayaan kepada MPnya. Mereka berpiket menunjukkan kehilangan kepercayaan kepada MP Eric Mojimbun. Manakala para penyokong BN di Tawau telahpun menunjuk perasaan mendesak Datuk Chua Soon Bui untuk meletakkan jawatan sebagai MP Tawau.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mempengerusikan mesyuarat bulanan Jawatankuasa Pengurusan BN, semalam, berkata jawatankuasa itu turut menggariskan beberapa cadangan kepada Dewan Tertinggi BN mengenai tindakan yang perlu diambil terhadap SAPP.

Apakah motif SAPP sebenarnya hanya sekadar inginkan Pak Lah untuk meletakkan jawatan kerana mereka kehilangan kepercayaan terhadap kepimpinan Pak Lah atau SAPP sememangnya hendak meninggalkan BN dengan melontarkan isu-isu yang membantunya meraih sokongan apakala ianya berada di atas kapal yang lain? Apakah muslihat SAPP?

Ramai mengetahui bahawa Yong telah beberapa kali mengadakan menyuarat dengan Penasihat PKR, Dato Seri Anwar Ibrahim, temasuk pertemuan sulit yang bukan sulit lagi di Hong Kong. Ramai juga yang tahu bahawa DSAI telah mengatakan bahawa PR akan membentuk kerajaan menjelang 16 September, 2008. Anwar juga telah menyatakan bahawa ramai pemimpin Parti komponen BN dan UMNO telah “menemui beliau secara sulit” menyatakan kesediaan mereka untuk melompat kapal PR “kerana kapal BN bocor dan bakal tenggelam”. Kenyataan Anwar ini masih dipertikai dan diragui umum. Ramai yang melihat bahawa menggantikan kerajaan dengan melompat parti atau dengan demonstrasi tidak akan mampu mewujudkan atau membentuk kerajaan yang stabil. Contoh terdekat ialah rampasan kuasa yang berlaku di Thailand baru-baru ini.

Yong dan SAPP telah melihat keadaan dan perkembangan politik ini sebagai peluangnya bertindak “curang” terhadap BN. SAPP sudah tidak perlu mematuhi kod etika parti komponen BN. Dia tidak perlu beradab lagi dengan BN kerana sebilangan kecil orang BN sendiri sudah mulai melatah dengan kepimpinan Pak Lah.

Umum melihat bahawa perkiraan SAPP ialah BN akan jatuh dan PR akan membentuk kerajaan. SAPP perlu membantu dan bermain lincah untuk menjatuhkan BN, sekiranya ingin dilihat sebagai pemain utama dalam padang politik mengalahkan BN. Ianya perlu bermain “outstanding” untuk menjadi pemain yang bakal diberi pangkat besar oleh PR.

Dalam masa yang sama SAPP perlu menjaga parahunya yang “tiny” agar jangan tenggelam sebelum sampai ke perahu besar PR yang sedang dalam pembenaan.

SAPP memang dalam keadaan dilema. Timbalan Presidennya, Datuk Raymond Tan Su Kiah dan Naib Presidennya selaku Ketua Wanita, Melanie Chia masih masing-masing menjawat Timbalan Ketua Menteri, Menteri Perhubungan dan Kerjaraya dan Pembantu Menteri kewangan. Mereka tentunya tidak selesa dengan tindakan SAPP.

Dua MP SAPP, Eric E Mojimbun dan Chua Soon Bui menghilangkan diri dari menghadiri sidang parliment dengan alasan diugut dengan SMS. Eric Mojimbun pula mengatakan bahawa dia terpaksa menghadiri pengkebumian. Dua lagi ADUN SAPP, Au Kam Wah dan Liew Teck Chan, pasti "tidak senang" berhadapan orang-orang media. Apapun alasan mereka, masyarakat pasti mengaitkannya dengan perkembangan terbaharu dalam SAPP.

Jelas sekali, mereka dalam SAPP yang berjawatan sememangnya tersepit antara tindakan SAPP dengan posisi politik masing-masing. Antara maruah parti dan kedudukan dalam kerajaan. Sekiranya mereka sebagai pengikut SAPP yang “berdisplin”, seperti yang katakan Yong, mereka mestilah membuat pendirian. Mereka mesti ada prinsip.

Pangkat dan harta bukannya ukuran bagi mempertahankan maruah peribadi dan maruah parti mereka. Atau memang “disiplin” yang Yong maksudkan itu mereka mesti juga mengekalkan jawatan dan dalam masa yang sama, menentang atau tidak perlu terikat dengan kod etika BN. Mesti menjadi duri dalam daging. Ini pasti tidak akan mungkin berlaku.

Penilaian am, SAPP memang berhasrat meninggalan BN. Tindak tanduk terakhir SAPP dan MPnya hanyalah sebagai muslihat. Cuma Raymond Tan, Melanie, Au Kam Wah dan Liew Teck Chan perlu tanya diri mereka. Kiranya mereka sayangkan jawatan mereka dari parti, mereka terpaksa lawan Yong Teck Lee dalam SAPP. Andainya mereka setia dan berdisplin kepada SAPP, mereka terpaksa melepaskan jawatan mereka dalam kerajaan dan lawan BN. Masa untuk mensandiwarakan muslihat terlalu rapuh dalam era kecanggihan teknologi masakini. Masyarakat akan terus membuat spekulasi. Dan spekulasi tidak seronok bila tidak menghentam dan mengata yang negatif mengenai subjeknya. Sekulasi tidak akan menguntungkan SAPP.

SAPP dilihat, dalam menarik keputusannya, tidak semudah mengundurkan perahu kecilnya yang kelihatan menyeberang ke arah kapal PR yang dalam pembenaan. Pesoalannya, andainya kapal PR tidak mampu disiapkan dan dilayarkan maka SAPP pun tidak akan sampai ke mana-mana. Barangkali masa itu akan timbul kesedaran bahawa guruh dilangit tidak semestinya membawa hujan.

Debaran kini menanti keputusan Dewan Tertinggi BN. Pada hemat saya, tindakan SAPP tidak harus menjadi rujukan dan ikutan pada masa akan datang. Dalam masa yang sama Yong juga telah memberi amaran agar "jangan sembelih ayam bagi menakutkan monyet" yang juga boleh membawa maksud "lawan tetap lawan".

Tuesday, June 24, 2008

RAKYAT JANGAN "RIBUT". INI KES ADIK DAN ABANG

Ini kes abang dan adik…

Belum pernah dalam sejarah sidang Dewan Rakyat pasangan abang dan adik kena berentap membahaskan hal kepentingan negara. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Samad petang Isnin terpaksa berdepan dengan karenah adiknya Khalid Samad iaitu Ahli Parlimen PAS kawasan Shah Alam yang beberapa kali bangun nak mencelah semasa beliau mengulong perbahasan usul mengenai kenaikan harga minyak dan barangan.Suasananya agak menarik dan mengamatkan suasana dewan.Kedengaran suara-suara dikalangan Ahli Parlimen yang kata …”Hah adik abang…”- AGENDAILY 23/6/2008

Monday, June 23, 2008

HIJACKED DAN DI KURUNG; Lihat posting di bawah, Siapa yang berbohong?

Datuk Seri Tiong King Sing, Pengerusi BNBBC

Dakwaan 10 YB 'dikurung' di Beijing bohong

KUCHING: Ahli Parlimen Mas Gading, Datuk Tekhee @ Tiki Lafe, adalah satu-satunya Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) Sarawak yang kini berada di Beijing kerana bercuti bersama keluarga, manakala 29 lagi Ahli Parlimen BN Sarawak yang lain kini berada dalam negara.

Pengerusi Kelab Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC), Datuk Seri Tiong King Sing, yang mengesahkan perkara itu berkata dakwaan yang dibuat PKR bahawa 10 Ahli Parlimen Sarawak 'dikurung' di Beijing bagi menyekat mereka meninggalkan BN adalah pembohongan semata-mata.

Malah katanya, Tiki yang dihubungi seorang rakannya dari sini semalam mengesahkan beliau tidak pernah berhasrat untuk melompat parti atau keluar daripada BN serta akan tetap setia menyokong kepemimpinan BN.

"Saya tak tak tahu bagaimana PKR boleh mengada-adakan cerita 10 Ahli Parlimen dari Sarawak dibawa ke seberang laut. Setahu saya, tidak ada mana-mana Ahli Parlimen BN Sarawak yang 'dihijack' ke luar negara.

"Malah dari apa yang saya tahu percutian Tiki ke Beijing pun sudah lama dirancang bersama keluarganya dan tidak ada kena mengena dengan tindakan mana-mana pihak yang mahu menghantarnya ke sana," katanya kepada Berita Harian.

Kelmarin PKR mendakwa 10 Ahli Parlimen Sarawak sudah dibawa ke Beijing dalam usaha menyekat mereka daripada meninggalkan BN untuk menyertai PKR.

Timbalan presiden PKR, Dr Syed Husin Ali, mendakwa mereka sudah dibawa ke Beijing, namun tidak semua 10 orang itu yang akan menyertai PKR dan dua orang yang beliau dakwa sepatutnya membuat pengumuman penting kelmarin, ada menghubungi pemimpin Pakatan Rakyat untuk memaklumkan mereka berada di Beijing.

Mereka yang dikatakan dibawa ke luar negara itu adalah Ahli Parlimen yang kononnya sukar dipercayai dan berada di sempadan dalam radar BN.

Tiki adalah bekas Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dan Naib Presiden Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP). Beliau tidak dilantik semula sebagai Timbalan Menteri selepas memenangi kerusi Parlimen Mas Gading pada pilihan raya umum Mac lalu.

Tiong yang juga Bendahari SPDP juga berkata, BNBBC akan bermesyuarat Selasa ini bagi membincangkan mengenai tindakan Parti Maju Sabah (SAPP) yang mengeluarkan kenyataan hilang kepercayaan kepada pucuk kepemimpinan BN dan perkembangan terkini yang dikaitkan dengan 10 Ahli Parlimen Sarawak akan turut dibangkitkan.

"Kita akan bincang kedudukan dua Ahli Parlimen SAPP dan dakwaan PKR yang membabitkan Ahli Parlimen di Sarawak," katanya.

Sunday, June 22, 2008

MPs ON VERGE OF JOINIING PKR HIJACKED

The Star Online
Sunday June 22, 2008
‘MPs on verge of joining PKR hijacked’

KOTA KINABALU: At least two Barisan Nasional MPs from Sarawak are on the verge of throwing their support behind the opposition, PKR deputy president Dr Syed Husin Ali claimed. He said that the MPs were “hijacked” as they were among a group of 10 leaders from the state who were taken on a trip to Beijing.

Syed Hussin told reporters after attending a Kaamatan (Harvest Festival) gathering here that the two MPs were supposed to make their stand known either on Friday or yesterday. “But we are confident they will make the appropriate announcement on their return to the country,” he said.

YONG BERTINDAK BERSENDIRIAN?

Adakah ini tindakan Yong secara bersendirian?
Di mana Raymond Tan, Timbalan Presiden SAPP? Kenapa Melanie angkat tangan 50-50?. Raymond Tan adalah Timbalan Ketua Menteri Sabah Kouta Cina dan Menteri Perhubungan dan Kerja Raya Sabah. Melanie Chia, Naib Presiden dan Ketua Wanita SAPP, adalah juga Pembantu Menteri Kewangan Negeri Sabah.

Gambar ini diambil semasa Konvensyen BN yang pertama semasa Yong memegang jawatan Pengerusi BN Sabah dan Ketua Menteri Sabah. Anwar masa itu adalah Timbalan Pengerusi BN dan Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Adakah mereka sama-sama "buka fail politik" masa kini?
"As far as I know, it (Yong's statement) is not the stand of the party. The statement came from Yong Teck Lee personally. That's why we are not taking action against the party," said the Prime Minister, who is also the BN chairman, at a press conference after an emergency meeting of the BN Supreme Council, in Kuala Lumpur Thursday (19 June).

Inilah yang kita terbaca di dada mass media. Seolah-olah kita menafikan diri kita untuk menerima kenyataan bahawa sebenarnya SAPP betekad untuk meninggalkan BN. PM, pak Lah sebenarnya bagai seorang bapa yang menghadapi seorang anak yang telah mengamuk tetapi mengatakan ianya cuma merajuk. Begitulah baiknya hati Pak Lah. Begitulah lembutnya.

Keputusan untuk "mengkaji semua" kedudukan SAPP dalam BN bermula sejak PRU12 dan diperkuatkan lagi dalam Kongress SAPP yang lepas. Keputusan untuk mengundi usul tidak percaya pada kepimpinan Pak Lah apabila ianya dibawa ke parlimen adalah "pintu keluar" @ exit yang amat ketara dan ruang yang luas bagi SAPP keluar BN dengan sendirinya samada ianya dikeluarkan @ dihalau dari rumah BN atau tidak. Pada pandangan umun SAPP pasti keluar BN dan bukan atas keputusan Yong Teck Lee sendirian.

Timbalan Ketua Menteri Sabah, Raymond Tan, Timbalan Presiden SAPP, tidak setuju kerana dia jaga pangkat dia. Melanie Chia, Pembantu Menteri Kewangan kelihatan 50-50%. tetapi melihat kepada senario politik dan ombak baru ini, sekiranya Raymond Tan dan Melanie bertahan kerana pangkat mereka, maka dia terpaksa beralih parti lain komponen BN. Rata-rata menilai tindakan Raymond Tan tidak menyetujui tindakan AMT partinya sebagai strike breaker dan itulah pertanda bahawa karear politiknya pada masa akan datang semakin kabur dan gelap dalam kontek SAPP.

Yong sememangnya membuat keputusan menggunakan parti dan atas persetujuan AMT SAPP walaupun terlalu minoriti SAPP yang tidak menyokongnya. Ia bukan tindakannya bersendirian. Lihat saja tuntutan SAPP. Dari 14 tuntutan http://sapphq.blogspot.com/, disusun semula menjadi 8. Hampir semua tuntutannya, secara sedar atau tidak, tidak akan dipenuhi oleh PM dengan begitu mudah. Ianya bagai disengajakan. Pendiknya, pada pandangan saya, samada SAPP dipecat dari BN, SAPP tidak lagi akan terpujuk. SAPP tetap juga akan berundur dan "bercerai" dengan BN.

Friday, June 20, 2008

YONG CLEARLY AN OPPURTUNIST: PAIRIN

Yong..."..clearly an oppurtunist..." Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan The PBS President

Yong clearly opportunist: Pairin

From Daily Express-20 June, 2008.

Kota Kinabalu: Parti Bersatu Sabah (PBS) President Datuk Seri Joseph Pairin Kitingan said SAPP's move to table a motion of no-confidence against Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi in Parliament is nothing new and clearly one of menangguk di air keruh (taking advantage of the situation).

Describing Yong as "clearly an opportunist whose actions does not reflect the position of Sabah BN component parties", Pairin recalled that Yong ditched PBS after the party won in the 1994 general elections to form SAPP.

Read more:

'SURUNG SUSAH TARIK PUN SUSAH"

Apakah Kesan Kehilangan Kepercayaan SAPP pada Pak Lah?
Di manakah SAPP mencari "kehilangan" itu?

Jadual Yong Teck lee (YTL) untuk cari pasal dengan BN sudah lama disusun bila dia rasakan kemahuan partinya dipinggirkan dalam PRU12. Partinya perlu mengkaji semula kedudukannya dalam BN. Sejak itu dia benar-benar terkilan. Bila orang BN sendiri melatah dengan PM, YTL sudah mula merasakan dia pun wajar juga melatah. Dia sudah lama melatah namun dia kata jawaban kepada suaranya yang sekian lama melata hanyalah “no action”. So, dia kena buat “action”.

Partinya tuntut 14 perkara. http://sapphq.blogspot.com/ untuk dipenuhi sehingga bila Ogos 2008. Barangkali bersamaan Hari Kebangsaan 31 Ogos,2008. Namun beliau juga membuat kejutan bagai ombak politik http://sskeruak.blogspot.com/ Sama seperti kejutan kenaikan harga minyak yang dijanjikan untuk dikaji semula Ogos tetapi dinaikkan tiba-tiba diumumkan pada awal Julai, 2008. Kecoh jalanraya dan station pum minyak sebelum menjelang detik 12.00 malam, malam itu. Dada media massa pula dipenuhi wajah YTL dan dua MP SAPP hingga saat ini.

YTL dan partinya memutuskan untuk menyokong dan mengundi usul tidak percaya terhadap kepimpinan PM, Pak Lah menjelang persidangan parliment Isnin ini, mulai 16 Jun, 2008. Sekurang-kurangnya Parti Kecilnya telah memberi isyarat kepada parti besar yang lain bahawa dua MP dari partinya, Datuk Eric E. Mojimbun dan Datuk Chua Soon Bui akan mengundi usul undi tidak percaya terhadap PM. Atau barangkali MP SAPP sendiri akan table motion berkenaan?

“Cakap (orang politik) dalam media memang senang tetapi kalau usul tidak betul, ikut peraturan, tiada alasan konkrit ia boleh ditolak begitu saja. Itu tidak mengejutkan kerana ia memang berlaku kepada mereka yang faham dan mengamalkan undang-undang,” Tan Sri Pandikar Amin Haji Mulia, Yang Dipertua Dewan Rakyat.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Kamarudin Jaafar, berkata semua parti komponen Pakatan Rakyat termasuk daripada Pas, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP akan hanya table usul tidak percya yang disebutkan pada masa yang difikirkan sesuai.

“Tidak betul dakwaan kata kami hendak bentang usul tidak percaya kepada Perdana Menteri pada Isnin ini, siapa yang buat kenyataan macam itu?” Setiausaha Agung Pas, Datuk Kamarudin Jaafar

Pengerusi DAP, Lim Kit Siang, pula menyifatkan bahawa tidak timbul soal siapa atau bila pihaknya akan mengemukakan notis berkenaan kerana isu yang terbentang di hadapan kita buat masa ini ialah isu Presiden SAPP, Datuk Yong Teck Lee mengisytiharkan partinya hilang kepercayaan terhadap kepemimpinan PM, Pak Lah.

Sehingga tulisan ini selesai saya belum mendapat maklumat mengenai SAPP meninggalkan BN atau menyatakan hilang kepercayaan kepada BN. Saya faham YTL membuat kenyataan atas dasar dan isu kehilangan kepercayaan kepada PM, Pak Lah.

Apakah SAPP akan membuat pendirian yang sama seperti Mukhriz atau Pak Tun Mahathir bahawa dia akan terus berada di luar BN dan akan kembali kepada BN sekiranya Pak Lah berundur dari jawatannya?

Apapun yang terjadi, dalam kontek keberadaan SAPP dalam BN, setelah membuat pendiriannya, telah meletakkan SAPP dalam keadaan “surung susah, tarik pun susah’ memandangkan kenyataan YTL telahpun mendapat liputan media dan rata-rata pemimpin komponen BN termasuk di Sabah telahpun menyuarakan pandangan serongnya terhadap SAPP. Lalu di manakah nanti duduknya MP SAPP dalam sidang parliment akan datang? Adakah di samping YB Ibrahim Ali atau di sisi MP BN yang lain dengan perasaan tidak selesa dan bagaikan dicuit?.
Also read:-
Yong: The Monkey King
Federal Government's Cheap Kick in The Balls At Yong Teck Lee

YONG ARAH BAYAR AJEN RM5 JUTA

Yong arah bayar ejen RM5 juta’

KUALA LUMPUR: Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Yong Teck Lee yang juga bekas Ketua Menteri mengarahkan pembayaran lebih RM5 juta hasil keuntungan jualan saham syarikat milik kerajaan negeri kepada ejen pilihannya pada 1996, Mahkamah Tinggi diberitahu, semalam. Bekas Pengarah Briskmark Enterprise Sdn Bhd, Datuk Wasli Mohd Said, berkata ketika beliau menjadi Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (LKTNS), beliau berjumpa Yong di pejabatnya untuk memberikan taklimat mengenai cadangan pengambilalihan pengurusan 40 peratus saham Sapi Plantation milik LKTNS. Wasli berkata, peguam yang mewakilinya William Cheah mencadangkan penubuhan syarikat (Briskmark) untuk dijadikan wadah bagi dana politik dan peguam itu memintanya memberikan taklimat kepada ketua menteri berhubungnya.
Berita selanjutnya: Berita Harian Online 20 Jun, 2008.

SAPP-INI KATA TUN M, CHEDET.

SAPP

Tiny SAPP (Sabah Progressive Party) wants to move a motion of no-confidence in Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi. Apparently SAPP is still confident in Barisan Nasional.
read more on
http://test.chedet.com/che_det/2008/06/rapid-kl-answers-to-questions.html

LOYAL MPs RALLY BEHIND MALAYSIA PM.

Agence France-Presse - 6/19/2008 11:39 AM GMT

Loyal MPs rally behind Malaysia PM after no-confidence move
Loyal lawmakers rallied behind Malaysian Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi at an emergency meeting Thursday following a call for a no-confidence vote against the premier from within his coalition.

"Nobody (in the coalition) supports this motion. Everyone have rejected this and what has taken place is against the spirit of unity within the coalition. "This is a collective decision of the Barisan Nasional supreme council," he told reporters after chairing a special meeting of top leaders from 13 of the 14 parties in the Barisan Nasional coalition.

Sabah Progressive Party (SAPP) president Yong Teck Lee made the unprecedented no-confidence call on Wednesday in a serious blow to Abdullah, who has faced pressure to quit since disastrous general elections in March. The SAPP did not attend the gathering. Abdullah said he would continue to lead the government despite the attempt to topple him. "I cannot afford to be distracted by issues that keep coming up. I have to be focused with what I have to do. When things like this happen, we have to deal with it," he said.

Abdullah, who is also finance minister, said he would ensure the economy remained stable despite rising political uncertainties over his leadership. "We have to manage the economy," he said. "This is not something new. I have to accept it. I have my responsibilities. If I keep thinking of people criticising me ... how can I carry out my work."

Malaysian share prices closed 1.3 percent lower Thursday and broke the 1,200 psychological support level due to heightened political risks and a rise in inflation, dealers said. Analysts said the move for a no-confidence vote when parliament opens Monday could trigger a ripple effect of dissent within the ruling coalition.

SAPP, which has two members in parliament, said it would decide on Friday whether to quit the coalition. It left open the prospect of joining the opposition alliance led by former deputy premier Anwar Ibrahim. After the March polls that gave the opposition a third of parliamentary seats, Anwar needs to win over just 30 government lawmakers to enable him to form a new administration. Anwar congratulated SAPP's "bravery," while in a brief response Abdullah said Yong was motivated by personal gain. But some in Abdullah's dominant United Malays National Organisation said the vote would not "see the light of day" because of parliamentary rules that make it easy for the ruling party to block the motion.

Thursday, June 19, 2008

SAPP DALAM PRU 12.

AW KAM WAH - ADUN N.45 ELOPURA
CHUA SOON BUI -MP P.190 TAWAU
TAN SU KIAH - ADUN N. 46- TANJUNG PAPAT
LIEW TECK CHAN - ADUN N.14-LIKAS
ERIC E. MOJIMBUN MP P. 171-SEPANGGAR
CHIA CHUI KET ADUN N.16 LUYANG.
Pandangan mengenai pergolakan dan ombak politik kini yang berkaitan dengan SAPP boleh dilihat dalam:-
"POLITIK BEROMBAK SEMULA"

RAYMOND TAN SU KIAH LETAK JAWATAN TIMBALAN KETUA MENTERI DAN MENTERI KERJA RAYA?

Oleh: KHS

YB. Datuk Raymond Tan Su Kiah, Timbalan Ketua Menteri Sabah, Menteri Perhubungan dan Kerjaraya Negeri Sabah dan Timbalan Presiden SAPP. Terpaksa memilih antara Pangkat dan maruah partinya SAPP.

Bila ditanya reaksi samada YB. Datuk Raymond Tan Su Kiah (RTSK) menyokong tindakan Dua MP yang digunakan oleh bosnya, Datuk Yong Teck Lee (YTL) untuk mengundi tidak percaya pada PM, beliau tentunya akan menggelabah mencari jawaban yang selamat. Lalu katanya dia belum dimaklumkan mengenai perkara berkenaan. Masyarakat umum tentunya terus saja mengatakan bahawa RTSK memang tahu tetapi pura-pura dalam perahu.

SAPP boleh dikatakan sudahpun berada di luar BN secara automatik setelah pengumuman YTL mengenai keputusan partinya, SAPP, yang mengarahkan dua MPnya mengundi tidak percaya kepada pimpinan Perdana Menteri Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi walaupun motion itu belum tentu dapat dikemukakan di persidangan parliment. Seorang pemerhati politik mengatakan bahawa "belum table motionpun SAPP sudah mengundi, ini ternyata tindakan pembangkang".

Apapun, SAPP tidak dapat lari dari kenyataan. Dalam mesyuarat Agung Perwakilannya, ramai yang menyokong usul SAPP Kota Belud yang diketengahkan oleh Tuan Haji Madri Akong supaya keberadaan SAPP sebagai komponen BN dikaji semula.

Seminar anjuran PIPPA, Progressive Institute of Public Policy Analysis, minggu lepas yang bertajuk "Economy In Jeopardy" kemudian muncul di skrin putih semasa dalam bilik seminar sebagai bertajuk "Malaysia Economy in Jeoparday" yang menjemput Ms. Foong Wai Fong, yang lantang mengkritik sebarang policy kerajaan, ternyata sebagai program "exit" SAPP dari BN.

Beberapa siri Mesyuarat YTL dengan DSAI menguatkan lagi anggapan umum bahawa SAPP tidak lagi berpaksikan perjuangan BN. Beberapa tindakan kepimpinan SAPP hanya dilihat sebagai "cari pasal saja".

Tambahan pula, Dr. Jeffry Kitingan dari PKR diberikan tepukan gemuruh dan kehadirannya dalam seminar itu diberikan "acknowledgement" khusus. Saya lihat mantan MP Tuaran, Datuk Madius Tangau juga turut berada di situ dan menjadi pengerusi penal selepas "ceramah" dari jemputan khas itu. Itu semua adalah tindak tanduk bahawa SAPP sudah tidak selari dan serasi lagi dengan BN.

Kini SAPP telahpun membuat keputusan dan keputusan itu sukar dikaji semula lagi. Ianya satu tindakan yang sudah pun menyatakan "selamat tinggal" kepada BN. Apakah pula tindakan Datuk Raymond Tan sebagai Menteri Kabinet dari SAPP, Timbalan Ketua Menteri Sabah dan Menteri Perhubungan Kerjaraya? (ada lagi jawatan-jawatan lain yang bertaraf "politically appointed" yang diberikan kepada SAPP). Apakah beliau pula akan menghadapi SAPP dan mendabik dadanya bahawa beliau juga anak lelaki dan ada pengaruh peribadi dan bukannya "excess bagage" kepada SAPP?

Dia tak mampu berpura-pura lagi. Dia terpaksa meninggalkan jawatannya sebagai Timbalan Ketua Menteri Sabah dan Menteri Perhubungan Kerjaraya jika ingin terus berada dalam SAPP. Jika tidak ingin melepaskan jawatan-jawatannya dalam kerajaan dia wajib menukar haluan dengan menyertai parti komponen BN lain di Sabah yang didominasi kaum Cina. Beliau terpaksa membuktikan bahawa tanpa SAPP, karier politiknya mampu bersinar atas wibawanya.

Namun sudah pasti SAPP akan mengutuk beliau sebagai "pengecut, "strike breaker" atau kambing hitam SAPP". Pasti dia akan digelar "pentingkan pangkat". Apapun RTSK terpaksa memilih antara pangkat dan maruah partinya SAPP sebagai gambaran kepada masyarakatnya bahawa dia adalah RTSK yang ada pendirian dan ada maruah.

Wednesday, June 18, 2008

SAPP'S VOTE OF NO CONFIDENCE ON PM

Datuk Yong Teck Lee, Ptesiden SAPP

Bendera SAPP dan empat segi, peta Sabah dan

matahari terbit dalam bendera adalah logo SAPP


Dari DSAI blog's side note.


KOTA KINABALU, June 18, 2008: Today, SAPP calls this press conference to make a stand that we have lost confidence in the Prime Minister of Malaysia YAB Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi. In the coming sitting of the Parliament session starting Monday, June 23, our MPs will support a Vote of No Confidence on the PM. Whether the motion will be tabled by our Party MP or another MP will be decided in due course.
MP for P.190 Tawau, YB Datuk Dr Chua Soon Bui and MP for P.171 Sepanggar YB Datuk Eric Enchin Majimbun have expressed their stand in the signed press statement. He (Eric Majimbun) is now overseas on official duties. He will be back in Malaysia in time for the parliament sitting on June 23.

Berikut adalah komen dari DSAI


Tahniah dan salut perjuangan kerana ketegasan dan keberanian Parti Progresif Sabah (SAPP) dan dua Ahli Parlimen mereka mempertahankan hak rakyat khususnya Sabah. Saya telah mengadakan dua perbincangan sebelum ini dengan Dato’ Yong Teck Lee, Presiden dan pimpinan SAPP. Isu pokok adalah berkaitan good governance atau pengurusan pemerintahan baik dan mematuhi prinsip pertanggungjawaban. Jaminan keadilan bagi rakyat, bumiputra dan lainnya termasuk Sabah.

Kita menjamin 20 peratus royalti minyak kapada Sabah, Sarawak dan Trengganu, serta perwakilan yang adil bagi negeri Sabah dan Sarawak.Saya gembira dengan tindakan awal ini dan menyeru supaya rakan-rakan lain segera bertindak demi menjamin politik yang stabil dan pengurusan ekonomi cekap yang akan menjamin ppertumbuhan pantas serta pengagihan adil.

ANWAR IBRAHIM

for other blog comment click this:-

CEO: DONT BLAME PETRONAS, IT'S A GLOBAL PROBLEM

Tan Sri Hassan Marican, Presiden and CEO of Petronas
From: NST Online
2008/06/18
By Marc Lourdes and David Yeow news@nst.com.

KUALA LUMPUR: Petronas should not be made the scapegoat for the fuel price hike, said its president and chief executive officer Tan Sri Hassan Marican. "It is a global problem and not the oil company's fault that prices have increased." Hassan said Petronas employees were being verbally attacked for the price increase and urged Malaysians to remain calm and look at the bigger picture. He explained that 65 per cent of Petronas' profits went straight to the government.

Petronas was formed in 1974 with an initial capital of RM10 million.

"From then until the end of 2007, it has made RM570 billion. RM336 billion had been paid to the government in that time," he said, adding that the remainder of the company's money was reinvested in exploration and building refineries, among others He also pointed out that the company has 300,000 employees, stressing that it "does not just take but gives back as well".

"While in the past we have paid more, doing so now would hinder our efforts to discover new oil reserves in other parts of the world," he said, adding that 30 per cent of its oil reserves were overseas. "We are trying to extend Malaysia's status as a nett oil exporter for as long as we can. By increasing our payment (to the government), we might not be able to delay becoming a nett oil importer past 2014," he said during an interview on RTM last night. He added that the company had to think of the future and if Petronas' explorations pan-ned out, Malaysia could maintain the same rate of production for another 22 years.

On whether Petronas should be held accountable to Parliament and not just the prime minister, Hassan said that was up to Parliament to decide. He said under the Petroleum Development Act 1974, the national oil company was accountable to the prime minister of the day.

"That's not for me to say. The Petroleum Development Act was passed by Parliament." He said Petronas operated under the Companies Act 1965 and, as required by the act, published a financial report every year.

Hassan was also asked why oil prices in Malaysia could not be kept as low as other oil-rich countries like Venezuela, Saudi Arabia and Brunei. He said Malaysia, with a population of about 24 million people, had a daily production of 700,000 barrels compared with Saudi Arabia's 10 million barrels with the same population size. "Not only is oil cheap there, so are water and electricity. They can afford it because production is so high.

"Venezuela adopts a populist policy and because of that, there has been no new investment. Their production has dropped from four million barrels a day to 2.5 million."

Petronas and its subsidiary Petronas Carigali accounts for about 75 per cent of the national oil production. The rest is obtained by production- sharing operators. Hassan also said oil prices were increasing globally because of various factors, including speculation, the geo-political scene and increased demand from the developing economies of China and India. He pointed out that in 2006, there were seven million new vehicles in China. "If each vehicle used 10 litres of petrol a day, that is a daily increase of 70 million litres

Tuesday, June 17, 2008

BUMIPUTERA ISLAM SABAH KETANDUSAN PARTI DAN PEMIMPIN POLITIK BERKRISMA

Oleh: KHS
Tun Mustapha dengan USNOnya, Datuk Harris Salleh dengan BERJAYAnya,
Datuk Salleh dengan USBOnya. Salleh mampu mengisi kekosongan yang ditinggalkan Tun dan Harris.

Tun Datu Haji Mustapha Bin Datu Harun (Allahyarham) adalah Bapa Kemerdekaan Sabah. Walaupun dia telah lama meninggalkan kita, namun namanya masih disebut-sebut. Beliau adalah pemimpin Negeri Sabah yang mempunyai krisma yang tinggi di peringkat antarabangsa dan Nasional.

Datuk Harris Mohd. Salleh dianggap sebagai Bapa Pembangunan Sabah. Dalam era kepimpinannya, Sabah mengalami perubahan fisikal yang pantas dan dapat dilihat dan di nikmati sehingga kini. Era kepimpinan Tun Mustapha dan Datuk Harris diibarat sebagai pelayaran dua perahu yang berbeza. Mereka kalah di tangan PBS. Seperti kata Datuk Datu Amir Kahar Tun Mustapha, “Dalam perjuangan kita perlu berkayuh bersama serentak kerana kita adalah seperahu. Penumpang-penumpang seperahu akan hanyut dibawa arus jika tidak berkayuh bersama-sama. Perahu juga tidak akan sampai ke mana-mana jika penumpangnya berkayuh ke arah yang berbeza-beza”. Begitulah ukiran sejarah keadaan USNO dan BERJAYA suatu waktu dulu yang perlu menjadi pengajaran kepada kita semua.

Kendatipun besarnya jasa dan sumbangan Harris Salleh dalam pembangunan Negeri Sabah, usaha bertali arusnya untuk kembali ke arena dan pentas politik Negeri Sabah menemui beberapa siri kegagalan. Namun sumbangannya kepada pembangunan tetap terukir dalam lipatan sejarah Negeri Sabah yang sukar dinafikan.

Ketiadaan pemimpin KDM seperti Tun Fuad Stephen dan Datuk Peter Mojunting di arena politik Sabah telah dapat diisi oleh Datuk Seri Joseph Pairin Kitingan sebagai Huguan Siau dalam kategori Bumiputera Bukan Islam. Namun ketiadaan Tun Mustapha dan Harris Salleh masih dinantikan penggantinya. Tun Mustapha dengan USNOnya dan Harris Salleh dengan BERJAYAnya dan Pairin pula dengan PBSnya.

Kemelut politik tanahair masakini meletakkan masyarakat bumiputera Islam di Sabah, dalam kontek politik, dalam keadaan yang tersepit, haluannya semakin kurang jelas dan berpecah-pecah. Ramai bumiputera Islam menjadi pemimpin dan ahli serta penyokong parti-parti negeri yang bukan dominan Bumiputera Islam seperti PBS, PBRS, SAPP, dan LDP dan sebagainya. Memang tidak salah and tiada halangan dalam negara demokrasi dan di segi hak individu tetapi ianya meletakkan Bumiputera Islam secara vitalnya dalam kedudukan “disadvantage” sedangkan lebih kurang 44 dari 60 kawasan DUN Sabah adalah didominasi oleh penduduk Sabah dalam kategori Bumiputera Islam.

Apabila kerajaan BN yang ditunjangi UMNO di peringkat pusat diselamatkan oleh Sabah dan Sarawak dari runtuh, Sabah masih seperti terpaksa merayu-rayu belas kasihan dan simpati. Seperti Kata YB. Datuk Anifah Haji Aman dan YB. Datuk Ghapur Haji Salleh.

“sudahpun kita dianak tirikan, dihina pula. Jadi kalau sudah dianak tirikan, dihina pula, nak ke mana kita. Rumah terespun rumah tereslah YB. Apa guna bunglo kalau sekumpulan saja yang merasai nikmat. Kita mau, biar teres sama-sama kita kongsi. Kalau bunglo sama-sama kita menikmatinya. Jangan separuh banglo separuh teres. Kita dalam bunglopun tidur di tepi tandas apa gunanya”.
Yang Berhormat Datu Anifah Haji Aman,
MP Kimanis, Sabah

“semua tahu , dunia tahu. Kalau bukan Sabah dan Sarawak, 54 kerusi, maka kerajaan BN sudah tidak ada..... Negeri Sabah, Datuk Speaker, Negeri Sarawak yang menyelamatkan BN. Negeri Sabah 3 kerusi menteri. Ini memalukan rakyat Sabah. Ini memalukan. Ini harus diperbaiki. Kita tidak boleh biarkan begitu saja... Sudahlah kita ini ketinggalan, kemudian kita dianaktirikan....Mungkin itu dianggap oleh pucuk pimpinan Negera enteng, Sabah can be taken for granted... Kalau tidak diperbaiki keadaan ini, pilihanraya akan datang bukan saja BN kalah, sayapun termasuk ikut kalah juga”
Yang Berhormat Datuk Ghapur Haj Salleh,
MP Kalabakan, Sabah yang menang Tanpa Bertanding.

Rumah Teres atau rumah Bunglo; semua tau duniapun tahu, yang nyata Bumiputera Islam di Sabah memerlukan sebuah rumah milik sendiri yang dapat dan mampu dikongsi semua dan berjiran tetangga dengan semua rakyat Sabah dengan aman dan harmoni.

Organisasi yang menjadi sebutan umum kini adalah USBO yang diketuai oleh Datuk Seri Panglima Mohd Salleh Tun Said, sebagai Presidennya. Selain itu, ada ura-ura untuk menghidupkan semula USNO. USNO dahulu adalah parti tunjang bagi bumiputera Islam Sabah yang diisytiharkan pembubarannya oleh Tun Dr. Mahathir Mohammad setelah Tun Mustapha bersetuju menerima UMNO menjadi perahu besar bagi ahli-ahli dan penyokong USNO pada Pada 23 Februari 1991, sempena Perhimpunan Agung Parti USNO yang telah diadakan di Dewan Perdana Norsaadah, Wisma MUIS, Kota Kinabalu, Sabah

“....Kita kena terima hakikat, ahli USBO begitu penting kepada Umno umpama USIA dengan USNO dahulu...,” menurut Haji Jabar Khan Nafi, seorang vateren politik dan bekas tahanan ISA yang masih mempertahankan bahawa penahanannya yang berlanjutan telah menzaliminya dan tidak adil baginya dan keluarganya.

Salleh yang mengepalai USBO bagaikan berjuang dalam UMNO bak “hatinya mengusik keinginannya untuk menangis sedang airmatanya enggan keluar”. Salleh telah tidak dicalonkan untuk mempertahankan BN di Parliment P.169 Kota Belud. Rakan-rakannya dalam USBO seperti Pandikar Amin Haji Mulia dan Datu Amir Kahar juga digugurkan dari mempertahankan Kerusi N.6-Tempasuk dan N.1. Banggi. Majoriti rakyat Sabah melihat ini sebagai sesuatu yang tidak wajar berlaku namun ianya telahpun berlaku.

Pemerhati politik mengatakan bahawa menghidupkan USNO bagai menimbulkan semula sebuah kapal yang telah karam dan tenggelam. Sukar tapi tidak mustahil. Dalam keadaan politik tanahair yang kalut kini, USBO perlu bijak memposisikan dirinya bagi mengisi "keperluan amat perlu" ini. USBO telah berada pada landasan yang baik. Kepimpinan USBO telah berjaya melakar keikhlasannya dan memperlihatkan komitmennya kepada perjuangan bagi keutuhan nasional. Salleh, Pandikar dan Amir Kahar telah bertindak jujur kepada UMNO, namun UMNO belum padu dalam memperjuangkan hak dan maruah bumiputera Islam di Sabah dan belum jernih keikhlasannya kepada USBO.

Dalam kekalutan UMNO, parti kebangsaan Melayu yang kalah di Tanah Melayu, UMNO sudah pasti menjadi parti yang longgar dan beransur lesu kepaduannya bagi mempertahankan keutuhan dan hak-hak majoriti bumiputera Islam di Sabah. UMNO yang mengenepikan USBO kini mula merasakan bahang sesilapannya. Dalam masa yang sama, seandainyanya kerajaan BN tumbang kerana ura-ura Anwar Ibrahim menjelang 16 September, UMNO Sabah bakal melihat kemenangannya dalam PRU12 tidak membawa "erti yang bermakna" buat masyarakat Bumiputera Islam Sabah yang menumpanginya. Dalam situasi inilah kita perlu mentelaa dan memperinci apakah USBO itu tidak "releven" bagi menyatupadukan masyarakat Bumiputera Islam di Sabah?

Apakah kita ketandusan pemimpin Bumiputera Islam yang berkrisma dan berwibawa di Sabah?. Ramai pemimpin Bumiputera Islam yang mendapat sokongan penyokong dengan begitu “commanding’ dalam beberapa pilihanraya yang lepas. Ramai juga pemimpin Bumiputera Islam yang digugurkan walaupun mempunyai sokongan dan pengaruh yang kuat. Dalam apapun keadaan, permasalahan kewibawaan dan krisma tidak dapat diukur dengan besarnya bilangan undi kerana sokongan pengundi lebih banyak dipengaruhi oleh faktor-faktor seperti kepincangan dalaman dan luaran parti-parti lawan, muslihat dalam perjalanan pilihanraya dan politik wang serta materilisma.

Terdapat pelbagai ukuran dan penentuan yang berbeza-beza mengenai tahap dan darjah krisma dan wibawa. Pastinya element “agree to disagree” sentiasa terpakai dalam merungkai kontek ini. Dalam banyak kes, krsima dan wibawa para pemimpin hanya akan diuar-uarkan umum secara positif apabila mereka sudah tidak lagi bernafas di dunia yang fana ini.

Dalam kontek pemimpin Negeri Sabah, Tun Mustapha dan Harris Salleh dilihat sebagai memiliki krisma yang belum dapat dimiliki pemimpin kini. Lambang kinabalu masih dicari dalam balot apabila menjelang hari mengundi. Ramai golongan tua masih menyimpan lambang USNO sehingga menebal anggapan mereka bahawa “USNO itu Tun Mustapha dan Tun Mustapha itu USNO” dan Tun Mustapha bagaikan memileki kuasa ajaib. Ini antara krisma Tun Mustapha. Harris Salleh pula telah mampu menjelmakan segala kerangka pembangunannya yang diilhamkannya tanpa banyak menghadapi halangan. Malah dikatakan bahawa kelulusan Harris Salleh yang hanya ditulis di atas “tissue paper”, diakuri dalam pentadbiran awam tanpa banyak persoalan birokrasi.

Datuk Salleh Tun Said dengan USBOnya kini dilihat sebagai calon dan “contender” utama yang mampu mengisi ruang yang ditinggalkan Tun Mustapha dan Harris Salleh. USBO adalah kapal baru yang dinakhodai oleh pasukan yang terdiri dan Salleh, Pandikar, dan Amir Kahar manakala Shafie Afdal sebagai Penasihat USBO. Ramai lagi anggota kepimpinan dari golongan professional yang “silent” dalam politik telah menonjolkan diri dalam kepimpinan USBO. Namun hingga kini USBO masih lagi sebagai NGO yang mampu menggugat sokongan kepada UMNO walaupun pada hakikat yang rasional mereka adalah pencukup (complement) antara satu dengan lain.

Sokongan bumiputera Islam Sabah kepada kedua-dua parti, UMNO dan KeADILan hanyalah berpaksikan dasar cinta dan sayangkan parti. Seandainya USBO menjadi sebuah parti politik, maka sokongan Bumiputera Islam Sabah dan rangkaiannya terhadap parti itu adalah atas dasar “cintakan parti dan cintakan rumpun bangsa”. Saya menilai “cinta kepada rumpun bangsa lebih sejati dari cinta kepada parti semata-mata. Kelebihan USBO lagi ialah ianya dilihat lebih “friendly” kepada parti-parti komponen BN Sabah danmbangkang utama, “KeADILan.

Krisma kepimpinan politikus Bumiputera Islam Sabah dalam UMNO kini, dikaburi oleh “rule no 1-The Boss Is Always Right” . Sekiranya boss melakukan kesalahan,”rule no 2, refer to rule no 1”. Sindiran membisikkan bahawa 2 X 5 jawabannya 10; tetapi kepimpinanan Negeri kita masih terpaksa merujuk kepada kepimpinan pusat untuk mensahkan jawabannya. Kerana itulah krisma pemimpin buiputera Islam di Sabah menjadi kabur. Ini adalah berkait rapat dengan sistem politik ferdealisma yang sering dilihat sebagai “menganak-tirikan”, dan membiarkan kita duduk di “rumah teres”.

Tun Mustapha dengan USNOnya, Harris Salleh dengan BERJAYAnya, Pairin Kitingan dengan PBSnya. Atas dasar ini Salleh Tun Said perlu merangka kerangaka perjuangan USBOnya bagi menjamin dia adalah “main contender” bagi mengisi kekosongan pemimpin bumiputera Islam Sabah yang ditinggalkan Tun Mustapha dan Harris Salleh. Salleh perlu “mendengar panggilan” bagi menguji dan merealisasi lakaran krismanya.

Saturday, June 14, 2008

PM SAYS STRUCK SUCCESSION AGREEMENT WITH DEPUTY

Malaysian Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi, facing calls to quit after disastrous election results, said Friday he had agreed a plan to hand power to his deputy, the state news agency reported.

Abdullah had previously rejected calls from within the ruling United Malays National Organisation (UMNO) to formalise his plans to relinquish power, saying he would only discuss a transition after December internal leadership polls.

Deputy Prime Minister Najib Razak is Abdullah's heir apparent but has made no public challenge, despite the crisis in UMNO since March general elections which produced the worst results in its half-century history.

"Najib and I have decided on the right time for me to hand over the premiership to him. We've no problems and we enjoy good working relations," Abdullah said according to the state Bernama news agency.

"The leadership change will definitely take place at the right time," he said at a luncheon with government officials and community leaders.

Najib, whose father was Malaysia's second prime minister, said during a visit to Britain this week that UMNO might not survive a leadership battle.

"UMNO is now at its lowest point and if you create a serious fight for the leadership, the party will be further weakened and unable to face the challenges ahead," he said according to the New Straits Times.

"What's the point of inheriting a position when you lose in the general elections? I don't want to lead the party to defeat."

Abdullah, who has repeatedly rejected calls to resign, called for an end to speculation over his relationship with Najib which he said would only damage the party.

"It's important for everyone to see the relationship between me and Najib as very crucial to strengthen UMNO and the government and to implement the development projects and programmes that have been planned," he said.

The March elections saw the UMNO-led coalition lose a third of parliamentary seats and five states to a resurgent opposition, which now has ambitions of seizing power with the help of defecting government lawmakers.

Agence France-Presse - 6/13/2008 6:54 AM GMT

Friday, June 13, 2008

ISLAM HADHARI KARUT KATA NIK AZIZ

Islam Hadhari karut" Nik Aziz
Dari Sinar Harian.
Friday, 13 June 2008
(Sinar Harian) -
Islam Hadhari adalah karut! Itulah kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.Katanya, kerajaan Kelantan tidak akan mengharamkan sebaliknya lebih gemar menggunakan fakta-fakta dan nas-nas al-Quran. “Walaupun Kerajaan Selangor dan negeri-negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat menolak Islam Hadhari namun Kelantan mengambil langkah sebaliknya. “Kalaulah betul konsep Islam Hadhari, di mana pula Iman Hadhari kerana Islam dan iman tidak boleh diasingkan. Ia akan disoal di akhirat kelak,” katanya kepada pemberita pada sidang media yang diadakan di kediamannya di Pulau Melaka dekat sini, semalam.
Mursyidul Am Pas itu berkata, UMNO sepatutnya tidak mewujudkan Islam Hadhari sebaliknya perlu mengikuti langkah yang telah dilaksanakan oleh Pas di Kelantan. “Kelantan bergerak sejak dulu tanpa mengamalkan konsep Islam Hadhari. Apa jaminan Islam Hadhari diterima Allah? Padahal kita kena ikut perlembagaan Allah. “Sejak saya pegang Kelantan saya buat tiga dasar, ubudiah, itqam, masuliyah supaya kakitangan kerajaan senang ikut supaya senang nampak apa yang kerajaan nak,” jelas beliau ketika diminta mengulas mengenai langkah kerajaan Pakatan Rakyat yang menolak Islam Hadhari di negeri yang ditadbir mereka.
Nik Aziz yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Chempaka berkata, kerajaan Pas di Kelantan tidak akan haram Islam kerana mereka akan menjawab balik soal berkaitan Islam Hadhari dengan dalil dan ayat al-Quran. “Ini sebabnya kami (Pas) tak mahu berdamai dengan UMNO. Sebab UMNO bawa ajaran sesat. Islam Hadhari adalah ajaran yang mengasingkan agama dan politik. “UMNO sekiranya berfikiran panjang mereka tak perlu malu untuk meniru pendekatan yang diambil oleh Kelantan. Boleh tiru Islam macam Islam yang dibawa oleh Kelantan,” katanya lagi. Nik Aziz berkata, Pas dari awal lagi menentang perlaksanaan sistem Islam Hadhari dengan menganggap ianya satu fahaman yang bertentangan dengan Islam. Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed turut menolak konsep Islam Hadhari kerana ia boleh mengelirukan masyarakat.
Kerajaan Pusat di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memperkenalkan konsep Islam Hadhari empat tahun lalu yang menekankan pendekatan ajaran Islam bagi mengeluarkan ummah daripada kemunduran. Perdana Menteri memperkenalkan Islam Hadhari selepas menerajui pucuk pimpinan negara. Islam Hadhari dilancarkan pada pilihan raya umum 2004 dalam melaksanakan pendekatan Islam secara menyeluruh. Sehubungan itu, beberapa program perkampungan hadhari diadakan dengan kerjasama sebuah stesen TV swasta ke seluruh negara dengan pengisian seperti pameran, ceramah, forum agama dan nyanyian.

ANWAR PM MENANTI-RUMAH TERES RUMAH BUNGLO DAN SEMUA TAHU DUNIA TAHU


Oleh: KHS
13 Jun, 2008

Kalau dulu, 1963, tanpa Sabah, tanpa Sarawak tiada Malaysia. Setelah empat puluh lima tahun berlalu, PRU 12 berakhir Mei, 2008, senario berlaku hampir sama. Kali ini tanpa MP Sabah , tanpa MP Sarawak tiada kerajaan Barisan Nasional. Kali ini suara garau dua pemimpin Sabah membuat Dewan Parliment berhenti sebentar dari kesebokan mengemukakan “point of order”.

“sudahpun kita dianak tirikan, dihina pula. Jadi kalau sudah dianak titikan, dihina pula, nak ke mana kita. Rumah terespun rumah tereslah YB. Apa guna bunglo kalau sekumpulan saja yang merasai nikmat. Kita mau, biar teres sama-sama kita kongsi. Kalau bunglo sama-sama kita menikmatinya. Jangan separuh banglo separuh teres. Kita dalam bunglopun tidur di tepi tandas apa gunanya”.
Yang Berhormat Datu Anifah Haji Aman,
MP Kimanis, Sabah


“semua tahu , dunia tahu. Kalau bukan Sabah dan Sarawak, 54 kerusi, maka kerajaan BN sudah tidak ada..... Negeri Sabah, Datuk Speaker, Negeri Sarawak yang menyelamatkan BN. Negeri Sabah 3 kerusi menteri. Ini memalukan rakyat Sabah. Ini memalukan. Ini harus diperbaiki. Kita tidak boleh biarkan begitu saja... Sudahlah kita ini ketinggalan, kemudian kita dianaktirikan....Mungkin itu dianggap oleh pucuk pimpinan Negera enteng, Sabah can be taken for granted... Kalau tidak diperbaiki keadaan ini, pilihanraya akan datang bukan saja BN kalah, sayapun termasuk ikut kalah juga”
Yang Berhormat Datuk Ghapur Haj Salleh,
MP Kalabakan, Sabah.


Kali ini, kata-kata dua MP Sabah ini bukan ugutan. Kata-kata ini real. Datuk Anifah siang-siang menolak jawatan Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia. Manakala Datuk Ghapur meletakkan jawatan Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Malaysia dalam tempoh 8 hari selepas dianya mengangkat sumpah. Datuk Ghapur Salleh juga melahirkan kebimbangan bahawa Tsunami politik yang melanda Semenenjung Malaysia akan melanda ke Sabah sekiranya keluhan dan permintaan rakyat Sabah diremehkan. Katanya lagi, di Sabah mungkin akan wujud parti baru sendiri yang mampu menguasai Negeri Sabah dan bakal memilih mana-mana parti di Semenanjung Malaysia sebagai “partner” bagi membentuk kerajaan akan datang. Akhirnya peluang untuk Barisan Nasional untuk bertahan, tipis sekiranya tidak ada perubahan positif dan gerakan agresif pemimpin-pemimpin BN, khasnya UMNO sebagai tunjang BN, dalam masa terdekat ini.

Dalam kekalutan kerajaan BN, Dato’ Seri Anwar Ibrahim DSAI terlalu bijak mengambil peluang. Walaupun dia bukan MP dan hanya penasihat PKR. Namun dengan 82 VS 140 kerusi MP yang dapat menafikan BN 2/3 majoriti di parlimen, dengan kualiti kepimpinan dan semangat juangnya yang luar biasa, beliau mampu beraksi seperti pemenang dan menonjol sebagai Perdana Menteri Malaysia Menanti. Beliau pernah mendapat gelaran ini dalam era Tun Mahathir, namun hasratnya menjadi PM tidak kesampaian. Malah beliau pula mendapat lebam mata sebelah kiri.

Isu rumah teres dan semua tahu, dunia tahu semakin menguatkan semangat DSAI untuk menumbangkan kerajaan Pak Lah dan membawa visi PR dan ketuanan rakyat.

Dalam satu kenyataan, DSAI memberitahu bahawa dia begitu yakin bahawa akan memperolehi jumlah MP yang diperlukan untuk membentuk kerajaan. Sokongan dari UMNO Semenanjung Malaysia yang tidak mendapat tempat dalam kerajaan dan mereka yang bosan dengan krisis dalaman parti yang dilihat amat sukar dirungkaikan dan MP BN dari Sabah dan Sarawak yang telah dinafikan hak perkongsian mereka dari segi pembangunan dan royalti minyak adalah menjadi sandaran DSAI.

Tambahan kata dia bahawa dia tidak mempersoal kuasa Pak Lah sebagai PM, Cuma katanya Pak Lah mempunyai kepimpinan yang lemah dan dalam masa yang sama, Pak Lah menghadapai kesukaran untuk mencari penggantinya buat masa ini. Tambahnya lagi, bahawa PR hanya menunggu masa yang sesuai bilamana peralihan kerajaan kelak akan berjalan lancar mengikut prosedur dan peraturan.

Benarkah DSAI akan memiliki jumlah kerusi yang diperlukan untuk mengambil alih kerajaan? Tiada siapa yang dapat memberi jawapan. DSAI sendiri membiarkan keadaan menjadi teka teki. Ramai yang meragui namun tidak kurang juga yang menaruh harapan. Politic is the game of possible.

Kendatipun, keadaan ini cukup meresahkan BN khasnya Pak Lah. Jawatannya bakal direbut dan beliau didesak untuk melepaskannya. Tun Mahathir telahpun memberi kenyataan bahawa sekiranya Pak Lah tidak berundur dalam masa yang terdekat, UMNO akan hancur.

Suara rumah teres rumah bunglo dan semua tahu dunia pun tahu menjadi faktor dilihat menjadi faktor kepada kekerapan Pak Lah menjengok dan melawat Sabah. Dalam sejarah politik Malaysia, belum pernah PM Malaysia didesak begini rupa.

Lawatan terakhir pada 30-31 Mei lepas, PAK Lah memasyurkan pembubaran JPPS dan sekaligus meyakinkan bahawa JKR Persekutuan tidak akan diwujudkan di Sabah. Dana khas sebanyak RM1 billion diberikan, Jawatankuasa Tertinggi Kabinert agi menangani PTI yang dipengerusikan oleh YAB Dato Seri Najib dibentuk. Pembinaan jana kuasa 300 megawat oleh Petronas dengan kerjasama Yayasan Sabah di Kimanis juga diberi penekanan.

Dalam perkhidmatan awam pula, pelaksanaan Skim Tukar Lantik membabitkan pegawai perkhidmatan negeri menyertai perkhidmatan awam Persekutuan di peringkat tinggi dan pertengahan diumumkan. Penubuhkan Focus Group yang berperanan dalam usaha membasmi kemiskinan terutama di Sabah dan Sarawak. Ringkasnya semua perkara ini adalah merupakan isu yang dibangkitkan PKR dalam mencuri sokongan rakyat Sabah. Agaknya ini juga sebagai usaha memikat pemimpin-pemimpin Sabah terutamanya para MP agar tidak melompat ke kapal PR. Sekaligus menyatakan bahawa sekiranya perkara ini menjadi isu yang membuatkan Sabah akan berpaling menyokong PKR maka kembalilah ke BN kerana kini dia sendiri telahpun tunaikan.

Persoalannya kini adalah, apakah isu pembangunan dan bantuan semata-mata akan mampu memikat kepercayaan rakyat Sabah untuk terus menyokong BN?. Adakah pembangunan dan kekayaan menjadi determinan yang kukuh dan signifikan bagi meraih sokongan rakyat kepada BN? Kalau demikian mengapa pula Selangor dan Pulau Pinang sebagai dua Negeri yang kaya dan paling membangun di Malaysia, jatuh ke tangan pembangkang?.

Isu rumah teres rumah bunglo yang mesti jadi asas perkongsian. Semua tau duniapun tau bahawa sebenarnya kita terikat dengan asas dan konsep perkongsian. Tidak dapat tidak, isu ini hendaklah diberi perhatian yang serius dan ditangani dengan segera. Dalam berkongsi kita hendaklah berlaku adil. Kedua-dua isu ini adalah asas yang kukuh yang menentukan bahawa sebenarnya Malaysia adalah wujud atas dasar perkongsian kuasa. Perkongsian inilah yang semestinya direalisasikan. Perkongsian ini jugalah yang dijadikan asas utama bagi DSAI terus berjuang bagi mengakihiri penantiannya.

Thursday, June 12, 2008

The Biggest Jump of Unemployment rate in 22 Years.






AP
*Jobless claims jump to highest level since late March
Thursday June 12, 8:42 am
ETBy Martin Crutsinger,
AP Economics Writer
Jobless claims jump by 25,000 to highest level since late March


WASHINGTON (AP) -- The number of people filing new claims for unemployment benefits jumped last week to the highest level since late March.The Labor Department reported Thursday that new applications for jobless benefits rose to 384,000, an increase of 25,000 from the previous week.That was a much bigger gain than analysts had been expecting and indicated that the labor market still remains under pressure. Last week, the government reported that the unemployment rate jumped to 5.5 percent, up from 5 percent in April. That was the biggest one-month gain in 22 years.

*Nota:
Ini adalah pertanda atau isyarat awal bahawa prestasi ekonomi dunia yang longlai diakibatkan oleh kenaikan harga bahan bakar akan mengakibatkan inflasi yang sukar di kawal dan phenomana pengangguran akan menyusul.

DUA MP SAPP KELUAR BN? THAM, "JANGAN CAKAP SAJA".


Oleh KHS
Luyang, 12 Jun, 08
MP Sepangar, Datuk Eric Mojimbun dan MP Tawau, Datuk Chua Soon Bui.

Presiden Sabah Progressive Party-SAPP, Datuk Yong Teck Lee, Mantan Ketua Menteri Sabah, telahpun mengeluarkan kenyataan bersyaratnya. Dia meminta agar kerajaan pusat menyelesaikan beberapa isu yang membelenggu Negeri Sabah. Perkara-perkara ini berkait rapat dengan isu royalti minyak, kebanjiran pendatang asing dan isu pemegang kad pengenalan palsu atau diperolehi secara yang tidak sah. Dia memberi tempoh sehingga Ogos 2008 bagi kerajaan pusat memberikan jawaban yang konkrit bagi menyelesaikan perkara ini. Sekiranya perkara ini diremehkan dan tidak diambil tindakan, parti pimpinannya, SAPP akan membuat keputusan samada akan terus berada dalam BN atau meninggalkan BN.

Minggu lepas, seorang lagi orang kuat SAPP, Datuk Tham Nyip Shen, mengeluarkan kenyataan yang selari dengan kenyataan Presidennya, agar PM, YAB Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi mengambil tindakan yang lebih konkrit berkaitan dengan isu-isu Sabah dari “bercakap” sahaja. Dia juga menyatakan bahawa tindakan kerajaan yang diumumkan oleh PM yang menaikkan harga minyak petrol dan diesel adalah satu tindakan yang mengaibkan dan memalukan rakyat Sabah, walaupun sebenarnya kenaikan harga bahan bakar tersebut memberikan kesan yang “pahit” buat rakyat Malaysia secara keseluruhannya.

Tham adalah bekas ADUN Elopura dan bekas Menteri Kabinet dalam kerajaan PBS dan BN. Tham dan Yong, kedua-duanya tidak dicalonkan dalam PRU12 yang lalu.

Ekoran dari penyataan tersebut, khabar angin juga terus bertiup kencang. Tebaharu ialah mengenai dua MP SAPP yang dikatakan bertindak meninggalkan BN. Mereka ialah MP Sepanggar YB. Datuk Eric Mijombun dan MP Tawau, YB. Datuk Chua Soon Bui. Kedua-dua mereka telah menyatakan bahawa mereka masih MP BN.

Ramai pemerhati politik meramalkan bahawa dalam keadaan semasa, kedua-dua kawasan, Parlimen Sepangar dan Parliment Tawau, merupakan kerusi yang tidak selamat bagi BN sekiranya Pilihanraya diadakan samada secara mengejut maupun pada PRU13 secara lazimnya. Menurut para pemerhati politik, tindakan kedua-dua MP tersebut adalah sebagai persediaan menghadapi kemungkinan pilihanraya atau sebagai isyarat kepada pucuk kepimpinan BN bahawa keadaan sudah tidak selamat bagi BN bagi kedua-dua kawasan itu sekiranya tiada tindakan yang konkrit dipersembahkan bagi mengembalikan keyakinan rakyat dan para pengundi di kawasan-kawasan itu malah bagi rakyat Sabah secara keseluruhan..

Senario lain yang perlu dilihat secara matang ialah kenyataan Penasihat PKR, Dato Seri Anwar Ibrahim, yang mengatakan bahawa Pakatan Rakyat akan mengambil alih kerajaan Malaysia selewat-lewatnya 16 September, 2008. Kebetulan tarikh ini adalah tarikh ulang tahun kelahiran Malaysia. Oleh itu timbul andaian bahawa tarikh keramat inilah yang mendorong MP Sabah meninggalkan BN, termasuklah dua MP dari SAPP yang disebutkan.

Persoalannya kini adalah, benarkah kerajaan BN akan jatuh menjelang 16 September nanti?. Apakah Kerajaan Negeri Sabah juga akan menyertai kerajaan baru itu atau akan bertahan sebagai kerajaan Negeri pembangkang nanti?

Apakah pula dengan tindakan kerajaan BN pusat yang dikatakan “konkrit” seperti yang didesak oleh SAPP akan nanti menguatkan BN dan mampu menjadi sandaran mempertahankan kekuatan BN walaupun kenyataan Anwar menjadi kenyataan menjelang 16 September?.

Apapun yang bakal terjadi, yang nyata terbentang di hadapan kita semua kini ialah berlaku krisis keyakinan di kalangan kepimpinan BN samada di peringkat Negeri maupun di peringkat pusat. Krisis keyakinan ini begitu mekar sehingga ada di kalangan individu yang secara terbuka berani mengugut pucuk pimpinan Negera dan Negeri dengan menggunakan alasan bahawa rakyat menyebelahinya, lalu dia bertindak atas kemahuan dan aspirasi rakyat yang diwakili dan rakyat Negeri Sabah amnya, walaupun pada hakikatnya, kepastiannya, sebenarnya belum benar pasti.

SEKELUMIT KESAN KENAIKAN DRASTIK HARGA MINYAK





OLEH: KHS.
5 Jun, 2008, Luyang.
Pengumuman mengenai kenaikan harga bahan bakar khasnya petrol dan diesel sekaligus membawa erti kos sara hidup akan meningkat. Bila kenaikan harga mendadak dengan begitu tinggi, juga bermakna kos sara hidup akan mendadak begitu tinggi.
Harga minyak di station minyak petrol dinaikkan Rm0.78 sen seliter atau RM3.20 segelen menjadi RM2.70 sen seliter atau RM10.80 segelen. Manakala harga diesel dinaikkan RM1.00 seliter atau RM4.00 segelen menjadi RM2.58 seliter atau RM10.32 segelen.Kenaikan harga bahan bakar ini sudah pasti akan menaikkan lagi kos produksi barangan termasuk keperluan mengeluarkan barangan pengguna dan kos pengangkutan. Dengan demikian pengusaha dalam apa juga keadaan terpaksa menaikkan harga barangan yakni komoditi dan perkhidmatan atau inflasi akibat tekanan kos (cost push inflation) akan berlaku.
Sudah pasti golongan pekerja akan menuntut gaji yang lebih tinggi bagi mengimbangi kadar inflasi ini. Persatuan-persatuan Sekerja pasti akan didesak oleh ahli-ahlinya bagi membuat tuntutan ini. Keadaan ini, sudah pasti akan menambah sulitkan lagi kos “overhead” kepada pengusaha yang terpaksa membayar gaji yang lebih tinggi. Antara pilihan bagi pengusaha-pengusaha ialah dengan mengurangkan pekerja yang juga akan menghambat produtiviti. Dengan demikian pengangguran akan berlaku.
Bagaimana seriuosnya masalah penganguran kelak adalah bergantung kepada impak ke atas kehadiran sumber manusianya dan pulangan dan revenue yang dihasilkan dalam operasi perniagaannya.Apabila pengangguran dan inflasi, the twin evil of economy, berlaku dengan sukar dikawal, stagflasi wujud yang akan membawa kepada keadaan meleset yang memerlukan tindakan yang berani, berhati-hati dan bijaksana.
Sungguhpun banyak barangan pengguna yang diletakkan dalam senarai sebagai barangan terkawal dari segi harga, namun dalam keadaan kini, ianya menjadi sukar dan pahit untuk dikawal. Sebabnya ialah kerana kita menjadikan ianya hanya mampu dikeluarkan dengan kos yang mahal. Intervasi kerajaan mungkin menjadi longgar dan dilihat tidak lagi saksama. Dengan demikian kredibiliti pihak kerajaan akan merosot. Ini adalah diakibatkan dari tindakan kerajaan sendiri dan bukan kemahuan rakyat secara keseluruhan.
Kenyataan Idris Jala, CEO MAS, sebagai ex-oilman, bahawa sahnya dunia tidak menghadapi kekurangan bekalan bahan bakar perlu dilihat dengan serius. Katanya, apa yang berlaku sebenarnya adalah disebabkan oleh angkara spekulator yang menggunakan kuasa belinya dengan membeli sejumlah keluaran minyak dunia. Dalam masa yang sama menggembar gemburkan bahawa keluaran minyak dunia berada dalam keadaan kritikal. Dengan demikian harga minyak melambung dan bakal memberikan keuntungan yang amat besar kepada mereka.Sesungguhnya , negara-negara pengeluar dan pengekspot minyak tidak perlu terperangkap dengan “gara-gara” spekulasi ini.
Dalam keadaan yang sama tidak penting untuk menggunakan gara-gara ini untuk kepentingan ekonominya yang belum pasti.Pendahuluan kenyataan media Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyatakan bahawa... "Kerajaan komited untuk memastikan golongan berpendapatan rendah dan sederhana tidak akan dibebani dengan kenaikan kos petrol dan makanan. Namun, kos petrol dan komoditi di peringkat global, telah mengalami kenaikan yang drastik dan subsidi perlu distruktur semula supaya bantuan dapat diagihkan dengan lebih adil". Ianya perlu dilihat sebagai kenaikan harga petrol yang menyebabkan peningkatan kos menghasikan keluaran bahan makanan BUKAN kenaikan kos petrol dan makanan per se, seperti yang dinyatakan.
Kenaikan bahan bakar itu juga “merantai” kepada kenaikan harga komoditi dan perkhidmatan lain. Sekiranya benar seperti apa yang dinyatakan oleh Idris Jala sebagai ex-oilman yang masih pakar mengenai isu bahan bakar, kenapa pula kita harus masuk perangkap para spekulator?Kerajaan BN tidak stabil. Malah dilebel sebagai banyak mengamaklan “double standard”. Isu harga minyak menjadi isu yang hangat dan menjadi isu utama untuk menjatuhkannya.
DSAI barangkali mampu tersenyum kini kerana dia pernah meramalkan bahawa Kerajaan BN akan menaikkan harga minyak selepas PRU12. Ternyata ramalannya benar. Perkara yang juga sukar ditepis ialah “massive inflation” dan kemungkinan stagflasi yang bakal menunggu di hadapan kita hasil dari tindakan menaikkan harga bahan bakar dengan terlalu tinggi dan secara drastik. Jadi timbul tanda tanya yang paling besar iaitu apakah pula fungsi Jawatankuasa Kabinet Pemantauan Harga Barangan yang diwujudkan kerajaan. Apakah ini yang dimaksudkan double standard? Apakah penyataan DSAI juga benar mengenai PR akan mengambil alih tampuk Kerajaan Malaysia menjelang Sempember ini?Malaysia adalah pengeluar dan pengekspot minyak. Ekplorasi minyak sedang giat.
Penyertaan Petronas dalam explorasi minyak di Negara Afrika masih mempunyai harapan menggunung. Namun kita diburu dan dihantui oleh “penyataan” bahawa stok minyak dan gas asli kita bakal mengalamai kepupusan kerana stoknya hanya sedikit di bumi kita berbanding pengeluar minyak utama dunia seperti Kuwit, Iran, Saudi Arabia, UEA dan Venezuela. Semua kita tidak pasti dengan keadaan ini. Yang pasti hanyalah Allah SWT.Beberpa waktu yang lampau, kita sedang giat dengan teknologi menghasil “bio-fuel” sebagai bahan gantian (subtitute) kepada minyak. Ada penyataan bahawa kos menghasilkannya juga tinggi dan kita terperangkap dengan idea itu bagai hangat-hangat tahi ayam.
Barangkali usaha menghasilkan tenaga nukliar seperti usaha Republik Iran perlu kita pelajari dan ambil tauladan?.Kenaikan harga minyak global sememangnya menguntungkan kita sebagai pengeluar dan pengekspot. Apakah kita tidak mampu mengawal harga bahan bakar dalam Negara kita sendiri sebagai pengeluar dan pengekspot sementara kita menikmati keuntungan hasil dari kenaikan harga bahan bakar dunia tersebut?. Kenapa kita menaikkan harganya dengan drastik?.

Kalau India dapat mengawal harga beras tempatannya telah mampu menaikkan harga ekspot berasnya sehingga 50%, kenapa Malaysia dalam konteks bahan api tidak mampu berbuat demikian?

About This Blog


Dan adapun orang-orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari keinginan hawa nafsunya. Maka sesungguhnya syurgalah tempat tinggalnya. (al-Naziat ayat 40-41)

"Of all the enemies to public liberty war is, perhaps, the most to be dreaded because it comprises and develops the germ of every other. War is the parent of armies; from these proceed debts and taxes...known instruments for bringing the many under the domination of the few. . . No nation could preserve its freedom in the midst of continual warfare."
- James Madison, Political Observations, 1795

santapan rohani ii

Al-hadith :ثلاثةٌ قد حَرّمَ اللهُ - تَبَارَكَ وَتَعَالَى - عليهم الجنةَ : مُدْمِنُ الخمر ، والعاقّ ، والدّيّوثُ الذييُقِرُّ في أَهْلِهِ الخُبْثَ . رواه أحمد والنسائيErtinya : "Tiga yang telah Allah haramkan baginya Syurga : orang yang ketagih arak, si penderhaka kepada ibu bapa dan Si Dayus yang membiarkan maksiat dilakukan oleh ahli keluarganya" ( Riwayat Ahmad )

PEGANGAN

Ingatlah firman Allah Taala:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا بِطَانَةً مِنْ دُونِكُمْ لَا يَأْلُونَكُمْ خَبَالًا وَدُّوا مَا عَنِتُّمْ قَدْ بَدَتِ الْبَغْضَاءُ مِنْ أَفْوَاهِهِمْ وَمَا تُخْفِي صُدُورُهُمْ أَكْبَرُ قَدْ بَيَّنَّا لَكُمُ الْآيَاتِ إِنْ كُنْتُمْ تَعْقِلُونَ (118) هَا أَنْتُمْ أُولَاءِ تُحِبُّونَهُمْ وَلَا يُحِبُّونَكُمْ وَتُؤْمِنُونَ بِالْكِتَابِ كُلِّهِ وَإِذَا لَقُوكُمْ قَالُوا آمَنَّا وَإِذَا خَلَوْا عَضُّوا عَلَيْكُمُ الْأَنَامِلَ مِنَ الْغَيْظِ قُلْ مُوتُوا بِغَيْظِكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ بِذَاتِ الصُّدُورِ (119)

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi “orang dalam” (yang dipercayai). mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah Kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya. Awaslah! kamu ini adalah orang-orang (yang melanggar larangan), kamu sahajalah yang suka (dan percayakan mereka, sedang mereka tidak suka kepada kamu. kamu juga beriman kepada Segala Kitab Allah (sedang mereka tidak beriman kepada Al-Quran). dan apabila mereka bertemu dengan kamu mereka berkata: “Kami beriman”, tetapi apabila mereka berkumpul sesama sendiri, mereka menggigit hujung jari kerana geram marah (kepada kamu), Katakanlah (Wahai Muhammad): “Matilah kamu Dengan kemarahan kamu itu”. Sesungguhnya Allah sentiasa mengetahui akan Segala (isi hati) yang ada di dalam dada.” [Ali Imran: 118 & 119]
..............................................
تُولِجُ اللَّيْلَ فِي النَّهَارِ وَتُولِجُ النَّهَارَ فِي اللَّيْلِ وَتُخْرِجُ الْحَيَّ مِنَ الْمَيِّتِ وَتُخْرِجُ الْمَيِّتَ مِنَ الْحَيِّ وَتَرْزُقُ مَنْ تَشَاءُ بِغَيْرِ حِسَابٍآل عمران : 27

"Engkaulah (Wahai Tuhan) yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang, dan Engkaulah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Engkaulah juga yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati, dan Engkaulah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup. Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya".

bermubahalah

“Siapa yang membantahmu tentang kisah Isa-Setelah engkau beroleh pengetahuan yang meyakinkan tentang hal itu, maka katakanlah kepada mereka : Marilah kita panggil (kumpulan) anak-anak kami dan anak-anak kalian, isteri-isteri kami, dan isteri-isteri kalian, diri-diri kami dan diri-diri kalian, kemudian kita bermubahalah kepada Allah, mohon agar Allah menjatuhkan laknat-Nya kepada pihak yang berdusta.” (Ali Imran : 61)